Wednesday, April 29, 2009

Of the Exam Result...

Amacam dengan result sem ni?

Kecewa! Waaaa.. nak menanes! Jatuh teruk! Daripada Dean's List sem lepas kepada jauh daripada Dean's List! Ingatkan dulu punya result boleh la maintain... Sekali tuppp jatuh gedebak!

Rilek rilek, baru dua sem. Ko ada 6 sem lagi. See it from this perspective:
Dulu masa ko first sem ko dah diberi madu
sekarang second sem ko diberi hempedu pula
ko dah rasa kedua-dua rasa
ko suka yang satu, dan ko tak suka yang lagi satu
untuk sem-sem yang akan datang, ko dah tahu kan nak pilih rasa yang mana?

Tuesday, April 28, 2009

Sementara Menunggu Result Keluar...


...korang memang suka baca blog aku eh?

Amacam result?

*aku guna komputer kat Graphic Unit untuk update blog sambil tunggu member cetak thesis. Boleh?

Sunday, April 26, 2009

Acknowledgement


Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. With His blessing I manage to finish this project and thesis report. Special thanks I forward to my parents in hometown who support me from afar. I will always do my best for Abah and Emak.

This appreciation also I also forward specially for my supervisor Dr. Mohammad Tariqurrahman, my group members; Asmawi, Izzuddin and Zubir, Bro. Syamsul (Master student, Kulliyyah of Allied Health Science), my beloved MZ, my adored Sr. Nurulwahida and Dr. Deny Deny Susanti, long-distance sister Imah Razak (UNIMAS), my cooperative friends (Safwan, Fahmi, Yusof, Haris, Hendy Putra and others), my lovely brothers and sisters (Danial, Teha, Wuani, Husz, Nisa – thanks for the cute wish card!), Mdm. Mai and Mdm. Norma (staffs of Kulliyyah of Science), the lab assistants and other individuals that I might have forgotten to name you who have given your sincere contribution in finishing this project directly or indirectly.

I love and thank you all.

May Allah bless and reward all sacrifices you have contributed from the beginning until the end of this project. Ameen.

Thank you, wassalam.
Did I miss anyone?

Use the Right Sentence


I haven't found the journal that may support the conclusion.

I found no journal that may support the conclusion.

I didn't find journal that may support the conclusion.


Meanings:

Saya belum jumpa jurnal yang boleh menyokong kesimpulan itu.

Saya tidak jumpa jurnal yang boleh menyokong kesimpulan itu.

Saya tidak cari jurnal yang boleh menyokong kesimpulan itu.


If you're going to see your supervisor of your final year project to check your thesis and he/she found you got not enough journals, which excuse is the most acceptable one? Put yourself in the supervisor's shoes.

Ayat kena betol beb! Er... dan kena manis. Hehe...

Thursday, April 23, 2009

KOS Amazing Explorace: Most Hilarious Video



I know this video might has been outdated since last KOS Amazing Explorace but watching it again and again worth the laughter. Hahaha!

This is the video that won The Most Hilarious Video in the game. Recorded at the Taman Teruntum Mini Zoo, they were required to appoint one of the members to ride the pony and record a video. But they did something extra which turned to be creatively and unexpectedly hilarious. Enjoy the video! Turn your speaker to the maximum volume!

Footnote: I've got the permission to publish this video from the members of the group.

Wednesday, April 22, 2009

Kau dan Aku Pandang ke Langit


Lihat awan yang terbentang
kau lihat apa yang aku lihat?

Monday, April 20, 2009

Kembara


Aku bermimpi aku akan mengembara.

Sunday, April 19, 2009

Bebel: Akhir Cerita


Bukankah sudah aku katakan aku akan membebel sampai 18 hb je?

Ye la... Hari ini aku bukan nak membebel, tapi nak buat kesimpulan daripada apa-apa yang aku bebelkan sebelum ni.

Jadi mari buat ulasan bagi setiap siri bebel yang aku pernah buat:

Bebel 1: Kau Tahu Kenapa Kau Masuk Universiti?
Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu didahului dengan niat. Ustaz aku dulu pun ajar hadith Nabi pasal niat masa kelas pertama sekali. Sebab itu lah aku letakkan bebel ni sebagai yang pertama sekali. Jadi sekarang, kau sudah tahu niat kau?

