Friday, May 26, 2006

Awi Adikku...

Hm~ sedang asyik melayari internet, tiba-tiba... Dunia ku hanya diterangi cahaya laptopku! Elektrik mati!

Tadi tengah burn CD. Sementara tunggu proses tu habis, aku tengok tv kejap. Apabila kembali di depan laptop, tak sampai seminit, tup.... gelap~ Hm~ dengan saki baki bateri yang ada, aku taip fikiran ni...

Semalam aku mendapat berita yang amat mendukacitakan aku. Adik aku dapat nombor akhir dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Tak perlu aku beritahu berapa jumlah pelajar dalam kelas tu, tapi cukup lah sekadar aku nyatakan tempat terakhir dalam kelas.

Adik aku, Zawawi, aku panggil Awi je. Dia bersekolah pagi dan petang. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama. Keputusan peperiksaan yang teruk tu dari sekolah agama.

Tahun ni adik aku tahun enam, bermaksud tahun ni adalah tahun terakhir dia sebelum meninggalkan dunia sekolah rendah. Ia juga bermaksud di penghujung semester nanti dia akan berhadapan dengan UPSR dan PSRA.

Sudah pasti ramai yang tahu apa itu UPSR, tapi aku pasti tak ramai yang tahu pasal PSRA kerana peperiksaan ni di bawah kelolaan Negeri Selangor sahaja. PSRA merupakan singkatan bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama.

Berbalik kepada topik adik aku mendapat tempat terakhir, sejurus mengetahui hal itu, hati aku marah gile! Takkan sebegitu teruk?! Tapi jika perkhabaran itu datang dari mulut mak aku sendiri, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Hati aku macam dihiris-hiris, tak tahu kenapa tapi itulah yang aku rasa. NAK KENA AWI NI!!!.. hati aku berbisik geram.

Malam tu, abah ajak pergi makan kat KFC. Mak dan Awi turut serta. Masa tu aku tak ingat lagi nak sembur Awi, maklum la ayam depan mata! Tapi tiba-tiba abah cakap dengan Awi, "Makan elok-elok, lain kali periksa buat betul-betul ye..."

ZRRRRRAAAPPP!!! Terus datang hangin aku nak sembur dan-dan tu juga. Tapi aku masih ada pertimbangan, aku cakap dengan dia nasihat-nasihat yang membina, dengan nada yang rendah. Tak nak psycho sangat. Kang down pulak dia... Lagipun orang ramai kat restoren KFC tu...

Awi menangis (tapi mulut masih lagi menyuap!). Abah pujuk. Aku terus lagi menyembur sampai mak bagi aku signal tangan "STOP", maka aku berhenti. Kalau ikutkan hati, banyak lagi point yang belum dihujahkan, tapi kalau mak dah tegah, that's it.

Aku bukannya apa... Awi tu la satu-satunya adik aku. Dan aku tak fikir akan dapat adik lagi. Jadi aku harapkan Awi lebih berjaya daripada aku. Kalau aku lambat mengenal dunia, aku nak dia kenal dunia itu lebih awal dan matang selari dengan usianya.

Mak mengatakan keberadaan aku di rumah menyebabkan Awi lalai dalam pelajarannya sedangkan jika aku berada di kampus, dia lebih tekun. Aku rasa bersalah pula. Sepatutnya kepulangan aku sekurang-kurangnya boleh menjadi batu loncatan untuk Awi lebih maju kerana aku boleh bantu dia setakat yang mampu. Namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Awi, kalau Awi baca posting Abg Zaki ni, Abg Zaki nak Awi tahu bahawa Abg Zaki sayang Awi sebab Awilah satu-satunya adik yang Abg Zaki ada. Abg Zaki nak Awi jadi pandai, berilmu...

Abg Zaki nak Awi belajar bersungguh-sungguh. Bukan untuk kebaikan orang lain, tapi untuk Awi jugak... Kalau Abg Zaki tak dapat belajar kat luar negara, Awi pergilah. Insya Allah kalau Abg Zaki dah kerja nanti, Abg Zaki support Awi. Ini janji Abg Zaki.

