Thursday, December 08, 2005

kenapa aku minat mawi....?



Mawi? Kenapa baru sekarang baru aku nak cakap pasal mawi? Sedangkan mawi tu dah nak jadi jutawan dah. Simply bcoz aku baru bukak blog! Haha… tapi sebenarnye aku dah mula suka kat mawi masa mula-mula mukanya keluar di Astro Ria. Nak pulak dia minat nasyid, siap pernah jadi wakil sekolah tilawah dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan Islam, terus aku minat kat dia.
Jangan pula ada yang kata aku post pasal mawi ni sebab nak tarik pembaca blog aku ni. Tak! Aku just nak kongsi apa yang aku rasakan segalanya tentang mawi dan bagaimana mamat ni boleh menarik minat aku.

click to go to mawifc.com

Ramai yang kata mawi ni ada aura yang tersendiri. Perkara ini aku tak boleh nafikan. Entah kenapa senang betul orang nak jatuh minat kat dia. Tak kira pangkat usia. Tak payah la aku nak describe bagaimana meluasnya pengaruh mawi daripada gelanggang kedai kopi tepi jalan hingga gelanggang parlimen. Umum sudah sedia mengetahui perkara ini.
Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah apa yang aku nampak dalam diri mawi. There are many things I share in common with him (walaupun pada hakikatnya mawi tak kenal aku pun! Jumpa pun tak pernah). Dia asal dari kampong (atau lebih tepat lagi Felda Taib Andak), and so do I. Dia minat nasyid, so do I. Dia pernah jadi wakil sekolah dalam tilawah, so did I (masa sekolah rendah la). Tapi itu tak bermakna atas sebab-sebab tu sahaja aku terus jatuh minat kat dia. Banyak lagi sebab lain yang aku sendiri seolah-olah susah nak nyatakan satu-persatu.
Masa awal musim Akademi Fantasia 3 dulu, aku bernasib baik sebab belum mula masuk main campus kat gombak ni. Aku cuti 3 bulan so I have a lot of time at home yang sendiri tak tahu nak isi dengan apa selain daripada tengok TV lebih-lebih lagi pada waktu malam. Maklum la, nak keluar rumah tak boleh sangat pasal kena temankan nenek aku yang kurang sihat fizikalnya tu. Jadi, TV sahajalah yang menjadi teman aku pada waktu malam.
Nak dijadikan cerita, masa aku cuti tu la mulanya musim AF3. Sebelum mawi nyanyi dalam konsert prelude lagi aku dah tetapkan aku nak sokong mawi kalau dia dapat masuk AF3. Tup tup, masa konsert prelude dia nyanyi lagu Intifada, one of my favourite nasyid song (well… adik beradik KRU jarang sangat mengecewakan aku). Malangnya dia tersingkir dalam konsert tu.
Aku agak tak setuju dengan keputusan konsert prelude tu sebab ada la beberapa pelajar yang layak masuk yang aku rasakan kurang berbakat daripada mawi. Tapi apa nak buat, bukan rezeki mawi malam tu. Fortunately, minggu petama konsert AF3 mawi dimasukkan semula. Tak payah la aku nak terangkan lebih detail lagi sebab semua orang tahu tentang sejarah kemasukan mawi ke dalam AF3.
Started from there, bermulalah pembelajaran mawi dalam akademi yang mana aku jarang sangat tertinggal daripada menonton diari. Pengacaranya pun best! Aznil never disappoint me! That’s a fact. You rox Aznil!
And until now, mawi, whether we like or not, has established his name in entertainment industry and dia telah mencatatkan satu sejarah. Mana ada sebelum ni seseorang selebriti dilantik menjadi duta produk sampai tujuh produk? So far la… but mawi has it all. Aku harap mawi dapat menjadi duta produk yang baik dan dapat melanjutkan kontraknya sampai bila-bila. Kalau boeh la. So, pihak maestro harus memainkan tanggungjawabnya dalam membimbing mawi coz he needs to learn many things and he needs to catch up all those things very quickly. Satu perkara yang harus diingat, ia bukannya mudah! Kalau aku la berada di tempat mawi, tak tahu la apa yang akan aku buat. Menyorok kot? Haha… well mawi, you have a very crucial and responsible and so far you’ve done well! Very well!
Selain tu, mawi sebagai satu ikon remaja (sebagaimana sebahagian akhbar kata) datang tepat pada masanya. Menggunakan mawi untuk kempen anti dadah aku rasakan sesuatu yang jujur kerana mawi sendiri mempunyai pengalaman yang sangat bernilai untuk dikongsi dengan umum. Ahli keluarga sendiri terjebak dengan dadah, pernah diajak untuk mencuba dadah, semua benda ini pernah berlaku dalam hidup mawi dan ia adalah satu pengalaman yang cukup perit bagi mawi. Dadah jika disalahgunakan sememangnya akan mendatangkan kesan yang buruk.
Well… aku sendiri adalah pelajar aliran sains so aku tahu juga la sedikit sebanyak tentang dadah aka drug. Even cigarettes I considered drug. It’s even worst coz cigarettes have no benefit at all. Benefit pun, jika ada, hanya dinikmati oleh orang yang menjual rokok dan orang yang mendapat cukai daripada rokok. Sesuatu yang harus difikirkan! I’ll talk about smoking later in my other posting insya allah.
Berbalik kepada main topic tentang mawi, aku berharap sokongan peminat terhadap mawi akan berterusan selagi mawi berada di landasan yang betul (sebagaimana aku baca kat dalam laman web rasmi mawifc). Janganlah berlaku lagi kes peletakan jawatan dalam AJK mawifc lebih-lebih lagi dengan mencari publisiti murahan ketika mawi sedang buat show. Kes sebelum ini bagi aku sangat memalukan. Siapa yang malu? Orang yang konon-kononnya mahu menyokong perjuangan seni mawi sedangkan hakikatnya bukan menyokong, tapi mengongkong.
Next posting I’ll talk about mawi’s debut album. Secara ringkas, aku sukakan album ini. Composer yang terlibat memberikan mawi lagu-lagu dalam album tersebut telah melakukan kerja yang superb! Alhamdulilah…. See ya! Wassalam…

3 comments:

Anonymous said...

U tahu tak sekarang semua wartawan dah lari dari mawi kalau ada pun semua ceriyta nagetive dia... ada cerita kata dia ambil dadah..masa kat sure heboh pun wahid kata bila tengok mawi teringat dia kat kawannya yassin sbb katanya karekternya sama..

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... elvira ass gallery Home loans umax ppc 95 pontiac grand prix center console Lawrence sports watches seiko Side effects of vardenafil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...