Bebel 2: Jangan Kau Jadi Kera Sumbang
Entri ni menyeru supaya kita semua belajar untuk memperluas jaringan pergaulan. Aku nak tanya; sebesar mana jaringan pergaulan kau? Pernah kau ukur?

Bebel 3: Pernah tak Kau Ucap Terima Kasih kepada Pensyarah Kau?
Tajuk tu, kalau kau tak faham lagi, aku rasa mahu syorkan kau semak balik sijik SPM kau.

Bebel 4: Diri Kau di Dalam dan Luar Kampus Sama Tak?
Entri ni paling menyentap perasaan aku rasa. Paling penting yang aku nak tekankan dalam entri tu ialah supaya tidak plastik dan tidak berpura-pura. Jangan dalam kampus kau ialah Salmah, di luar kau ialah Sally. Kau tahu maksud aku kan?

Bebel 5: Kau Kenal Siapa Pemimpin Kau?
Aku rasa setiap tajuk aku dah macam cerita semua benda la. Kan? Tapi tak jugak, pasal aku kecilkan skop kepada kehidupan di dalam kampus. Jadi, kau sudah kenal siapa Dekan kau?

Bebel 6: Kau Lupa Kerana Cinta
Jadi sebagai peringatan kepada diri kita masing-masing, sebagai pelajar universiti, perlu sentiasa ingat dengan pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita daripada kecil dan jangan sesekali lupa akan mereka.

Petikan daripada entri itu.

Bebel 7: Kau Memang Bukan Kera Sumbang, tapi Kau Sumbang Binatang Lain
Entri ni sebenarnye sambungan kepada Bebel 2. Ia menggalakkan supaya kau menyertai aktiviti-aktiviti dan program-program berpersatuan. Nanti kalau kau nak mohon kerja, kau nak ke bawa sijil dua tiga helai je?

Bebel 8: Kau Sayang tak dengan Mereka?
Sebagai senior, kau perlu layan junior-junior kau dengan baik. Berikan mereka kasih sayang yang secukupnya sebagai seorang senior. Insha Allah nanti kalau korang grad, diorang datang berbondong-bondong masa kau konvokesyen. Er...

Dah la. Aku rasa malu la pulak.

Friday, April 17, 2009

Hari Ni Aku Tak Nak Membebel, tapi Suka Baca Dia Membebel

Klik pada gambar. Bebelan dia, sama je hujahnya dengan bebelan aku.

Esok ialah hari terakhir aku menjawab peperiksaan sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Macam tak percaya je kan?

Aku dah tua rupanya.

Sempena kertas terakhir, aku rasa macam nak buat benda gila. Tapi apa ya?
  1. Jawab dengan pen merah?
  2. Menulis di atas lantai sambil bersila?
  3. Tidur dan hanya sedar selepas sejam kertas bermula?
  4. Muntahkan semua yang aku hafal walaupun tiada kaitan dengan soalan?
  5. Er... semak tatabahasa dan cari kesalahan-kesalahan lain dan tulis dalam kertas jawapan supaya pensyarah boleh baca? :P

Thursday, April 16, 2009

Bebel 8: Kau Sayang Tak dengan Mereka?


Cinta, sayang, kasih. Semuanya hampir sama pada fahaman aku. Boleh kau tolong bezakan setiap satu? Aku tak boleh.

Apa pun maksudnya, aku nak bebel pasal sayangkan junior. Ok. Aku menulis ni bukan pasal aku memang rapat junior, tapi pasal aku mahu menyedarkan peri pentingnya untuk memelihara kasih sayang sesama insan; dalam hal ni, junior. Kan aku pernah kata; jangan lihat siapa yang menulis, tapi lihat apa yang ditulis.

Kasih sayang, jika disalurkan menerusi laluan yang betul, dengan cara yang betul dan niat yang betul boleh mendatangkan satu penghasilan yang sangat berguna untuk semua yang terlibat. Semua orang akan rasa gembira hidup dalam berkasih sayang. Ya, kenyataan ini sangat abstrak tapi maksudnya sangat jelas.

