Wednesday, December 14, 2005

Car Got Clamped!!!

Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dulu posting tentang komen aku terhadap album mawi sebab ada benda yang lebih penting nak aku ceritakan kat sini.

But before that, masa aku taip posting ni, aku tengah dengar lagu rap yang aku download dari internet atau lebih spesifik lagi melalui link yang disediakan dalam mawifc.com. Lagu-lagu ini dikatakan dari singapura yang mana liriknya sangat lucah dn tak senonoh (ada ke patut cakap pasal susah nak berak?). Ada lagu yang bercakap tentang minah bertudung yang mana dalam liriknya menggunakan perkataan seperti bodoh, pan*at, etc. There are some parts yang aku setuju dengan lirik lagu rap ni. Namun begitu, apa yang membuatkannya salah adalah cara mereka menyampaikan mesej mereka. Ok, stop about that.

Apa yang aku nak katakan dalam posting ni banyak faedah dan panduan especially for UIA students. It’s about parking the vehicles.

Apa yang sangat membuatkan aku bengang baru-baru ni ialah kereta aku kena clamp! For the first time in my life my car got clamped. Actually it’s not really my car but aku lebih mudah membahasakan kereta tu ‘kereta aku’. Boleh? The car belongs to my mother. Thanks mom!

Entah kenapa pula aku tergerak hati nak parking kat kawasan yang tak sepatutnya. Sebelum ini aku pernah kena warning dengan pak guard sebab kawasan parking Kulliyyah of Engineering adalah khas untuk staff. Hari isnin sampai rabu hari tu aku parking kat Cultural Acitiviti Centre (CAC) Hall which has a lot of public parking. Pagi tu pun dengan senang hati aku meletakkan kereta aku kat situ, Kulliyyah of Engineering.

Before that, Safwan kata jalan kaki je la pergi kelas tapi aku menolak sebab konon nak tumpangkan zubir ke kedai jahit lepas habis kelas. So, aku decided to drive to class la. So Safwan, Asmawi, Zubir tumpang sekali naik kereta pergi kelas. Siapa yang tak kenal lagi nama-nama yang aku sebutkan tuh, mereka adalah roommates aku. Don’t be surprised that Asmawi is one of them. It’s not that Asmawi Ani, tapi Asmawi Dali. Hehe…

Lepas habis kelas lab, aku diberitahu oleh Anas (my classmate) yang jalan sama-sama dengan aku dan yang lain, telling me that pak guard tengah buat spot check parking. So aku nampak la pak guard tu pandang kereta aku macam dia nak makan kereta tu. Tapi aku tak la mengaku tu kereta aku, kang tak pasal-pasal nombor matrik aku diambil then kena summon. Ada juga kereta lain yang kena summon, so aku curi-curi baca apa yang ditulis dalam surat summon tu. Kalau pak guard tak tahu apa nombor matrik kita, macam mana dia nak bagi summon kan? Haha… strategi…

Since pak guard tak tau nombor matrik aku, so aku assume aku boleh lari daripada summon. Well… dalam surat summon tu cuma tulis kesalahan dan nombor plat kenderaan je. Apa-apa hal dia tak boleh nak tahu nombor matrik aku la! So aku biarkan je surat summon yang diselit kat wiper kereta aku tu pasal ada kelas lagi lepas tu. Aku pun jalan depan pak guard tu dengan muka tak bersalah.

So, dua tiga jam berikutnya aku buat macam takde apa-apa yang berlaku la. But then when I checked my phone, ada mesej daripada Asmawi telling that my car got clamped! God! Apa nak buat ni?! Memula aku gelabah la juga, tapi bila fikir dua kali, buat apa nak gelabah sangat. Kalau kena clamp semua tayar pun, lambat laun nanti dia buka juga. Takkan la guard kejam sangat sampai tak nak buka clamp tu! Haha… Tapi terpaksa la melakukan beberapa prosedur yang semua orang tak nak terlibat – bayar summon! Argh!

Aku sembahyang Zuhur macam tak tenang je sebab fikirkan pasal kereta kena clamp. Masa on the way jalan ke kelas (aku lalu parking lot tu) aku tak nak tengok lagi camne rupa clamping tu pasal aku tak nak ia mengganggu otak aku masa kat kelas nanti.

Lepas habis kelas, aku pergi la ke kereta aku dengan langkahan yang berat. Nak tak nak kena juga la hadapi. Summon pun summon la… aku dah pasrah masa tu. Apa nak jadi, jadi la… bila sampai kat kereta, memang sah kena clamp dengan surat summon warna putih masih terselit. But then Safwan told me that there’s one more letter, red-coloured one tapi takde, tak terselit pun. Rupa-rupanya terbang ditiup angin. Nasib baik jumpa.

Aku baca la surat merah tu. Ada nombor telefon, so aku call la nombor telefon tu. Pastu tanya apa nak buat dengan orang yang angkat telefon tu, aku faham la apa yang kena buat. Dia suruh aku pergi ke Bahagian Traffik, Guard Post kat main entrance UIA. Kena settle kat sana. Dengan pertolongan Ishahir yang menumpangkan aku naik motor dia, aku pun dapat menjimatkan tenaga daripada lemak-lemak aku daripada berjalan ke Guard Post yang jauh tu. Hehe… terima kasih Ishahir!

