Saturday, September 06, 2008

Penyakit STBB

Teks ini ialah terjemahan daripada STBB Disease (2008), kajian Szakif.

Udara menjadi medium sebaran utama Penyakit STBB.

Penyakit STBB ialah sejenis penyakit mudah-rebak yang ditemui hasil kaji selidik seorang pelajar daripada UIAM. Penyakit unik ini hadir dalam berbagai-bagai simptom dan tanda, serta mangsa-mangsa yang terjangkit menunjukkan reaksi yang pelbagai. Sebagai contoh, penyakit ini boleh menyebabkan (rujuk di bawah) kemerahan di muka, keradangan hati, kepanasan di telinga dan bahagian-bahagian dalaman organ pendengaran tersebut, tekanan darah tinggi dan kenaikan suhu darah badan.

Selain itu, bagi pesakit-pesakit yang mengidap masalah psikologi, simptom dan tanda yang ditunjukkan amat berbeza seperti (rujuk di bawah) lebihan lembapan di gusi, tulang rahang yang terseliuh dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan hilang ingatan sementara, pergerakan tubuh badan yang tidak terkawal, dan kehilangan keseimbangan tubuh. Malah, dalam kes-kes yang terpencil, tiada langsung simptom mahupun tanda ditunjukkan.

Daripada segi psikologinya, penyakit ini boleh dipulihkan hanya dengan luahan sepatah perkataan Bahasa Melayu yang berbunyi “ma-af”. Dalam kes-kes lain, usaha-usaha pemulihan tidak diperlukan langsung disebabkan ketiadaan sebarang simptom mahupun tanda yang ditunjukkan. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang mudah terdedah kepada penyakit ini, anda dinasihatkan untuk sentiasa berfikiran positif tanpa banyak menghiraukan kata-kata orang sekeliling dan untuk sentiasa menerima gurauan dengan minda dan hati yang terbuka.

Namun begitu, penyakit baharu (rujuk di bawah) ini masih belum mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi sekiranya mendapat pengesahan, ia akan didaftarkan atas nama Penyakit “Statement Tak Boleh Blaaa” atau mudahnya dipanggil Penyakit STBB. Nama ini dipilih berasaskan punca penyakit ini dihasilkan iaitu melalui gelombang-gelombang bunyi yang tajam yang dihasilkan daripada peti suara milik pembawa selain daripada pesakit. Justeru jelas di sini bahawa udara menjadi medium sebaran utama penyakit ini. Penyakit ini boleh dicegah dengan pelbagai cara seperti menggunakan pelindung sabar di telinga, menerima pandangan orang lain dengan hati terbuka dan lain-lain.

Maklumat terbaru: Penyakit ini sudah dikesan merebak ke luar Malaysia! Ia tidak lagi hanya endemik, tetapi sudah pandemik. Antara negara-negara yang dikesan turut tersebar penyakit ini ialah Indonesia dan India. Hasil kajian lanjut pakar epidemiologi mendapati talian antara-jaringan (baca: internet) juga menjadi medium utama penyebaran penyakit ini. Ia turut mendakwa penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke luar negara memburukkan lagi wabak baru ini.

Nota: Perbezaan antara simptom dan tanda ialah; simptom ialah apa-apa yang dialami dan diberitahu oleh pesakit, manakala tanda ialah apa-apa yang diperhatikan dan didakwa oleh doktor.

Kamus Istilah Sains:

  • kemerahan di muka – tersipu-sipu
  • keradangan hati – sakit hati (atau dalam bahasa lainnya, sentap)
  • kepanasan di telinga dan bahagian-bahagian dalaman telinga – telinga berdesing (contoh: “Berdesing telinga aku bila dengar dia cakap macam tu!”)
  • tekanan darah tinggi – naik angin (contoh: “Hangin satu badan aku beb!”)
  • kenaikan suhu darah badan – darah mendidih (contoh: “Mendidih darah aku bila aku dengar statement dia!”)
  • lebihan lembapan di gusi – tak kering gusi kerana ketawa
  • tulang rahang yang terseliuh – disebabkan ketawa berdekah-dekah
  • hilang ingatan sementara – kerana suka sangat dengan statement tu
  • pergerakan tubuh badan yang tidak terkawal – juga kerana suka sangat dengan statement tu
  • kehilangan pengimbangan tubuh – juga kerana suka sangat dengan statement tu

Kamus Bahasa Melayu:

Baharu: berkenaan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Contoh: Saya menanti-nanti iklan raya Petronas yang baharu di kaca televisyen.

Baru: berkenaan masa
Contoh ayat: Iklan raya Petronas baru sahaja ditayangkan sebentar tadi di kaca televisyen.

22 comments:

fattybombom said...

STBB ni kiranya orang yang sakit hati ker?