Dalam Islam sendiri, terdapat firman Allah dan sabda Nabi yang menyeru untuk kita berkasih sayang sesama insan. Tapi, sejauh mana kita beriman dengan firman dan sabda tersebut?

Dalam hal berkasih sayang dengan junior di universiti, cuba kau letakkan diri kau sebagai seorang yang lebih tua. Tidak kira tahap kesenioran itu hasil daripada faktor usia atau faktor tarikh kemasukan ke universiti, kau perlu ada rasa sayang dengan junior-junior kau tak ubah seperti kau sebagai abang/kakak yang sayangkan adik-adik di rumah.

Tapi aku nak tanya satu la, macam mana pula hubungan adik beradik kau di rumah? Jika yang di rumah itu bermasalah, bagaimana pula mahu kaupanjangkan ke luar rumah pula? Aku analogikan hubungan senior-junior di universiti ini seperti hubungan abang/kakak-adik di rumah. Cuba kau nilaikan bagaimana hubungan kau dengan adik beradik kau, dengan junior-junior kau. Memang nilainya takkan sama, tapi konsepnya sama - hubungan sesama manusia.

Kau perlu pupuk dan bina kasih sayang dalam diri kau dan jangan kedekut untuk berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Kerana aku yakin, kasih sayang jika diberikan kepada orang, orang akan kembali memberikan kasih sayang kepada kita. Kerana dalam dunia, ada ke orang yang dengan sengaja memilih untuk menderita? Maksud aku, orang yang betul-betul betul? Tak ada kan~

Jadi, kau betul tak?

Wednesday, April 15, 2009

Bebel 7: Kau Memang Bukan Kera Sumbang, tapi Kau Sumbang Binatang Lain

Aku pun tak tahu nak namakan binatang apa, tapi kau baca saja la bebelan aku ni.

Ya, kau memang bukan jenis yang selalu terperap dalam bilik. Bagus.
Ya, kau memang bukan jenis yang katil-kuliyah-kantin-katil-semula. Bagus.
Ya, kau memang jenis yang bercampur dengan manusia, tapi langkah kau sebagai pelajar universiti, tetap sumbang.

Kenapa ye?

Sebab kau tak sertai aktiviti ko-kurikulum!

Aku tak pasti bagaimana dengan universiti lain, tapi di UIA setiap pelajar wajib mengambil subjek ko-kurikulum yang dikreditkan (CCAC). Tapi, pada aku jika itu sahaja yang kausertai, memang tak cukup. Mungkin kau sertai hanya kerana kau kena ambil, bukan kerana kau nak ambil.

Mari lihat perkra ini daripada 2 sudut:
  1. Kau sebagai peserta aktiviti ko-ku
  2. Kau sebagai penganjur/urusetia akviti ko-ku
Dalam kedua-duanya, jika kau sertai, kau akan dapat mengumpul pengalaman yang pelbagai yang pada akhirnya adalah untuk kebaikan diri kau sendiri.

Mudahnya, aku cuma mahu membebel dan menyeru supaya kau jangan malaskan diri menyertai aktiviti ko-ku, sebagai peserta mahupun penganjur. Jika kau sudah berjaya membuka langkah dan bersilat dalam aktiviti ko-ku, aku ucapkan tahniah kepada kau. Kau dengan kera, memang tak ada kaitan lagi. Tapi mari kita anjakkan bebelan ini setapak ke depan lagi.

Apa kata selepas ni, jika kau sertai aktiviti ko-ku, kau analisa aktiviti tu secara terperinci. Maksudnya, kau lihat apa kelebihan dan kekurangan yang boleh diambil iktibar. Sebagai peserta, jangan lah kau hanya datang dengan hati yang kosong, dan pulang juga dengan keadaan yang sama. Itu namanya buang masa. Selepas ini, cuba kau jadi lebih kritikal; selain daripada kau dapat input-input yang berguna daripada aktiviti ko-ku itu, kau perhatikan juga latar belakang pengurusan dan kepimpinan di sebalik aktiviti itu. Orang putih kata, beyond the eyes can see...

