Monday, May 22, 2006

Ahad - Akhirnya Masa itu Tiba!

Penat punye pasal, aku just letak caption kat bawah gambar. I think that's enough to describe all events yesterday~ Tapi aku tak letak gambar ni ikut susunan dari pagi sampai petang... Sangat banyak untuk disusun semula~

Lepas bersanding di rumah pengantin perempuan, tiba masa untuk bersanding di rumah pengantin lelaki pula i.e. rumah aku... Kelihatan Cik Mar menyambut kehadiran pengantin (bidan terjun ok~ maka Cik Mar disuruh melakukan yang sedemikian dan-dan tu jugak!)

Sangat bingit bunyi kompang hingga menutup telinga! (sorang tu je yang tutup telinga tapi jadi perhatian caption bley~)

Mak menepungtawar pengantin.

Sangat kasihan kucing aku pasal menjadi perhatian penggemar2 kucing di rumah aku... Asal nampak je, habis dipelukcium segala~ maklum la.. comel~

Abah pula menepungtawar

Di rumah pengantin perempuan sebelum itu... Pengantin bersedia untuk "menebar" gula-gula kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak bersedia untuk mengutip gula-gula yang dilempar pengantin. Yang berkopiah tu kanak-kanak ke bapak kanak-kanak? Muahaha~

Bersilat di depan pengantin...

Rakan-rakan odah turut memeriahkan majlis di rumah aku dengan kehadiran mereka. Trimas!

Masih lagi bersilat walhal orang dah jemu tengok dia bersilat yang tak best tu bley? Mengumpat ok~


Waaaa~ sedia untuk dicium oleh pengantin!

Nah kau! Amik Ciuman Maut aku! muahaha~ kate pengantin
Sepatutnya budak-budak atau bayi yang akan dihembus dengan pengantin bagi mengelak sawan pengantin. Ni tak, budak-budak bujang jadi mangse! Sangat lawak melihat si mangsa meronta-ronta minta dilepaskan... Malu ok~ nasib baik aku berat~ :D


Seriously memang aku tak susun ikut prosedur. Kali ni sebelum pengantin duduk, disilatkan, dan melemparkan gula-gula kat atas nun. Pengantin diarak bersama paluan kompang.

Pengantin perempuan disatukan dengan pengantin lelaki... Sungguh scwweeettt!

Lap air liur tu cepat! Antara juadah di meja Makan Beradab.

Hadiah-hadiah yang disumbangkan oleh member-member pengantin.

Mamat-mamat kompang bersedia untuk memalukan kompang... Adakah kompang itu berasa malu apabila dipalu?

Sangat harmoni bunyi paluan kompang apabila turut diselitkan bunyi bass daripada menda alah ni... Tak tahu ape nama benda ni.

Kanak-kanak ni kelihatan sangat batak ikhlas membawa bunga manggar ketika berarak bersama pengantin.

Kipas dan keris pengantin lelaki...

Band abah aku membuat persembahan...
pssst... Ni nak odah ni... Adeke patut nyanyi lagu-lagu bermotifkan perpisahan, kecewa dalam percintaan, aku tinggalkan kau, kaulepaskanlah aku, hatiku sangat kecewa, bapaku kawen lagi, dan macam-macam lagi... hm~ sangat tak berkenan~

Antara hidangan di rumah aku... Buat style buffet...

Pengantin sedang bersiap untuk bersanding. Si pengapit dah siap awal-awal, macam dia pulak nak kawen! muahaha~

Antara jemputan yang hadir...

Posting seterusnya: Aktiviti Pasca-Kenduri (bagi tuan rumah la. Si pengantin aku tak tahu diorang buat ape! :D)

13 comments:

Anonymous said...

Hem..i know, u still tired . So far u do d best letak segala pict kat yr blog (sperti yg d janjikan). Masa majlis tu, ada sewa profesional camera man x?
sya.

Anonymous said...

owh.. cantik ok kaler purple as warna tema tuh... dan agk menarik ada bunyi bass bagi iringi paluan kompang tuh.. x pernah daku tgk lagi...
n yer lah.. nape lagu2 yg dinyanyikan sedemikian rupa? aiseh..
n masa biler pengantin baju purple n kejap baju merah? konfius jap..
tapi lauk buffet tu menyelerakan! [mmg tgh lapar! muahahahaaa!]

Unknown said...

kak syasya...

