Ya, kau memang bukan jenis yang selalu terperap dalam bilik. Bagus.
Ya, kau memang bukan jenis yang katil-kuliyah-kantin-katil-semula. Bagus.
Ya, kau memang jenis yang bercampur dengan manusia, tapi langkah kau sebagai pelajar universiti, tetap sumbang.
Kenapa ye?
Sebab kau tak sertai aktiviti ko-kurikulum!
Aku tak pasti bagaimana dengan universiti lain, tapi di UIA setiap pelajar wajib mengambil subjek ko-kurikulum yang dikreditkan (CCAC). Tapi, pada aku jika itu sahaja yang kausertai, memang tak cukup. Mungkin kau sertai hanya kerana kau kena ambil, bukan kerana kau nak ambil.
Mari lihat perkra ini daripada 2 sudut:
- Kau sebagai peserta aktiviti ko-ku
- Kau sebagai penganjur/urusetia akviti ko-ku
Mudahnya, aku cuma mahu membebel dan menyeru supaya kau jangan malaskan diri menyertai aktiviti ko-ku, sebagai peserta mahupun penganjur. Jika kau sudah berjaya membuka langkah dan bersilat dalam aktiviti ko-ku, aku ucapkan tahniah kepada kau. Kau dengan kera, memang tak ada kaitan lagi. Tapi mari kita anjakkan bebelan ini setapak ke depan lagi.
Apa kata selepas ni, jika kau sertai aktiviti ko-ku, kau analisa aktiviti tu secara terperinci. Maksudnya, kau lihat apa kelebihan dan kekurangan yang boleh diambil iktibar. Sebagai peserta, jangan lah kau hanya datang dengan hati yang kosong, dan pulang juga dengan keadaan yang sama. Itu namanya buang masa. Selepas ini, cuba kau jadi lebih kritikal; selain daripada kau dapat input-input yang berguna daripada aktiviti ko-ku itu, kau perhatikan juga latar belakang pengurusan dan kepimpinan di sebalik aktiviti itu. Orang putih kata, beyond the eyes can see...
Bagi yang jenis memang selalu sertai aktiviti-aktiviti dan program-program ko-ku sebagai penganjur ataupun urusetia, mesti sudah biasa dengar perkataan "post mortem" kan? Tapi aku nak tanya, pernah kau kisah dengan pentingnya mesyuarat post mortem? Biasalah, mesyuarat post mortem ni, kalau program tu berakhir dengan cemerlang, semua orang nak datang pasal ada jamuan. Tapi kalau program tu berakhir dengan buruk, semua kalau boleh tak mahu datang, sebab takut kena hentam. Kalau boleh nak tangguhkan mesyuarat tu sampai semua orang lupa. Kan?
Kau tahu tak melalui mesyuarat post mortem ini la kau perlu belajar secara teoritikal apa-apa yang silap sepanjang penganjuran program kau tu. Tapi kalau kau jenis yang takut menelan kepahitan sebuah realiti, kau memang susah nak belajar daripada kesilapan.
Bukankah pengalaman guru yang paling baik?
8 comments:
btol2... kat U mesti aktif ngan co-cu... =)...
tp, akademik jgn dilupankn...
post mortem?? heheh... aku dah lali dgn perkataan tu.
the prob is zaki, most of us gunakan sesi tersebut untuk so-called meluahkan perasaan tak puas hati. adapun nak tunjuk power.
pada aku, post mortem sepaptutnya ialah tempat untuk membetulkan apa yang salah so that next time kite buat yg lebih baik. bukan tunjuk-menunjuk sape yg betul dan salah.
tp ade yg menyalahgunakan sesi tersebut untuk menyerang dan membantai org2 bawahan.
students still tak phm konsep post mortem yg betul. selalu emosi bila dapat chance bercakap. bukannya nak memperbetulkan apa yg salah.
wallahu'alam.
jepah...
yang penting, kena tahu priority. kan?
