Thursday, July 03, 2008

Home-Made Pizza


Satu perangai aku ialah aku suka mencuba perkara-perkara baru, iaitu perkara-perkara yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Antaranya ialah memasak pizza. Ok. Tak mencabar kan? Tapi cuba korang buat dulu. Jadi ke tak? Bantat? Padan!

Dan apabila percubaan itu membuahkan hasil yang memuaskan, malah mendapat pujian orang, itu menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus melakukan perkara itu. Adakah ini bermaksud aku akan membuat pizza lagi pada masa akan datang? Ya!

Sape nak makan angkat tangan!

Ok. Bayar sorang RM10. Belanjanya mahal.

Sudah. Jangan merapu lagi. Teruskan kepada resepi membuat pizza. Senang je rupa-rupanya. Kalau aku boleh buat, kenapa mak budak dan budak-budak lain tak boleh buat kan?

Aku berterima kasih kepada Safwan kerana menurunkan ilmu membuat pizza kepada aku yang dipanjangkan melalui SMS 3 muka yang berbunyi:

Rndm 1pkt yis kering dlm 3cwn air yg tlh dibancuh 2 sudu gula smpai b’buih (lbh krg 15mnt), pastu cmprkn smua ked lm bks-1kilo tpg gndm, 1cwn minyak msk, 2 bj tlr, secubit grm, 2ulas bwg pth dtmbuk, uli sampai bks brsih, biar doh naik 2 kl gnda lbh krg 30mnt), pastu bhgikn ikut saiz pan, uli sket n tebar ats pan, cucuk slrh doh ngn grpu, biar 5mnt lg, blh la ltk topping (sukati), bkr 180c slm 20-30mnt.


Ok. Tu la dia panduan aku untuk buat tepung pizza.

Untuk topping pulak, aku malas nak ajar. Pasal topping yang aku buat semuanya rahsia. Aku buat 4 jenis topping haritu. 3 sedap, 1 biasa-biasa je. Kalau Secret Recipe dah sah-sah menggunakan istilah Resepi Rahsia sebagai nama restorannya, dan KFC pula bangga dengan ayam goreng yang dirahsiakan resepinya, mengapa perlu aku dedahkan resepi topping aku kan?


Untuk toppingnya pula, aku syorkan satu resepi ni. Sebab inilah resepi paling asas untuk buat topping pizza.

Tumis bawang besar dan masukkan tomato puri. Kalau nak sedap letak sedikit sos tomato. Bubuh garam dan ladam hitam secukup rasa. Tu je yang perlu dimasak. Lepas masak sapu atas pizza sesuka hati (baca: cara aku).

Yang lain-lain, main tabur-tabur je. Taburkan cili bulat yang telah dipotong dadu (hijau dan merah untuk menceriakan suasana atas pizza) dan hotdog. Lepas tu tabur pula sayur campuran (mixed vegetables) dan nenas. Kemudian letakkan shredded cheddar cheese sebanyak mana korang suka. Kalau banyak duit, boleh guna mozarella. Kalau nak lemak lagi, tabur pulak mayonis lepas pizza dibakar. Sure, lemak korang akan bertambah pastu.

Apa lagi, tak reti-reti nak mencuba?

6 comments:

ILA said...

kelihatan BESAR pizza ituuu...
tak 'geseng' ke blakangnya???

Amin Mansor said...

sedap nih!ak nk try buat jgk tp xde masa la. ak dah nampak minat ko memasak.hehe..

Unknown said...

kak ila..

memang besar ah pizza tuh. dan agak tebal jugak. maklum la first time buat. tak sangka plak kenaikannye sampai sebegitu tinggi!

sebenarnye ade tips2 yang saya tak mention. nak tahu? :D

Unknown said...

amin..

memang sedap min~ tapi sebenarnye pakej nya terpulang kepada pembuatnya. kalau rotinya sedap tapi topping hancus, tak gune gak. dan juga sebaliknya. thus, roti and topping must come both delicious. hehe...

aku memang minat masak ah. da jadi darah daging. huhu..

ko minat masak tak amin?

Anonymous said...

hahahha
there is an art of pizza...
yang penting ialah roto nya...

sbb.....topping tu ikut selera masing2.....

actually, kalu nak wat pizza simple jerk...

contoh:

amik roti apa2 (i.e gardenia)

pastu, ada sket mozarella, tuna spread,
nenas cube, tomato cube, atau apa2 sayur,
letak sos
letak mustard sos
letak cendawan ker..
letak apa2 jer yang korang suka kat topping tu..

masukkan dalam oven or micromave, jadi lah pizza,

tapi stil tak best sbb roti dia tak sesuai...

jadi yang penting ialah roti.

Mr Jagatraya said...

order satu pizza large encik!anta kat blk 2.3...hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...