Tolong jangan sempitkan apa yang kau akan baca dalam ruang lingkup pelajar UIA sahaja.
Apabila berada di dalam kampus, kita diikat dengan peraturan-peraturan kampus yang kebanyakannya bertujuan demi kebaikan semua pihak. Itu secara umumnya, semua orang tahu. Dan kebanyakan kita dalam sedar atau tidak menurut peraturan ciptaan manusia itu lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam kampus dan dalam khalayak warga kampus.
Tetapi dalam sedar atau tidak, kebanyakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti adalah selaras dengan dengan tuntutan agama. Kalau ada yang tidak selaras, kau wajib buat protes.
Agama pula, merangkumi semua aspek kehidupan, tidak kira di mana jua kau berada - di dalam atau di luar kampus.
Jadi, berbalik kepada isu pokok, adakah kau menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus?
Contohnya, kalau di dalam kampus, peraturan mengkehendaki kau memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ada kau buat perkara yang sama apabila di luar kampus? Atau di luar kampus, kau fikir kau tidak diikat dengan peraturan kampus, jadi kau boleh berpakaian bebas apa sahaja yang kau mahu. "
Biarlah, bukan ada pak guard pun!" kau kata. Jadi kau menutup aurat pasal ada pak guard la?
Ok itu satu contoh yang paling biasa didengar. Tapi untuk berlaku adil dengan kedua-dua jantina (kerana menutup aurat ni biasanya dikaitkan dengan perempuan), aku bagi contoh yang lain pula.
Merokok.
Ok kaitkan la sendiri dengan perenggan "menutup aurat" di atas. Malas aku nak bebel banyak-banyak pasal kalau kau sendiri tak ada azam nak berhenti merokok untuk kebaikan jantung kau dan orang-orang sekeliling kau, tak guna. Sia-sia Allah kurniakankau jantung yang sihat, tapi kau dengan sukarela menjadi
bodoh merosakkan organ tu. Tak takut kufur nikmat ke?
Jadi, itu lah... Kenapa tak kau praktikkan peraturan-peraturan yang kauamalkan di dalam kampus apabila kau berada di luar kampus? Apa jika kau berada di dalam kampus, kau bawa status sebagai pelajar universiti sekian, dan apabila di luar kampus, kau bukan pelajar universiti itu pula? Apa jika kau berada di dalam kampus, agama kau sekian, dan apabila di luar kampus, agama kau sekian yang lain pula?
Na'uzubillah...
Aku bukan nak kata kau harus berbangga dan mencanang ke seluruh dunia bahawa kau pelajar universiti sekian dan sekian. Tapi apa yang aku nak tekankan ialah supaya kau berusaha untuk menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus. Frasa "
menjadi diri kau yang sebenar" tu aku kecilkan skopnya kepada diri kau yang mempunyai
kualiti yang baik dan berakhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama dan budaya.
Argh, kalau boleh aku nak buang perkataan budaya tu.
Kelak, jika kau tidak
plastik, orang akan tanya, "Budak tu siapa?". Kau mahu/jangka orang jawab apa? Kau pilih:
- "Ala... Anak Si Markonah. Nama je budak universiti, tapi perangai anak aku yang tak masuk universiti lagi baik daripada dia"
- "Owh tu anak Pak Cik Sameon. Bagus budak tu. Tak sia-sia mak bapaknya hantar ke universiti"
Aku rasa hidup dalam kepuran-puraan itu, memenatkan.
Kan?