Tuesday, June 30, 2009

Tuan Rumah


I went to SBPI Gombak to visit my brother last weekend with my parents. Upon the visit, we bought him some foods to eat together.

One of the foods was pizza. We couldn't finish it and asked my brother to bring it back to the dorm and share with his roomates. He sighed:

"Ala... Nanti kalau Awi bawa balik bilik, semua berebut nak makan. Tapi nanti bekasnya Awi jugak yang kena bersihkan sorang-sorang..."


Understanding his situation, I replied:

"Kalau tuan rumah buat jamuan, yang kena bersihkan pinggan mangkuknya nanti, tuan rumahnya ke, tetamunya?"


They looked at me, and I continued:

"Ikhlaskan je la hati Wi..."

Nota kaki: Yang tumpang sekaki makan tu, pandai berterima kasih tak?

Monday, June 29, 2009

Szakif Loves Danial


I've seen people establishing blogs for their children. But since I haven't got one (duh~) while I have Danial whom I love so much, here I establish a blog about him and his life as a little naughty growing up boy.

This blog can be a memory for him when he's grown up one day, from my view. I hope he'll appreciate what I do now for this is nothing but as a symbol of love between Szakif and Danial.

So here I present you: Szakif Loves Danial.

Sunday, June 28, 2009

Jika Satu Hari Nanti, Aku Seorang Ayah...


Akan kubawa anak-anakku ke masjid bersama-sama, menunaikan solat-solat fardhu dan mengikuti program-program di situ. Biar mereka jadikan Islam sebagai tonggak utama hidup mereka.

Akan kucambahkan sikap berfikir secara kritis dan berbicara dengan lancar. Itulah yang akan membantu mereka untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini.

Akan kupastikan mereka tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Kerana manusia hidup dengan bermacam-macam topeng. Mungkin topeng itu senyum, tapi mulut di belakangnya menyeringai.

Akan kusuapkan mereka dengan makanan-makanan yang sihat dan kutegah mereka daripada makanan-makanan yang tidak menyihatkan. Makanan di sini bukan hanya merujuk kepada makanan untuk perut sahaja, tetapi makanan jiwa juga. Kerana apa-apa yang mereka makan hari ini menentukan apa dan siapa mereka akan jadi pada hari esok.

Akan kuusung anak-anakku ke pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta apabila kupunya sebarang urusan di situ. Biar dia belajar bahawa hidup ini penuh dengan urusan-urusan birokrasi di sana sini.

Akan kugalakkan mereka menyertai pertandingan-pertandingan yang mencungkil bakat terpendam mereka. Biar mereka tahu, mereka sebenarnya boleh melakukan lebih daripada apa yang mereka fikir mereka mampu.

Akan kubawa anak-anakku ke bengkel apabila kenderaanku rosak. Biar mereka belajar hal-hal teknikal berdasarkan pemerhatian mereka.

Owh aku rasa aku tak mampu nak senaraikan semua lah!

Tapi yang paling penting buat masa sekarang, aku perlu menyiapkan diriku dulu. Contohnya, biasakan diriku solat di masjid, melembutkan hati apabila dikritik, jaga akan pemakananku, biasakan diri dengan urusan-urusan yang melibatkan birokrasi dan sebagainya.

Dan... Er... Belum pun kahwin dah sibuk buat entri macam ni! Hoi!

Wednesday, June 24, 2009

This is a Confession

Not that I am shopaholic, because I am soo not! Hehe..

So, here it goes: I listen and love opera songs (soprano voice).

But watching this video has brought me to a higher level of that interest.



But now I know what you're thinking. No no no, I am not going to do that. Haha!

Tuesday, June 23, 2009

Szakif - Lament



This is my attempt to do an upbeat song. This song entitled Lament is originally sung by Devotees and written by Waheeda, the group's mentor.

I was to sing this song in Cultural Night organized by SCIENCESS last year, in which I and my ad hoc co-MC, Bro Jazli hosted the programme. However, due to some technical problems at that night, I had to cancel the performance in last minute. Nevermind...

In the video, I prepare the lyrics since the song is very fast and it's hard to get the message in the song without guidance from the featured lyrics. Mind you, to keep the tempo was very hard during the recording. Huhu...

And also nevermind about 2:42, flat! (-.-')v

Hehe... I am not a professional singer anyway.

Enjoy listening to the song yo!

Monday, June 22, 2009

Another Audition?


