Wednesday, December 14, 2005

My Attire

Kali ni aku nak cerita pasal pakaian aku kat UIA. Kod pakaian kat UIA sebenarnya simple sahaja bagi lelaki. As long as you wear t-shirt with collar or shirt, with trousers other than jeans, and sandal or shoes, that’s OK.

Tapi aku nih jenis nak sangat menyemat! Mat smart la katakan. Aku tak kisah orang nak kata apa selagi aku tak menyusahkan hidup diorang. Kalau apa-apa yang aku buat menyebabkan orang susah, aku akan pertimbangkan untuk tidak meneruskan ‘apa-apa’ tu.

Dalam hal attire ni, aku suka berpakaian macam ala-ala lecturer ataupun ala-ala mamat office. Bezanya aku tak pakai neck tie je. Kalau aku pakai necktie, mesti orang yang tak kenal aku akan kata “tu lecturer muda tu!” Haha…

aku yang skema

Bayangkan aku pakai baju kemeja siap tucked-in dalam seluar slack warna hitam, macam tu la pakaian aku, boleh dikatakan setiap hari aku pergi kelas. Aku post pasal attire aku ni sebab semalam je 3 orang tegur cara aku berpakaian, tapi menggunakan term yang berlainan. Semalam aku pakai baju kemeja berwarna biru cyan dan seluar slack hitam.

Orang yang pertama menegur aku adalah Fiza. Jangan pula salah sangka sebab Fiza ni bukan perempuan, tapi lelaki. Semua nama adik beradik dia bermula dengan nama Fiza. Nama penuh dia Fiza Hanif. Dia ni jenis orang yang fashionable. Semalam dia kata aku nampak educated. Bayangkan kalau orang yang fashionable macam fiza tegur aku dengan perkataan ‘educated’, mahu taknya kembang lubang hidung aku? haha… terima kasih fiza! Lepas dia kata macam tu, aku cool je la, aku balas balik kata aku memang educated pun! Kalau tak, takkan aku belajar kat U kan?

fiza yang odah

Pastu pula, on the way aku balik ke bilik, sekali terjumpa la aku dengan kembar nama aku, si Zaaky. Kat belakang dia aku panggil za~a~kai untuk membezakan nama aku dengan nama dia. Aku kenal mamat ni masa kat matrik sebab dia jadi assistant aku dalam organisasi hisbah. Siapa yang tak tahu hisbah tu apa, hisbah adalah beberapa bilik hostel diletakkan di bawah seorang fellow. Tu la hisbah. Cerita sikit tentang hisbah, aku bertuah sebab dulu masa kat matrik fellow aku adalah staff tertinggi bahagian disiplin kat matrik tu, Bro. Syamsul. So, apa-apa hal berkaitan disiplin dak UIA dapat la aku korek sedikit sebanyak. Haha…

Berbalik kepada cerita si Zaaky tu, dia kata aku macam nak pergi office! I took that as a compliment sebab memang gaya aku macam orang opis (as I said earlier). Since ni first time aku jumpa dia kat kampus Gombak, sempat la berborak dengan mamat ni. Si Zaaky ni pulak jenis orang memang pandai berborak, so lama juga la aku berborak dengan dia.

Bila aku sampai bilik pulak, aku dapat mesej dari Mary. Perlu ke aku cerita siapa Mary ni? Maybe later la… but she is simply nice but crazy girl! Mary… u rox babeh! Haha… Dia hantar mesej kat aku kata aku nampak innocent. I took that as compliment as well. At least, takde la dia kata aku nampak macam pengganas! Haha… Boleh pula dia Tanya sejak bila aku pakai cermin mata.


ini ke mary?

Sebenarnya, dari matrik lagi aku dah pakai spek, tapi masa kat kelas je la. Power spek aku tak besar, tapi kalau nak nampak lecturer tulis kat whiteboard dengan sejelas-jelasnya, aku prefer pakai spek. Tinggi aku pulak lebih kurang 178 cm, so biasanya aku terpaksa duduk dekat baris-baris belakang la. Aku kesiankan minah-minah classmate aku. Kesian diorang kalau aku duduk depan. Habis memanjang leher diorang dah macam bangau dah! That’s why aku kena pakai spek dalam kelas. Kat luar kelas biasanya aku akan simpan spek tu pasal tak berapa selesa berjalan di luar dengan memakai spek.

Entah macam mana pulak, semalam aku macam dah tersuai iklim dengan spek kat mata aku tu, so aku tak simpan dan kemudian Mary nampak, may be for the first time for her la. That’s why she asked since when I wear spectacles.

Bayangkan dengan gaya mamat skema, baju tucked-in, seluar slack hitam pakai spek pula tu, mana taknya si Mary kata aku nampak innocent? Cara dia hantar mesej bagi aku amat strategik. Kat bawah ni aku salin balik mesej dia and my reply:

Mary: Sejak bila u dgn die nie? I tatau apa2 pun..

Aku: Sape?

Mary: Ala yg stat huruf k tu..

Aku: Sape? Biar btul mary…

Mary: K-kaca mata.. Hehe.. Spec baru ek?

Aku: o… Dh lame la… Cuma pakai ble kt kelas je. Tp kalu rase selesa, I’l wear where ever I go. Mule pakai dolu kt matrik lg… ingatkan makwe mane la…

Mary: Hehe. Hmm, I rasa u cam better la pki spec camtu. Nampak cam innocent gitu.

Aku: Tadi fiza said dat I look educated. Pastu jumpe mamat junior (baru masuk sem ni) plak kate gaye cam nk pi opis. Hm… terpakse tulis kat blog pasni… (here I do)

Mary: Bleh la.mmg btul pun kate dieorg tu. U pki spec dak baik baru le seswai. Klu pki spec jenis dak terlebey baik cam I punya nampak xnatural. I think that ur spec suit u:)

Dan seterusnya kitorang berbalas SMS tentang spek frameless dan kemudian dia kata nak tido dengan sinchan (sinchan?). hehe… rahsia…

All in all, aku selesa dengan apa sahaja pakaian yang aku pakai, selama aku sedar aku tak dedahkan aurat (lelaki tak le susah sangat jaga aurat pun kan?) dan aku masih lagi menuruti kod pakaian pelajar UIA. Sesape yang rasa nak derma duit kat sekuriti, langgar la kod tu. Nanti yang keluar duit pun korang, bukan aku! haha… jangan pula kata aku tak tegur ok? Bukan susah sangat pun. Actually, bagi aku, kalau aku pakai pakaian yang melanggar peraturan ni, aku takkan rasa selesa sebab aku akan memikirkan tentang ‘derma’ setiap kali nampak sekuriti. Well… dalam skema aku pun, aku masih tak pakai matrik card! Kira takut kantoi jugak la! Ciow!

3 comments:

Anonymous said...

amboiiiiii panjangnya. perlu la suma bende nak diodah ngan suma org. skema? smart? educated? innocent? ye ke? - yong odah

Anonymous said...

haha..that's sound funny...cause usually people would say that when someone wear spec meaning he's a nerd.Lucky for u that people said nice things about u when u wear spec. Nways, hope to read your latest blog then....

Unknown said...

what the heck, suddenly you give comment for the entry about a year ago? BTW, your generalization to me does not applicable. sorry... you said everyone wearing spec is nerd? so the prime minister is also nerd, gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...