Tolong jangan sempitkan apa yang kau akan baca dalam ruang lingkup pelajar UIA sahaja.
Apabila berada di dalam kampus, kita diikat dengan peraturan-peraturan kampus yang kebanyakannya bertujuan demi kebaikan semua pihak. Itu secara umumnya, semua orang tahu. Dan kebanyakan kita dalam sedar atau tidak menurut peraturan ciptaan manusia itu lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam kampus dan dalam khalayak warga kampus.
Tetapi dalam sedar atau tidak, kebanyakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti adalah selaras dengan dengan tuntutan agama. Kalau ada yang tidak selaras, kau wajib buat protes.
Agama pula, merangkumi semua aspek kehidupan, tidak kira di mana jua kau berada - di dalam atau di luar kampus.
Jadi, berbalik kepada isu pokok, adakah kau menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus?
Contohnya, kalau di dalam kampus, peraturan mengkehendaki kau memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ada kau buat perkara yang sama apabila di luar kampus? Atau di luar kampus, kau fikir kau tidak diikat dengan peraturan kampus, jadi kau boleh berpakaian bebas apa sahaja yang kau mahu. "Biarlah, bukan ada pak guard pun!" kau kata. Jadi kau menutup aurat pasal ada pak guard la?
Ok itu satu contoh yang paling biasa didengar. Tapi untuk berlaku adil dengan kedua-dua jantina (kerana menutup aurat ni biasanya dikaitkan dengan perempuan), aku bagi contoh yang lain pula.
Merokok.
Ok kaitkan la sendiri dengan perenggan "menutup aurat" di atas. Malas aku nak bebel banyak-banyak pasal kalau kau sendiri tak ada azam nak berhenti merokok untuk kebaikan jantung kau dan orang-orang sekeliling kau, tak guna. Sia-sia Allah kurniakankau jantung yang sihat, tapi kau dengan sukarela menjadi bodoh merosakkan organ tu. Tak takut kufur nikmat ke?
Jadi, itu lah... Kenapa tak kau praktikkan peraturan-peraturan yang kauamalkan di dalam kampus apabila kau berada di luar kampus? Apa jika kau berada di dalam kampus, kau bawa status sebagai pelajar universiti sekian, dan apabila di luar kampus, kau bukan pelajar universiti itu pula? Apa jika kau berada di dalam kampus, agama kau sekian, dan apabila di luar kampus, agama kau sekian yang lain pula?
Na'uzubillah...
Aku bukan nak kata kau harus berbangga dan mencanang ke seluruh dunia bahawa kau pelajar universiti sekian dan sekian. Tapi apa yang aku nak tekankan ialah supaya kau berusaha untuk menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus. Frasa "menjadi diri kau yang sebenar" tu aku kecilkan skopnya kepada diri kau yang mempunyai kualiti yang baik dan berakhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama dan budaya. Argh, kalau boleh aku nak buang perkataan budaya tu.
Kelak, jika kau tidak plastik, orang akan tanya, "Budak tu siapa?". Kau mahu/jangka orang jawab apa? Kau pilih:
- "Ala... Anak Si Markonah. Nama je budak universiti, tapi perangai anak aku yang tak masuk universiti lagi baik daripada dia"
- "Owh tu anak Pak Cik Sameon. Bagus budak tu. Tak sia-sia mak bapaknya hantar ke universiti"
Kan?
22 comments:
alamak! I kat luar pakai mini skirt la bang~~ selaras dgn itu I freehair sbb aritu I dye rambut I biru, kena la tunjuk hasil die kat public kan? barula ad style~~~
hahahaha
btw. aku 100% canang sesape yg kate: takbley r nak berhenti rokok. kenape?? aku dah bartahun tahun hidup ngn seorg manusia yg merupakan ex-perokok. dia adalah ayah aku. sampai skrg tak hisap rokok. if thr's a will thr's a way la beb~~~ kan ? kan? kan??? heheheh
kema...
ayah ko adalah contoh yang best! apa kate ko buat entri khas kat blog ko camne he managed to stop smoking and what was the drive behind the act. mesti bermanfaat untuk perokok2 di luar sane.
Ye..aku dah penat bersikap jahat di dalam kampus. Tapi di luar aku baek. Hehe..
tentang rokok juga, smlm aku nak bayar roti kat kaunter kedai neh, then sorg customer mintak rokok:
"Kotak rokok yang xde gamba (gamba kanser) ade tak?"