Maafkan Abg Zaki kalau selama ni Abg Zaki kurang memberikan perhatian kat Awi sebab jarang sangat balik ke rumah. Awi terkontang-kanting kat rumah berdua dengan nenek bila mak dan abah kerja kat kedai. Bila balik pula, Abg Zaki banyak melekakan Awi daripada membimbing Awi. Abg Zaki minta maaf!

Lepas ni, kita sama-sama ubah cara kita ye? Abg Zaki ajar Awi macam mana cara belajar yang sistematik sebab Abg Zaki tengok selama ni Awi study depan tv tu tak berkesan walaupun Awi kata Nor Amalina buat macam tu juga. Mungkin cara tu berkesan untuk dia, tidak untuk Awi. Belajarlah dengan tertib dalam bilik. Nak pasang radio pun pasanglah sebab kalau belajar dalam keadaan sunyi pun tak syok.. Kan kan?

Lepas ni juga, Abg Zaki nak Awi lebih berdisiplin. Lepas balik sekolah petang, terus salin pakaian selepas mandi. Jangan lagi sampai rumah terus capai bantal! Abg Zaki akan pastikan Awi tak buat perangai lama...

Kalau nak tengok tv tu boleh, tapi jangan kerap sangat. Lagi-lagi AF dah nak start ni, jangan layan sangat. Study tu lebih penting. AF tu tak membantu ke mana pun...

*Serius panas gila dalam bilik ni... elektrik masih tak hidup lagi. hm~ dah la dulu. Nak kena perah baju ni, dapat la jugak setengah gayung.... Huhu~

Tapi Awi kena ingat, BERDISIPLIN dan SISTEMATIK! Ingat! Sembahyang dan doa itu sudah tentu!~

Sudah sudah... kesat air mata tu.... Jeng jeng jeng.... Cuba teka ape posting seterusnya... Haha~

31 comments:

DaRk AnGeL said...

gambar aper tuh? nak tunjuk gmbr org2 yg belajar tak tggi akn end-up mcm tuh ek? hish... masih tak fhm motif gmbr tuh...

by the way, setuju cara hikmah nk didik adik. but personally me as kakak [kaklong to be precise] is always kepimpinan melaui teladan. budak2 ni mmg cepat serap apa yg ada disekeliling mereka. kalu diorg jns selalu capai bntl, study depan tv or anyting yg tak berkenaan kita tgk dia buat kan, its because they learn from us! [selalunya kita tak sedar menda nih] pandai tak pandai tu blkg kira tapi rajin tu yg penting. berdisplin. sistematik. nak adik2 kita mcm tuh, diri kita ni dulu kene buat mcm tuh. seterusnya akn jadik ikutan adik2!

senyum kuda : motif gambar tuh? motif??

DaRk AnGeL said...

lagi satu, jgn cepat marah kalau adik dpt corot. mereka masih mentah. kemarahan kita cuma akn meletakkan minda diorg pada tahap kematangan yg sempit. for me, i'll just tell them that they should be lucky sebab ada byk sgt ruang utk improve diri. [ruang dari nombor terakhir sehingga nombor 1] kalu dapat nombor satu, seolah dah takde ruang utk improve diri kan? [ruang dari nombor 1 ke nombor 1?] mgkn akn rasa kita nih pandai sgt, so kita tak mau lar jadik sombong pulak kan. and jgn fikir the last number is the worst. last number doesnt mean performance kita teruk, but it means ada org lain yg lebih baik dari kita. maka kita kejar utk menjadi yg lebih baik, bukannya merintih sebab diri kita adalah yg plg teruk! there will always be room for improvement! and we,as elders, should make them think that way.. improve to be better!

so, maybe nasihat mcm ni, adik tak rasa teruk sgt. naik sket semngt. mmg budak selalunya akn target org tua akn marah [tipikal thinking] kalau dapat corot tapi biler kita "sembur" diorg dgn cara lembut dan tiada unsur2 marah, otak diorg fragile dan selalunya nasihat mcm nih akn lekat sampai tua. it works for my adik!