azuwachan...
dalam hal ni, aku lebih suka nak tekankan fungsi chairman setiap kali post mortem. dia sendiri kena tahu apa fungsi meeting dijalankan. dan dia kena pandai handle supaya objektif asal post mortem dijalankan tidak tersasar :)
kalo ade yang emo tuh, salah yang emo, dan salah yang jadik chairman.
pasal post mortem...
aku ada kisah yang menarik sebenarnye...
tapi nak cerita panjang pulak...
nanti aku buat n3 khas pasal post mortem kat AML...
cuma apa yang aku nak share kat sini, pasal siapa aku kat Kuantan...
aku terasa gak le yang kuliah-kantin-katil...
sebab tu ialah siapa aku sepanjang 08/09...
tak terlibat dalam mana2 prog membuatkan aku rasa lain...
walaupun aku sibuk dengan kelas, tapi aku masih ada masa untuk membuang masa...
aku dah tak rasa kesibukan hidup macam masa kat PJ...
tengoklah 09/10 camne...
rasa macam nak masuk sesuatu je...
sesuatu yang Una dah masuk, tapi aku je yang belum terbuka hati nak join...
he~ kau tak tau sebab aku tak pernah cerita...
apa2 hal, benda ni masih dalam perancangan...
cuma aku akan katakan tidak untuk MRC je...
aku dah kumpul 2 tahun pengalaman dengan MRC KC dulu...
kat sini aku nak cuba benda baru pulak...
macam nak cuba SCIENCESS, tapi aku tak yakin sangat...
can't imagine how it'll be if I'm 1 of the exco... he~
panjang dah aku komen... :D
ada lagi sebenarnya ni...
tunggu part 2 dari aku kejap lagi...
masa aku join MRC dulu, aku join sebab aku nak bukan sebab aku perlu meng'aktif'kan diri...
aku join sebab aku nak cari pengalaman...
aku nak tengok sejauh mana aku mampu berdikari, berhubung dengan orang lain tambah2 orang dewasa, pihak atasan dan juga orang popular...
did I told you MRC KC di bawah pengurusan aku dengan jayanya menganjurkan talk di mana speakernya ialah Dr. Harlina Haliza Siraj???
dan aku juga nak ubah diri aku...
aku tak nak lagi jadi Liyana yang ignorant, well you know what I mean...
because 1 day, I'll have to face the world whether I like it or not...
kalau kerenah manusia dalam kampus pun aku tak boleh hadapi, sah2 susah kalau nak berdepan dengan dunia luar...
lagipun, kau selalu cakap pengalaman mematangkan kita...
dan kerana pengalaman yang aku cari tu, aku semakin dekat dengan Dia...
tambah2 masa induction aku kat Bentong, PD & JB...
semuanya melibatkan outdoor activity yang aku tak pernah lalui...
being closed to the nature makes me realized how wonderful life is...
*aku kan gadis bandar, mana pernah dekat dengan alam semula jadi...
hopefully I can gain that experiences again...
let's just pray for the best...
rasanye cukup kot aku mengarang komen sampai 2... he~
liyana...
bagus jika kaua de semangat untuk mencuba sesuatu yang baru. sciencess pun aku lihat semakin kompetitif dalam mencungkil bakat-bakat baru seiring dengan pertambahan jumlah pelajar dari tahun ke tahun. :)
jika betol caranya, aku yakin kau boleh naik jadi exco. all the best!
liyana lagi...
ha~ kan seronok mencuba benda2 baru dalam hidup. it's either nak atau tak nak je.. kita yang pilih.
masa aku kat matrik, pernah hadiri ceramah daripada penceramah yang sama and it was very beneficial. dan jika itu sesuatu yang cemerlang yang pernah kau anjurkan sebelum ni, mengapa tidak kaupanjangkan kecemerlangan itu di sini pula kan? sciencess memerlukan orang-orang seperti engkau!
Post a Comment