Thursday, April 16, 2009

Bebel 8: Kau Sayang Tak dengan Mereka?


Cinta, sayang, kasih. Semuanya hampir sama pada fahaman aku. Boleh kau tolong bezakan setiap satu? Aku tak boleh.

Apa pun maksudnya, aku nak bebel pasal sayangkan junior. Ok. Aku menulis ni bukan pasal aku memang rapat junior, tapi pasal aku mahu menyedarkan peri pentingnya untuk memelihara kasih sayang sesama insan; dalam hal ni, junior. Kan aku pernah kata; jangan lihat siapa yang menulis, tapi lihat apa yang ditulis.

Kasih sayang, jika disalurkan menerusi laluan yang betul, dengan cara yang betul dan niat yang betul boleh mendatangkan satu penghasilan yang sangat berguna untuk semua yang terlibat. Semua orang akan rasa gembira hidup dalam berkasih sayang. Ya, kenyataan ini sangat abstrak tapi maksudnya sangat jelas.

Dalam Islam sendiri, terdapat firman Allah dan sabda Nabi yang menyeru untuk kita berkasih sayang sesama insan. Tapi, sejauh mana kita beriman dengan firman dan sabda tersebut?

Dalam hal berkasih sayang dengan junior di universiti, cuba kau letakkan diri kau sebagai seorang yang lebih tua. Tidak kira tahap kesenioran itu hasil daripada faktor usia atau faktor tarikh kemasukan ke universiti, kau perlu ada rasa sayang dengan junior-junior kau tak ubah seperti kau sebagai abang/kakak yang sayangkan adik-adik di rumah.

Tapi aku nak tanya satu la, macam mana pula hubungan adik beradik kau di rumah? Jika yang di rumah itu bermasalah, bagaimana pula mahu kaupanjangkan ke luar rumah pula? Aku analogikan hubungan senior-junior di universiti ini seperti hubungan abang/kakak-adik di rumah. Cuba kau nilaikan bagaimana hubungan kau dengan adik beradik kau, dengan junior-junior kau. Memang nilainya takkan sama, tapi konsepnya sama - hubungan sesama manusia.

Kau perlu pupuk dan bina kasih sayang dalam diri kau dan jangan kedekut untuk berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Kerana aku yakin, kasih sayang jika diberikan kepada orang, orang akan kembali memberikan kasih sayang kepada kita. Kerana dalam dunia, ada ke orang yang dengan sengaja memilih untuk menderita? Maksud aku, orang yang betul-betul betul? Tak ada kan~

Jadi, kau betul tak?

2 comments:

Liyana said...

orang kata cinta, sayang dan kasih ni lain maksudnye...
tapi, aku rasa lebih kurang je...
cuma tiap2 1 tu mungkin applicable untuk group yang berbeza...

konsep hubungan sesama manusia...
kita lagi nampak konsep tu bila kita bersendirian dan merantau di tempat orang...
thus, senior, junior, rum8s akan menjadi orang yang paling dekat dengan kita...
apa2 hal, dorang yang tau dulu sebab dorang yang ada dengan kita...

he~ tanpa aku sedari, aku dah amalkan konsep ni masa aku 2nd year dulu...
dengan status aku sebagai anak bongsu, it's an honour for me to have another sisters in my life though they're not my biological siblings...

Jepah said...

ko x rapat pun ngana aku...
aku pun bleh di kira junior ko walaupun x same kos... =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...