Monday, January 09, 2006

Suatu Kenyataan Balas

Aku agak terkilan dengan satu email yang dihantar kepada Yahoogroups Quranic Youth Club (QYC) baru-baru ni kerana pada aku ia adalah satu hasutan yang sukar untuk aku menerimanya. berikut adalah isi email tersebut:

Assallamu alaikum wrm wbt

Ana minta Tuan Moderator agar mengeluarkan sdr Szakif dr egroup ini
agar tidak mencemarkan penggunaan egroup ini.

Mesej yg dipaparkan kuran sesuai utk egroup QYC. Sekiranya ia ialah
blogspot individu, ana tak cdg nak komen.

Harap ambil perhatian !!!!





--------------------------------------------------------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS

Visit your group "QYC-net" on the web.

To unsubscribe from this group, send an email to:
QYC-net-unsubscribe@yahoogroups.com

Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.


sebelum itu, aku nak beritahu awal-awal, tujuan aku menaip posting kali ni adalah untuk menyatakan rasa terkilan aku terhadap email tersebut and please dont get me wrong.

QYC adalah satu kelab di UIA yang bergerak berteraskan nama Al-Quran untuk membimbing remaja. itu yang aku faham tentang QYC. kalau aku salah, tolong betulkan aku sebab memang aku tak berapa tahu sangat pasal QYC ni. it's simply because aku tak aktif sangat dengan QYC sebagaimana aku 'aktif' bersama program caring club, SLEU dan LKS.

sebagai makluman, memang aku ada mendaftar sebagai ahli QYC pada awal sem lepas, tapi sehingga sekarang aku belum terlibat dengan sebarang aktiviti QYC.

tak sempat aku nak membalas kenyataan si penghantar email pertama, datang pula email kedua menyatakan sokongan terhadap penghantar email pertama. bagi aku, aku tak rasa ini akan menjejaskan apa-apa.

semuaya ini bertitik tolak daripada email yang aku hantar baru-baru ini. berikut adalah email aku:

do you like to be called loser? i'm very very very sure that u hate that to happen on you. it's the same way i feel when all in a sudden, without doing any mistake, sumone call me loser. worse, that was his second time calling me so, altho i'v warned him that i don't like what he does on me. senang-senang dapat dosa kering! AAAAAAAAAARRRRRRRRRRRGGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! i HATE HATE HATE HATE HATE HATE HATE to be called loser. i, and everyone dun want TO BE loser. macam bagus sangat orang yang bagi gelaran loser tu! CGPA ntah berapa sangat! AAAAAAAARRRRRRRRRRGGGGGGGGHHHHHHHHH

[[jangan dipendam kemarahan, lepaskan...]]

jika email aku yang bertajuk loser!!!! ini dikatakan mencemarkan penggunaan egroup, aku masih tak dapat apa yang dimaksudkan oleh si penghantar email pertama.

tujuan aku menghantar email tu hanya untuk menyatakan rasa geram aku terhadap manusia yang dengan mudah membahasakan orang lain dengan gelaran loser. ini secara tidak langsung mengingatkan semua pembaca email tersebut supaya menjaga kata-kata mereka, jangan sampai menyakitkan hati orang lain. perlu ke aku nyatakan ayat al-Quran yang melarang manusia daripada menyakitkan hati manusia yang lain?

aku juga ada mengatakan tentang CGPA manusia yang menyakitkan hati aku. aku tak kata apa-apa yang berbentuk numerical untuk mendedahkan berapa banyak CGPA manusia yang membahasakan aku loser tu. aku hanya mengingatkan, doa orang yang dianiaya adalah maqbul di sisi Allah. ingin aku tegaskan di sini, aku tak kata aku mendoakan CGPA manusia tu jatuh, tidak sekali-kali. aku hanya mengingatkan sebelum berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

hasilnya, manusia yang membahasakan aku loser telah berubah sedikit dan meminta maaf apabila terlanjur kata membahasakan aku loser untuk kali ketiganya! well... bila lidah dah terbiasa dengan perkataan tu, susah betul nak control! aku bukan nak apa sangat, frasa minta maaf atau sorry sudah cukup untuk membalut dan menyembuhkan luka hati yang dihiris lidah yang tajam mengalahkan pedang.

tup tup, ada pula email yang dihantar yang ditujukan kepada mod QYC supaya "mengeluarkan sdr Szakif dr egroup ini
agar tidak mencemarkan penggunaan egroup ini". ingin aku bertanya, sejauh mana email aku tu mencemar penggunaan YG? untuk makluman, bukan aku yang mendaftar email aku dalam YG QYC. tahu-tahu saja ada email daripada QYC singgah dalam inbox aku. aku pun ok je la sebab aku boleh mendapat tazkirah yang dihantar selain mengetahui perkembangan terbaru QYC. apa yang menarik minat aku baru-baru ni adalah mengenai tulisan ustaz maszlee (kalau tak silap) berkenaan bendera israel dalam sebuah persidangan (correct me if i'm wrong).