Bagi yang jenis memang selalu sertai aktiviti-aktiviti dan program-program ko-ku sebagai penganjur ataupun urusetia, mesti sudah biasa dengar perkataan "post mortem" kan? Tapi aku nak tanya, pernah kau kisah dengan pentingnya mesyuarat post mortem? Biasalah, mesyuarat post mortem ni, kalau program tu berakhir dengan cemerlang, semua orang nak datang pasal ada jamuan. Tapi kalau program tu berakhir dengan buruk, semua kalau boleh tak mahu datang, sebab takut kena hentam. Kalau boleh nak tangguhkan mesyuarat tu sampai semua orang lupa. Kan?

Kau tahu tak melalui mesyuarat post mortem ini la kau perlu belajar secara teoritikal apa-apa yang silap sepanjang penganjuran program kau tu. Tapi kalau kau jenis yang takut menelan kepahitan sebuah realiti, kau memang susah nak belajar daripada kesilapan.

Bukankah pengalaman guru yang paling baik?

Tuesday, April 14, 2009

STBB Perpisahan


The juniors are leaving one by one since they have finished the final exam while I have to stay in Kuantan until end of May to finish my FYP completely.

Some of them said their final wish to me before leaving back to home and spend their 3 months break with their family. Some others gave me cute presents as a token of appreciation. Wu~ Thank you very much!

These are among STBB's collected related to the occasion:

One:

Zaki, nah ambil ni kek secret recipe. Thanks sebab jadi senior yang baik. Makan lah kek ni. Biar jadi darah daging. Nanti ko akan selalu ingat aku. Haha!

Two:

"Aku nak amik DVD yang ko pinjam daripada aku" he said.

"Owh. Nasib baik ko ingat. Ko dah nak balik ni, ada apa-apa lain yang tertinggal dengan aku tak?" I asked.

"Ada. Hati aku" he replied.

:((

Bebel 6: Kau Lupa Kerana Cinta


Dulu masa aku kecil, aku selalu baca kisah mengenai kacang lupakan kulit. Er... maksud aku, kacang lupakan kulit dalam skop anak dan ibu bapa.

Ye la, kisah-kisah bagaimana anak-anak apabila sudah meningkat dewasa meninggalkan ibu bapa terkontang-kanting di kampung, anak angkat yang tak mengenang jasa keluarga angkatnya, dan yang sepertinya.

Tapi pada masa itu, aku tak dapat tangkap lagi: Bagaimana itu mungkin terjadi?

Namun, setelah semakin meningkat dewasa ni, aku makin mendapat jawapannya. Sebab paling utama kacang boleh lupakan kulit ialah cinta.

Banyak sahaja kes anak gadis yang lari ikut teman lelaki, anak-anak yang langsung tak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya kerana mengejar cita-cita (konon-kononnya), dan ada juga kes anak-anak yang langsung tak mengaku ibu dan bapa mereka! Na'uzubillah.

Kerana apa? Ya, kerana mereka telah ketemu cinta yang dikatakan lebih hebat daripada cinta ibu dan bapa mereka!

Jadi apa yang aku nak bebelkan dan kaitkan dengan pelajar universiti ialah supaya kau bekalkan diri kau dengan pendinding yang paling kukuh supaya, walau apapun yang berlaku, cinta kepada ibu bapa kau adalah cinta dunia yang paling agung selepas cinta kau kepada Allah dan Rasul.

Setelah kau menjejakkan kaki ke universiti, kau akan kenal dunia lebih lagi daripada sebelumnya kerana hidup sebagai pelajar universiti menjanjikan perjalanan hidup yang sangat mencabar. Di sinilah kau akan terdedah dengan bermacam-macam cabaran dan dugaan. Salah satunya ialah cinta.

Kau mungkin ketemu cinta sesama manusia, kau mungkin ketemu cinta kepada kerjaya, kau mungkin ketemu cinta kepada apa sahaja yang mungkin akhirnya, jika kau tidak ada keteguhan iman yang kuat, meruntuhkan rasa cinta kau kepada ibu bapa kau! Kerana pada kau, cinta baru yang kau ketemu itu lebih hebat daripada cinta mereka, lantas kau hanyut. Kau lupa akan mereka.

