Saya lebih selesa untuk membahasakan diri saya sebagai "saya" dalam posting yang saya rasakan agak berat dan serius walaupun dalam entry saya sebelum ni kerap kali saya menggunakan kata ganti diri "aku".
Setelah melakukan undian selama beberapa lama, saya dapati respon pembaca dalam undian yang saya buat lebih ke arah positif. Apa yang saya maksudkan ialah kesemua yang terlibat dengan undian itu tidak memilih untuk menyingkirkan si lembut dalam hidup mereka.
Sesuatu yang pasti tentang si lembut adalah, bilangan mereka seakan-akan makin bertambah hari demi hari. Mereka sudah tidak lagi takut untuk menyembunyikan identiti songsang mereka dengan berpakaian tak ubah seperti perempuan, berkelakuan lembut mengalahkan perempuan tulen, dan berbagai-bagai ragam lain.
Tetapi ada juga lelaki lembut yang masih lagi bertunjangkan seruan Allah dan Nabinya agar terus berada di landasan yang betul. Sekalung tahniah saya ucapkan mereka kerana saya berpendapat mereka ini berjaya dalam menempuhi cabaran hidup!
Kenapa saya mengatakan cabaran hidup? Kerana lembut ini dilihat sebagai tidak normal. Ia dilihat bukan seperti lelaki yang sebenar. Memang, memang itulah yang berlaku kerana yang lembut dibezakan dengan yang lelaki, sudah tentu nampak perbezaannya. Si lembut dengan caranya, si lelaki dengan caranya jua. Memang Allah jadikan manusia itu berbeza-beza, maka dengan perbezaan itu manusia hidup dengan aman. Juga, dengan perbezaan itu manusia hidup kucar kacir kerana salah jalan dalam menangani perbezaan itu.
Kenapa salah menangani? Dalam hal si lembut, adakah salah mereka seratus peratus? Atau adakah salah yang Mencipta? Tidak! Memang sengaja Dia menciptakan si lembut sebegitu kerana itu adalah cabaran hidupnya. Jika si buta diuji dengan ketidakupayaanya mentafsir cahaya, si pekak ditarik nikmat mendengar, dan kudung dipotong tangannya sejak perut ibu menjadi tempat peraduan, si lembut pula diuji dengan pembawaan dirinya.
Jika si lembut membawa dirinya ke arah jalan yang betul, masih menurut syariat Allah dan Nabinya, maka lembut itu bukan halangan untuk dia terus hidup seperti biasa. Juga, lembut itu bukan alasan untuk dia bertindak mengikut nafsu semata-mata.
Berkata tentang nafsu, si lembut kerap kali dikaitkan dengan kesongsangan turutan nafsunya yang bertentangan dengan norma manusia. Lelaki itu untuk perempuan, perempuan itu untuk lelaki. Sememangnya Allah menciptakan ciptaan-Nya berpasangan-pasang. Jika yang sama jenis disatukan, maka sesuatu yang buruk akan terjadi. Itulah hukum azali. Itulah hukum Allah.
Ingin saya nasihat kepada yang membaca, jangan dengan mudah menstereotaipkan si lembut dengan kesongsangan nafsu. Ada juga antara mereka yang tahu menilai yang mana baik dan yang mana mungkar. Sekalung tahniah! Susah untuk kita tafsirkan kecenderungan nafsu seseorang. Malah si keras juga tidak pasti lagi tepat kecenderungan nafsunya.
Saya kerap menyatakan Allah menciptakan lembut sebagai cabaran kerana lembut ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Koordinasi tubuh dan pertuturan mereka sememangnya lain daripada lelaki. Tidak perlu disalahkan si lembut jika mereka sebegitu, tetapi salahkan si lembut jika dia bertindak di luar batasan dan norma. Hakikatnya, si lembut itu masih lagi lelaki, walaupun naluri bertentangan dengan keadaan fizikalnya.
