Thursday, June 01, 2006

Dah Tak Bosan

Sebelum apa-apa aku coretkan, aku nak bagitahu - kucing aku ni buang tabiat ke duduk atas riba aku sambil aku menaip ni? Nak dialih, kesian pulak.. Hm~ seraya aku menaip dalam keadaan yang kurang selesa...

Semalam, hari Jumaat macam biasa, aku kerja kat kedai mak, shift petang. Kedai mak tutup antara pukul 1 hingga 3. Maklum la, hari Jumaat, memang wajib tutup sebarang perniagaan kan? Tapi semalam mak buka kedai lambat sikit. Pukul 4 baru keluar rumah. Aku pandu kereta, mak duduk di sebelah.

Sampai sahaja di kedai, ada seorang pakcik ni, atau lebih mesra dipanggil Wak (maklum la orang Jawa) baru keluar dari kedai dobi di sebelah kedai mak aku. Di tangannya memegang satu set kertas yang baru diphotostat.


Kenapa? --> namanya kedai dobi, tapi apasal plak ada mesin photostat dan ada
jual kuih muih? Kalau report kat pihak berkuasa ni, boleh kena denda, tapi takpe la... Tolong sama-sama peniaga...

Wak itu menghampiri aku. Lalu diserahkan sehelai kertas itu. Sejurus dia berkata, "Boco, ojo orak boco!" (baca, jangan tak baca!).

Aku membelek kertas tu. Muka belakang - pasal takde tajuk atau apa-apa tanda lain yang menunjukkan muka depan. Aku hanya go through sebab dapat agak apa isi kandungan kertas tu.

Aku terbaca satu nama dalam perenggan pertama muka belakang. Tapi tak ingat apa nama tu. Yan penting ada huruf B di awal nama tu. Aku terus melihat perenggan terakhir, ada perkataan "sebarkan" dan "20 salinan". Sah! Surat berantai!

Di belakang Wak tu, aku keronyokkan kertas tu dan buang! Aku bagitahu mak aku, "Zaki dah banyak kali terima surat berantai, tapi tak ada benda buruk berlaku pun!"

Mak hanya tersenyum...

10 comments:

Unknown said...

ahaha~ korang bosan? merepeklah kat sini!

Anonymous said...

mat rempit siot ko ni zaki... hahaha......

**ada sajer posing menarik yang cuba ko tonjolkan kali ini... hahahaha....

baez-kun said...

muahahah
matila tinggal sebulan?
itu sangatttttttttt lama okkkkkkkkkkk
sila sedarrrrrrrr
aku skarang paling lama cuti 2 minggu je sejak masuk klinikal
muahaha
motif pakai spek itam terbaring atas lantai?

puteri nad said...

ahahhaah apa kes zaki..apa kess???

Anonymous said...

Hem..bab ni baruler nak comment.
commentnya ialah" ZAKI X DE GAMBAR LAIN KE NAK LETAK????"Nampak sangat muka k boringannya..cian..

(dah bagi idea..pgi ke Pantai Morib sana..candid apa yg patut.pas tu letak kat yr blog , baruler meriah ckit..yr blog.look colourfull )sya

ChemGrad said...

B tu ape??

surat berantai? ohh..yang macam main 'luck' tu eh? kid slalu dapat sms and email camtuh..

takdir di tangan Allah, bukan surat bearantai..

(kalo kid tak misintepret apa yg kid baca post szakif)

Unknown said...

kid..

B tu ape??
saya tak ingat, tapi nama tu memang bermula drd huruf B rr.. dont take it too much anyway~

surat berantai? ohh..yang macam main 'luck' tu eh? kid slalu dapat sms and email camtuh..
bukan... ala, surat berantai ni macam surat yang suruh kita buat salinan pastu sebarkan. kalau tak buat, nanti ada benda buruk menimpa kita. memang isi kandungannya menyeru ke arah kebaikan, tapi method penyampaian tu salah. siap bagi contoh lagi, walhal tak tentu lagi contoh buruk tu sebenar2nya berlaku. hm~ ulama pun dah bagi fatwa, surat berantai ni memesong akidah..

takdir di tangan Allah, bukan surat bearantai..
yups!

(kalo kid tak misintepret apa yg kid baca post szakif)
huhu~ harap kid jelas ngan keterangan di atas..

[apa yang aku fikirkan...]
[maka menerima komenan nad]

Anonymous said...

btol2..
wat dunno sajor dgn surat brantai tu...
klu de istifada kte amek..
xde rr smpi kte sebar2kn surat tu dek krn takutkn musibah yg digembar-gemburkn..
tipu sajor..
memesong akidah jua

Adlan said...

yea..
eversince i've bestowed with mind & reason to think, i know this kinda nonsense..

from snail mails, to emails, to sms, to buletins.. and so on..

Unknown said...

adlan! yups! the most annoyed me is when posted in my frenster msg box! argh! my approach is that, i send him @ her msg telling i dun like that kind of forwarded msgs with lots of >>>>>>>> signs! if you really want me to read the msg, delete all those signs. you know what? it works! akur jugak! haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...