Jadi sebagai peringatan kepada diri kita masing-masing, sebagai pelajar universiti, perlu sentiasa ingat dengan pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita daripada kecil dan jangan sesekali lupa akan mereka. Bagi yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, jangan kau persiakan kepercayaan ibu bapa melepaskan kau hidup tanpa pengawasan mereka. Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pula, jangan kau sia-siakan masa yang kau luangkan setiap hari bersama mereka kerana kau ada masa yang lebih berbanding kebanyakan orang lain di universiti.

Ok? Jangan lupa ucapkan cinta kau kepada ibu bapa kau, kerana mereka juga cinta akan kau.

Berkenaan gambar di atas: Hari ini adalah hari terakhir seorang adik berkongsi universiti bersama abangnya. All the best in your life, adik.

Monday, April 13, 2009

Bebel 5: Kau Kenal Siapa Pemimpin Kau?


Aku pernah membebel pasal perkara ni sebelum ni dalam entri ini. Pergi la baca.

Aku kadang-kadang rasa sedih pasal ada dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ni yang langsung tak ambil kisah pasal hal-hal kepimpinan dan kepemimpinan. Buat masa ni, biar aku bebelkan bab kepimpinan dahulu tapi daripada skop mengenal pemimpin.

Pada setiap tahun, di setiap kampus mesti ada perubahan dalam kepimpinan sesebuah organisasi lebih-lebih yang melibatkan badan-badan pertubuhan, persatuan dan kelab. Aku tak mahu membebel lagi bab jika kau tak ambil pot dalam aktiviti ko-kurikulum. Itu dalam siri bebel yang akan datang ok?

Kau seronok pergi ke kuliah (kalau) lepas tu kau pulang ke kolej, kau tidur. Kau tak kisah pun siapa pensyarah-pensyarah mahupun Dekan fakulti/kulliyyah kau.
Kau seronok sertai aktiviti bersukan, tapi kau tak kisah pun siapa yang anjurkan. Yang penting (kalau) aku menang, kau kata.
Kau seronok gunakan kemudahan-kemudahan dalam kampus. Kalau ada terkurang sana dan sini, tahu pula kau mengomel. Tapi ada kau kisah siapa yang uruskan semua tu?

Sudahnya, apabila terserempak dengan seorang lelaki berusia di dalam kampus, kau panggil dia "pak cik". Walhal kau tahu tak dia tu sebenarnye Dekan kau? Ok ini kisah benar.
Sudahnya, apabila orang tanya siapa Pengarah Program yang menjadikan program yang kausertai sangat meriah, kau tak tahu pun.
Sudahnya, kau tak hargai pun jika kemudahan itu diperbaiki. Yang kau tahu, komplen komplen komplen...

Kau sedar tak, dalam setiap organisasi perlu ada pemimpin. Mereka inilah yang memainkan peranan penting dalam memastikan kemaslahatan dan kebahagiaan kau dalam kampus. Apabila kau bahagia, apabila kau seronok, kau lupa. Kau tak kisah pun siapa mereka tu.

Tapi, kalau kau dalam kesusahan, mula la kau canang sana sini orang tu dan orang ini tak buat kerja, makan gaji buta dan sebagainya.

Berbalik kepada persoalan pokok...

Ok bersambung. Aku penat. Boleh?

Sunday, April 12, 2009

Bebel 4: Diri Kau di Dalam dan Luar Kampus, Sama Tak?


Tolong jangan sempitkan apa yang kau akan baca dalam ruang lingkup pelajar UIA sahaja.

Apabila berada di dalam kampus, kita diikat dengan peraturan-peraturan kampus yang kebanyakannya bertujuan demi kebaikan semua pihak. Itu secara umumnya, semua orang tahu. Dan kebanyakan kita dalam sedar atau tidak menurut peraturan ciptaan manusia itu lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam kampus dan dalam khalayak warga kampus.

Tetapi dalam sedar atau tidak, kebanyakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti adalah selaras dengan dengan tuntutan agama. Kalau ada yang tidak selaras, kau wajib buat protes.

Agama pula, merangkumi semua aspek kehidupan, tidak kira di mana jua kau berada - di dalam atau di luar kampus.

Jadi, berbalik kepada isu pokok, adakah kau menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus?

