Sunday, March 29, 2009
Kawan yang Profesional
Aku nak menulis dalam bahasa Melayu. Sebab banyak yang buat perangai macam ni, orang-orang yang berdarah Melayu.
Kau tahu apa itu profesional?
Kau juga tahu apa itu kawan?
Ok. Bagus.
Boleh tak kau jadi kawan yang profesional? Konsepnya mudah sahaja: bertindak secara berakhlak, beretika dan elakkan daripada mengguris hati sesiapa. Bukan setakat dalam lingkungan profesionalisme sahaja yang kau perlu praktikkan, tapi dalam berkawan juga apa salahnya jika kau buat?
Contoh satu: Dalam satu perjumpaan; mahu pergi makan malam di luar contohnya. Jika masing-masing sudah bersetuju untuk berjumpa pada pukul 8 malam, maka pada pukul 8 malam itu selewat-lewatnya semua yang terlibat sudah berkumpul. Bukannya pada pukul 8 itu baru kau mahu masuk tandas dan mandi. Jangan kau ingat kawan-kawan kau suka kalau kau lambat. Kau suka ke kalau kau kena buang masa menunggu orang lain? Kau tahu tak penantian itu satu penyeksaan?
Contoh dua: Kamu tinggal serumah. Kamu mahu pergi keluar tapi ada antara kawan serumah itu yang tak dapat kau ajak atas sebab-sebab tertentu, kereta sudah penuh contohnya. Tak boleh ke kau maklumkan secara baik bahawa sudah tidak ada ruang kosong dalam kereta? Kau ingat susah sangat ke dia nak terima? Sudah tu, kalaupun tidak dapat diajak, susah sangat ke nak tanya dia: kau nak kirim apa-apa? Kata kawan? Serumah pula tu...
Contoh tiga: Kamu berlima mahu menuju ke suatu destinasi yang kamu berlima belum sama-sama sepakat. Lalu kamu berbincang ke mana kamu mahu pergi. Kau malas masuk campur dalam membuat keputusan dan kau serahkan kepada kawan-kawan kau untuk buat keputusan. Tapi patut ke, di akhirnya kau salahkan kawan kau tu sebab tempat yang dipilih tidak menarik pada pandangan kau?
Contoh empat: Kawan kau ada minat yang tak sama dengan kau. Normal la tu, manusia lain-lain perangai. Tapi tak boleh ke kau hormat dengan apa yang dia minat tu? Cukuplah sekadar kau menzahirkan tanda kau tidak menyokong minatnya dengan tindakan tidak terjun ke dalam minat yang sama. Dah tu, tak boleh ke kawal mulut kau tu daripada kata-kata perli dan sinis yang tidak membantu mencambahkan rasa kasih sayang, malah mungkin benar memutikkan kebencian antara kau dan dia? Itu minat dia, biarlah dia!
Contoh lima: Kawan kau sudah pesan kepada kau jangan bocorkan sebuah rahsia kerana dia tidak mahu ada hati lain yang terguris. Niatnya bagus bukan? Tapi kenapa susah sangat kau nak jaga mulut kau tu? Kenapa mesti kaubocorkan juga rahsia tu? Sekali kau buat perangai macam tu, susah kawan kau tu nak percaya kau lagi. Atau mungkin juga langsung dia tak mahu percaya kau lagi, putus kawan! Kau nak macam tu? Kau kena belajar kawal mulut dan otak kau la macam ni.
Aku membebel ni bukan apa. Sebab kalau dalam berkawan sendiri kau susah nak bentuk profesionalisme dalam diri kau, macam mana pula kau nak buat perkara yang sama dalam hal yang melibatkan profesionalisme yang sebenar?
Bandingkan contoh-contoh di bawah dengan contoh-contoh di atas:
Contoh satu: Kalau kau ada meeting dengan boss pada pukul 9 pagi, ada kau baru terkocoh-kocoh nak capai berus gigi pada jam yang sama? Tak takut kena pecat ke?
Contoh dua: Kau bekerja di bawah seliaan seorang ketua. Tapi kau buat pejabat kau macam hotel. Suka-suka kau nak keluar masuk bila-bila masa, padahal tiada kaitan dengan kerja pun. Kau ingat ketua kau tu tunggul? Kau ingat dia takde hati dan perasaan? Kau ingat dia tak rasa tercabar ke dengan perangai tak profesional kau tu? Nak keluar boleh, tapi sekurang-kurangnya maklumkan ke mana kau mahu pergi. Kalau betul niatnya dan waktunya, tidak ada masalah untuk dia lepaskan kau.