Emm..ko tau kann, skrg mostly kotak rokok kerajaan letak gamba pelbagai kanser kat kotak tuh.
shamel..
ok nak tengok shamel yang jahat la macam ni. best kot. he~
pasal perokok, was he saying that "saya tak nak beli rokok yang lukisan di kotaknya boleh menginsafkan saya" ?
pasal habit merokok nie, aku nak tanya satu soalan pd sesiapa yg tahu la - btol ke boys think that merokok ni akan membuatkan mereka nmpk macho n manly?? which i think is very ridiculous..
aku rasa aku lagi jahat kat lam kampus.. tp xde la jahat sgt okey, cuma nakal skit jer, hehe.. tp kat luar aku sgt baek.. hahaha~
sarah...
to me that only makes sense for those who want to menghalalkan apa yang sebenarnye haram. titik.
ayachan..
ni awat suka sangat wat statement macam tu? ahahaha~ jadi kat luar lagi baik la? so apa kata kualiti2 yang baik tu bawa ke dalam kampus jugak. hehe~
aku cOp nk jwpan yg kedua..tp aku bukan anak pakcik sameOn..hehehe~tuka sket je..huhu~
okey2..aku akan cuba..nanti aku akan jd student paling baik kat uia..dan jugak kat luar.. hehe~
intan...
sila berusaha dengan bersungguh2! yeyeyeyey!!
ayachan...
berusaha! hehe~
tp yg paling aku xtahan peraturan xbleh pakai jeans.
Sestgh pensyarah yg aku tau, kalau laki pakai seluar jeans, kena saman; org pompuan pakai baju yg dibuat dr fabrik jeans, xnk lak menyaman. Pelik2 sungguh.
luar dalam kena jaga aurat...
awak tu jg aurat x...
slalu je nmpk awk kuar uia pakai sluar yg paras2 jer...
kdg2 tu ternmpk gak aurat tu...
kn lagi baik klu sluar tu yg lbh elok penutupan auratnye...
sama2 la kt muhasabah diri ye...
ad lak gambar awk melompat masa g bkt panorama tu nmpk aurat tu...klu awk perasan la...
sama2 la kt muhasabah diri ye...
hatifi...
hmm.. jeans ni pun satu hal. isk. nak cakap pun panjang. malas.
anonymous...
this is kinda expected.
thanks for the reminder anyway.. he~
tpai satu je la nak cakap, aku tulis ni pun sebenarnye nak mengingatkan diri aku jugak. :)
The last part of your post makes me wonder.
No matter how good/bad you are, it's your parents who seem to get all the credit.
That's not fair! Sometimes, we deserve a little credit of our own, dontcha think? LOL :)
huzai..
pada aku, apabila kredit tu diserahkan kepada parents kita, patutnya kita perlu rasa lebih bangga dan gembira sebab tanpa bimbingan parents kita, kita tak jadi siapa kita sekarang. UNLESS memang parents tak mainkan peranan penting dalam hidup kita. so... terpulang la. he~
owh, tambah lagi sikit. Sekarang nak beli rokok, dah lagi banyak pilihan. Boleh kata: "kak, nak Winston 14, gambar kanser kaki tau" lepas tu member lagi sorang mintak: "kak, saya punya gambar paru-paru tau. Tu rare tu".. Haha.
Entahlah, letaklah video orang mati kerana merokok dekat kotak tu sekalipun. If people want to smoke, they will no matter what. Then they will try to rationalize it away by saying things like "quitting is hard!" or "why should I quit? Cigarettes cured my asthma". Heheh. I know this because I smoke (unfortunately). But I'm quitting... less and less cigarettes everyday.. to a smoke-free 2009!! Hahaha!
huzai..
aku ucapkan, all the best! :)
berusaha!
Haaa...ini dia, org yg patut cerita benda sebenar pasal camna kita kat dlm kampus n luar kampus.
Tp akak taknak dedahkan banyak sgt sbb akak taknak org pandang serong kat akak.
Dulu akak jahat, SERIOUSLY jahat. Tp skang akak dah berubah. Hanya org terdekat je yg tahu camna banyaknye akak berubah.
So, akak taknak la bukak pekung di dada. Nanti org pukul canang cerita. Cukup2 la akak dah banyak kena fitnah. (^_^)V
knowlee...
yang penting ialah siapa diri akak sekarang. dan saya pasti akak telah banyak belajar daripada kisah silam akak dan akak pasti tidak mahu jadi sejahat itu lagi, kan?
Post a Comment