Sunday, April 19, 2009

Bebel: Akhir Cerita


Bukankah sudah aku katakan aku akan membebel sampai 18 hb je?

Ye la... Hari ini aku bukan nak membebel, tapi nak buat kesimpulan daripada apa-apa yang aku bebelkan sebelum ni.

Jadi mari buat ulasan bagi setiap siri bebel yang aku pernah buat:

Bebel 1: Kau Tahu Kenapa Kau Masuk Universiti?
Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu didahului dengan niat. Ustaz aku dulu pun ajar hadith Nabi pasal niat masa kelas pertama sekali. Sebab itu lah aku letakkan bebel ni sebagai yang pertama sekali. Jadi sekarang, kau sudah tahu niat kau?

Bebel 2: Jangan Kau Jadi Kera Sumbang
Entri ni menyeru supaya kita semua belajar untuk memperluas jaringan pergaulan. Aku nak tanya; sebesar mana jaringan pergaulan kau? Pernah kau ukur?

Bebel 3: Pernah tak Kau Ucap Terima Kasih kepada Pensyarah Kau?
Tajuk tu, kalau kau tak faham lagi, aku rasa mahu syorkan kau semak balik sijik SPM kau.

Bebel 4: Diri Kau di Dalam dan Luar Kampus Sama Tak?
Entri ni paling menyentap perasaan aku rasa. Paling penting yang aku nak tekankan dalam entri tu ialah supaya tidak plastik dan tidak berpura-pura. Jangan dalam kampus kau ialah Salmah, di luar kau ialah Sally. Kau tahu maksud aku kan?

Bebel 5: Kau Kenal Siapa Pemimpin Kau?
Aku rasa setiap tajuk aku dah macam cerita semua benda la. Kan? Tapi tak jugak, pasal aku kecilkan skop kepada kehidupan di dalam kampus. Jadi, kau sudah kenal siapa Dekan kau?

Bebel 6: Kau Lupa Kerana Cinta
Jadi sebagai peringatan kepada diri kita masing-masing, sebagai pelajar universiti, perlu sentiasa ingat dengan pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita daripada kecil dan jangan sesekali lupa akan mereka.

Petikan daripada entri itu.

Bebel 7: Kau Memang Bukan Kera Sumbang, tapi Kau Sumbang Binatang Lain
Entri ni sebenarnye sambungan kepada Bebel 2. Ia menggalakkan supaya kau menyertai aktiviti-aktiviti dan program-program berpersatuan. Nanti kalau kau nak mohon kerja, kau nak ke bawa sijil dua tiga helai je?

Bebel 8: Kau Sayang tak dengan Mereka?
Sebagai senior, kau perlu layan junior-junior kau dengan baik. Berikan mereka kasih sayang yang secukupnya sebagai seorang senior. Insha Allah nanti kalau korang grad, diorang datang berbondong-bondong masa kau konvokesyen. Er...

Dah la. Aku rasa malu la pulak.

14 comments:

iEmah Razak said...

Bebel 8 ada niat tersembunyi rupanya!

Unknown said...

iemah...

ek? muahahhaa~

Unknown said...

apekah maksud ko malu dic2..
hahahah

dah abes dah siri bebel ko..huhu

Unknown said...

ruby..


entah. sambil aku taip, aku tersipu2. nape eh?

muahhahahahaha~

iEmah Razak said...

dia malu sbb teringat niat dia kat bebel 8. dia nak ramai junior dtg nnt dia convo, bawa bunga, bawa teddy bear!

Unknown said...

imah...

tak!! tak!! *sambil kepala mengangguk.

amin mansor said...

xsangka masa begitu cepat berlalu.ko dah pun grade! tahniah. semoga dapat sambung master. =)

Anonymous said...

sedar x sedar..

byk gak ko bebel ek..hee

tp sumenye bmkne =p

ateeqa Y. said...

selamat menempuhi alam baru.. :)


lau sambung belajar ke ape ke..letak dlm blog k...

:)

Unknown said...

amin..

terima kaseh atas doa itu. amin~

wish you all the best also!

Unknown said...

nad..

tu ah.. aku main membebel je. he~

bermakna eh.. aku harap apa yang aku tulis ada la manfaatnya kat sape2 :)

Unknown said...

ateeqa..

insha Allah aku akan sentiasa update dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.. teruskan membaca blog yang ntah pape ni :)

Jepah said...

erm... jumpe lg zaki... =)

Unknown said...

jepah..

:-h

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...