Contoh tiga: Kau perlu buat keputusan: projek yang mana satu yang lebih menguntungkan syarikat. Kau malas atau takut untuk buat keputusan jadi kau serahkan kepada rakan sekerja kau untuk memilih bagi pihak kau. Tapi apabila projek tu gagal, kau tuding jari salahkan rakan sekerja kau tu. Beretika ke macam tu? Kau sangat tak bertanggungjawab!
Contoh empat: Kau berbeza pandangan dengan rakan sekerja kau. Keputusan sudah dibuat oleh pihak atasan, pendapat rakan sekerja kau lebih disukai oleh mereka. Tapi perlu ke kau bangkitkan itu dan ini di luar pengetahuan dia dan pihak atasan? Kau sedar tak kau sudah main tikam belakang? Apa yang kau dapat? Pengaruh? Itu yang kau mahu, kan? Dosa? Itu kau tak mahu, tapi nak tak nak kau dapat sepakej dengan pengaruh itu.
Contoh lima: Kau pegang rahsia besar syarikat. Syarikat percaya dengan kau. Tapi kau tamak, kau pecah amanah, kau bocorkan rahsia syarikat. Habis bankrup syarikat kau kerjakan. Sebab apa kau buat macam tu? Sebab kau memang tak boleh dipercayai! Rahsia-rahsia kecil pun susah nak pegang, apatah lagi rahsia-rahsia besar?
Aku mahu ulang kata-kata di atas: kalau dalam berkawan sendiri kau susah nak bentuk profesionalisme dalam diri kau, macam mana pula kau nak buat perkara yang sama dalam hal yang melibatkan profesionalisme yang sebenar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
OK, ni luahan perasaan sambil terselit peringatan. TQvm bro.
p/s: Memang penantian itu suatu penyeksaan.
Aku kadang2 terfikir, mcm wktu skola dlu, ayh aku kne tggu ak lama b4 ak blk skolah, tp ayh aku sabar je, malah senyum lg bl aku masuk kete.
Sekarang bl aku tpaksa tggu kwn, sifat sabar tu x sama mcm ayah aku. Adakah itu bererti aku tak sabar?
as suka perenggan terakhir!
etika berkawan pulak neh, heh! Tapi memang ade digariskan. Adui..
Ok...ni kire emO bertempat la kan..??sbb kat blOg kO sendri..hehe~
aku sOkOng sume cOntOh yg kO berikan tu...tp skang da Ok kan..??bule la tersenyum..hiks~!
contoh 1:
aku selalu je hadapi masalah ni...
sebab tu aku pernah cakap masa kat Tg. Lumpur hari tu...
aku suka gerak sorang2 & study sorang2...
setakat lambat 5-10min tu aku leh terima...
ni sampai 1/2j, pastu tiap kali janji asyik lambat ape cer??!!
contoh 2:
part ni aku tak kisah sangat sebab kitorang jenis tak berkira pun...
contoh 3:
selalu aku yang akan jadi si pembuat keputusan...
tapi aku suka kata sepakat, baru semua happy... (^_^)
so far, kawan2 aku terima je apa yang aku pilih...
contoh 4:
always accept minat kawan2 kita...
aku pernah berhadapan dengan situasi di mana kawan aku menunjukkan rasa kurang senang dengan apa yang aku suka...
duh, tak suka takpe tapi jangan treat macam benda yang aku suka tu low class...
contoh 5:
so far, Alhamdulillah kawan2 yang aku bagitau rahsia tetap simpan rahsia tu...
sambungan...
kang panjang2 ada orang tak larat nak baca...
kalau kau ingat aku ada taip
n3 pasal slander or misunderstood...
kawan yang profesional ialah kawan yang tegur terus kawan yang buat salah...
bukan heret orang lain dan pada masa yang sama buat kawan yang buat salah tu malu...
dan jangan buat penilaian tanpa mengetahui hujung pangkal apa sebenarnya yang terjadi...
cakap belakang2 pun bukan boleh settle masalah...
dah tu, ko tu dapat dosa sebab mengumpat...
dan ko dapat dosa tambahan sebab sebarkan fitnah padahal fitnah tu tak benar sama sekali...
