Asyik membebel tanpa ada aktiviti praktikal, bosan jugak kan?
Ok. Sila cuba aktiviti ini apabila kau ada masa lapang:
Cari satu lokasi yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekampus kau. Cafe contohnya. Pilih waktu yang paling ramai orang turun ke lokasi itu. Waktu makan tengahari contohnya. Duduk di situ dalam masa sejam. Terpulang la kau nak buat apa pun sepanjang masa tu.
Dalam masa tersebut, cuba catat berapa orang yang menegur kau, menepuk bahu kau, memanggil nama kau, senyum kepada kau dan sebagainya yang memberi maksud bahawa mereka kenal dengan kau.
Cuba juga untuk menyapa siapa-siapa yang kau kenal.
Cukup sejam, kau jumlahkan bilangan orang yang kenal dengan kau. Berapakah pula jumlah orang yang kau sapa?
Ramai? Bagus. Tak payah dah baca bebelan aku.
Takde langsung? Ni yang aku nak membebel ni.
Kau sedar tak, kau masuk universiti bukan untuk hidup sorang-sorang macam kera sumbang? Aku tak salahkan kau jika secara fitrahnya sifat interpersonal kau kurang berkembang. Tapi apabila sudah sampai peringkat universiti, kau perlu belajar untuk memperkembang jaringan perhubungan dengan orang-orang lain dalam kampus kau.
Dalam hidup seharian sebagai pelajar universiti, kau tak boleh elak daripada berkomunikasi bersama orang-orang lain. Kau akan ada banyak perbincangan berkumpulan, pembentangan di hadapan kelas, mesyuarat dan macam-macam lagi yang memerlukan kau untuk memiliki kemahiran berkomunikasi. Kalau kau tak pandai nak berkomunikasi, apa guna kau masuk universiti? Kalau kau tak mahu belajar daripada sekarang, macam mana kau nak masuk ke industri pekerjaan nanti?
Takkan dalam perbincangan berkumpulan, kau nak duduk senyap je? Tak pasal-pasal kau akan disingkirkan. Langsung tak dapat markah untuk tugasan itu.
Takkan kau nak tunduk sahaja dan terketar-ketar apabila membuat pembentangan? Tak malu ke?
Takkan dalam mesyuarat, kau tidak menyumbang apa-apa buah fikiran? Aku pun pelik macam mana kau boleh dipanggil ke mesyuarat in the first hand.
Macam ini lah... Mungkin sifat malu kau sangat tebal. Mungkin juga kau tak mahu kelemahan dan kekurangan diri kau terserlah apabila kau berkomunikasi dengan orang lain. Namun kau perlu sedar, setiap daripada kita mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Normal la tu. Melalui komunikasi interpersonal la kita boleh memperbaiki apa-apa yang kurang, apa-apa yang lemah.
Cuba kau bukakan hati kau. Cuba kau bebaskan diri kau daripada penjara yang kau sendiri cipta selama ni. Cuba kau keluar daripada kepompong yang menyesakkan. Jadilah kupu-kupu dengan rupa dan warna yang baru.
Ok?
20 comments:
aku knal ko, ko knal aku...
yes... aku aktif... hahahaha...
Oh, apakah sbb smlm ak xtegur ko kt sekilau? Apakah~ T_T
Hehee... Actually apa yg ko ckp psl 'kajian' kt cafe 2, mmg ak pnh wat. Tp bkn sejam la, lama sgt kot. Wktu 2 ak tserempak dgn kwn n dok borak tepi jln.
Xsemena2 ramai lak yg tegur spnjg pbualan 2. Wktu 2 kt matrik lg..
Serius trasa cam, 'Oh ramai rupanya kwn2 yg kasih dgn kita' =)
Lesson of da story: Bkawan la seramai mana pn. Tak rugi, malah mbantu inter/intrapersonal skill~
hehe..
sebenarnye..lepas kenal blog ni, selalu terserempak ngan tuan empunya nya di kafe..
tapi..tak pernah tegur..
sbb sangat-sangat lah segan mau tegur..
dan..selalunya..enche szakif ni tgh 'diskus' ngan member..huhu..
jepah...
sape kate aku kenal ko? :P
3p4h..
hek eleh... tak payah nak tunggu ko tegur ko, aku dah tegur ko dulu. haha~
bagus nya ko dah pernah baut eksperimen menguji kekerasumbangan diri. terbukti, ko bukan kera sumbang. hehe....
aku suka konklisu ko. memang satu hala dengan aku a :)
ateeqa...
la ye ke~ tegur je... nak tunggu aku tak diskas, memang susah a.. aku tak bercakap bila tengah mengunyah je kot. lain2 time, aku memang kepoh haha!
yeah, I was a kera sumbang during my 1st year at UIA. I went home a lot, I only stayed at my usrah room and didn't really go out.
only after I joined Angklung Club that changed me A LOT. I have many friends including you and other Kuantanians, boys and girls, and I joined activities in which taught me a lot of things. It's a self-exploration journey.
It doesn't really hurt when you become a kera sumbang, but life's better with friends, rite?? ^^
ITu maknanya orang lain 'MENYENANGI' awak:D
sgt suke bebelan2 ini!!
;)
azuwachan..
bila baca komen ko, seolah2 aku membaca apa yang aku sendiri tulis. pasal it describes me also! hehe~
ila....
alhamdulillah.. jika benar itu yang berlaku :)
fieza...
aku takut korang tak larat je nak bace. he~ tunggu eh.. tiap hari aku membebel nih :D
Zaki. Penat aku baca blog ko ni... :) Tapi macam ko tulis kat belah2 bawahlah, cuba kaitkan dengan diri sendiri, "makes sense" 'kan?
Memang junior aku yg ni suka membebel. he 3x...
en. kunang kunang...
seboleh2 nya aku nak kurangkan apa yang aku bebelkan dengan diri aku. bukan tak boleh, tapi nak kurangkan. so takde la nanti entri ni terlalu "aku". you got what i mean aite~ tujuannya supaya entri bebel2 ni menjadi lebih universal dan bukan wadah untuk aku membangga2 diri sebab aku buat apa yang aku bebelkan, atau wadah untuk aku mencerca diri sendiri sebab tak buat apa yang aku sendiri bebelkan. heh~
Oh mujur xjd kera sumbang... =)
~Slmt xm t bro...
3p4h...
memang pun ko bukan kera sumbang.. aktif je kot :)
selamat to you too!
since masuk utm ni da jd kera sumbang da sebab ta ramai kwn kat cni. kwn2 dak clas master je. cane tu? haha
moon...
ha~ at least ade gak kawan kak. tak kira la master ke tak.. we cannot expect we can befriend with all people in the campus anyway :)
takpe, aku suke~
bleh take note...smpai bile2..
hurm, bleh wat rujukan gk..amin;)
fieza..
thanks... :)
Post a Comment