Pinggan yang kosong. Tidak terdapat sebarang kesan cap jari dikesan menerangkan suspek tidak menggunakan tangan untuk mencuri.
Tempat kejadian, kamar tidur Nenek.
SUSPEK-SUSPEK: Empat ekor suspek telah dikenalpasti. Mereka didapati ada kaitan dengan kes pencurian ini dan tiada sebarang alibi untuk memadam nama mereka daripada barisan suspek. Siasatan sudah dihentikan kerana pihak forensik sudah berputus asa setelah tiada tanda-tanda lain yang boleh dijadikan bukti.
Profil Suspek #1: Bernama Ayoo, ia adalah seekor kucing yang agresif. Namun begitu, menurut kenyataan yang diambil daripada tuannya, ia tidak pandai makan ikan goreng mahupun ayam goreng kerana tidak didedahkan sejak kecil. Jika diberi juga, ia hanya bermain-main dengan ikan goreng atau ayam goreng itu. Ia hanya pandai makan makanan khas kucing seperti Friskies dan Whiskas. Namun begitu, ini tidak boleh dijadikan alibi yang kukuh kerana ia masih seekor kucing yang bersifat karnivor.
Profil Suspek #2: Baru sahaja dibawa pulang ke tempat kejadian selepas beberapa minggu dibela di tempat lain (kedai). Seeor kucing yang tamak dengan makanan, ia adalah kucing yang paling junior di kalangan suspek. Apabila makan berjemaah bersama kucing-kucing lain, ia akan cuba sedaya upaya untuk menguasai semua makanan tersebut walaupun pada hakikatnya makanan tersebut cukup banyak untuk dihabiskan oleh seekor kucing. Apatah lagi bagi kucing berusia kurang 2 bulan ini.
Profil Suspek #3: Adik beradik satu 'batch' dengan Ayoo, kucing yang lembut dan lemah gemalai ini diberi nama Inner. Walaupun berjantina jantan seperti Ayoo, tetapi tuan kepada kucing ini melaporkan sifatnya tidak ubah seperti kucing betina. Ia duduk sebaris dengan suspek yang lain kerana ia ada bersama mereka ketika waktu kejadian. Sama seperti Ayoo, ia tidak pandai makan ikan seekor atau ayam seketul (jika diberi) dan pernah ditangkap menceroboh tudung saji pada suatu ketika dulu.
Profil Suspek #4: Kucing yang paling senior, ibu kepada Ayoo dan Inner. Seekor kucing yang setia menunggu di sebelah dulang apabila mangsa, Nenek sedang makan. Memandangkan ia adalah kucing yang paling senior, pengalamannya dalam hal curi-mencuri boleh dikatakan luas tetapi semenjak kebelakangan ini, ia tidak lagi aktif kerana disyaki sedang bunting.
Maklumat Tambahan: Keempat-empat suspek di atas belum diwakili peguam bela. Mereka sedang mencari peguam bela yang paling layak untuk membela mereka daripada disabitkan sebagai pesalah.
Tugas Para Juri: Anda sebagai juri awam dikehendaki untuk memilih mana satu suspek yang paling berkemungkinan untuk dikenalpasti sebagai pesalah berdasarkan profil-profil suspek yang telah diberikan di atas. Pihak forensik gagal menemukan bukti-bukti yang sahih untuk mensabitkan salah seekor daripada mereka.
20 comments:
kui...kui..mana Nad & Syifa ni...Kak Sya lalu dulu yeak..
Nak jadi juri, esok pagi jeak..fresh ckit..
(Kena check data mereka dgn police interpol & imegresen bagai..di syaki pendatang asing juga..kui..kui)k.sya
hohho... pendatang asing sangat sukar untuk melepasi sempadan rumah ramli.. hohoho...
terus mengatakan tanpa segan silu..
zaki sebenarnya yg amik sebab dia lapa...hahahahaha
siannye nenek..saba nekk..cian nenek..
ahaha kaksya laks dulu~
afundi inner!
dia kucing beriman yang kelihatan sungguh warak, peserta akademi yg menjadi harapan bangsa kucing seluruh selangOr.
=P
hehehehe kaksya~~
semlm tertido awl... terlolap sedar2 jer dah kol 630 pagi! aiseh.. terlepas segalanya~~
hehehe.. psl kucing pulak? maka terus sokong nad~~ cucu nenek tuh kot yg terkebas~ pastuh pandai pulak tuduh kucing2 dia yg amik!
kekekekeke...
apa lar nasib korg dpt tuan mcm nih... hahaha...
Yup! terus sokong Nad & Syifa.Suspek utama adalah tuan kucing sndiri.So..Mahkamah harus tangguhkan persidangan.Zaki, b'sedia utk tahanan reman..hahahaha..
(Alahai..entah apa2 ler..)k.Sya.
hohoho.... alo2... mende plak aku yang dipersalahkan ni... adeh~ tuan punya kucing tak bersalah ok~ sebab ade alibi yang sangat kukuh. bila balik dari kedai, baru nenek aku mengadu ikannya hilang lantas aku kena keluar balik ke kedai mak aku kembali, ambil ikan punya pasal... kat rumah memang jarang sangat mak aku masak. even tong gas pun takde! hhohohoho.... jadi korang semua salah~
saufiah pulak, walopun inner sangat beriman, tapi ia tak menegur kucing yang buat kesalahan. =p
[apa yang aku fikirkan...]
[korang ni....]
Maleh ler Zaki..nanti ada pihak NGO, bahagian perlindungan haiwan mendakwa awak ..atas alasan menyiksa kucing2 tu kerana menebarkan fitnah.Kang naye..je..
(hehehe..poning2)k.sya
haahhahahaa kak sya... yo la tu.... :D
ko sbg tuan bersalah,x menghantar kucing2 ke tadika Islam..ni la jadiknye bila basic x kukuh..
muahahah
haha
inner to kuncing lembut ek.. cabarannya ialah untuk berdepan ngan orang ramai, hehe..
afundi INNER
hazlyn...
hmm...payah gak nak pilih
suspek #2 kot
ok~ suspek #2 dah de satu undi~ yang lain sila undi juga ok~
[apa yang aku fikirkan...]
[sesekali nak gak buat game]
nad...
ko sbg tuan bersalah,x menghantar kucing2 ke tadika Islam..ni la jadiknye bila basic x kukuh..
hahahhah~ :)) <--kat YM
yo la tu nad~
[apa yang aku fikirkan...]
[pi library cari ape ok~]
afiq...
inner to kuncing lembut ek.. cabarannya ialah untuk berdepan ngan orang ramai, hehe..
kuncing ape ok~ :))
afundi INNER
owh ade akademi fantasia kuncing ke? :))
[apa yang aku fikirkan..]
[korang bace la post terbaru blog afiq... panas!]
kucing pun nak didakwa di mahkamah ker??
anonymous...
kucing pun nak didakwa di mahkamah ker??
ahahahahhhahahah~ ini cuma game ok~ maka sila pilih mane satu yang ko rase paling bersalah berdasarkan fakta2 profil mereka :D
[apa yang aku fikirkan...]
[safwan kate lawyer sebelah kaki dalam neraka, btol ke?]
haha~ szakif lawak la!! best nyer kucing!! kucing kat sini bulu tebal2 giler!!! sebab dah nak winter kan! hahaha~
Salam...
Bukan salah si kucing mencuri...
Dah tu rezeki dia ok :D
Hehehe...
owh ihab sangat bernas~
kah kah kah ihab!!!! sila la mencemar duli ok~ hohohooh....
Post a Comment