Kat guard post, aku terus menapak ke Pejabat Traffik. Macam-macam bermain kat otak aku, rasa nak membohong pun ada gak, kalau-kalau officer tu Tanya aku macam-macam.

Aku masuk dalam office dengan hati yang tenang, tak nak gelabah sangat. Kang tak pasal-pasal guard tu tak paham apa yang aku cakap (those who close to me understand why). Aku tunjukkan surat summon yang putih dan warning letter warna merah kat officer tu, paham la dia apa hajat aku jumpa dia. Dia jemput aku duduk.

Kemudian, dia suruh aku isi borang summon. Lepas tu aku nampak dia key in my matric number dalam computer depan dia. Pastu dia Tanya aku tinggal kat kolej mana, aku jawab la kat Farouk. May be dia nak check rekod aku sama ada result kena block ke, tak bayar summon ke, etc tapi aku sangat bersih daripada semua tu. Ni la first experience aku kena summon. Dah tak bersih dah =(!

Sambil dia tengok rekod aku, aku terangkan la kenapa aku bawa kereta tu and so on. Well… since this is first week of this second semester, aku hari tu balik drive kereta sendiri. Aku tak nak susahkan sesiapa hantarkan aku balik UIA. Lagipun, mak aku dah sudi nak pinjamkan kereta tu, so aku pun ok je la.

Berbalik kepada officer tu tadi, kemudian dia terangkan kenapa aku kena summon. Dia kata aku takde sticker kat kereta aku, dan takde sebarang tanda yang menunjukkan siapa yang empunya kereta tu. Sebab kalau visitor dari luar datang bawa kereta, mereka akan diberikan sehelai kertas tertulis ‘VISITOR’ and it has to be displayed on the dashboard. So, kalau pak guard buat spot check, so they know kereta tu sama ada staff atau pun visitor. Dalam kes aku, I have neither one so my car cannot be recognized. In order to avoid any burglary case, so guard will take action to clamp the car. That’s why my car got clamped.

Aku boleh mengelak daripada kena clamp kalau aku parking kat kawasan public parking such as at CAC and parking along the side of the road. Tapi, bukan nasib aku hari tu, pak guard buat spot check masa aku parking kat kawasan staff parking. Nasib badan…

I give credit to the officer who talked to me very wisely and I salute him very much. Masa aku bercakap dengan dia, dia jawab dengan baik dan terangkan satu demi satu. Sebelum aku masuk office tu, dah terbayang dalam otak aku macam-macam muka pak guard yang horror! Hehe… tak la semua, ada gak yang hensem cam aku! Hehe… lepas ni, sesiapa yang nak deal dengan guard yang rongak kat gigi kacip bahagian tengah, jangan takut. Baik orangnya tu! I learn a lot from this experience. Tak sempat pulak aku nak jeling kat nama dia.

Lepas habis terangkan hujah masing-masing (actually not really like debate, but more like discussion) aku merayu (dengan cara professional la) supaya dia cancel kan saman tu since this is my first time got summon. Kalau tak, RM50.00 memang dah confirm. So, lepas bincang, dia kata dia kurangkan summon kepada RM10.00. aku pun rasa ok la, daripada aku panjang-panjangkan cerita. Sepuluh ringgit hangus, pasrah je la. Pastu aku dapat resit. Er… boleh claim tak? Hehe…

Lepas tu, aku kena jalan kaki ke parking kereta tadi. Jauh gak le. Habis lemak aku! Hehe… in the mean time tu, ada pak guard lain yang akan buka clamp kat kereta aku tu. Sampai kat kereta, clamp dah takde, so tamat la cerita tentang kereta kena clamp.

Nasihat aku, 3 benda:

1. Park your vehicles especially car
- park at public car park e.g. CAC or along the roadside.
- if you are in rush while you don’t have the sticker, put anything on the dashboard that can tell you are student of IIUM.

2. Surat saman.
- kalau korang nampak masa pak guard tu tengah tulis saman kat kereta korang, terus tegur pak guard tuh. Terangkan bahawa tu kereta korang so that takde la kereta korang kena clamp, tapi saman tetap kena. At least kurang sikit kerja korang nanti. Tak payah ulang alik jalan kaki!
- kalau nampak ada surat saman kat kereta korang, terus ambil. Jangan tangguh walaupun baru dapat surat putih. Nanti kena clamp!

3. Jumpa officer
- be calm! That’s very important. Jangan gelabah sangat. Lagipun, officer yang in charge tu baik (yang rongak tu la).
- kalau saman traffic, terus je appeal kat officer tu. Kalau ada orang kata kena jumpa Fellow, that one is for parking at Mahallah. Saman parking sekitar academic building, appeal kat officer je.
- pandai-pandai mengayat pak guard tu. Yang penting, jangan tipu! Officer tu bukannya baru kerja dua tiga hari. He has a lot experience handling students. Kalau korang tipu gak, then officer dapat trace or detect, you are done! One more summon for cheating!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...