Contohnya, kalau di dalam kampus, peraturan mengkehendaki kau memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, ada kau buat perkara yang sama apabila di luar kampus? Atau di luar kampus, kau fikir kau tidak diikat dengan peraturan kampus, jadi kau boleh berpakaian bebas apa sahaja yang kau mahu. "Biarlah, bukan ada pak guard pun!" kau kata. Jadi kau menutup aurat pasal ada pak guard la?

Ok itu satu contoh yang paling biasa didengar. Tapi untuk berlaku adil dengan kedua-dua jantina (kerana menutup aurat ni biasanya dikaitkan dengan perempuan), aku bagi contoh yang lain pula.

Merokok.

Ok kaitkan la sendiri dengan perenggan "menutup aurat" di atas. Malas aku nak bebel banyak-banyak pasal kalau kau sendiri tak ada azam nak berhenti merokok untuk kebaikan jantung kau dan orang-orang sekeliling kau, tak guna. Sia-sia Allah kurniakankau jantung yang sihat, tapi kau dengan sukarela menjadi bodoh merosakkan organ tu. Tak takut kufur nikmat ke?

Jadi, itu lah... Kenapa tak kau praktikkan peraturan-peraturan yang kauamalkan di dalam kampus apabila kau berada di luar kampus? Apa jika kau berada di dalam kampus, kau bawa status sebagai pelajar universiti sekian, dan apabila di luar kampus, kau bukan pelajar universiti itu pula? Apa jika kau berada di dalam kampus, agama kau sekian, dan apabila di luar kampus, agama kau sekian yang lain pula?

Na'uzubillah...

Aku bukan nak kata kau harus berbangga dan mencanang ke seluruh dunia bahawa kau pelajar universiti sekian dan sekian. Tapi apa yang aku nak tekankan ialah supaya kau berusaha untuk menjadi diri kau yang sebenar apabila berada di dalam dan luar kampus. Frasa "menjadi diri kau yang sebenar" tu aku kecilkan skopnya kepada diri kau yang mempunyai kualiti yang baik dan berakhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama dan budaya. Argh, kalau boleh aku nak buang perkataan budaya tu.

Kelak, jika kau tidak plastik, orang akan tanya, "Budak tu siapa?". Kau mahu/jangka orang jawab apa? Kau pilih:
  1. "Ala... Anak Si Markonah. Nama je budak universiti, tapi perangai anak aku yang tak masuk universiti lagi baik daripada dia"
  2. "Owh tu anak Pak Cik Sameon. Bagus budak tu. Tak sia-sia mak bapaknya hantar ke universiti"
Aku rasa hidup dalam kepuran-puraan itu, memenatkan.

Kan?

Saturday, April 11, 2009

Bebel 3: Pernah Tak Kau Ucap Terima Kasih kepada Pensyarah Kau?

Di peringkat universiti, tidak seperti di sekolah; tidak ada sistem ketua kelas mengarahkan rakan-rakan sekelas bangun dan mengucapkan selamat apabila guru masuk ke kelas. Begitu juga, tiada ucapan penghargaan di penghujung kelas apabila guru mahu meninggalkan kelas.

Itu semua orang tahu. Tapi, kenapa sistem ini tiada di universiti? Ada beza ke antara guru dan pensyarah?

Kau tahu kenapa?

Kerana kau perlu mengucapkan sendiri secara bersemuka dengan pensyarah kau. Itu nampak lebih ikhlas dan lebih mulia. Paling penting, lebih matang. Kau pelajar universiti, bukan?

Namun persoalannya: Pernah kau buat?

Tidak?

Kalau begitu, bila mahu kau buat? Hanya jika kau hampir meninggalkan universiti? Atau hanya apabila si pensyarah mahu meninggalkan universiti?

Kau rasa, sempat ke? Atau, boleh sempat ke?

Aku rasa aku malas nak membebel pasal pengorbanan seorang pensyarah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Kau sendiri boleh perhatikan. Melainkan mata hati kau buta, kau memang takkan nampak jerih perih seorang pensyarah. Apatah lagi jika pensyarah itu sememangnya dalam blacklist kau.

