Thursday, March 19, 2009

Tips-tips Memasuki Pertandingan Memasak


  1. Kaji tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Pastikan anda faham apa yang diminta oleh pihak penganjur supaya makanan yang akan anda sediakan tidak lari daripada konsep.
  2. Pastikan anda melakukan sedikit sebanyak kajian mengenai tema dan makanan yang anda mahu sediakan. Rajinkan diri menyemak buku-buku resepi. Ini mungkin memberikan anda banyak kelebihan untuk mengatasi peserta lain.
  3. Rancang apa yang anda ingin masak dan pastikan apa yang anda rancang boleh dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Jika boleh, buat percubaan di rumah terlebih dahulu untuk memahirkan diri untuk bekerja dalam masa yang ditetapkan dan memperbaiki kelemahan skil memasak dan masakan anda.
  4. Masak masakan yang luar daripada biasa. Elakkan menyediakan masakan yang sudah selalu ditemui setiap hari. Jikapun mahu menyediakan masakan yang biasa, pastikan ia dihidangkan dengan cara yang luar daripada kebiasaan.
  5. Pentingkan kualiti daripada kuantiti. Anda perlu mempertimbangkan jumlah hidangan dan kuantiti setiap hidangan. Lebih baik kuantiti hidangan sedikit tetapi jumlah hidangan banyak. Ini membolehkan anda memaksimumkan kerahan kreativiti anda dalam pertandingan tersebut. Selain itu, para juri tidak akan menghabiskan satu hidangan sehabis-habisnya. Mereka hanya akan merasa sedikit-sedikit sahaja. Lagipun, lebih mudah untuk mengawal rasa masakan yang sedikit berbanding yang banyak.
  6. Dari mata jatuh ke hati. Rancang hiasan yang paling baik untuk hidangan anda dan meja tempat masakan anda dihidangkan. Juri lebih mudah tertarik dengan pandangan yang indah dan menyenangkan hati.

10 comments:

bawangmerah said...

sejak jadik silent reader (dn follower) blog ni, lame2 rase macam masok blog sorang chef.

bercita jadik chef kah?

Unknown said...

bawangmerah...

dah jadik darah daging kot masak2 nih.. hehe...

KiRaNa said...

kalo chef wan baca ni, mesti dia jelous..huhu..

Hasbi said...

wah memasak..dulu pandai masak. Sejak terpotong kulit jari (sebab bawang) terus fobia sikit..hehe

Ain Nadzri said...

BAGU2 ADE BAKAT....
BOLEH BUKAK RESTORAN X LAME LG...

Unknown said...

kirana...

takpun, dia akn bidas aku pasal point2 aku lemah. haha!

Unknown said...

hasbi...

ok seram. lagi seram kalo ko kate terpotong jari. hehe..

rilek bro. baru tersiat kulit kot! :D

Unknown said...

ain...

dah jadik darah daging la masak2 nih. hehe... cita2 nak bukak restoran tu memang ade, tapi takkan nak tinggalkan bidang biomed sesuka hati je kan~ :D

Anonymous said...

Haaiiishh... asal la ramai sgt gamba makanan sejak akhir2 neh. Blog kamu, blog jep, blog epah..

cair..cair~ sambil merangkak ke dapur!

Unknown said...

shamel...

ko memang perlu ke dapur dan makan banyak2 k.. aku tengok ko macam tengok hanger je ko tau. huhu~ :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...