Saya lebih selesa untuk membahasakan diri saya sebagai "saya" dalam posting yang saya rasakan agak berat dan serius walaupun dalam entry saya sebelum ni kerap kali saya menggunakan kata ganti diri "aku".
Setelah melakukan undian selama beberapa lama, saya dapati respon pembaca dalam undian yang saya buat lebih ke arah positif. Apa yang saya maksudkan ialah kesemua yang terlibat dengan undian itu tidak memilih untuk menyingkirkan si lembut dalam hidup mereka.
Sesuatu yang pasti tentang si lembut adalah, bilangan mereka seakan-akan makin bertambah hari demi hari. Mereka sudah tidak lagi takut untuk menyembunyikan identiti songsang mereka dengan berpakaian tak ubah seperti perempuan, berkelakuan lembut mengalahkan perempuan tulen, dan berbagai-bagai ragam lain.
Tetapi ada juga lelaki lembut yang masih lagi bertunjangkan seruan Allah dan Nabinya agar terus berada di landasan yang betul. Sekalung tahniah saya ucapkan mereka kerana saya berpendapat mereka ini berjaya dalam menempuhi cabaran hidup!
Kenapa saya mengatakan cabaran hidup? Kerana lembut ini dilihat sebagai tidak normal. Ia dilihat bukan seperti lelaki yang sebenar. Memang, memang itulah yang berlaku kerana yang lembut dibezakan dengan yang lelaki, sudah tentu nampak perbezaannya. Si lembut dengan caranya, si lelaki dengan caranya jua. Memang Allah jadikan manusia itu berbeza-beza, maka dengan perbezaan itu manusia hidup dengan aman. Juga, dengan perbezaan itu manusia hidup kucar kacir kerana salah jalan dalam menangani perbezaan itu.
Kenapa salah menangani? Dalam hal si lembut, adakah salah mereka seratus peratus? Atau adakah salah yang Mencipta? Tidak! Memang sengaja Dia menciptakan si lembut sebegitu kerana itu adalah cabaran hidupnya. Jika si buta diuji dengan ketidakupayaanya mentafsir cahaya, si pekak ditarik nikmat mendengar, dan kudung dipotong tangannya sejak perut ibu menjadi tempat peraduan, si lembut pula diuji dengan pembawaan dirinya.
Jika si lembut membawa dirinya ke arah jalan yang betul, masih menurut syariat Allah dan Nabinya, maka lembut itu bukan halangan untuk dia terus hidup seperti biasa. Juga, lembut itu bukan alasan untuk dia bertindak mengikut nafsu semata-mata.
Berkata tentang nafsu, si lembut kerap kali dikaitkan dengan kesongsangan turutan nafsunya yang bertentangan dengan norma manusia. Lelaki itu untuk perempuan, perempuan itu untuk lelaki. Sememangnya Allah menciptakan ciptaan-Nya berpasangan-pasang. Jika yang sama jenis disatukan, maka sesuatu yang buruk akan terjadi. Itulah hukum azali. Itulah hukum Allah.
Ingin saya nasihat kepada yang membaca, jangan dengan mudah menstereotaipkan si lembut dengan kesongsangan nafsu. Ada juga antara mereka yang tahu menilai yang mana baik dan yang mana mungkar. Sekalung tahniah! Susah untuk kita tafsirkan kecenderungan nafsu seseorang. Malah si keras juga tidak pasti lagi tepat kecenderungan nafsunya.
Saya kerap menyatakan Allah menciptakan lembut sebagai cabaran kerana lembut ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Koordinasi tubuh dan pertuturan mereka sememangnya lain daripada lelaki. Tidak perlu disalahkan si lembut jika mereka sebegitu, tetapi salahkan si lembut jika dia bertindak di luar batasan dan norma. Hakikatnya, si lembut itu masih lagi lelaki, walaupun naluri bertentangan dengan keadaan fizikalnya.
Cuba semak kad pengenalan si lembut, tidak tertulis perkataan "pondan", "bapuk" dan sebagainya. Dalam dunia ini, cuma ada 2 jantina - lelaki dan perempuan. Khunsa itu kes lain dan saya tidak berminat untuk mengupas banyak tentang khunsa. Tetapi berbalik kepada si lembut, dia dilahirkan dengan keadaan fizikal lelaki, dengan genital yang melambangkan jantinanya. Tetapi kenapa tiada tanda fizikal bagi melambangkan nalurinya? Natijahnya, pembawaan dirinya menjadi mangsa. Pakaian, pertuturan, dan koordinasi tubuh contohnya.