Unknown said...

far...

maaf ye cakap, aku rase ko cam maseh tak dapat lagi nature entry ni..

huhu~

Anonymous said...

Frankly, akak dulu adalah salah sorang yg dijangkiti penyakit nih. Akak kena simptom2 dlm paragraph 1. Drpd 1st year sampai la ke final year. Penyakit STBB ni akak tanggung dgn sabar. Syukur la dah pulih skarang. Tp bukan pulih dgn perkataan "ma-af" tuh, akak pulih lepas dah amik immunisasi.

Nak tau camna immunisasi tersebut, sila hubungi SAYA. Huhu~

P/S: Baru la skarang akak tau perbezaan 'baharu' n 'baru'. =)

it's jenn. said...

ok. lpas ni tlg selidik prognosis die camne bagi org yg dah infected.

ke 100% cured by perkataan "ma-af"?

hehe.

saye nak wat penyelidikan lebih lanjut sbb rase recurrence rate die tinggi! btol x?

ILA said...

Bersungguh akak baca...
Berminat nak tahu penyakit 'baru' ni..
.
.
.
.
.
namun...
.
.
.
.
.
.
.

bila sudah ke penghujung ayat..
.
.
.
.
dlm hati berkata...


"ENTAH APA2 BUDAK NI!!!HUH!!"

Unknown said...

kak norli..

pengakuan eksklusif tau.. :D

wah~ ape kate kalo akak buat entry khas kat blog bagitahu ape yang akak jadikan sebagai imunisasi untuk menentang penyakit STBB nih. mungkin boleh berkongsi dengan pembaca semua, patu link kan la ke blog saye nih k?

pasal baru dengan baharu tu, sekadar berkongsi ilmu bahasa. pasal ade yang pelik ape beza dua perkataan tu~ :D

Unknown said...

jennyto..

mungkin juga treatment nye effective, tetapi bergantung kepada kereaktifan receptor kemaafan di hati pesakit la. ade yang jenis kurang sensitif dengan ubat maaf yang diberikan, jadinya kurang responsif.

ade juga yang jenis sangat compatible! bagi ubat maaf sekali, terus sehat. aku harap aku jenis orang yang macam ni. hu~

pasal recurrence rate, sangat betol! :D

Unknown said...

kak ila...

:P

bagusnya akak bace sampai habes. pas saye tafsirkan ni, akak da leh faham la ye?

:D

Anonymous said...

Orait...

Nnt bila tiba masa nye, akak buat entry tu. Kena reka ayat betul2.

Unknown said...

norli..

yey! akak sangat baik...

ngeeee :D

*tapi tak tentu lagi saya akan try resepi akak tau, pasal bab2 biskut ni saye tahu makan je, tak suka sangat nak buat. tapi mane la tahu pas bace entry akak, saya ade semangat nak try. aritu kak arshana bagi resepi muffin pun saye tak buat lagi. huhu~

Anonymous said...

bahayanyer penyakit ni...
harap aku tak terjangkit lah...
Amin!

Az-Zuhair said...

memang x boleh blah..haha

As said...

yey, mantop bahasa melayu kamu.

Bangga2!

Unknown said...

onazuka...

once ko bace, possibility utk ko terjangkit makin meningkat! haha..

amin~ :p

Unknown said...

helmi...

kang aku jumpe ko aku akan bombard dengan STBB.. bersiap sedia!

Unknown said...

as...

dah berkarat da otak ni pasal da lame tak tulis ayat skema macam nih.. huhu~

Trinisaurus said...

statement tak boleh blah=STBB?

Unknown said...

trini...

yey! ko dah dapat jawapannya :D

AzKeeY said...

huhu..terase bagaikan driku mmg sudah lme menghidap penyakit neh..huhu...mmg penawarny adalah perkataan "maaf"..tp ubat itu lebih mujarab pabila ianya berasal dr hati yg betul2 ikhlas..klu x pasti akan ad recurrence..haheh~.~

Unknown said...

azkeey...

tapi masalahnya susah nak menilai keikhlasan hati seseorang. cuma Allah yang tahu. cukuplah kita berfikiran positif dengan mengambil pendirian menerima kata2 maaf seseorang itu apabila sudah dilafazkan. biarlah keikhlasan itu dinilai oleh Allah swt kerana Dia Maha Mengetahui. kita fikir bukan2 pun, kita gak yang susah nanti :)

iShLiBeTiSh said...

hahahaa..mnaarek sgguh pnyakit nih...psakit2 pnyakit nih mmg ntare calon2 yg sswai utk dsumpah dkala hati ini yg blom bsedia nk trime ape2 ketidakstabilan emosi...

nice 1 bro~! ;)

nur afzan`` said...

hehe abg zaki,sy dah kene jangkitan ini..guane ni??adehh ;p


afzan~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...