Mak, abah, minggu depan RTM ada buat ujibakat jadi pembaca berita.

Mak dan abah cuma tersenyum.

:)

Sunday, June 21, 2009

When Asked: "Kenapa Kau Tak Drive?"


I started doing the part time job with no car so I used the public transports. I also had to use my friend's room to stay.

Then, I went to Kuantan this weekend by bus. I had to ask my friends to pick me up from the bus terminal to get to the campus. I was there to become the Master of Ceremony for a dinner organized by Kulliyyah of Science namely Islamic Enhancement and Evaluation Programme (IEEP) 2009 held at Hyatt Regency Hotel, Kuantan.

To get there back and forth, again I asked favors from the staffs of the kulliyyah. If anyone asked me why I didn't drive, then I'd answer:

"Sengaja nak merasa hidup susah sedikit"

And that also means:

"...sambil menyusahkan jugak orang lain."

...which I don't usually do. :)

Thursday, June 18, 2009

Doing Part Time Job


So this is an official announcement about my current activity as a graduated student. I am now working as an assistant to Bro Shaikh in his office in Yayasan Ilmuwan, Setiawangsa. Thanks to Bro Shaikh for offering me this job and for being a great boss. Today is my second day and basically I am having fun here! Hehe...

To be frank, I do not dream a job that needs me to sit a room for the whole office hour. However, after going through the second day, I think I can live with it (as long as there's internet connection :D). This job does not need me to go here and there. I just need to sit down, read and edit the assigment given in an air-conditioned room. Owh seronok!

Besides doing the assignment, I also actually gain some knowledge about the assignment itself. Fortunately, to an extent at least the assignment is still about science although not much scientific and medical terms are in it. This is also a great opportunity for me to study the level of PhD thesis writing as I am looking forward to doing PhD right after Master insha Allah.

Apart from that, the other staffs in this Yayasan Ilmuwan are also nice. Although I haven't got the chance to know them more yet, I am happy that they accept me as a new part time worker here.

I am looking forward to do and contribute more to this Yayasan Ilmuwan with guidance from Bro Shaikh. Owh thanks also for the treat at Amy Search's Cheng Ho.

Monday, June 15, 2009

Pengalaman


Satu:

Aku rasa, kalau aku buka kedai yang menjual satu benda ni, mesti ramai yang nak beli.

Benda yang hendak dijual akan aku pelbagaikan supaya pelanggan yang datang boleh membuat pilihan lalu mendapatkan apa yang mereka inginkan. Pelanggan-pelanggan aku datang daripada pelbagai latar belakang. Wah, itu sudah bagus! Pelanggan sasaran sangat luas skopnya.

Tak ada siapa-siapa lagi pernah membuka kedai seperti ini. Nak tahu kedai jual apa?

Kedai menjual pengalaman.

Sebut la nak pengalaman apa, nanti aku dapatkan dalam stor kedai aku. Kau tempah, aku dapatkan kemudian kaupasang dalam otak kau.

Ada tak kedai macam ni? Memang tak ada kan?


Dua:

Kau menjadi urusetia bagi satu program anjuran sebuah persatuan. Sudah pasti dalam program tu sudah ada belanjawan yang dirancang untuk menggerakkannya. Tapi belanjawan itu tidak termasuk beberapa, atau banyak perkara yang memerlukan urusetianya mengeluarkan wang sendiri untuk menggerakkan program itu. Kau kena korbankan wang ringgit kau sendiri demi kejayaan program itu.

Tapi tahu tak bahawa apa yang kau korbankan, dalam konteks ini wang ringgit, merupakan nilai yang kaubayar untuk membeli pengalaman.

Program itu pula kedainya.


Tiga:

Mudah kan analogi ini? Cuba fikirkan contoh-contoh lain yang berkaitan. Menjelajah ke negeri orang? Buat kerja sambilan? Buat kerja amal?

Saturday, June 13, 2009

Suasana di Taman ketika sedang Jogging


Satu:

Seorang lelaki tua berjogging bersama seorang wanita yang lebih kurang seusia, suami isteri mungkin. Tidak laju, tidak juga perlahan mereka berlari. Sesuai dengan kudrat mereka.

Tiba-tiba yang si lelaki tua jatuh lalu pengsan. Si wanita terkejut lalu menjerit meminta tolong sambil memapah lelaki itu.

