Wednesday, June 25, 2008

Popia


Mari main masak-masak.

Sekejap. Itulah antara permainan yang aku selalu mainkan semasa kecil. Itu menerangkan sesuatu dalam isi aku yang ketiga dalam entry ini.

Sekejap lagi sekali. Aku berbahasa Melayu? Peduli apa? Aku nak kongsi resepi mesti dalam bahasa Melayu. Resepi Szakif’s Pie menjadi buruan ejen carian Google dan yang sewaktu dengannya dengan kekerapan paling kurang 2 kali seminggu. Bagi aku, membanggakan.

Lagi-lagi sekejap. Ini tiada kaitan langsung dengan mamat electricpopia, walaupun aku pernah kata nak buatkan dia popia. Lagipun dia dah kata dalam blog dia, bukanlah dia minat sangat popia pun~

Baik, kembali kepada topik asal.

Nak buat popia perlukan tangan yang lembut. Pasal kalau kasar sangat nanti kulit popia terkoyak. Korang tak tahu macam mana nipisnya kulit popia? Cari di pasaraya, mesti ada di bahagian sejuk-beku. Aku secara jujurnya tak pandai nak buat kulit popia sendiri. Aku lebih suka beli. Lebih jimat masa. Nak jimat masa ke, duit? Orang kata masa itu emas, kan?

Popia ni pulak, sebenarnya tiada dalam perlembagaan mana-mana negara pun, intinya kena sekian dan sekian. Suka hati korang la nak bubuh apa. Asal sedap, jalan...

Berkata tentang inti, resepi yang aku nak ajar ni sangatlah senang. Mak budak pun reti buat. Hua hua...

Ok, bahan-bahannya:
  • Kulit popia
  • Daging kisar
  • Sayur-sayuran campuran (baca: mixed vegetable)
  • Bawang Holland (kalau dungu sangat tak tahu apa bawang ni, ala.. bawang besar tapi yang warna putih dan rasanya manis, bukan yang bawang besar merah)
  • Sos tomato Maggi (paling sedap bagi aku)
  • Lada hitam
  • Oregano (sengaja nak menaikkan tahap piawai popia ni menjadi ala-ala kebaratan)
Langkah-langkah memasak inti:
  1. Tumis bawang Holland dan daging kisar sehingga daging itu masak.
    Tips 1: Minimakan penggunaan minyak. Harga minyak sekarang mahal (takde kaitan).
  2. Masukkan mixed vegetable sesuka hati banyak mana nak diletak.
  3. Tuang sos tomato, juga sesuka hati.
    Tips 2: Sos tu dah cukup masam manisnya. Tak payah nak gatal-gatal tambah apa-apa perisa lagi.
  4. Tambah lada hitam, oregano dan garam (kalau nak), lagi-lagi sesuka hati.

Cara-cara melipat popia:

Langkah 1: Letak inti popia sesuka hati.

Langkah 2: Mampatkan dan kemaskan kedudukan inti.

Langkah 3: Lipat di kiri dan kanan seperti gambarajah.

Langkah 4: Jangan lipat habis lagi.

Langkah 5: Celup hujung jari ke dalam air sejuk dan ratakan di hujung kulit tersebut. Ini adalah untuk melekatkan kulit yang hujung dengan bahagian badan popia tersebut.
Tips 3: Kuku yang pendek dan bersih menjamin kebersihan penyediaan makanan.

Siap! Selepas tu, terpulang la nak goreng ke tak. Pasal kulit popia tu dah sedia masak dah sebenarnye. Kalau goreng kena guna minyak. Sekali lagi, harga minyak dah mahal sekarang. Maksud aku, minyak kereta.

Nota kaki: Budak ni konon-kononnya nak tempah aku waktu hujung minggu apabila semester bermula. Suruh masak katanya. Harap jadi kenyataan. :p

20 comments:

ILA said...

ahaaa...alahhh..err..
alahh yg tuuuu
err..mcm popia..popia basah gitu..
dalamnya pedas..

err..tuiii kerrr????

ILA said...

la aiiii..ingatkan suruh tekaaaa!!!??
rupanya title pun dah POPIA..
huh..
u want another recipe???
cuba tukar kulit lempeng dlmnya isi popia..sedappp gakkk

Unknown said...

kak ila..

haha... perkara pertama sekali yang perlu dilakukan apabila membaca entry terbaru blogger lain ialah membaca tajuk entry tersebut untuk mendapatkan rough idea about what they'll be writing. gitu~

huhu..

betol la tu.. it's all about popia.

nantikan entry nye!

ILA said...

sepatutnya letak sekali petua..mcm ne nak elakkan setengah2 kulit popia bley mgembang & terkoyak bila dah brada di dlm kuali.

ada satu jnis lagi,jenis popia basah.tak sma yg mcm zaki buat ni.arr..yg itu..mcm ne nak dpatkan 'luarnya' tu yeee..

errr..salah tempat bertanya keee..??