Hem..i know, u still tired . So far u do d best letak segala pict kat yr blog (sperti yg d janjikan). Masa majlis tu, ada sewa profesional camera man x?
thanx for the concern. memang itu yang saye nak jadikan topik utk blog saye ni.. maklum la.. tajuk blog pun "apa yang aku fikirkan..." jadi ape yang tefikir pada masa terdekat ni, saye letakkan la sebagai topik di sini...
cameraman profesional, tgk balik gambar nombor 2 dari atas, posting hari Ahad tu, ade gambar sorang mamat pegang camera, tu la cameraman profesional. tapi gambar2 dalam blog ni 100% dari usaha yang gune henset baru saye... gunekan secara maksimum!

[apa yang aku fikirkan...]
[takut calar rr henset tu pasal takleh tukar casing]

Unknown said...

lagy angel (syasya sila jadikan perkataan "angel" kepada bahse jawa,maknenye ape?)

owh.. cantik ok kaler purple as warna tema tuh...
nak ke? hehehe.. sambil sengetkan kepala sambil senyum sinis

dan agk menarik ada bunyi bass bagi iringi paluan kompang tuh.. x pernah daku tgk lagi...
memang sangat sedap ok~ patutla pun... dengar citenye diorang banyak dapat tempahan main kompang tiap minggu... hm~ sangat kreatif dan melodious!

n yer lah.. nape lagu2 yg dinyanyikan sedemikian rupa? aiseh..
itu tak masuk lagi lagu "mengapa perpisahan yang kau pinta"... sangat minta dijauhkan~

n masa biler pengantin baju purple n kejap baju merah? konfius jap..
mula2 dalam pukul 2 bersanding kat rumah pengantin perempuan, pakai baju merah.
pastu tukar baju ungu plak bile nak bersanding kat rumah pengantin lelaki lak... sila jangan konfius dalam kecelaruan susunan gambar... hehe~

tapi lauk buffet tu menyelerakan! [mmg tgh lapar! muahahahaaa!]
tu la pasal... sap suruh tak datang~ melepas!

[apa yang aku fikirkan...]
[nantikan posting pasca kenduri]

puteri nad said...

apa maksud angel nak tau
memang sekotak ke gula2 nak kasi kat dak2 tu..
pastu kene cium2 tu serius ker? eeeww kalo cium dak kecik nak la aku..cium dak besar tuhhhh..erkk xmolahhhhhhh

hahaha zaki upload ler video~~

Unknown said...

nad...

apa maksud angel nak tau
angel = bengang dalam bahse jawe... pronounce: a = cam "ayam" ngel mengomel tang huruf e tu... angel nyong ambek riko nad!

memang sekotak ke gula2 nak kasi kat dak2 tu..
dalam kotak tu banyak rrr gula2, campur macam2 jenis.. sumi ade jua~ mak ngan bapak budak pun berebut~ sangat lucu~

pastu kene cium2 tu serius ker? eeeww kalo cium dak kecik nak la aku..cium dak besar tuhhhh..erkk xmolahhhhhhh
tak nak cium sudah, ko ludah sajor~ muahahha~

hahaha zaki upload ler video~~
video ape? nikah? bersanding? ekceli malas nak upload ke photobucket di kala kudonlod bitcomet ni... melambatkan~

[apa yang aku fikirkan...]
[dekat sebulan aku donlod CSI 8GB]

Anonymous said...

nak bagitau ckit boleh...(rasanya byak kut).
1) pasal "angel" 4 the others meaning is "susah".kalau di tambah jadi "Banggel" is mean "keras kepala/Begik".Perkataan kedua ni jarang d gunakan biasanya org2 tua yg sedang marah (jawa halus).
2) Pasal "apa dalam kotak" tu..penjelasan yg lebih terperinci ianya adalah dari budaya jawa lama(tpi skrang org melayu seperti daerah klang juga ada melakukannya). Sepatutnya di dlmnya bercampur dgn bunga rampai & syiling selain gula2. Apa yg sya tau, lepas adat bercukur baby juga kita boleh melakukannya.Namun dalam kenduri perkahwinan, agak kurang sedap bila ianya di tabur di atas tanah(harap zaki x kesah pasal komen yg ni)cos kanak2 tentu akan tercuit dgn tanah @ bnda kotor lain.
3) Perkara baru yg sya nampak dlm arena perkahwinan skarang.Lucky Draw. Sangat seronok melihatnya.
cabutan ni khas utk org2 yg rewang kat rumah.sekurang2nya tanda terima kasih dr tuan Rumah.2010 boleh ler buat zaki..kui..kui..
Betul x Nad??
(Aik..pnjangnya ngomelan ku)syasya

Anonymous said...

Nad...ringankan tangan buka kamus jawa yeak!.utk persediaan masa dpan..

(Bengang ke kuwe zaki..senyum ler x baik mare pagi2..kak sya nyakat je..:P)

Unknown said...

kak syasya~

nak bagitau ckit boleh...(rasanya byak kut).
banyak pun takpe...

