Sunday, June 04, 2006

Demam Bola Sepak? Nooooo lah!


Sekarang seluruh dunia sedang sibuk dengan perlawanan yang kononnya meyatukan dunia - World Cup. Tapi aku secara peribadi kurang ambil tahu pasal permainan bola sepak bertaraf dunia ni.

Bukannya tak minat bola langsung, tetapi untuk bersengkang mata sehingga lewat malam hanya kerana ingin menonton bola sepak sememangnya bukan hobi aku. Suka juga menonton skil pemain-pemain ni menggelecek bola, memperdayakan lawan. Tapi hakikatnya, kalau betul-betul mahu puas menonton skil, taktik, strategi dan persembahan berkumpulan dalam bola sepak, maaf aku cakap, bukan dengan menonton perlawanan pasukan bola sepak tempatan. Sumbang mambang! Sakit hati je tengok.

Kalau ada perlawanan yang disiarkan melibatkan tiga pasukan ni, aku akan tengok: Selangor, Malaysia dan Manchester United. Tiga ni sahaja. Itupun kalau tidak ada pertindihan dengan rancangan televisyen yang lebih menarik.

Malangnya sokongan aku terhadap pasukan negeri sendiri amatlah pudar setelah tiga piala dijulang sebelum ni seolah-olah menjadi sumpahan untuk pasukan Selangor tidak kembali gemilang. Selangor terus tenggelam! Kalau baca surat khabar, tak sanggup rasanya melihat carta liga. Selangor seolah-olah lagenda yang sudah mati! Mengapa?

Aku sendiri kaki bangku. Masa kecil-kecil pernah juga main bola sepak ni, tapi akhirnya aku mendapat gelaran "kaki besi" sebab bukan bola yang aku sepak, tetapi kaki orang! Sudahnya, aku sentiasa diletakkan di bahagian pertahanan dengan niat supaya aku "membuli" penyerang yang datang ke gawang kumpulan aku.

Berbalik kepada kisah bola sepak dunia ni, betul ke menyatukan dunia? Adakah apabila sudah tamat perlawanan ni, satu dunia akan bebas daripada perang dan penindasan? Aku tak fikir begitu.

Aku terbaca dalam blog kawan aku, BOLA adalah akronim bagi Buat Orang Lupa Allah... Mungkin hanya sebuah kebetulan ciptaan akronim yang kreatif, tetapi fikir sejenak, ada jua benarnya. Bersorak bagai nak rak, seolah-olah suara tu satu stadium boleh dengar. Apabila ada pemain yang silap gelecek, mula lah kutukan menjadi kata-kata motivasi. Tak cukup dengan itu, kalau ada botol air, mahu sahaja dibalingkan ke arah pemain itu, biar puas hati yang geram dengan kebodohan pemain tu. Berbaloi ke? Itu tak masuk lagi dengan percampuran lelaki perempuan, aurat dan sebagainya. Hm~

Tahun ni Jerman menjadi tuan rumah untuk World Cup. Natijahnya, penonton yang berada di Asia terpaksa menonton pada waktu lewat tengah malam ataupun seawal 2 - 3 pagi. Nasihat aku kepada sesiapa yang gila bola sangat; bola, bola jugak, Subuh jangan tinggal ok!

9 comments:

Chika Chika said...

eh... minat MU eyh? oyeah... peace, brother!

puteri nad said...

aku suka je tengok bola..x saba abis first paper..pastu nak dok lobi menonton..

Unknown said...

chikadior....

eh... minat MU eyh? oyeah... peace, brother!
hohoyeah! gimme five! *dengan tangan pakai sarung tangan rrr

[apa yang aku fikirkan...]
[selangor=MU=merahkuning]

Unknown said...

nad...

aku suka je tengok bola..x saba abis first paper..pastu nak dok lobi menonton..
alo2... ko kat ukren nun maybe boleh rr tgk bola tu awal sikit pasal dekat sikit ngan jerman. so takyah sengkang mate sampai jauh malam. tak gitu?

[apa yang aku fikirkan...]
[teringat mase world cup kat jepun]

puteri nad said...

hohoho,benarrrrr..smenjak berada di ukraine waktu2 pelawanan apa2 jenis matchpon x memerlukan aku besengkang mata~

Anonymous said...

apasai dia org suka berebut 1 bola je.Ada duit masing2..pi sana beli bola sorang 1. Dah x yah nak gaduh2..he..he..sapa setuju angkat tangan!

(Cuma minat masa my team lawan dgn M'sia bwah 20 tahun je..)sya.

Unknown said...

nad...

hohoho,benarrrrr..smenjak berada di ukraine waktu2 pelawanan apa2 jenis matchpon x memerlukan aku besengkang mata~
kau sangat beruntung, namun jangan lupakan studi jua~

[apa yang aku fikirkan...]
[lagu yang BAPAK tinggi]

Unknown said...

kak syasya...

apasai dia org suka berebut 1 bola je.Ada duit masing2..pi sana beli bola sorang 1. Dah x yah nak gaduh2..he..he..sapa setuju angkat tangan!
er... nak angkat tangan ke.. adeh~ takpe la... diorang suke main rebut2, pastu main jatuh2kan orang. patu kalau tak puas hati gaduh. kita yang menonton ni tepuk2 tangan je la... :D

(Cuma minat masa my team lawan dgn M'sia bwah 20 tahun je..)sya.
owh... same la ngan i chika ngan jai tu...

[apa yang aku fikirkan...]
[camne rupe zaquan adha tu?]

ChemGrad said...

haha~ org2 mcm kita pelajar science mmg tak gila bola bola sepak la!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...