Cukuplah untuk aku katakan, kau kena hargai pensyarah kau tidak kira siapa pun mereka. Blacklist atau tidak. Kalaupun kau tidak mampu untuk memberikan kepadanya sesuatu yang berbentuk material untuk menzahirkan rasa penghargaan kau, cukuplah sekadar mengungkapkan kata "terima kasih" di hadapannya. Tak susah, melainkan kau sendiri yang rasa susah.

Itu belum lagi aku membebel bab memperoleh berkat ilmu daripada seorang pensyarah. Konsepnya sama sahaja sebagaimana antara seorang guru dan murid, sebab tunjangnya ialah: pemindahan ilmu daripada seorang ke seorang yang lain. Bukankah tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang bawah? Kau di bawah, kau perlu sedar.

Selepas ini kau jangan lupa ucap terima kasih kepada pensyarah kau.

Ok?

Friday, April 10, 2009

Bebel 2: Jangan Kau Jadi Kera Sumbang


Asyik membebel tanpa ada aktiviti praktikal, bosan jugak kan?

Ok. Sila cuba aktiviti ini apabila kau ada masa lapang:
Cari satu lokasi yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekampus kau. Cafe contohnya. Pilih waktu yang paling ramai orang turun ke lokasi itu. Waktu makan tengahari contohnya. Duduk di situ dalam masa sejam. Terpulang la kau nak buat apa pun sepanjang masa tu.

Dalam masa tersebut, cuba catat berapa orang yang menegur kau, menepuk bahu kau, memanggil nama kau, senyum kepada kau dan sebagainya yang memberi maksud bahawa mereka kenal dengan kau.

Cuba juga untuk menyapa siapa-siapa yang kau kenal.

Cukup sejam, kau jumlahkan bilangan orang yang kenal dengan kau. Berapakah pula jumlah orang yang kau sapa?

Ramai? Bagus. Tak payah dah baca bebelan aku.
Takde langsung? Ni yang aku nak membebel ni.

Kau sedar tak, kau masuk universiti bukan untuk hidup sorang-sorang macam kera sumbang? Aku tak salahkan kau jika secara fitrahnya sifat interpersonal kau kurang berkembang. Tapi apabila sudah sampai peringkat universiti, kau perlu belajar untuk memperkembang jaringan perhubungan dengan orang-orang lain dalam kampus kau.

Dalam hidup seharian sebagai pelajar universiti, kau tak boleh elak daripada berkomunikasi bersama orang-orang lain. Kau akan ada banyak perbincangan berkumpulan, pembentangan di hadapan kelas, mesyuarat dan macam-macam lagi yang memerlukan kau untuk memiliki kemahiran berkomunikasi. Kalau kau tak pandai nak berkomunikasi, apa guna kau masuk universiti? Kalau kau tak mahu belajar daripada sekarang, macam mana kau nak masuk ke industri pekerjaan nanti?

Takkan dalam perbincangan berkumpulan, kau nak duduk senyap je? Tak pasal-pasal kau akan disingkirkan. Langsung tak dapat markah untuk tugasan itu.
Takkan kau nak tunduk sahaja dan terketar-ketar apabila membuat pembentangan? Tak malu ke?
Takkan dalam mesyuarat, kau tidak menyumbang apa-apa buah fikiran? Aku pun pelik macam mana kau boleh dipanggil ke mesyuarat in the first hand.

Macam ini lah... Mungkin sifat malu kau sangat tebal. Mungkin juga kau tak mahu kelemahan dan kekurangan diri kau terserlah apabila kau berkomunikasi dengan orang lain. Namun kau perlu sedar, setiap daripada kita mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Normal la tu. Melalui komunikasi interpersonal la kita boleh memperbaiki apa-apa yang kurang, apa-apa yang lemah.

Cuba kau bukakan hati kau. Cuba kau bebaskan diri kau daripada penjara yang kau sendiri cipta selama ni. Cuba kau keluar daripada kepompong yang menyesakkan. Jadilah kupu-kupu dengan rupa dan warna yang baru.

Ok?

Thursday, April 09, 2009

How's the Result?

We were back from dinner when suddenly we saw a friend of ours who just got discharged from the hospital due to an accident.

Being concern, we came to him asking his condition.