Naluri si lembut itu adalah lembut, tidak seperti lelaki. Tidak semestinya apabila berkata tentang naluri, ia semua berkait tentang seks, TIDAK! Tetapi pembawaan diri lembut itu ada sedikit seperti perempuan.
Entah! Sukar sebenarnya mahu menyingkap satu persatu kecelaruan si lembut. Ada yang hanyut dengan naluri songsangnya, malah ada juga yang sudah membuat pembedahan untuk mengubah genitalnya. Tetapi percayalah, ubah genital atau tidak, hakikatnya masih ada gen Y dalam genetiknya. Dia masih lelaki. Tapi nalurinya perempuan. Pelik kan?
Argh! Kenapa perlu pening-pening fikir pasal si lembut? Biarlah dia dengan dirinya. Buat apa nak fikir pasal mereka?
Jangan berfikiran begini! Itulah yang menyebabkan si lembut hilang pedoman, menyebabkan dia mencari rakan-rakan yang senasibnya. Jika "yang senasibnya" itu boleh membimbingnya ke jalan kebenaran, tidak mengapa. Tetapi apa yang saya perhatikan sendiri, mereka ini ada kelompok sendiri. Dan sudah pasti kelompok ini terpesong! “Membimbing” ke arah yang sesat jauh!
Pantang nampak lelaki yang ada rupa, mulalah keluar bunyi-bunyi menggoda "pphhhhhheeeeeeeewwwweeeeettt!!!" Kenapa? Nak buat apa dengan lelaki tu? Nak goda? Awak tu lelaki ke perempuan? Oh bukan! Kami bukan lelaki, dan bukan perempuan, kami songsang! Kami sedar kami songsang tapi inilah dunia kami.
Huh! Kenapa perlu berbangga dengan "dunia" tu. Adakah dunia itu membawa kalian ke mana-mana?
Ya! Nafsu kami dipenuhi! Kami suka lelaki. Kami mahu lelaki. Kami mahu dilayan dan melayan lelaki.
Sedarlah... Manusia itu dikurniakan akal dan nafsu. Sekali lagi kita ditunjukkan bahawa memang Allah menciptakan ciptaan-Nya berpasang-pasangan. Kali ini akal dan nafsu. Akal itu baik, nafsu itu jahat. Maka buatlah pilihan, mahu yang mana. Jika menurut akal yang waras, waraslah juga hidupmu. Nafsu jua akal, tetapi akal yang tidak waras kerana menjadi medium untuk syaitan meniupkan tipu dayanya. Jika nafsu itu tidak dilapik dengan keimanan, kerana itulah nafsu menjadi panduan hidup lantas hanyut!
Susah sebenarnya jika mahu menasihati mereka yang sudah terjerumus ini. Kerana set minda mereka sudah sebati dengan kesongsangan itu. Mereka seronok dengan dunia yang menjanjikan seribu keindahan dalam kesongsangan. Siapa yang tidak suka pada keseronokan? Semua orang suka, tetapi ada seronok yang halal dan seronok yang haram. Terpulang nak pilih seronok yang mana. Jika yang halal menjadi pilihan, syurga jawabnya... Insya Allah... Jika yang haram menjadi gaya hidup, na'uzubillah... Tiada siapa yang mahu disapa api neraka.
Ingatlah... Hidup di dunia ini sebenarnya hanyalah kesempatan sebentar sebelum tiba di daerah yang abadi. Mahu tinggal di daerah yang mana? Buatlah pilihan...