senyum kuda : nak tggu dah tua baru nk sembur2 mcm ni.. mmg tak jalan!

szakif said...

panjang ok~ omelan dark angel... saye terima~

bukannya saya tak pernah sembur sebelum ni, tapi bukan bertambah baik, maki jatuh. Awi kata dia tak baca pape malam sebelum periksa. itu baru sekolah petang, belum sekolah kebangsaan pulak... hm~

pasal gambar tu, itu adalah untuk posting seterusnya ok~ sila teka~

[apa yang aku fikirkan...]
[sembur tanda sayang]

toriq said...

wahhhhhhhhhhhh... isu softies di UIA!!!!!!!!!! hahahahhahahahaa

dah post sila bagi tau...

eh, lagu GUBU ihab dah keluar????

szakif said...

toriq...

wahhhhhhhhhhhh... isu softies di UIA!!!!!!!!!! hahahahhahahahaa

dah post sila bagi tau...

aku dah agak ko mesti "excited gile" bila aku nak buat pasal isu softies ni.... tapi not exactly about those in UIA la.. just cakap pasal isu softies je...

eh, lagu GUBU ihab dah keluar????
ya 4JJl... ko tak tahu lagi? sangat kasihan~

[apa yang aku fikirkan...]
[hm~ toriq online aku online....]

fonso zone said...

hahahahahha,,
adik aku dulu mnangis2 aku maki..
hahahahahaha..
padan~
dia tau aku mmg pntang tgk org mls blaja..leh wat fiil plak dpn aku..
mmg sgala prkataan lah aku kuarkn..
hahahaha..
de sekali ari tu chat..
kena maki gak..
padan~

szakif said...

mando...

sila dengar nasihat lady angel ok~

|PrincesSs| said...

Khas buat awi,
Awi..pelajaran agamakan awi sama pentingnya cam pelajaran duniawi nie..x guna kita cemerlang dalam pelajaran2 bebentuk keduniaan ni kalo nurani dan rohani kita takde yg keep check..tengok sajer gamba yg abang zaki post kan tuh..tu sumer kerana tidak mahu mendalami ilmu agama dgn sebetulnyer..

Lagi satu,awi jgnlah nangis..anak lelaki kena tabah..selalu je dalam idup ni orang nak mempersoalkan tindakan kita tp tak perlu awi menangis di depan ayam goreng KFC..awi terima sajer pandangan orang2 tu dan cuba perbaiki diri awi..

Kaknad harap dalam UPSR nie awi dapat straight As begitu juga dengan UPSRA (eh apa ek nama exam agama awi? kat skolah kaknad dulu UPSRA..hehe)

Ala kulli jal,bittaufeq wannajah kaknad ucapkan..

Salam Jauh Tapi Mesra,
KakNad

|PrincesSs| said...

*hal~

szakif said...

dalam keadaan sedang khusyuk membaca omelan nad, tetiba hatiku digeletek dengan ayat ni: "...tak perlu awi menangis di depan ayam goreng KFC"

DaRk AnGeL said...

hehehehehe.. mmg zaki.. [pun masih tertawa kecil lagi nih]
tapi still dlm mood syahdu lar jugak mmbacanya tuh.. kihkihkihkih...

senyum kuda : ramai jer yg amik berat dgn adik nih.. tak kira lah secara halus, lembut, atau maki! pokok pangkalnya adalah kerana SaYaNg!

szakif said...

terus fikir2 bley~

[apa yang aku fikirkan...]
[memang sayang adik~]

DaRk AnGeL said...

eh en.zaki! menarik la pulak nak buat cerita psl softies ni. i do have a softy friend when i was back in UTM. quite close to 'her'. maybe after you update, i can share my personal view on this.

horse's smile : waiting to be updated.

|PrincesSs| said...

zaki,
ko da bagi adik ko baca lom pesanan2 aku..hehehe..lepas tu kan blog yg ko bagik semalam hang dowh aku nyer laptop..maka nak ko jer send satu album tu kat aku boleh nggak sih?

