PERCUTIAN KE SUNWAY LAGOON THEME PARK
(DRY PARK)
27 JUN 2006
11 PAGI - 6 PETANG (Fiza dan Zubir kenapa lambat?)
(DRY PARK)
27 JUN 2006
11 PAGI - 6 PETANG (Fiza dan Zubir kenapa lambat?)
Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk mengemaskini blog ni walaupun
i) jam sudah menunjukkan pukul 3.15 pagi
ii) penat siang tadi belum lagi kebah
iii) mata mengantuk.
Mungkin kerana sebahagian tenaga telah dipulihkan hasil lelapan mata di dalam bas ketika pulang tadi. Bas? Ya! Aku naik bas. Aku naik bas pergi ke Sunway Lagoon kerana
i) malas nak memandu ke sana
ii) tol dan minyak yang mahal
iii) dok dalam bas boleh tidur! =)

Di dalam bas menuju ke Sunway Pyramid, bersama Safwan.

Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba, aku dan Safwan luangkan masa seketika mengusha orang bermain ski. Bilakah masanya ku pula menjadi tontonan orang? Mahal tak?

Hanya mampu melihat kawasan Wet Park dari bahagian atas, kerana kami hanya merancang untuk ke Dry Park.

Sunway Lagoon secara keseluruhannya.

Di dalam kren bernama Wagon. Benda basic macam ni pun diorang nak jerit-jerit... Aduh, sakit telinga aku. Tapi seronok pula dengar diorang ni jerit bagai nak rak, walhal seram pun tak. Kah kah~ Aku senyum je tengok gelagat diorang ni. Padahal banyak lagi permainan yang memerlukan 'jeritan' diorang. (Baca: Diorang)

Roller Coaster pertama! Hm~ takde la seram mana pun compared to Roller Coaster kat Times Square dan Genting.

Aksi yang sempat dirakam. Safwan naik roller coaster cam tu pun dah takut. Walhal rendah dan SANGAT SEKEJAP! Fiza pun sama je.

Tak pasti ape benda artifak ni, pasal kedatangan kitorang untuk MAIN, bukan untuk menonton artifak yang ntahpape cam ni. :D

Artifak lagi. Tapi lawa jugak la tengok sekali imbas. Malas nak baca caption yang tertera.

Lagi-lagi artifak.

Dinasour yang takde motif nak mengejutkan kami. Takde pun takpe, takde kesan@effect pape pasal tersorok dalam gelap.

Tak pasti sama ada ini ukiran atau semulajadi begitu (perlu ke ada bunyi burung tatkala aku menaip ni?)

Burung kayu lagi. Kualiti gambar kurang baik sebab henset Nokia 3250 aku very dependent on cahaya matahari for the best result. *motif mempromoi henset

Naik cawan pusing-pusing yang bosan. Hm~ layan je la... Dah bayar, kang tak naik, rugi pulak... :)

Er...

Di Jambatan Gantung di dalam Taman Tema terpanjang di Asia. *fakta daripada Safwan tidak dapat disahkan kebenarannya.

Memang panjang! Penat wo!

Sempat berbaring di atas jambatan lambang penat berjalan. Kantoi nampak perut. Ahahaha~

Love this picture very much! Thanx Fiza! Kenapa aku nampak hensem sangat? Macam Didy AF4 je... Versi berisi :D

Sekodeng awek kat belakang tu sambil memperaga style rambut aku yang baru dipotong semalam.

Lepas turun daripada Jambatan Gantung, kitorang jalan kaki menuju ke tempat asal tadi (because at the other end of the bridge has nothing but Pak Guard garang) through Elephant Walk. Panas wo! Nasib baik aku pakai spek hitam, kurang sikit rasa panas.

Aktiviti lain, naik TomaHawk. Ala... yang pusing macam jam tu... Kat Times Square lagi panjang radiusnya dan lebih mencabar pasal kaki terjuntai. Yang ni terkurung, terlalu 'selamat'... Kurang rembesan adrenaline.