21 comments:
yeayy~~ first!!
dah jenguk dah blog kau tadi tapi ni dtg balik sbb nk jwb bahawasanya..
aku tak tiru kau punyer S tuh ok! mmmg ada S kat depan lambang sharifah boley? wekkkkk..
hahaha.. tak sgka pulak kau mengupdate! sure kau tgh tak tido lagi nih...
tapi seperti mana jua insan2 lain yg menduduki takhta pertama, aku pun tak baca lagi! ni nak baca kejap2 lagi sebab aku nak meng hapdate blog aku sendiri dulu. then i'll come back to give my opinion..
nak tulis jgak blog terkini aku yg vogue.. semua dijemput lawat...
szuraiha.blogspot.com
hahaha.. bahagianya aku ada S kat depan! S kau pulak lambang apa?
senyum kuda : daku dah berjaya nad! muahahaha!! <-- gelak angkuh ini hanya utk nad sajor! kuikikuikui.. [sambil mengharapkan takhta kedua jugak.. hehehee]
kahkahkahkah....
nad tak sampai lagi... bahagia nyer aku!
kekekekee...
tuan punyer blog pun tak sampai lagi.. kagumnyehhh dgn kepantasan ku! kuikuikuikui...
hang lagi ke zaki oi? kuikuikui...
p/s:dah..dah.. aku nak pergi update blog pulak...
yak!
terus ikut mando.. yakkkk <--tp tuk kaksyifa
zaki,esok ku kan mengomen panjang..cam syok jer..hahaha
aper yak2 ni? muahahaha... siler bagi komenan ok.. spt yg bakal daku buat nih...
oh.. sgt pjg ulasan mu. takde satu pun yg daku nafikan. mmg pilihan di tangan kita. cuma nak tambah yg didikan bermula dari kecil...
didikan di rumah memainkan peranan penting dlm membentuk jatidiri kita sejak kecil. kalau tak dikawal dan di monitor oleh sang dewasa, itu la yg menjadikan seseorg memilih utk menjadi lembut atau keras nih.. forget la alasan about "naluri pompuan yg terperangkap dalam badan lelaki" ni.. kalau dipasak kan iman yg mencukupi, pasti nafsu ditolak tepi dan sepatutnye akal fikiran yg waras menjadi tuan diri...
zaki ke mana ko? Odah camp?
Wei! Dark Angel! bising betol ko. Mengalahkan tuannyer blog pulak. :D
ooppsss.... ok ok.
sori tuan punyer blog!
hehehe..
tapi iyer lah.. di manakah anda?
dark angel.... (sampai 4 first dia saje!!!)
yeayy~~ first!!
tahniah!!!
dah jenguk dah blog kau tadi tapi ni dtg balik sbb nk jwb bahawasanya..
aku tak tiru kau punyer S tuh ok! mmmg ada S kat depan lambang sharifah boley? wekkkkk..
hahaha.. tak sgka pulak kau mengupdate! sure kau tgh tak tido lagi nih...
tapi seperti mana jua insan2 lain yg menduduki takhta pertama, aku pun tak baca lagi! ni nak baca kejap2 lagi sebab aku nak meng hapdate blog aku sendiri dulu. then i'll come back to give my opinion..
sila sila... *takde idea abley~
nak tulis jgak blog terkini aku yg vogue.. semua dijemput lawat...
szuraiha.blogspot.com
best ke blog ni? muahhahahh~ aku gelak tak tertahankan!
hahaha.. bahagianya aku ada S kat depan! S kau pulak lambang apa?
biarlah rahsia boleh~ muahhahah~ tapi aku perintsnya ok~ sila sedar~ hehhe
senyum kuda : daku dah berjaya nad! muahahaha!! <-- gelak angkuh ini hanya utk nad sajor! kuikikuikui.. [sambil mengharapkan takhta kedua jugak.. hehehee]
nad sila jeles...
kahkahkahkah....
nad tak sampai lagi... bahagia nyer aku!
kekekekee...
ya allah... sangat tinggi rase kebanggaan dark angel... hehhe...
tuan punyer blog pun tak sampai lagi.. kagumnyehhh dgn kepantasan ku! kuikuikuikui...
hang lagi ke zaki oi? kuikuikui...
ni sume YM punye pasal la ni.... muahahah~
p/s:dah..dah.. aku nak pergi update blog pulak...
huhu~
[apa yang aku fikirkan...]
[sekali dia mengomel....]
mando...
yak!
yak! kat ko juga... tehehehe~
[apa yang aku fikirkan...]
[kekadang geli jugak kat NOK yang menggeletis ni]
nad...
terus ikut mando.. yakkkk <--tp tuk kaksyifa
kak syifa=zuraiha? adakah?
zaki,esok ku kan mengomen panjang..cam syok jer..hahaha
sila tunaikan janji ni ok~
[apa yang aku fikirkan...]
