Monday, January 23, 2006

Minggu yang Sangat Sibuk

minggu ni sebagaimana yang aku rencanakan, adalah minggu yang paling memenatkan... setiap weekdays ada aje benda kena buat.. assignment, quiz… macam-macam la… siap dengan meeting QYC lagi… tapi since aku dah prepare awal2 untuk menghadapi minggu ni, takde la aku rasa sibuk sangat. Nasib baik aku sedar minggu ni sibuk, memang pun!

Bermula dengan hari isnin, kelas anatomy dijalankan macam biasa. Aku dengan member odah aku yang lain, macam biasa, duduk depan sekali, paling dekat dengan lecturer, Dr. Fadzil. Kekadang aku ada rasa bersalah juga bila duduk depan ni, sebab badan aku bukannya kecik, bukannye rendah. Tinggi 179 cm (latest), berat pulak kalau markah SPM tu memang A1 la, so pandangan bebudak yang kat belakang tu agak terhalang dengan tubuh aku. To me, jangan la blame aku. If u wanna get better view, more knowledge from the lecturer, datang awal, terus chop duduk depan. Ni tak, baris paling depan tu la yang kosong. Aku pulak lepas program SLEU memang bersemangat habis!

Sekarang kalau tak duduk depan rasanya macam tak leh nak concentrate sangat. Nak pulak, geng2 yang duduk baris paling belakang tu biasanya akan bukak forum diorang sendiri, susah betul nak bahagikan telinga ni kepada dua. So, the best approach to avoid them is by sitting at the front row! Haha… memang selesai masalah tu!

Tapi tak juga… aku rasa Dr. Fadzil mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka2 yang duduk depan. Aku pulak, bukannya selalu buka buku teks Anatomy lepas habis kelas. Bila malam, susah betul nak study bila geng odah dah berkumpul.

Bergerak ke hari selasa, aku dah start buat assignment Biochem. Malangnya, aku hampir salah membuat assignment tu sebab supposedly kitorang kena buat essay about 500-600 word for EACH of the two topics, tapi aku dah salah sangka. Aku divide 300-300 untuk dua essay. Nasib baik zubir jadi lecturer tak bertauliah, bagitahu kesilapan aku. Terima kasih zubir! Since aku dah sentap, aku tangguhkan dahulu assignment tu. Dateline jumaat beb! Ada masa lagi! Haha…

Hari Rabu pulak, sebab aku rasa nak siapkan assignment Biochem, aku bercadang nak absent kelas UNGS. So, lepas kelas physio, aku trus blah balik bilik. Rasa bersalah gak dengan Dr Ibrahim Shogar, tapi nak buat cam ne… tau2 hari jumaat… hm… males nak cakap… malamnya aku sibuk baca note physio sebab esok ada quiz! Topic nye tak le susah sangat, so aku enjoy je la bace note tu… paham memang dah faham, Cuma nak ingatkan term yang banyak tu.. hm….

Hari khamis pulak, aku teruskan baca note physio lepas sembahyang subuh. Well.. memang cara aku sekarang, tak nak tidur lepas subuh, Buat le apa-apa yang patut. Tidur? NO!

bila tiba masa quiz, aku tengok soalannya tak le susah sangat, tapi ada jugak le yang aku tak tau nak jawap sebab lupa term yang sepatutnya… hm… pastu pulak, lupa letak nama! AAAAAAAARRRRRRRRRGGGGGGHHHHHHHH….! Nape la aku camni… mende penting tu bleh aku lupe! Sekang aku tak tahu apa status aku, bleh dapat markah ke tak… hm… strict betul lecturer Bangladesh tu….. tapi aku tak nak fakir sangat pasal tu sebab bukan aku sorang je yang ada problem, there were some yang Dr Tariq eliminate paper diorang sebab ditangkap menulis walaupun dia dah kata stop writing!

Malam hari khamis, aku sibuk buat assignment UNGS pulak. Tak le susah sangat sebenarnya assignment ni, tapi handout yang diberikan, bahasa English nye, susah benor nak paham! Baca empat lima enam kali pun belum tentu paham! So at last, aku summarize je ape yang aku paham daripada ketidakpahaman aku tu. Hm… akhirnya siap jugak assignment tu, part aku. Tak tahu plak camne yang lain…

Hari jumaat bermula dengan ceria! Haha… macam biasa, no sleep after Subh, so aku teruskan taip assignment UNGS, part aku. Aku harap group member aku yang lain pun dah siap sebab kitorang tak contact satu sama lain pun. Bila kelas UNGS petang tu, kelam kabut jugak le aku nak combine kan semua part yang dipecah-pecahkan tu. Tapi aku ok je, sebab due date nye hari jumaat, 20 hb, so until night before 12 boleh lagi hantar! Haha… so, aku hantar pada pukul 11.30 malam, pas tengok Hitz1! Haha….

Apa yang menjadi persoalan masa aku hantar assignment tu adalah apabila aku melihat ada seorang pak guard tengah basuh kereta. Aku tak pasti kereta siapa yang dia basuh, tapi apa yang aku pasti itu bukan kereta pak guard. Mungkin perbuatan basuh kereta secara generalnya tidak menjadi kesalahan, tapi kalau menggunakan air UIA untuk kepentingan peribadi, itu dah salah. Aku masih ingat lagi dulu masa aku tingkatan 3, ustazah aku ada mengajar tentang zalim, dan kemudian dia menggunakan contoh penggunaan air sekolah untuk basuh kenderaan sekolah tidak salah, tapi salah kalau digunakan untuk basuh kereta persendirian. Dan sekarang ia betul-betul berlaku di depan mata aku.

Oh ya… aku harus memberikan kredit kepada Mael, dak first yr, first sem kat sini yang meminjamkan motornya kat aku masa aku nak antar assignment tu. Terima kasih mael!

2 comments:

Sufi is me said...

just finished reading all your entries. seronok gaks baca... rasa cam around you. hehe. paling besh entry pasal kucing tu... nape x bela jerk kucing tuh? sian die.

Saira said...

Just singgah your blog from mawifc tadi.. well good luck to you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...