aku amat menghargai setiap tazkirah daripada YG QYC. sekurang-kurangnya, terisi la sedikit masa dengan tazkirah. jadi, jika QYC bertindak mengeluarkan aku daripada QYC, ia seperti memancitkan tayar motor seorang ustaz yang ingin menyampaikan tazkirah kepada penduduk kampung di sebuah masjid. ustaz itu adalah QYC, masjid itu adalah YG QYC, penduduk kampung itu adalah subscriber YG QYC.

jika si penghantar email merasakan email yang aku hantar itu kurang sesuai, mengapa tidak menegur aku terlebih dahulu supaya tidak lagi menghantar email seperti itu? that's fine to me and that's the best approach to stop me from sending such email. tapi, jika dengan drastik meminta supaya aku dikeluarkan daripada YG QYC, that's NOT fine to me dan aku sifatkan sebagai kurang profesional.

kalau tak mahu email aku menembusi inbox korang, you may block my email. tapi aku takde masa nak ajar semua tu, pandai-pandai la explore seluruh link kat internet ni! apa yang aku tahu dan apa yang aku buat, aku dah masukkan YG QYC dalam email addressbook aku and that's why setiap kali aku hantar email, tak kira apa isinya, subscriber YG QYC akan menerima email tersebut.

aku harap mod QYC tidak termakan dengan hasutan si penghantar email pertama dan kedua. aku berharap dengan penjelasan aku ni dapat mengeruhkan sedikit keadaan. itu pun jika benar keruh! haha... apapun keputusan mod YG QYC, aku akan menghormatinya. apa-apa pun, aku masih memerlukan email berbentuk tazkirah daripada YG QYC. jika tidak mahu menerima email daripada aku lagi, that's fine to me. tapi to be frank aku amat memerlukan email berbentuk tazkirah dalam inbox email aku dan inbox hati aku.

nasihat aku kepada si penghantar email pertama, jangan bertindak terlalu drastik sehingga menghasut supaya orang lain terhalang daripada mendapat secubit ilmu.

aku mengambil pengajaran ini sebagai suatu yang berguna sebab tak semua orang nak membaca isi email yang berbentuk indirect tazkirah. ingin aku ingatkan, kandungan blog aku kali ni bukan mahu mencari gaduh, tetapi hanya untuk mengelakkan daripada perkara seperti itu berlaku.

sudah pasti ada yang tertanya kenapa tak selesaikan dengan QYC saje? it's simply because aku tak kenal pun sapa-sapa ahli majlis tertinggi QYC. tambahan, email yang berbentuk hasutan tersebut dihantar kepada YG QYC so each and every subscriber YG tersebut akan menerima email tersebut.

dan yang paling utama, ini adalah blog aku so aku boleh nyatakan apa yang terbuku di hati aku. tajuk blog pun [apa yang aku fikirkan...] so apa sahaja yang koran gbaca dalam blog aku ni adalah apa yang bermain dalam fikran aku. lagipun, aku tak nyatakan sebarang nama mahupun email orang yang menghasut tu dala blog ni.

aku harap nama QYC tidak "tercemar" (memetik bahasa yang digunakan oleh penghantar email pertama) dengan isi kandungan blog ni. semua ini adalah kenyataan balas terhadap email yang dihantar kepada YG QYC. kang kalau aku senyap je, kang orang ingat aku tak ada pendirian, suka-suka hantar email takde isi. i have my own stand dan aku teguh di sisinya.

2 comments:

Unknown said...

Orang Mukmin itu bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila mendapat nikmat dari Allah Taala.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Anonymous said...

Assallamu alaikum
Sdr Szakif,

Terima kasih diatas komen sdr terhadap
komen saya.

Saya kurang pasti siapa yg menge"pos"kan blogs dr blogspot sdr. Teguran saya ialah luahan perasaan sdr adalah hak sdr dan saya tidak mahu masukcampur sekiranya ia dimasukkan ke ruangan komentar dlm blogspot sdr. Ttp saya harap sdr faham QYC ialah satu kelab yg memberi tazkirah dsbnya kpd semua ahli melalui media jejaring ini. Bahasa yg digunakan dlm egroup hendaklah dipelihara agar suasana tazkirahnya tidak bercampur baur dgn
susunan kata-kata yg kurang sesuai dgn keadaan sedemikian. Sebagaimana yg telah saya sebut dlm komentar awal, saya tiada komen (atau halangan-tamb.) sekiranya ia dibuat dlm ruangan jejaring spt yg saya gunakan ini. Ini hak sdr utk meluah apa saja yg sdr rasa sesuai. Biarlah QYC utk memberi maklumat, ilmu, tazkirah dsb, sbgmana saya percaya sdr juga menggemari maklumat, ilmu dan tazkirahnya.
Terima kasih kerana sudi membaca ulasan saya.
Sekian. Wassallam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...