*heh, aku memang emo bab ni sebab aku sendiri laluinya...
tau pun lepas J gtau aku apa si A buat kat belakang aku...
tu pun J sebenarnya malas nak masuk campur sebab J bukan orang yang tengok apa yang jadi...
3p4h..
mungkin boleh jadi luahan perasaan, mungkin juga bukan.. :)
aku rasa, at this point of our age, ktie tak dapat nak capai tahap kesabaran seorang ayah, sebab kita sendiri blom menjadi seorang ayah. tapi buatmasa sekarang, apa yang kita boleh buat ialah belajar untuk menebalkan sifat sabar dalam diri kita sebab sifat sabar dalah antara yang menjadikan kita matang dan semakin matang.
as...
etika berkawan pun, walaupun tiada standard tertentu, tapi kita boleh setkan sendiri yang mungkin boleh diaplikasikan kepada kebanyakan kawan kita. pasal kita tahu siapa kawan kita dan kita tahu perangai mereka dan mereka tahu perangai kita.
kan?
intan...
all the examples must not necessarily mean anything related me absolutely, but it may apply to all of us. yang bab emo tu, tak semuanya berkaitan dengan entri ni. hehe~
liyana...
*cuma mampu membaca dan bersetuju dengan apa yang diutarakan. panjang kot, tapi best. hehe~
liyana...
nak baca larat je, cuma nak balas sebijik2, tak larat kot. huhu~
contoh no.2 "kawan" dan "professional" tu x comparable. the professional example is more comparable if you're living with parents which u should ask permission and tell your parents when and where you out of the house.
yep betul.
dalam islam ade digariskan pasal cara bersahabat neh.
anonymous...
yup, i must say you got point there. dalam contoh yang di atas, bukan lah nak kate kawan yang tak dijemput tu as ketua or orang atasan, but kawan tu as orang yang ada hati dan perasaan. dalam contoh yang di bawah pula, memang memaksudkan ketua sebagai ketua, tapi dia juga manusia yang hati dan perasaan. directly, memang takleh nak compare la.. hehe...
as...
dan, berapa ramai yang tahu dan berapa ramai yang praktikkan? hehe...
ala, dah baca pun bagi aku dah cukup baik...
1 criteria dalam berkawan yang paling aku titik beratkan ialah a friend who can be a good listener...
ok la, dalam situasi ni a good reader la...
because once we shared something, we don't actually hope for something in return, tapi cukup sekadar dapat berkongsi dengan kawan yang kita percaya dan harap...
oh ya, aku ada 1 point tambahan...
bila kita susah, baru kita tau sape kawan kita yang sebenar2nye...
yang paling terbaru pasal kes locker aku terkunci tu...
adalah sesuatu yang terjadi time aku dalam usaha memecahkan mangga tu...
papepun, yang boleh aku katakan kat sini ialah...
ada kawan yang boleh kita anggap kawan je...
ada kawan yang kita boleh anggap lebih dari sekadar kawan...
I hope you get my point here...
bocorkan rahsia syarikat = bunag kerja = tanam anggur = menyusahkan mak bapak, bini, ahli keluarga dan seumpamanya.
hilang kawan = cari kawan baru
liyana...
aku suka dengan point tambahan tu. in fact, kalo nak tulis bab tu, boleh jadi satu entri baru kot. as i said, nanti aku kumpulkan, one day aku akan tulis jugak pasal tu. :)
azman...
mungkin sifirnya semudah menaip di papan kekunci, tapi hakikatnya ia melibatkan hati dan perasaan makhluk Allah yang bernama manusia.
sebagaimana profesional seorang pekerja pun, dan sebagaimana baik pun seorang kawan itu, semuanya adalah manusia.
makanya, perlu untuk kita semua belajar untuk mendidik diri dengan akhlak yang sempurna. pasal pada aku profesionalisme ialah subset kepada akhlak.
Okeyy..akak pula nak sentuh etika dlm kerja..
Kul 9 Bos bagi instruction semua dah mesti berkumpul di meeting room..
masa berlalu bgitu pantas...semua dah berkumpul kecuali orang yg bagi arahan.Lepas 1/2 jam berlalu..lantas H.R hubungi bos to remind him..apa dia jawab??
