Tuesday, April 14, 2009

Bebel 6: Kau Lupa Kerana Cinta


Dulu masa aku kecil, aku selalu baca kisah mengenai kacang lupakan kulit. Er... maksud aku, kacang lupakan kulit dalam skop anak dan ibu bapa.

Ye la, kisah-kisah bagaimana anak-anak apabila sudah meningkat dewasa meninggalkan ibu bapa terkontang-kanting di kampung, anak angkat yang tak mengenang jasa keluarga angkatnya, dan yang sepertinya.

Tapi pada masa itu, aku tak dapat tangkap lagi: Bagaimana itu mungkin terjadi?

Namun, setelah semakin meningkat dewasa ni, aku makin mendapat jawapannya. Sebab paling utama kacang boleh lupakan kulit ialah cinta.

Banyak sahaja kes anak gadis yang lari ikut teman lelaki, anak-anak yang langsung tak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya kerana mengejar cita-cita (konon-kononnya), dan ada juga kes anak-anak yang langsung tak mengaku ibu dan bapa mereka! Na'uzubillah.

Kerana apa? Ya, kerana mereka telah ketemu cinta yang dikatakan lebih hebat daripada cinta ibu dan bapa mereka!

Jadi apa yang aku nak bebelkan dan kaitkan dengan pelajar universiti ialah supaya kau bekalkan diri kau dengan pendinding yang paling kukuh supaya, walau apapun yang berlaku, cinta kepada ibu bapa kau adalah cinta dunia yang paling agung selepas cinta kau kepada Allah dan Rasul.

Setelah kau menjejakkan kaki ke universiti, kau akan kenal dunia lebih lagi daripada sebelumnya kerana hidup sebagai pelajar universiti menjanjikan perjalanan hidup yang sangat mencabar. Di sinilah kau akan terdedah dengan bermacam-macam cabaran dan dugaan. Salah satunya ialah cinta.

Kau mungkin ketemu cinta sesama manusia, kau mungkin ketemu cinta kepada kerjaya, kau mungkin ketemu cinta kepada apa sahaja yang mungkin akhirnya, jika kau tidak ada keteguhan iman yang kuat, meruntuhkan rasa cinta kau kepada ibu bapa kau! Kerana pada kau, cinta baru yang kau ketemu itu lebih hebat daripada cinta mereka, lantas kau hanyut. Kau lupa akan mereka.

Jadi sebagai peringatan kepada diri kita masing-masing, sebagai pelajar universiti, perlu sentiasa ingat dengan pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita daripada kecil dan jangan sesekali lupa akan mereka. Bagi yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, jangan kau persiakan kepercayaan ibu bapa melepaskan kau hidup tanpa pengawasan mereka. Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pula, jangan kau sia-siakan masa yang kau luangkan setiap hari bersama mereka kerana kau ada masa yang lebih berbanding kebanyakan orang lain di universiti.

Ok? Jangan lupa ucapkan cinta kau kepada ibu bapa kau, kerana mereka juga cinta akan kau.

Berkenaan gambar di atas: Hari ini adalah hari terakhir seorang adik berkongsi universiti bersama abangnya. All the best in your life, adik.

22 comments:

scOotBerry said...

hmm..alhamdulillah..aku belOm lg lupa mak ayah aku kerana cinta.dan aku berdOa agar aku sentiasa mengutamakan mereka walau ape pOn terjadi..hehe

Liyana said...

kerana cinta itu buta, kita pun buta hati...
tak kisahlah cinta terhadap siapa/apa...
so far, walaupun aku temui banyak cinta baru...
tapi I'm still abah's lil princess, mama's daughter and my brothers' lil sis...
I think you already know/notice about that...

cuma 1 je cinta yang aku belum temui dan kalau boleh aku takmo temuinya lagi...
you-know-what I meant...