Cuba semak kad pengenalan si lembut, tidak tertulis perkataan "pondan", "bapuk" dan sebagainya. Dalam dunia ini, cuma ada 2 jantina - lelaki dan perempuan. Khunsa itu kes lain dan saya tidak berminat untuk mengupas banyak tentang khunsa. Tetapi berbalik kepada si lembut, dia dilahirkan dengan keadaan fizikal lelaki, dengan genital yang melambangkan jantinanya. Tetapi kenapa tiada tanda fizikal bagi melambangkan nalurinya? Natijahnya, pembawaan dirinya menjadi mangsa. Pakaian, pertuturan, dan koordinasi tubuh contohnya.
Naluri si lembut itu adalah lembut, tidak seperti lelaki. Tidak semestinya apabila berkata tentang naluri, ia semua berkait tentang seks, TIDAK! Tetapi pembawaan diri lembut itu ada sedikit seperti perempuan.
Entah! Sukar sebenarnya mahu menyingkap satu persatu kecelaruan si lembut. Ada yang hanyut dengan naluri songsangnya, malah ada juga yang sudah membuat pembedahan untuk mengubah genitalnya. Tetapi percayalah, ubah genital atau tidak, hakikatnya masih ada gen Y dalam genetiknya. Dia masih lelaki. Tapi nalurinya perempuan. Pelik kan?
Argh! Kenapa perlu pening-pening fikir pasal si lembut? Biarlah dia dengan dirinya. Buat apa nak fikir pasal mereka?
Jangan berfikiran begini! Itulah yang menyebabkan si lembut hilang pedoman, menyebabkan dia mencari rakan-rakan yang senasibnya. Jika "yang senasibnya" itu boleh membimbingnya ke jalan kebenaran, tidak mengapa. Tetapi apa yang saya perhatikan sendiri, mereka ini ada kelompok sendiri. Dan sudah pasti kelompok ini terpesong! “Membimbing” ke arah yang sesat jauh!
Pantang nampak lelaki yang ada rupa, mulalah keluar bunyi-bunyi menggoda "pphhhhhheeeeeeeewwwweeeeettt!!!" Kenapa? Nak buat apa dengan lelaki tu? Nak goda? Awak tu lelaki ke perempuan? Oh bukan! Kami bukan lelaki, dan bukan perempuan, kami songsang! Kami sedar kami songsang tapi inilah dunia kami.
Huh! Kenapa perlu berbangga dengan "dunia" tu. Adakah dunia itu membawa kalian ke mana-mana?
Ya! Nafsu kami dipenuhi! Kami suka lelaki. Kami mahu lelaki. Kami mahu dilayan dan melayan lelaki.
Sedarlah... Manusia itu dikurniakan akal dan nafsu. Sekali lagi kita ditunjukkan bahawa memang Allah menciptakan ciptaan-Nya berpasang-pasangan. Kali ini akal dan nafsu. Akal itu baik, nafsu itu jahat. Maka buatlah pilihan, mahu yang mana. Jika menurut akal yang waras, waraslah juga hidupmu. Nafsu jua akal, tetapi akal yang tidak waras kerana menjadi medium untuk syaitan meniupkan tipu dayanya. Jika nafsu itu tidak dilapik dengan keimanan, kerana itulah nafsu menjadi panduan hidup lantas hanyut!
Susah sebenarnya jika mahu menasihati mereka yang sudah terjerumus ini. Kerana set minda mereka sudah sebati dengan kesongsangan itu. Mereka seronok dengan dunia yang menjanjikan seribu keindahan dalam kesongsangan. Siapa yang tidak suka pada keseronokan? Semua orang suka, tetapi ada seronok yang halal dan seronok yang haram. Terpulang nak pilih seronok yang mana. Jika yang halal menjadi pilihan, syurga jawabnya... Insya Allah... Jika yang haram menjadi gaya hidup, na'uzubillah... Tiada siapa yang mahu disapa api neraka.
Ingatlah... Hidup di dunia ini sebenarnya hanyalah kesempatan sebentar sebelum tiba di daerah yang abadi. Mahu tinggal di daerah yang mana? Buatlah pilihan...