Monday, December 26, 2005

SLEU - suatu kemarahan...

Aku taip posting ni dua jam selepas kaki aku menyentuh kembali bumi UIA. Rasa penat daripada program SLEU tadi masih terasa. Entah kenapa, dalam bas aku susah betul nak lelap. Kalau lelap pun, entah berapa saat je. Aku tak tahu nak buat apa, aku usha je la pemandangan kat luar.

Aku rasa aku tak nak ceritakan satu persatu perkara yang aku lalui sepanjang berada kat Nur Lembah Pangsun. Oh ya… baik aku bagitahu terlebih dahulu. Aku join program SLEU started from Friday to Sunday. Jay yang dok promo kat aku dan dua member aku yang lain, aku pun set je la. Takkan selamanya aku nak penuhkan hujung minggu aku dengan balik rumah je. I need something different.

Secara rigkasnya, banyak benda yang aku dapat daripada program ni. Aku sebagai seorang yang dah melalui pengalaman program Charge Up! ni mengesyorkan korang semua untuk melaluinya sama. But first u have to complete Take Charge! first. Apa-apa hal korang boleh terus tanya kat pejabat SLEU kat sebelah Bank Muamalat. Staff kat situ akan menyambut korang dengam senyuman!

Satu perkara yang paling berbekas pada aku sepanjang program ni ialah apabila aku berkonflik dengan salah seorang komiti. Dia ni komiti, aku bahasakan sebagai minah je la, senang.

Kitorang ditugaskan untuk mengarang sajak dan berbincang bagaimana kami akan mempersembahkan sajak tersebut. Dalam kami sibuk berbincang, tiba-tiba minah tu datang nak amik copy, the only copy yang akan kitorang guna masa present nanti. Aku hangin la! Katanya untuk judge. Sebelum tu dia tak bagitau pun dia nak satu copy untuk judge. Tau-tau datang kat kitorang nak amik copy tuh. Aku bangkang, aku kata kenapa tak bagitau awal-awal? Dia jawab “u have to be creative”. It didn’t answer my question. We are creative, then why u take the copy?

Tak pernah sorang perempuan yang lebih kurang sebaya aku buat camtu kat aku, aku rasa tercabar! Mana boleh! Aku cuba gak tak lepaskan copy tu. Tapi memang dah rezeki dia kot, aku lepaskan. Aku hangin je…

Aku jarang hangin, tapi once aku hangin, bahase yang tak sedap memang terpacul dari mulut aku. To be honest, malam tu aku membahasakan minah tu sial dan babi. Ada sorang komiti dengar apa yang aku bahasakan, dan dia kata “relax zaki”… Beberapa minit selepas tu, hangin aku masih berbara, kat kepala aku tengah bayangkan macam-macam tentang minah tu. Tak payah la aku nyatakan satu-satu.

Aku TAK tahu, TAK NAK tahu, dan TAKKAN tahu apa tindakan susulan komiti yang dengar aku mencarut tu. Mungkin nama aku naik masa postmortem, mungkin juga hanya tindakan aku menjadi bualan or what ever. Pada aku, that’s me. Aku jarang sangat marah, dan aku tak suka marah. Aku jarang sangat membenci, dan aku tak suka membenci. But once aku marah, aku marah betul-betul marah. Once aku benci, sampai ke sudah aku benci!

Aku tak kata aku benci minah tu, tapi marah memang ya. Aku cuma menyatakan siapa aku dan itulah aku.

Apart from that, tindakan aku naik minyak tu sebenarnya menepati kehendak modul diorang. Memang diorang nak peserta naik darah, supaya lanjutan modul tu berjalan dengan lancar. Tapi, pada aku, marah aku tak menepati modul. Aku tak puas hati dengan minah tu, bukan dengan pasukan lawan. Hahaha… tapi minah tu sibuk provoke supaya kitorang bertekak dengan kumpulan lawan. Aku tak layan. Hei minah, I have problem with u, not with the other team!

Berbalik kepada soal modul, diorang nak menyatakan masalah plagiarism among students, tapi lastly yang ada masalah dengan aku adalah minah tu. Hahaha… yang peliknya, dia jeling kat aku masa aku pandang dia. Ait! Marah jugak ke?

Bayangkan kalau aku tak lepaskan kertas tu, agak-agak menjadi ke modul diorang? Kalau jadi pun, mesti panjang ceritanya. Hahaha...

Bukanlah aku nak kata aku ni hebat sangat, tak. Tapi aku hanya mempertahankan hak aku. Copy tu group aku yang punya, why suddenly she came to take that copy? Pastu bila aku tanya dia jawab dengan jawapan yang takde kena mengena dengan soalan. Kenapa tak bagitahu awal-awal nak copy untuk judge? Senang-senang minah tu dapat chop “keling” dengan aku. hahaha….

Sebenarnya kalau aku tak bagi pun, diorang dah ada pemenang sebab komiti dah tentukan keputusan. Well… modul beb! Tindakan meletakkan semua copy di dalam fail yang dilekat dengan sailor-tape yang kononnya untuk mengaburkan mata tak berjaya pada aku. Masa tu aku semakin sedar bahawa aku dan ahli kumpulan yang lain dah jatuh dalam modul diorang. That’s why aku tak layan sangat masa diorang terangkan tentang plagiarism.

Aku tak kata aku tak hormat dengan pembentangan modul tu. Lagipun aku tak buat apa-apa yang mengganggu “kelancaran” diorang membentangkan modul tu. Aku juga tak kata aku tak dengar langsung masa diorang present tentang plagiarism. Aku dah tahu bagaimana kejamnya tindakan menciplak kerja orang lain. Aku dah belajar semua tu masa amik EAP kat matrik. So, masa diorang brief tentang plagiarism, aku tadah je la telinga aku.

Lepas habis program, aku fikir balik. Aku nih masih marah dengan minah tu ke? Takkan selamanya aku nak marah dengan minah tu? Kalau aku marah dengan minah tu, aku dapat duit ke? Aku bahagia ke kalau aku terus simpan perasaan marah dengan minah tu? Jawapannya – TAK! So, kenapa aku nak terus marah? So I decided not to keep that anger anymore. So minah! Kosong-kosong ye? Cuma aku nak nasihatkan jangan rampas hak orang lain sesuka hati je. Tak kisah la dalam dunia reality mahupun ketika dalam modul. Hahaha…

Akhirnya, aku menghabiskan masa-masa aku dalam program SLEU ni dengan banyak input yang baru. Kalau ada program SLEU lagi, jangan lupa pangil aku lagi ye? Free of charge! tuh yang best nye dengan program SLEU ni! Hahaha…

3 comments:

Anonymous said...

pompuan mmg mcm tu..borink tul

Unknown said...

Assalamualaikum

Apa khabar? harap awak dalam keadaan sihat sejahtera. :) Nice to meet SAMBESTARIAN :)

Kat bawah nie ada entry yang ada gambar anak cikgu :)

Keep in touch :)

http://amirazmi.blogspot.com/2005/11/happy-wed-anne.html

Anonymous said...

alaaa...ko sabar pun tak rugik...nape nak dendam, wat sakit jiwak jerrr....pnyakit hati tuh...tapi tul gak ko kata, aku pun marah gilerr nagn minah___ tuh..aku sebaya gak nagn dia, tapi xrespek lgsg...huhuhu,walau aku dr kmplan lawan,Blue 2, tapi sengal tul dia... -kawe ko,BLUE",

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...