[kesian toriq aku update sebelum dia abes exam]
dark angel lagi...
aper yak2 ni? muahahaha... siler bagi komenan ok.. spt yg bakal daku buat nih...
sila ambil pedoman kate2 dark angel ok~
oh.. sgt pjg ulasan mu. takde satu pun yg daku nafikan. mmg pilihan di tangan kita. cuma nak tambah yg didikan bermula dari kecil...
sebenarnya aku delete part ni... memang ade dalam tulisan yang asal, tapi aku sunting part ni sebab takmo panjang sangat.... camtu rrr.... lagipun boleh dibincangkan di sini... ye tak...?
didikan di rumah memainkan peranan penting dlm membentuk jatidiri kita sejak kecil. kalau tak dikawal dan di monitor oleh sang dewasa, itu la yg menjadikan seseorg memilih utk menjadi lembut atau keras nih.. forget la alasan about "naluri pompuan yg terperangkap dalam badan lelaki" ni.. kalau dipasak kan iman yg mencukupi, pasti nafsu ditolak tepi dan sepatutnye akal fikiran yg waras menjadi tuan diri...
setuju!
[apa yang aku fikirkan...]
[lembut takpe tapi jangan lembik]
jai...
Wei! Dark Angel! bising betol ko. Mengalahkan tuannyer blog pulak. :D
ya allah aku gelak sorang kat depan laptop ni BAGI NAK RAK!!! sekali jai mengomel kat blog aku ni, habes dark angel kena sound!!! muahahahha~ camne nak buat gelak yang betul2 world dalam huruf? hahahha~
[apa yang aku fikirkan...]
[taktik ke jai...?]
hehehe.. dah kau jer yg ada mlm tu.. terpksa ngomen pjg dlm blog kau sesaja!
ha ah, both nama aku.
dah.. aku nak pergi lab! nnt aku ajar masuk mobile YM!
dark angel...
hehehe.. dah kau jer yg ada mlm tu.. terpksa ngomen pjg dlm blog kau sesaja!
malam yang mane? huhu~
ha ah, both nama aku.
nama yang mane? huhu~
dah.. aku nak pergi lab!
lab yang mane? huhu~
nnt aku ajar masuk mobile YM!
YM yang mane? huhu~
[apa yang aku fikirkan...]
[gam UHU]
mm..ada jugak kene mengena dgn gene.
kid...
mm..ada jugak kene mengena dgn gene.
actually saye nak letak jugak kaitan masalah ni dengan gene problem, tapi baik takyah. buat yang general saje..
[apa yang aku fikirkan...]
[imbalance between testosterone and progesterone]
Salam Ya Salam!!
Ya kekasih ku syg Zaki!!
Artikel ko mmg menarik dan menarik dan BAGUSSSSSS sekali!!!
At 1st semlm masa aku masuk aku budget ko nyer artikel ni bakal menimbulkan kontroversi!!
Malahan lepas aku dah baca, aku tatau nak pick-up flaw nyer kat mana hahaha...
Bagus Zaki bagus!!
Bila sentuh2 bab bab camni mmg kita kena jadi very2 empathic and at the same time very2 strict...
And for your effort, I applaud you for the carefully written article hehe...
Cuma Zaki, hikayat dunia ni tak pernah semudah yg kita sangka...
Mmg indah kalau semua org boleh ada pendirian yg sebegini cantik...
Pendirian yg tidak meng'evaluate' manusia daripada LUARAN semata...
TAPI DUNIA NI TAK SEMUDAH ITU...
I'm not just talking about isu lelaki lembut...
Malahan isu2 lain pon banyak yg relevant...
Isu pompuan bertudung (seperti yg pernah timbul kat blog Wan dulu)
Isu wanita keras...
BANYAK DAN SUNGGUH BANYAKKKK!!!
Hakikatnya manusia terlalu senang nak menuding jari pada org lain...
Menemplak kesalahan org lain sewenang2...
Menyerlahkan salah laku org lain pada dunia...
Tp manusia tak sedar dalam golongan yg mereka sokong pon, takkan pernah dapat lari daripada salah laku...