Master J said...

ada ke aku kata nk hire ko jd caterer??xingat pun =p hehe..kalo iyer pun..ko kene ah msk more than popia n pie..n sumtin other than spaghetti =p (asyik 2 je msk pun kt UIA dulu) hehe...

Unknown said...

kak ila...

akak tany macam mane nak dapatkan kulitnye ke? kan da de dalam entry tuh?

popia yang saye buat ni, tak kesah la nak makan mentah ke atau nak goreng. pasal kulit popia tu da memang sedia dimakan. hu~

akak suka popia kah?

Unknown said...

jazli..

ala. haritu yang borak2 dengan afiz aritu. walopun bunyi nye macam bergurau, aku took it as serious. hua hua...

nak masak nak masak!!!

ko nak aku masak ape? makanan2 lain pun insha Allah aku akan try buat. :D

ILA said...

ehhh..zaki..
yg kat pasar tu kan biasanya they all jual 2 jenis popia..satu kering satu basah.akak suka yg kulitnya basah..mcm d buat sndiri.

yg zaki buat ni ,lebih kpd utk di goreng,bukan???
kulitnya jenis mcm makanan frozen lain.ada setengahnya tak stabil gak kalau dah masuk perut.bley sakit di buatnya.oleh itu..sebaik2nya..eloklahhh...di gorenggggg...

btw...AKAK MMG PEMINAT POPIA
terutamanya yg dalamnya ada sayur2an.than celup dgn sambal..uiiii...sodapppppp!!!
(arrrhhhhh!!! sila buatttt!!!)

Unknown said...

kak ila..

yang saya selalu gunakan untuk buat popia ialah yang berbentuk 4 segi. maksudnya memang jenis yang untuk goreng la.

tapi sepanjang pemerhatian saye, kulit tu sebenarnye da sedap untuk dimakan begitu sahaja. cuba try. kalau sakit perut saye tak tanggung tau. huahua~

ade eh dijual kulit popia yang jenis basah? nanti ah saye cari lagi. ingat nak gi ke supermarket lagi minggu depan. nantikan apakah resepi yang seterusnya~ yey!

akak blom rase lagi kan sambal yang mak saye buat?

SSSSSSSSLLLLLLLLLLLLLLRRRRRRRRPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

fattybombom said...

yummyyyy...marry me zaki....(^_^)

fattybombom said...

yummyyyy...marry me zaki....(^_^)

Anonymous said...

Boikot resepi nih, dia pakai bawang Holland...hohohoho

Unknown said...

far..

wah~ sampai dua kali.. but.. errrr.. no comment.

hua hua~

Unknown said...

tuan caracol..

wahaha~ betol gak kan. tak terfikir plak aku holland = belanda.

tapi tu name je la. tanam maseh kat malaysia. hua hua..

fattybombom said...

jahat la ko...;/..semua laki jahat jer...;./

Unknown said...

far...

:p

dah namenye pun lelaki, kena la jadik jahat. huahua~

ILA said...

merujuk drpd ayatmu:
"Popia ni pulak, sebenarnya tiada dalam perlembagaan mana-mana negara pun, intinya kena sekian dan sekian. Suka hati korang la nak bubuh apa. Asal sedap, jalan..."

oleh itu..bley le sekiranya di tukar ganti dgn inti klapa parut manis..bley kahh??
kmudian tak perlu di goreng..(meresap kolestrol oiii)
tapi perlu lah di kukus..
bley kah bgitu???

bersama2 lah berkongsi ilmu;P

Dammit said...

weh pembetulan, mana ada tak suka popia. suka! haha. Tapi yang goreng dan bersambal plg sedap ;)

Unknown said...

Kak ila..

isk. terpulang la nak letak inti pape pun. tau tak kat kuantan ade satu jenis karipap yang intinya kelapa manis. ape tah namenye. the point is, kalo karipap boleh melakukan revolusi, mengapa tidak popia? huhu..

wah! isu popia pun boleh jadi macam ni serius. hua hua~

tapikan, patut nye waktu2 camni ade orang tu tengah buat popia. katenye nak buat 20 batang. 10 untuk jiran, 10 untuk sendiri. matila gemok nanti makan popia sampai 10 batang. hua hua~

Unknown said...

dammit..

wah! ko suka eh popia? rasenye ade terbace kat blog ko yang kate ko tak de minat sangat dengan popia.

*lantas memeriksa kenyataan yang ditulis dalam blognye.

ok, memang takde statement tu. aku salah. hua hua...

tapi memang pernah ah ko cakap camtu. adeh.. mase aku jumpe ko kat UIA kot baru2 ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...