Saturday, April 11, 2009

Bebel 3: Pernah Tak Kau Ucap Terima Kasih kepada Pensyarah Kau?

Di peringkat universiti, tidak seperti di sekolah; tidak ada sistem ketua kelas mengarahkan rakan-rakan sekelas bangun dan mengucapkan selamat apabila guru masuk ke kelas. Begitu juga, tiada ucapan penghargaan di penghujung kelas apabila guru mahu meninggalkan kelas.

Itu semua orang tahu. Tapi, kenapa sistem ini tiada di universiti? Ada beza ke antara guru dan pensyarah?

Kau tahu kenapa?

Kerana kau perlu mengucapkan sendiri secara bersemuka dengan pensyarah kau. Itu nampak lebih ikhlas dan lebih mulia. Paling penting, lebih matang. Kau pelajar universiti, bukan?

Namun persoalannya: Pernah kau buat?

Tidak?

Kalau begitu, bila mahu kau buat? Hanya jika kau hampir meninggalkan universiti? Atau hanya apabila si pensyarah mahu meninggalkan universiti?

Kau rasa, sempat ke? Atau, boleh sempat ke?

Aku rasa aku malas nak membebel pasal pengorbanan seorang pensyarah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Kau sendiri boleh perhatikan. Melainkan mata hati kau buta, kau memang takkan nampak jerih perih seorang pensyarah. Apatah lagi jika pensyarah itu sememangnya dalam blacklist kau.

Cukuplah untuk aku katakan, kau kena hargai pensyarah kau tidak kira siapa pun mereka. Blacklist atau tidak. Kalaupun kau tidak mampu untuk memberikan kepadanya sesuatu yang berbentuk material untuk menzahirkan rasa penghargaan kau, cukuplah sekadar mengungkapkan kata "terima kasih" di hadapannya. Tak susah, melainkan kau sendiri yang rasa susah.

Itu belum lagi aku membebel bab memperoleh berkat ilmu daripada seorang pensyarah. Konsepnya sama sahaja sebagaimana antara seorang guru dan murid, sebab tunjangnya ialah: pemindahan ilmu daripada seorang ke seorang yang lain. Bukankah tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang bawah? Kau di bawah, kau perlu sedar.

Selepas ini kau jangan lupa ucap terima kasih kepada pensyarah kau.

Ok?

16 comments:

scOotBerry said...

penah~!
aku slalu pas abes lecturer aku aja mesti aku ckp 'tq sir' or 'tq madam'..hikhik..

hafiza haris said...

cikgu fuziah kesygn ku!!
hukhuk...
lepas lectrer amek kertas xm aku pun, aku still nk ckp t.kasih lg....
wlpun kdng2, performance x lah sehebat A pun~
tp........
nk gk ckp tekiu~
huhu

Unknown said...

intan..

anda pelajar yang mantop!

Unknown said...

fieza...

tak yah tunggu performance seindah A baru nak ucap terima kaseh. A cuma huruf yang boleh mengaburi mata daripada memberi penghargaan kepada si pengajar.

anda pelajar yang mantop!

Jepah said...

untungnya aku sbb student sket... mmg berpeluang mengucapkan terime kasih kpd pensyarah...
(wlaupun ade je yg kene blacklist... muahahahaha)..
tp, ucapan terime kasih or thank you or syukran itu penting... =)

Unknown said...

jepah...


anda pelajar yang mantop!

Hasbi said...

haha aku sangat suka entri ni..betul tu..kat universiti mana ada macam sekolah dulu..ada ketua kelas suruh bangun ucap terima kasih..

aku pun jarang ucap tenkiu kat diorang T_T

Unknown said...

hasbi...

ok jarang, maksudnya pernah la tu.. jadikan sebagai amalan k :)

:: !zyan :: said...

yea...rindu zmn2 ke itu.
Akak dulu suke dok depan (tak sedar diri ni tinggi! huhu). Takpun dok kat tepi sekali di laluan utama lecturer...senang nak tanye soklan n even much easier to say thanx bile lect lalu kan...=)

Anonymous said...

point di cni, ucap la thanx kat semua org. termasuk yg amik slip attendance aku, kamu dan korang2 time exam.

Haa..begitulah!

As said...

bila dengan cekgu fuziah dan cekgu chow, sebelum diorang kuar kelas, kami suka berdiri ramai2 dan cakap

"TERIMA KASIH CEKGU!"

haha

best, tingat zaman sekolah!

Sarah Othman said...

btol3!^_^

perkataan terima kasih ni sebenarnya sgtla powerful. bila ucap terima kasih bkn sahaja org yg diucap rasa dihargai, org yg mengucapkan tu pon mesti rasa happy kan..

bukan sahaja kat pensyarah or cikgu yg sememangnya x terkira jasa mereka, perlu ucap terima kasih kat ibubapa, makcik cleaner yg tlg bersihkan blk air kat asrama tu, pemandu bas ekspres yg slalu hantar kt blk umah, dan sesiapa jua...dimana jua anda berada..

p/s: pndi jer m'bebel:p senarnya aku mengingatkan diri sendiri sbb kdg2 aku ni berat mulut jgk nak ucap terima kasih. terima kasih ye zaki sbb tulis entry pasal ucap terima kasih ni:)

Unknown said...

izyan..

maka nya akak adalah opportunist yang menggunakan peluang untuk pepentingan diri sendiri, tapi dalam hal ni, opportunist yang bersikap positif. hehe~

Unknown said...

shamel...

paling mudah kata, jangan kedekut ucap terima kaseh kat sesapa yang berjasa dengan kita pun, kan?

Unknown said...

as...

macam mane dengan lecturer2 lain pula?

Unknown said...

sarah...

thanks for adding up my points.

dan juga, sama2.. hehe~ :)

thanks for giving your comments. buat la selalu k. he~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...