yang penting, cintailah keluarga, agama dan diri kita sebelum kita mencintai yang lain...
pesanan untuk diri aku sendiri...

iEmah Razak said...

ayat last yg paling sadis.. :(
huhuhu~~

Unknown said...

intan...

anda anak yang baik! :D

Unknown said...

liyana...

buat masa sekarang dahulukan cinta2 yang penting dahulu k.. cinta yang lagi satu tu, apabila tiba masanya, kau akan ketemu jua.. tapi jangan sesekali biarkan ia melebihi cinta2 yang paling penting~

Unknown said...

iemah...

memang pun. wu~

Liyana said...

kau kenal aku dan kau dah tau aku camne...
sudah tentu aku akan dahulukan yang penting2 dahulu...
kalau aku takmau jumpa cinta itu boleh tak??? :P

apasal ayat last tu camtu...
rasa sedih pulak aku baca...
huhu~

hafiza haris said...

betul!!
kuasa cinta ini bhye btul...
tkut aku~
huhu...escp cinta kepada manusia lah..
erm.

zaki,
sarangheeyo!!!
errrk~
.
.
kontroversi sudah~

mas:wahahahahah!!!!(gelak guling2 golek2 kat library)

Unknown said...

liyana..

amboi susunan ayat macam aku tau. he~

aku rasa, aku tahu apa yang bermain di fikiran kau. cuma aku harap kau tambah perkataan "lagi" kerana aku takut kau menidakkan sunnah rasulullah dan fitrah manusia yang hidup berpasangan.

tunggu lah. masanya akan tiba.

Unknown said...

fieza..

kau harus kuat. kau harus bekalkan diri dengan iman dan ilmu yang secukupnya :)

apakah sarangheeyo!!!

Akmal Azeman said...

he's coming home 2day??? huuu...u broke my heart zaki~~~ u should have told me earlier u cant make it. hence. my price also cant make it. huhuhuhu. (T_T)

Unknown said...

kema...

yah.. baru je hantar dia kat terminal. syahdu jek. he~

pasal tak dapat gi rumah ko tuh, kitorang buat decision sama2.. hehe... insha Allah lain kali k.. jangan serik jemput kitorang lagi :)

Liyana said...

he~ sebab otak aku dalam fasa menghafal definition Algebra, so aku salin ayat sebijik cam yang ko taip la... :D

a'ah,aku tertinggal perkataan 'lagi' le...
owh, adakah kau tahu apa yang bermain di fikiranku??? :)
baguslah... (^_^)

*menunggu siri bebelan seterusnya...

Unknown said...

liyana...

otak ko mantop kot, leh salin ayat sebijik macam aku. hu~

esok nye siri bebel maybe kuar lewat sket. tengah sbok nih

hafiza haris said...

hahah!!!
x taw ehh?
erm,aisheteruuu~
^_^

Unknown said...

fieza..

ok dah tahu.

kontroversi ok~ haha!

Anonymous said...

1. nak wat jahat sikit....the adik in the pic is cute. hahaha. jgn marah zaki. ko pun hensem jugak.

2. topik --> awat ko zaki, serius jer semenjak dua menjak nih. tp topik tuh sgt aku tak gemari sejak dari dulu lagi. hahahaha. because my love is clearly for my parents only.

Firhan A. said...

i loooove my family the most.. after Allah dan RasulNya of course.. =)

p/s: x sbr nk balik khamis nih, nk jumpa diorg.. miss 'em soooo much o'ready.. hehe~

Unknown said...

arecha...

1. haha~ akak nak ke dengan dia? nanti saya recommendkan.. :P danial! ade orang nak dengan ko! :D

2. kalo akak follow daripada awal, akak akan tahu ape tujuan siri bebel ni.. :)

Unknown said...

ayachan...

bagus!

balik nanti kirim salam dengan parents k :)

aimi nadiah said...

aku xmo lupa krn cinta..

Unknown said...

aimi...

bagus! berusaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...