When you wrote about LELAKI LEMBUT pheeeweeeeet kat lelaki lain (which is kelakar gak bila aku bayang2 hahaha)...
U need to mention as well yg perbuatan LELAKI memPHEEEWEEEET org lain ni bkan jadi pada mereka yg lembut semata...
LELAKI2 yg TAK LEMBUT pon lagi banyak memPHEEEWEEEEET pompuan...
When you wrote LELAKI LEMBUT bercerita pasal lelaki lain...
U need to mention as well yg LELAKI TAK LEMBUT pon banyak yg becerita pasal perempuan bila mereka dok sekelompok...
Hakikat lelaki lembut suka duduk sekelompok pon kena dipandang dari sudut neutral gak...
Sebab dalam golongan lelaki tak lembut pon MEREKA SEMUA BERKELOMPOK...
Toksah cakap LELAKI laa... Kengkadang pompuan pon sama...
Bdak2 LAKI yg suka hu-ha hu-ha mana nak join bdak2 LAKI yg suka dok mesjid??!
Bdak2 pompuan yg bertudung biasanya lagi rapat sesama yg bertudung berbanding ngan yg TAK BERTUDUNG...
My point is, THIS IS THE NORM of human lifestyle...
Ia tak terbantut pada Lelaki Lembut semata2 malahan semua yg bergelar manusia mmg incline utk buat perkara2 cam yg ko sebut dalam artikel...
Cumanya, mmg macam dah jadi norma hidup kita...
Puak2 lelaki lembut ni kadang2 terlebih2 ditekan...
Aku amik contoh terbaik adalah masa insiden Menteri mana tah mengeluarkan statement menghina golongan2 sebegini...
Tatau laa korg aware ke tak pasal isu ni, tapi mmg pernah outbreak laa insiden lelaki lembut di IPT tempatan...
Yg tak pahamnya, awat laa tak bongkar sindiket2 couple mouple di IPT??
Isu wanita keras tanak ketengahkan plak ke?
Bila jadi camni, ini laa yg menyebabkan pihak2 lelaki lembut memberontak...
Bila memberontak, mula lah timbul ideologi yg pelik2...
Aku buat kesimpulan dengan amik stand yg sama ngan ko la...
Iaitu pokoknya bkan mengikut kata HATI DAN NAFSU...
Tapi kita SEMUA kena ikut kata AKAL dan IMAN...
Baik laki lembut ke, keras ke, pompuan lembut ke, keras ke MAHUPUN KHUNSA sekalipon hehehe...
Wasalam...
ihab... (abesla 10 minit aku kat ini je)
Salam Ya Salam!!
Ya kekasih ku syg Zaki!!
Artikel ko mmg menarik dan menarik dan BAGUSSSSSS sekali!!!
yang lain jangan pelik ok~
ihab ni mmg suka berkasih sayang katanya
At 1st semlm masa aku masuk aku budget ko nyer artikel ni bakal menimbulkan kontroversi!!
Malahan lepas aku dah baca, aku tatau nak pick-up flaw nyer kat mana hahaha...
Bagus Zaki bagus!!
haha~ itulah yang aku harapkan korang setkan dalam minda jua~
tapi aku tukar niat aku nak buat kontrobesi, buat suam2 je... haha~
Bila sentuh2 bab bab camni mmg kita kena jadi very2 empathic and at the same time very2 strict...
And for your effort, I applaud you for the carefully written article hehe...
clap clap clap... trimas ihab!
Cuma Zaki, hikayat dunia ni tak pernah semudah yg kita sangka...
Mmg indah kalau semua org boleh ada pendirian yg sebegini cantik...
Pendirian yg tidak meng'evaluate' manusia daripada LUARAN semata...
TAPI DUNIA NI TAK SEMUDAH ITU...
setuju!
I'm not just talking about isu lelaki lembut...
Malahan isu2 lain pon banyak yg relevant...
Isu pompuan bertudung (seperti yg pernah timbul kat blog Wan dulu)
Isu wanita keras...
BANYAK DAN SUNGGUH BANYAKKKK!!!
lain padang lain blalang lantas mewujudkan pelbagai fikiran yang berlainan...
itulah norma dunia..
Hakikatnya manusia terlalu senang nak menuding jari pada org lain...
Menemplak kesalahan org lain sewenang2...