owh i have few softies frens it span back to my teenage years..and also some of them are online buddies..close to only one but was introduce to like 10 of them..hehe..

so zaki,please update

meow meow:cepat ler..dah lama aku paksa ko wat entry nie

szakif said...

lady angel...

eh en.zaki! menarik la pulak nak buat cerita psl softies ni. i do have a softy friend when i was back in UTM. quite close to 'her'. maybe after you update, i can share my personal view on this.
haha... TUNGGGGUUUUUUU.......

horse's smile : waiting to be updated.
TUNGGGGUUUUUUUUUUUU.....

[apa yang aku fikirkan...]
[lembut takpe, tapi jangan lembik]

szakif said...

nad....

zaki,
ko da bagi adik ko baca lom pesanan2 aku..hehehe..

sudah.... dia bace dalam ketiadaan aku di rumah.

lepas tu kan blog yg ko bagik semalam hang dowh aku nyer laptop..maka nak ko jer send satu album tu kat aku boleh nggak sih?
selesai kat YM~

owh i have few softies frens it span back to my teenage years..and also some of them are online buddies..close to only one but was introduce to like 10 of them..hehe..
gosh! *takde idea...

so zaki,please update
ko habes exam, aku update bley~

meow meow:cepat ler..dah lama aku paksa ko wat entry nie
TUNGGGGGGGUUUUUUUU....

[apa yang aku fikirkan...]
[mengantuknye...]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

YA ZAKIIIIIIIII
Aku menunggu entry terbaru ko bersabit gambar2 ko itu ok!!
Bare in mind ko kena buat entry ni dengan penuh berhati2 kalo takmoh ditohmah diriku hahaa...
Jeng jeng jeng!!
(cuak Zaki merembes peluh2 sbb risau apsal aku nak menohmah tak alih2 hahaha)


Dah dah... Balik pada isu asal entry ni...
Aku nak cakap... For me, aku tak pernah guna approach offensive kat adik2 aku...
Bila diorg ni ada prob... Apa yg aku akan buat pon cuma borak2 sakan gitu...
N then selit2 skit laa nasihat2 apa yg bleh membina...
Then again, aku ni bkannye bagus sangat pon...
+ adik2 aku pon bagus2 gak so aku tatau laa apa masalah yg adik ko ada...

Nasihat aku... Buat yg terbaik dan berserah sepenuh hati ;)

Tapi Nadhrah sila la!!
Hengat pompuan je ke ada air mata??
Apa laki nak nangis takleh ke??
Aku banyak kali nangis sbb akademik ok!!
Sila jangan halang Awi utk nangis hehe...
Nangis tidak semestinya menunjukkan kelemahan ;)
Anda setuju?? Hehe...
Malahan nangis sangat best sebenarnya :D

Aduhai... Kalo laa kita lagi banyak menangis daripada gelak kan...
Hmmmmmmmmmmmmmmm

myadlan said...

yea.. nape adik aku pn malas nk ambil peluang belajar dgn aku kalo aku balik umah?

adik kau br UPSR.. adik aku ni nk SPM da.. xtau la.

DaRk AnGeL said...

masuk dgn harapan dah update.. *sigh*
bile nk masuk ngomenan blog org nih? ;p

worm said...

haha~ szakif sgt kelaka!

best kan kalao blackout?? senang lelap..

anyway, szakif seorg abg yg sgt baik! ala...best nye awi dpt abg camne..

good luck to szakif and awi!!!

szakif said...

ihab...

Salam...
salam...