"On d way now"
Elooo....buang masa 30 minit.
so ingin akak simpulkan sesesorang yg kita hrapkan utk lebih PROFESIONAL & PERFECT rupanya tiada sifat itu lansung..
hmm...rasanya komen akak agak tercicir dgn tajuk..
Ini... ini... macam lepaskan geram pon ade nih. Bahasa melayu impak nye lebih dalam kalau nak posting bendalah2 macam nie. haha...
ila...
ok kak. saya rasa bab itu plak kena buat entri baru. itu pun saya ada masalah dengan orang2 yang memimpin ni: tak menunjukkan contoh yang baik kepada subordinates. but ya, akak dah menyimpang. hehe~
jai....
boleh dikatakan meluahkan perasaan, tapi not necessarily from me ONLY. it applies to everyone who has friends and who befriends with other people.
ya. bahasa melayu memang untuk buat orang melayu betol2 faham. tak faham gak, tak tahu la. nak salahkan PPSMI ke? huhu~
aku xbaca komen2 kat atas.aku terus tulis je.heheh.
pendapat aku, setiap org perlu ada kesedaran dan daya muhasabah yg tinggi. kalau kawan lambat dia akan marah, dia kena pk kawan rasa yg sama bila dia lambat. dan contoh seterusnyaa ko buat la ayat sendri.
org slalu guna alasan manusia xterlepas dari kesilapan.ye.betul.tp kalau ,memanjang buat mcm tu smpai org ckp 'dia mmg mcm tu' itu bukan tersilap dah tu.tu namanya tabiat.
aku slalu guna ayat nih,manusia ciptaan Allah yg paling hebat, manusia xsempurna seperti nabi, tp kita boleh train, berlatih utk menghampiri kesempurnaan.
lagi satu, practices make perfect.aku kurang setuju.practices make better aku sokong.sbb, once kita dah buat perfect, tiba2 ada lg flaws, kitaa down.!
so..kawan..fikir la pasal kawan kalau nak berkawan. (^_^) peace.!
husz...
nicely arranged and i get your points!
dalam entri ni aku betol2 tekankan kat mendidik diri kita masing2 daripada setiap segi. bukan bila masuk bab2 profesional, baru nak konon nak profesional. tapi bila masuk bab2 kawan, hilang langsung profesional tuh. walopun hakikatnya takkan sama profesional dalam berkawan dan profesional di tempat kerja (contohnya), tapi sentiasa perlu ada akhlak yang menunjangi peribadi setiap daripada kita.
wah! penyampaian yg sgt emo, penuh dgn emo. ini sememangnye jarang berlaku...hanya kerap berlaku kat aku je. huahuahuahua
kema...
it depends la on how you read the entry. ia akan jadi emo kalo ko bace dengan penuh emosi. hehe~
Akak setuju ngan sumer contoh.
Tapi, yg slalu terjadi kat akak ialah contoh 5.
Huuuuuu~~~ angin giler dibuatnye.
Dah le sebar rahsia org, pastu boleh tokok tambah lagi.
Pastu plak, dgn bangganye cerita rahsia org, kutuk2 lagi.
Manusia celaka camni, mmg tak ingat Tuhan.
Kalo dia ingat Tuhan, dia akan pegang amanah dia simpan rahsia org.
But instead, dia yg tak sabar2 nak cerita kat org lain.
Ya Allah...sabar aje la akak dulu.
AIB giler bila rahsia tersebar.
Bodoh punya manusia.
(EMO and I DON'T CARE)
Tima kasih. =)
knowlee...
bab2 menokok tambah tu, memang tak bleh blaa.. suka2 je nak tambah ikut selera masing2. ingat kita ni daging salai yang boleh ditambah black pepper ke ape? isk.. ok saya same2 ok dengan akak neh. huhu~
Tau takpe.
Diorang tambah cerita tu tujuannya nak burukkan kita ni.
Habis diorg tu elok sgt ke?
GTH!
Eeee...hanya Allah je yg boleh balas semua perbuatan diorg.
Akak ni tahan sabar aje.
Syukur la skarang dah tak jumpa malaun-malaun tu sumer.
=)
knowlee...
what's past is past. apa yang boleh kita buat ialah untuk mengambil tauladan dengan apa yang kita benci diorang buat tuh... jangan jadi macam diorang ok.
Post a Comment