Berikut adalah sedikit intipati di muka belakang novel ini:
Ryu Watanabe berasa tidak di rahmati; lahir dipenjara dan dibesarkan di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan adalah maut.
Sabrina tertarik mendengar kisah cinta diantara cinta Yakuza ~ Ryu Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.
Dan bagaikan kebetulan... saat itulah Ryu Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandangan pertama. Noriko cemberu dan berdendam. Akhirnya, cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi satu saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.
Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yang tidak akan anda gemari!
Komen szakif:
Secara peribadi, saya rasa wang sebanyak hampir RM20 yang saya laburkan untuk novel ini berbaloi. Ini kerana saya amat terhibur apabila saya ketawa, sedih, geram dan bermacam-macam lagi emosi seiring dengan ayat-ayat yang sedang saya baca. Saya sendiri tidak dapat mengagak dengan tepat beberapa scene dalam cerita ini. Namun begitu, babak pertemuan dua ikatan darah yang sekian lama terpisah mungkin berbunyi klise, tetapi jalan ceritanya diolah dengan baik sehingga saya sendiri tidak menyangka sekompleks itu jalan ceritanya.
Apa yang lebih menarik minat saya adalah, walaupun hakikatnya saya membaca novel thriller, sebenarnya jangkauan ilmu dalam novel ini bukanlah hanya setakat ayat-ayat novel semata-mata, tetapi turut dimuatkan tazkirah, ilmu angkasa, ilmu persenjataan, bahasa dan sudah pastinya, geografi Jepun dan bermacam-macam lagi. Ini membuktikan Ramlee Awang Murshid bukan menulis secara membutatuli, tetapi beliau turut melakukan research bagi memastikan isi novelnya tidak kosong. Hasilnya, pembaca dapat menambah sedikit ilmu selain menghiburkan hati dengan menyelami watak Ryu Watanabe yang penuh cabaran dalam hidupnya.
Nota: Member-member odah! Safwan dah tempah dulu, pastu Syuq... Pastu sape pulak? Yang berada di seberang laut, sila beli sendiri ok~ Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, sila bersungguh-sungguh... Ad'u lakum bittaufiq wannajah.... Ameen...
8 comments:
heheh aku tetap first~~
heheh aku tetap first~~
ler~~ nad!
tara komen!
maka lmbg busy ek~~
hehehehe..
third!
komen jugak komeeeeeeeeen!!!!! ahahah~
owh~~
baru leh masuk komen nih~~
tadi tak boley katanyeh...
maka... ermmm...
per nk ckp ek?
AKU MMG TAK BACA BUKU NIH!
tapi dari kau nyer sinopsis tuh.. kau bagaikan nak mendalami perasaan halus dicintai ek~~
lmbg tak berpengalaman?
muehehehehe~~~
iyor lah tu~~ [ikut nad sblm2 ni]
tapi jgn lar ok.. main cinta 2-3-4 segi nih~~ kau bukan bidadara AI, maka jgn dicuba2~~
ermmm...cerita nih ada main pedang samurai ker lmbg nk merebut kasih?
owh.. terharu biru~~
maka.. SAYONARA~~
hahaha..
ps-weh.. lain kali kau taruk suara sebenar boley? bingit gak telinga aku kalau dgr suara chipmunk kau nih lama2~~
demand suara asli nih ok demand!
muahahaha~~~
hohhohho.. maka malas nak komen panjang utk omelan syifa atas ni~
memang kalau ramlee tulis,
dia xmembuta tuli..
kira dia tulis ikut fact la..
aku baca je novel2 ramlee ni..
dt ranggau smpai tombiruo terakhir..
tp kalau nak ikutkan novelis thriller mesia n lua..
xketerlaluan kalau aku kata
novelis barat lg dasat..
amek jela sebijik buku dan brown..
ko try la baca..
then ko nampakla prbezaan nya..
tapi ramlee is the best la kat mesia..
mando...
dah tu ko kena plak bace hatiku di harajuku ni plak.... masih lagi meneruskan kegemilangan beliau sebagai penulis thriller... best siyot!
Post a Comment