Menyerlahkan salah laku org lain pada dunia...
Tp manusia tak sedar dalam golongan yg mereka sokong pon, takkan pernah dapat lari daripada salah laku...
setuju! juman diseberang nampak, gajah didepan mata buat2 tak nampak. huh! *terzipzasss diri sendiri jua~
When you wrote about LELAKI LEMBUT pheeeweeeeet kat lelaki lain (which is kelakar gak bila aku bayang2 hahaha)...
U need to mention as well yg perbuatan LELAKI memPHEEEWEEEET org lain ni bkan jadi pada mereka yg lembut semata...
LELAKI2 yg TAK LEMBUT pon lagi banyak memPHEEEWEEEEET pompuan...
When you wrote LELAKI LEMBUT bercerita pasal lelaki lain...
U need to mention as well yg LELAKI TAK LEMBUT pon banyak yg becerita pasal perempuan bila mereka dok sekelompok...
itu hanya contoh jalan cerita ihab~ tapi point ko make sense jua~ aku terima
Hakikat lelaki lembut suka duduk sekelompok pon kena dipandang dari sudut neutral gak...
Sebab dalam golongan lelaki tak lembut pon MEREKA SEMUA BERKELOMPOK...
Toksah cakap LELAKI laa... Kengkadang pompuan pon sama...
Bdak2 LAKI yg suka hu-ha hu-ha mana nak join bdak2 LAKI yg suka dok mesjid??!
Bdak2 pompuan yg bertudung biasanya lagi rapat sesama yg bertudung berbanding ngan yg TAK BERTUDUNG...
hm~ sepanjang pemerhatian aku, bila ade je laki muke hensem, mula la diorang ni cam tak senang duduk. maybe kat UIA aku takpernah nampak lagi diorang pheewweett segala, maybe sebab takut2 lagi nak serlahkan diri...
tapi kat USM mase aku gi dulu, diorang memang tak cover2 dan dengan selamba dan menyerlahkan diri memphhhheeeeweettttt jantan2 hensem. masalahnye, kenapa mempheeeeeeewwwwttt kat geng2 UIA? adakah kami hensem? ya! :D
My point is, THIS IS THE NORM of human lifestyle...
Ia tak terbantut pada Lelaki Lembut semata2 malahan semua yg bergelar manusia mmg incline utk buat perkara2 cam yg ko sebut dalam artikel...
tapi aku fokuskan kat si lembut jua~ tanpa menolak yg lain jua berbuat demikian
Cumanya, mmg macam dah jadi norma hidup kita...
Puak2 lelaki lembut ni kadang2 terlebih2 ditekan...
Aku amik contoh terbaik adalah masa insiden Menteri mana tah mengeluarkan statement menghina golongan2 sebegini...
Tatau laa korg aware ke tak pasal isu ni, tapi mmg pernah outbreak laa insiden lelaki lembut di IPT tempatan...
Yg tak pahamnya, awat laa tak bongkar sindiket2 couple mouple di IPT??
Isu wanita keras tanak ketengahkan plak ke?
aku tahu! menteri tu kate kebanyakan graduan Akademi Seni Kebangsaan yang lakinya dah tak macma lelaki. lembut mengalahkan lelaki. pastu ade pihak pembangkang membangkang kenyataan menteri tu (tak ingat sape)... tapi mmg ade point pun kat situ... bagus ko mengikuti perkembangan malaysia~
Bila jadi camni, ini laa yg menyebabkan pihak2 lelaki lembut memberontak...
Bila memberontak, mula lah timbul ideologi yg pelik2...
memberontak camne tu ihab? jelaskan sikit
Aku buat kesimpulan dengan amik stand yg sama ngan ko la...
Iaitu pokoknya bkan mengikut kata HATI DAN NAFSU...
Tapi kita SEMUA kena ikut kata AKAL dan IMAN...
Baik laki lembut ke, keras ke, pompuan lembut ke, keras ke MAHUPUN KHUNSA sekalipon hehehe...
itulah kesimpulan aku~ hohoyeah! ihab stands tough wif me!
Wasalam...
3alaikassalam aidhan... trimas sebab memberika buah fikiran..
[apa yang aku fikirkan...]
[kesian toriq tgh exam tak dapat nak mengomel kat sini]
Post a Comment