Saturday, September 20, 2008
Nak panggil Abang ke eh?
Dulu semasa di pusat matrikulasi, ia tidaklah menjadi masalah kerana jurang usia secara umumnya hanya sekitar setahun sahaja. Lain kisahnya di peringkat kampus utama, di mana terdapat jurang usia yang agak ketara antara pelajar junior dan senior. Paling ketara, secara umumnya, bagi yang berada di tahun pertama dan tahun keempat. Antara masalah yang biasanya akan wujud ialah kesukaran untuk memulakan perbualan dek kerana tidak tahu kata ganti diri yang sesuai untuk digunakan.
Saya masih teringat ketika kali pertama berkenalan dengan Tuan Caracol, yang berlaku secara tidak sengaja melalui blog; setelah mengenali beliau di blog, saya tidak tahu apa yang perlu dibahasakan. “Aku-kau”, “saya-awak”, atau apa? Hal ini berlaku lewat 2 tahun lalu.
Namun sekarang, saya pula yang bergelar senior. Masalah yang sama berlaku. Saya dapat perhatikan beberapa orang junior agak sukar memilih kata ganti diri yang sesuai lantas mengehadkan lingkaran perbincangan dan perbualan dengan saya. Ada yang masih malu-malu untuk menggunakan “aku-kau” walaupun haikakatnya saya lebih suka kata ganti diri tersebut kerana ia berbunyi lebih mesra.
Usah bimbang soal hormat atau tidak kerana definisi hormat di sini sangat luas. Selagi mana kita berakhlak dan bertindak mengikut lunas panduan yang Islam gariskan, bebaskanlah diri anda dengan apa sahaja yang boleh melonggarkan diri untuk bergaul dengan sesiapa pun. Hakikatnya, Islam melarang kita menamakan orang lain dengan nama yang buruk tapi pada pendapat saya menggunakan kata ganti diri “aku-kau” tidak tergolong dalam hal ini.
Namun begitu, saya tidak menolak hak masing-masing untuk terus memanggil saya dengan apa jua gelaran. Panggillah dengan apa-apa nama yang enak didengar. Paling tak bleh blaaa, baru kenal sekejap je dah panggil aku “Ki”. Pergh~ huhu~ Dah terlebih rapat tu. =p
Penafian: Teks ini ditulis dalam Bahasa Melayu sempena aku yang masih demam. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hah, alasan la tu malas nak tulis BI :p
As dulu kat skolah wajibal ghunnah panggil abang2 senior dengan 'abang'.
Terbawak2 sampai sini. Zaki lak guna ganti diri aku je dengan as, dan as lak maintain guna ganti diri dengan nama, as zaki as zaki sebab tak reti ber kau aku. Haha.
Jadinya zaki tak panggil kau dekat as, yeay! Jadi aku as aku as. Haha.
Hmm..macam2 panggilan kalo kaji antara kawan2..unik2..
Pening baca komen atas ni. Hehe~
Akak ni dulu masa senior final year, camtu la jgk. Tp kebanyakan junior diorg takde malu2.
Ada yg 'aku-ko', ada yg 'akak-saya' (mcm zaki ngan akak), ada yg mula-mula 'saya-awak' pastu 'kamu-kite', pastu tetiba tukar 'aku-ko'.
Lantak le. Tak larat nak ada kata ganti diri nih. Masa blaja BM dulu pun, agak keliru jgk. Hehe~
hmmm..'aku/kau' tak brapa sopan lerrr..that my personal reason..hehekk
Tapi entah napa..sejak2 ni terbawa2 guna perkataan tu..entah napa..entahh...entahlah..napa yeee..entahhh..huhukk
agreed: "aku-ko" rase lagi mesra.
Tp kalo dgn junior...i prefer "akak-saya" or "k.izyan-saya". So that, diri sendri sedar yg diri ni lebey tua & tau batas2 seorang kakak..eheh. Dpd terbawa2 perangai otai/sempoi mcm perbualan/komunikasi dgn rakan2 sebaya =P
p/s: akak pegi uia kuantan n menginap di kuantan mlm td =). Bley plak terjumpe dak2 KOS (2 org sisters) kt hotel tu ms sahur..
selamat menjaga kesihatan yer...
kak knowlee...haha, kena ada nilai estestika sket nak baca komen paling atas nung~
Hai adik...abang rindu betul dengan adik....
ahaks~````~~`
~ nurlilahi,
ok, setelah akak membaca dgn penuh estetika, then baru akak paham. ahakz.
~ tuan caracol,
poyo jeeeeeeee ayat nyeeeee... =p
Post a Comment