He asked, "Hajji, how's your leg?"

"Owh ko tanya khabar kaki dia aje?" I asked.

We burst in laugh.

Then he asked some more, "How's the operation? How's the result?"

"Yeah, how many A's?" I added.

"You better watch out!" He pointed his finger to me angrily.

I burst in laugh. Kelakar la ko dik~

Bebel 1: Kau Kena Tahu Kenapa Kau Masuk Universiti


Semasa kau mula-mula masuk ke universiti, apa sebenarnye yang kau inginkan? Pernah tak letakkan apa-apa objektif, atau lebih mudah diistilahkan: niat?

Pernah? Bagus.

Sekarang, kau tenung semula. Adakah apa yang kau lalui sekarang sejajar dengan apa yang kau niatkan?

Atau, tidak pernah? Jangan risau, belum terlalu terlewat untuk kau berbuat demikian.

Jadi kenapa kau tidak pernah meletakkan niat apabila kau memulakan pengajian? Kau perlu sedar, niat itu la yang menjadi enjin yang memacu hari-hari kau sepanjang tahun-tahun pengajian kau nanti.

Dalam hal yang lain, apa sebenarnya yang kau niatkan? Betul ke niat kau tu? Kau masuk ke universiti, apa yang kau sematkan dalam hati? Mahu belajar? Menuntut keredhaan Allah? Mahu membela nasib keluarga?

Itu aku serahkan kepada kau.

Takkan kau masih dungu memasang niat yang bukan-bukan, bukan? Takkan masuk universiti pasal boleh main Dota bersama-sama kawan-kawan seluruh kolej? Takkan masuk universiti sebab nak cari pasangan sehidup semati semata-mata? Takkan masuk universiti sebab nak raih populariti dalam kalangan rakan-rakan sebaya supaya kau dihormati (konon-kononnya)?

Cuba ingat semula apa yang kau niatkan, atau sekurang-kurangnya apa yang kau fikirkan semasa kau mula menjejakkan kaki masuk ke universiti.

Ok?

Wednesday, April 08, 2009

Siri Membebel sebelum Grad

Dalam baki hari-hari yang ada, sebelum sedikit demi sedikit kamu, junior-junior yang disayangi meninggalkan aku pulang ke kampung halaman masing-masing, aku nak meninggalkan pesanan-pesanan yang mungkin berguna untuk kamu. Bukan bermakna aku terlalu bagus, malah mungkin bermakna aku terkilan tidak mengikut pesanan-pesanan itu sedari awal langkah aku mencecah bumi Gombak dulu. Tahu-tahu sudah empat tahun dan kini aku hampir meninggalkan bumi UIA.

Banyak perkara yang sudah aku buat, tapi banyak lagi yang tidak aku buat.

Nantikan siri membebel ini. Ia akan terbit setiap hari insya Allah hingga 18 April, yang juga menandakan hari terakhir semester ini.

Aku harap kamu akan dapat manfaat daripada apa yang akan kamu baca. Ia mungkin berbunyi tipikal dan cliche, tapi jadikanlah ia sebagai peringatan.

Jangan lihat siapa yang menulis, tapi lihat apa yang ditulis.

Sunday, April 05, 2009

Fourth Year Memang Macam Ni eh?


Esok dah nak exam, tapi aku buat hal macam takde exam langsung. Boleh? Ok junior-junior semua jangan ikut perangai macam ni ok. Tunggu korang jadi fourth year baru boleh buat LOL.

Saturday, April 04, 2009

STBB Blackout Version

We had a black out just now, the real Earth Hour. Hehe...

As always happens in college, when suddenly we live without the lights during the night, we'll shout our lungs out. These are among the STBBs noted:

Hidup Najib!

Dota!!! Dota!!! Jom main Dota wei!!!

Arsenal sayur!

Wei tahu la gelap. Jangan buat benda lagho!

Senyap la!!! Aku nak stadi esok exam!!!

Senyap la!!! Bini aku nak tido!!!

Friday, April 03, 2009

Mari Menyanyi



Mari Update Blog

Tapi, takde modal. Boleh?

Exam kot. FYP lagi... Hu~

Wednesday, April 01, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...