Aku paling tak tahan naik mende ni pasal
i)minah foreigner tak cukup kain dok sebelah aku
ii)melihat gelagat budak-budak odah nan batak kat depan aku terjerit-jerit mengalahkan laki mati bini
iii)minah foriegner tu pun jerit gak! :)
Bukan tak tahan jeritan diorang, tapi tak tahan gelak tengok diorang terjerit-jerit sambil tutup mata. Aku rasa naik benda ni paling seronok. Hahaha~ Malangnya tak sempat nak ambil gambar masa sedang duduk sebab
i)penahan keselamatan yang sangat ketat dan kejap menyebabkan aku susah nak bergerak ii)minah foreigner sebelah aku, kang tersentuh plak kang... :)

Maklum la, kitorang pergi hari Rabu jadi tak ramailah pengunjung. Sampai mainan budak-budak ni pun kitorang bedal! Namanya pun mainan budak-budak, jadi tempat duduk tu sangat kecil dan sempit! Habis nampak gemuk gile aku dalam gambar ni walhal takde la gemuk sangat :)

Nak pakai belt pun ketat ni! Lambang mainan ni memang untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa dibenarkan masuk pasal pekerja yang jaga mende ni bosan menunggu budak-budak datang. Sekali BAPAK budak yang datang! Wahahah~ layan je...

Aku basah kuyup naik mende ni... Tak sempat ambil shot yang menerangkan kenapa kitorang boleh basah, tapi ia ada kaitan dengan terjunan la... Sangat seronok! Nasib baik Hazlyn dah warn awal-awal bawa baju spare. Terima kasih Hazlyn~

Safwan masih lagi dengan pose 'peningnya'. Lambang tak terduga akan kebasahan sebegitu rupa! Hahahah~ Zubir rileks je...

Ya Allah seriously mainan ni sangat seronok tapi memenatkan. Seronot pasal dapat terjun guna pelampung (alang-alang basah!) tapi memenatkan pasal kena daki tangga yang sangat tinggi!

Lepas basah, kitorang berjemur sekejap.

Masih lagi berjemur.

WOI!!! DAH LA!!! AKU DAH KERING NI!!!
Lepas sembahyang Zuhur, kitorang menuju ke Chicken Hartz di Sunway Pyramid. Hanya bayar RM14.60 (selepas diskaun 15%) dan makan apa sahaja di dalam restoren ini dalam masa 2 jam.

Hidangan kedua ku. Gambar hidangan pertama berisi salad pelbagai jenis tak sempat aku tangkap, lapar punya pasal. Tengok air tu, berape gelas tu? :)

Hidangan ketiga, aiskrim vanilla yan g sangat sedap dan air kopi O panas. Agak-agak perut dah hampir penuh, kitorang lepak dulu sambil makan aiskrim. Masa pun panjang lagi...

Hidangan keempat dan terakhirku... Suku jam sebelum mencecah jam 6 petang.

Kuih-muih yang muak. Diorang buat Fear Factor makan kuih ni ber'topping'kan sos dan aiskrim. Aku jadi mangsa yang rela. Haha~ *diorang tak sanggup tengok aku telan kuih ni, padahal sedap je aku telan. Korang ingat apa yang korang janjikan!!! Ingat!!! Aku nak jugak!!

Mamat-mamat batak keriangan~
All in all, cuti 3bulan (masih lagi berbaki seminggu setengah) ni dimulakan dengan camping yang sangat seronok, dan ditutup dengan percutian di Sunway Lagoon yang juga seronok. Seawal Sabtu depan diorang yang lain akan terlibat dengan program di UIA, dan aku menyambung sisa-sisa cuti bersama keluarga di rumah dan di kedai.
Awi!!! 5A Genting, 4A Sunway Wi!!! 3A Morib je la... Haha~ *UPSR