YA ZAKIIIIIIIII
Aku menunggu entry terbaru ko bersabit gambar2 ko itu ok!!
Bare in mind ko kena buat entry ni dengan penuh berhati2 kalo takmoh ditohmah diriku hahaa...
Jeng jeng jeng!!
(cuak Zaki merembes peluh2 sbb risau apsal aku nak menohmah tak alih2 hahaha)

haha... mana silalah menunggu dengan sabar ok~

Dah dah... Balik pada isu asal entry ni...
Aku nak cakap... For me, aku tak pernah guna approach offensive kat adik2 aku...
Bila diorg ni ada prob... Apa yg aku akan buat pon cuma borak2 sakan gitu...
N then selit2 skit laa nasihat2 apa yg bleh membina...
Then again, aku ni bkannye bagus sangat pon...
+ adik2 aku pon bagus2 gak so aku tatau laa apa masalah yg adik ko ada...

hm~ aku ni adik tu je la yang sorang tu, may be aku blom belajar dengan sempurna how to educate my own bro la... hm~ terima kasih atas nasihat ko ihab~

Nasihat aku... Buat yg terbaik dan berserah sepenuh hati ;)
okaaaayyy..

Tapi Nadhrah sila la!!
Hengat pompuan je ke ada air mata??
Apa laki nak nangis takleh ke??
Aku banyak kali nangis sbb akademik ok!!
Sila jangan halang Awi utk nangis hehe...
Nangis tidak semestinya menunjukkan kelemahan ;)
Anda setuju?? Hehe...
Malahan nangis sangat best sebenarnya :D

menangis sangat besy? adakah? ingin kurasa~

Aduhai... Kalo laa kita lagi banyak menangis daripada gelak kan...
Hmmmmmmmmmmmmmmm

hmmmmmmmmmmmmmmm juge...

[apa yang aku fikirkan...]
[dalam mase beberapa bulan ni, tak menangis]

szakif said...

adlan....

yea.. nape adik aku pn malas nk ambil peluang belajar dgn aku kalo aku balik umah?
maybe diorang dah terbiase dengan tidak merefer kepada sesiapa kot? atau mereka lebih selesa dengan keadaan studi mereka sekang? entah la... tapi aku mmg nak ajar adik aku~ hm~

adik kau br UPSR.. adik aku ni nk SPM da.. xtau la.
maka sila mempromosi UIA tatkala beliau habis SPM ok~ er,... laki ke pompuan? :D

[apa yang aku fikirkan...]
[bila nak ade makwe lagi ni?]

szakif said...

dark angel...

masuk dgn harapan dah update.. *sigh*
bile nk masuk ngomenan blog org nih? ;p

sabar ye...

[apa yang aku fikirkan...]
[sabar ye...]

szakif said...

kid...

haha~ szakif sgt kelaka!
haha~ is that a compliment or wut? :D

best kan kalao blackout?? senang lelap..
panas ok~ malah tak leh lelap dengan senang~

anyway, szakif seorg abg yg sgt baik! ala...best nye awi dpt abg camne..
trimas~ awi sila berbangga bley~

good luck to szakif and awi!!!
amiiinn..

[apa yang aku fikirkan...]
[nak jadi abang yang baik]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Tipu laa ko tak pernah nangis oi!!
Hahaha...
Tapi lepas nangis memang PUAS ok!!
PUAS!!
Segala dendam benci amarah segala pergi...
;)

Bestnyer nangisss... Rasa nak nangis lagi ;)

szakif said...

ihab...

Salam...
salam jua~

Tipu laa ko tak pernah nangis oi!!
Hahaha...

aku tak kate tak PERNAH nangis ok~
malahan seraya kukeluar ke bumi, teruk aku menguek ok~

Tapi lepas nangis memang PUAS ok!!
PUAS!!

hm~

Segala dendam benci amarah segala pergi...
hebat la ko... aku kalau dah habis nangis, tak tentu lagi camtu

Bestnyer nangisss... Rasa nak nangis lagi ;)
ajar aku care nangis ihab!!

[apa yang aku fikirkan...]
[hampir menangis bila menagis posting pasal awi ni]

Irzan said...

salam...

Sedih ok baca entry nih.. tetiba2 aku terbayang diri aku yang duk marah adik aku time upsr dulu.. sigh.. tapi cuba la fikir tekanan dia, dah mak bapak lagi marah, abang lagi marah... :(

Anonymous said...

Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...