Monday, February 23, 2009

Part II: When was the Last Time You Call Your Parents?


continued...

Macam aku, aku sebenarnya tak berapa kisah kalau parents aku tak selalu call aku. Tapi once diorang call aku, aku sangat-sangat menghargai.

Menghargai yang macam mana tu?

Ye la... Layan macam dah lama betul tak berborak, bertukar khabar. Lepas satu topik, ke satu topik.

Isk. Mesti lama tu...

Tak. 5 ke 10 minit je. Takde la lama sangat.

Owh sekejap je.

Tapi pada aku, dah cukup lama. Pasal aku betul-betul gunakan masa tu untuk bertukar khabar dan update apa-apa yang perlu tentang famili dan kampung.

Kau nak kata, yang penting kualiti masa tu, bukan kuantiti. Kan?

You got my point! Kalau kerap sangat call pun, boleh membawa kepada kebosanan dan pembaziran duit dan masa. Dan kalau kerap sangat nanti kau tak rasa nikmat bila parents call. At our age macam ni, parents dan kita sendiri kena tahu bahawa kita perlu diberi ruang yang lebih besar untuk berdikari, berfikir dan membuat keputusan. Kalau ada apa-apa yang betul-betul sukar, barulah kita refer kepada parents. Sedar atau tidak, parents kita kat sana tu ada lebih banyak perkara yang sukar yang kita tak tahu. Takkan nak tambah beban mereka dengan benda-benda kecik yang kita boleh selesaikan sendiri, kan?

Erm... Ye kot.

*this story is again fictional

6 comments:

Liyana said...

honestly, in my case...
kadang2 aku rasa jemu jugak sampai 2x sehari cakap dengan mama...
tapi aku tak boleh nak ubah rutin tu...
walaupun aku ok je untuk tak call mama, but it's not ok for her...
ya, memang bosan sebab hari2 cakap benda yang sama...
rasa macam takde nikmat/seronok bila cakap dengan parents...
but again, aku tak berani nak cakap pasal hal kekerapan call ni kat dia...
susahlah, nanti ada hati yang terluka/terasa...

Jepah said...

aku ok je... sbb mak aku xnk manjakan aku...
kalu ko nk tau, even mase arwah ayah aku sakit pun, aku tau dari kakak aku... kakak aku ckp maka ku x bg gtau aku sal ayah aku sakit... huhuhuhu....

tusky said...

semalam kol mak aku..
dah seminggu lebih x borak dan gelak ngan die..=)

3p4h said...

Aku sungguh suka bl ada org yg sokong psl kualiti lbih utama drp kuantiti...

p/s: Tp ikut keadaan gak.. He5..

slacker said...

hahaha my parents call me practically everyday..=p

tapi sama gak..tak lama..

dlm 5mins je..

tp tu pn more than enuf for me..
(=

Anonymous said...

Diff family diff style i guest..

Like me, no fixed time nak call parents. kalo teringat je call..

kdg2 seminggu skali..kdg2 seminggu byk kali..kdg2 sebln 2 kali.

the important thing is i know that i'm always in their heart n they r always in my heart(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...