1) pasal "angel" 4 the others meaning is "susah".kalau di tambah jadi "Banggel" is mean "keras kepala/Begik".Perkataan kedua ni jarang d gunakan biasanya org2 tua yg sedang marah (jawa halus).
aaarrrgghhhhhhh!!!!!! kat atas tu salah ok~ angel bukan bengang, tapi susah~ sangat malu kerane salah tafsir...

2) Pasal "apa dalam kotak" tu..penjelasan yg lebih terperinci ianya adalah dari budaya jawa lama(tpi skrang org melayu seperti daerah klang juga ada melakukannya). Sepatutnya di dlmnya bercampur dgn bunga rampai & syiling selain gula2. Apa yg sya tau, lepas adat bercukur baby juga kita boleh melakukannya.Namun dalam kenduri perkahwinan, agak kurang sedap bila ianya di tabur di atas tanah(harap zaki x kesah pasal komen yg ni)cos kanak2 tentu akan tercuit dgn tanah @ bnda kotor lain.
secara ringkasnya, gula2 itulah yang menjadi bahan rebutan kanak2 walaupun hakikatnya dalam kotak tu banyak lagi benda. one more thing, saye malas nak ingat ape aje mende yang terkandung dalam kotak tu, tapi mase taip komenan ni, saye kembali refresh otak saye dan mengiakan apa yang kak sya katekan. dalam kotak tu mmg ade syiling, gulu2, coklat, kertas2 dipotong kecil (bagi mengelirukan orang) dan macam2 lagi la. seronok pula melihat kanak2 berebut mencari gul2 tu, tapi in other way it's something menakutkan how they are really eager to get the 5cents sweets~ sampai macam nak bergaduh pun ade gak~ hm~

3) Perkara baru yg sya nampak dlm arena perkahwinan skarang.Lucky Draw. Sangat seronok melihatnya.
cabutan ni khas utk org2 yg rewang kat rumah.sekurang2nya tanda terima kasih dr tuan Rumah.

tapi mak abah saye tak terfikir pasal lucky draw ni pasal yakin penanggah2 yang akan rewang di rumah saya tak kesah sangat pasal hadiah ni. ade atau tak, mereka akan tetap hadir dan membantu secara ikhlas. ada lucky draw atau tidak, mereka TETAP akan datang. lagipun setiap penanggah akan diberikan makanan percuma BAGI SETIAP AHLI FAMILI. nak datang makan, makanlah... takde orang halang. makanan habis, masak la baru.... malah semasa kenduri, rumah saya menghadapi masalah LAMBAKAN pekerja di mana yang berborak lebih ramai drpd yang bekerja sebab MEMANG DAH TAKDE KERJA. hm~ maka mereka membuka segala macam rahsia satu kampung @ bergosip sane sini~ haha~ saye ngopeng je la! :D

2010 boleh ler buat zaki..kui..kui..Betul x Nad??
kenape tanye nad ok~ sila jangan buat speku~

(Aik..pnjangnya ngomelan ku)syasya
panjang lagi omelan balasku~

[apa yang aku fikirkan...]
[masih tak dapat melawan omelan panjang ihab]

Unknown said...

kak syasya...

Nad...ringankan tangan buka kamus jawa yeak!.utk persediaan masa dpan..
insya 4JJl ye nad? muahahha~ kak sya dah bagi lampu hijau tu! :)) <--buat kat YM maka akan terbahak2lah emoticon itu

(Bengang ke kuwe zaki..senyum ler x baik mare pagi2..kak sya nyakat je..:P)
mende la nak dibengangkan? tak dok aih~

[apa yang aku fikirkan...]
[tak suke seawal pagi dah dimarahi]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Muahahaha... 2 benda yg menarik perhatian aku...
Pengantin tebar gula2 + pengantin cium org bujang...
Sumpah aku tak pernah tgk mana2 majlis kawin buat gini!!
Hahahaha...

Menarik babeng...
So ni kira cam ala2 omputeh balik bunga laa...
Kira sape kena cium tu, dia laa next kawin ek??

Ala kulli hal aku nak tanya skit pasal band ayah ko nih...
Ayah ko dulu bergiat seni ke hapa sampai ada band segala ni??
Dan kalo bergiat seni, dia buat apakah??
Ke band ni sekadar hiburan masa lapang??
Tapi tampak organise habis laa siap ada gitar segala jadah...
Perghhhh!!!

ChemGrad said...

best nye..and sgt sgt unik!!

ADam Dryx said...

Tak tahu ape nama benda ni.

Itulah rebana namanya....

ADamDryx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...