Kat selangor baru-baru ini ada cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Since harinya jatuh pada hari Ahad, so the next day, Monday, diumumkan sebagai cuti umum. So aku gunakan la cuti tu untuk balik ke rumah. Lagipun, aku memang kena balik sebab nak pulangkan kereta mak aku yang aku pinjam hari tu.
Hari Sabtu hari tu, I supposed to go for blood donation untuk replace jumlah bekalan darah yang telah digunakan oleh anak buah Aziz. Kesian, anak buahnya ada penyakit leukemia. Aku pun takde masalah untuk derma darah ni sebab so far I’ve donated twice. Dah lama tak derma darah, last time it was at matric campus Petaling Jaya.
Tapi, aku tak jadi derma darah sebab kata Aziz anak buahnya dah pindah ke hospital lain. Aku malas nak Tanya kenapa dengan perpindahan tu derma darah tak jadi? So, hari Sabtu tu aku sambung tidur la lepas sembahyang subuh…
Dalam pukul 10.30 pagi, Safwan kejutkan aku. dia kata nak balik tak? Aku sikit punya syok tidur sampai tak ingat nak balik! Haha… maklumla… tido kan best?! Lepas tu aku terus la mandi. Mata pun dah kenyang tidur.
Suddenly, safwan got a call from fiza. Dia ajak pergi ke Karnival Sure Heboh kat Shah Alam. Aku set aje, sebab memang aku akan lalu situ. Why not aku singgah kejap? Lagipun ini first time carnival ini dibuat kat Shah Alam. Sebelum ini, kalau area Selangor dan KL, Stadium Bukit Jalil menjadi tapak singgahan terakhir carnival ni. Jadi, sambil menyelum, minum le sikit air kolam tu…
Since ini first time aku drive sendiri ke Stadium Shah Alam, so sesat jalan memang tak boleh nak dielakkan. Hehe… walaupun fiza kata dia agak mahir jalan kat Shah Alam, kitorang still sesat. But at last, kitorang dapat gak catch up jalan ke sana. Bila nak sampai kat stadium, sesak! Traffic jam! Males betul! Nasib baik aku pandai cengelat. Dapat gak masuk kawasan parking tanpa berbaris. Tapi cengelat aku bukannya potong barisan, tapi menggunakan alternative jalan lain. Tak ke bijak tu?
Parking kena bayar RM2.00. Pastu kena jalan about 1 km ke arah tapak carnival. Jauh gak la. Tapi aku tak kisah sangat pasal walking is a light exercise. Lagipun aku pakai baju warna hitam, kalau berpeluh pun tak la nampak sangat.
Secara ringkasnya, aku seronok bila kat Karnival tu. Macam-macam ada! Boleh katakan setiap rancangan terbitan TV3 ada booth masing-masing. Apa yang aku perhatikan, mana-mana booth yang ada artis, mesti ramai orang. Takpun, kalau ada ‘hadiah’ percuma, mesti ramai orang beratur.
Tak payah la aku sebut satu-satu artis yang aku jumpa. Ramai gile! Tapi yang paling berbekas kat hati aku ialah bila aku berjumpa dengan Shiela Rusly sebab mulut dia tak tahan! Dia menjadi artis jemputan untuk booth Nona (if I’m not mistaken).
Depan booth yang ada Shiela Rusly, ada demonstrasi 999. Aku memandang demonstarsi tersebut sebagai sesuatu yang very informative sebab orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang taktik orang yang melakukan jenayah seperti ragut. Aku nampka juga ada patung yang diikit seolah-olah orang yang menunggu untuk disebat. Ini juga baik untuk orang ramai mendapat kesedaran untuk tidak melakukan jenayah.
Kitorang balik lebih kurang pukul 3.30 petang lepas solat Zuhur. Aku hantar Fiza kat stesyen komuter Klang. Pastu aku hantar safwan ke rumah dia kat Sijangkang.
Esoknya, hari Ahad, aku tak rasa nak buat apa-apa. Rasa macam nak duduk kat rumah, tengok TV dan tengok TV sepanjang masa. Pastu mak aku suruh pulak au hantar pengantin, gantikan dia dan abah. Sepatutnya mak dan abah yang pergi hantar pengantin tu, tapi sebab abah takde, so mak pun tak jadi pergi. Abah diundang karaoke kat satu majlis perkhwinan yang lain.
Keluarga pengantin lelaki tu agak rapat ngan keluarga aku. Arwah bapak pengantin tu adalah adik kepada nenek aku. actually, aku tak tahu pun dia bersanding hari Ahad lepas. Tapi, alang-alang aku dah balik, daripada duduk kat rumah je, baik aku join hantar pengantin! Bukannya jauh sangat. Kampong sebelah je.
Itu kali pertama dalam hidup aku ikut hantar pengantin drive sendiri, pastu berarak sama-sama dengan paluan kompang menuju ke arah rumah pengantin perempuan. Rasa syok pulak. Dah lama rasanya tak dengar bunyi kompang sekuat tu.
Tetiba, mak long (kakak pengantin lelaki) minta aku jadi cameraman tak beratuliah. Aku pun belasah je la! Lepas bersanding, pengantin makan beradap. Aku pun tumpang sekaki! Sedap wo…! Well, aku jadi cameraman, ini le balasannya! Hahaha…
All in all, banyak benda yang aku tak expect berlaku dalam cuti baru-baru ni. Semua benda besy2… simply, hidup kat kampong sangat menyeronokkan!
No comments:
Post a Comment