Belum sempat orang datang membantu, si lelaki tua tadi bangkit dan ketawa.

"Sayang juga awak kat saya ya..."

"Abang ni dah tua-tua pun masih nakal la!" rajuk manja si wanita tua.

Ah... mereka ni macam kelapa dan santan.


Dua:

Dua wanita muda, tubuh tak ubah seperti model.

Berlari, berlari, berlari...

Aku di belakang mereka.

Berlari, berlari, berlari...

Astaghfirullahal-'Azim...

Aku perlu pintas mereka! Aku ke sini untuk beribadah, bukan buat servis cuci mata percuma.


Tiga.

Tiba-tiba teringat salah satu soalan ketika audition lalu:

Do you listen to the music while you jog?

No, I prefer to listen to the surrounding. It's more soothing.


Ya, memang itulah yang kusuka.

Lihat sana, kanak-kanak ketawa riang sambil bermain bulu tangkis bertemankan angin yang sepoi-sepoi bertiup. Mereka lebih penat mengejar bulu tangkis yang asyik jatuh ke tanah.

Lihat di sana pula, remaja-remaja bermain futsal. Tangkas sungguh mereka menggelecek bola sambil mulut mencaci-cerca pihak lawan. Owh itu tidak soothing!

Oh di sana pula ada orang berlatih sukan tarik tali! "Hap hap hap!" Jerit mereka. Owh itu baru betul jantan!

Tapi di satu sudut pula, mereka langsung tidak berbunyi. Memang la! Tai chi kot~

Sunday, June 07, 2009

Ketika di Majlis Kenduri


Ia adalah masa yang terbaik untuk:
  1. Mendengar cerita-cerita terbaru, yang sudah pasti sudah ditambah dengan pelbagai perisa daripada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang datang bergotong-royong.
  2. Belajar banyak perkataan bahasa jawa yang terbaru yang jarang didengar pada hari-hari biasa.
  3. Berjumpa dengan kawan-kawan yang lama-tak-jumpa-dan-muka-pun-dah-berubah-sampai-aku-tak-kenal.
  4. Diusik sambil didoakan oleh makcik-makcik tentang jodoh aku.
  5. Menguji daya ingatan kerana perlu memanggil nama saudara mara dan anak-anak mereka yang semakin hari semakin berkembang jumlahnya.
  6. Memerhatikan saiz tubuh badan rakyat Malaysia yang rata-ratanya terlebih makan dan kurang bersenam sambil dalam hati berkata "na'uzbillah..."
  7. Menyesali sikap manusia yang membazir. Aku rasa macam nak guna caterer je la macam ni daripada bahan-bahan mentah tu disiang dicincang segala tapi tak masak apa pun..
  8. Mengutip STBB dan bolog tapi pasal banyaaak sangat, aku lupa semua. Asyik gelak je apabila berjumpa saudara mara ni. Boleh?
  9. Dimotivasi oleh saudara-mara yang berkata: "Ha... Macam ni baru hensem. Kurus sket..."

Thursday, June 04, 2009

It's like a Circle but... Part II


Referring to the entry entitled It's like a Circle but... below, it's basically my observation throughout my life. This is what tokok tambah means. It would bring none other than slander!

In the entry, I just give very simple examples in which the first one involves use of different term while the second one involves addition of suffix and/or prefix (imbuhan). In both examples, they give different meaning from the innitial one. Whether we like it or not, whether we realize it or not, it happens around us each and everyday. Most sadly, it might be us who involve in such a thing, na'uzubillah.

Now, can you imagine harsher examples which would involve people's dignity and respect? I've observed a lot them and many heart were broken.

Would you intentionally break people's heart by the wrong words from your mouth?
Do you love to spread slander?
Aren't we supposed to keep things as they are?
Do you love to kill people with your tongue?

It's like a Circle but...


Conversation #1 between a female senior and a male junior:
Kak, saya nak apply mende ni tapi ramai kata susah nak dapat. Betol ke?
Eh? Akak apply benda tu, akak cepat je dapat?

Conversation #2 between the male junior with his female friend:
Akak yang borak dengan aku haritu kata dia apply terus je dia dapat.

Conversation #3 between the female friend with her boyfriend:
Babe, kita kena apply ni nanti kita boleh terus dapat.
Sapa cakap?
Akak female senior kita tu la.
Mana dia tahu?
Male junior bagitahu...

Conversation #4 between the boyfriend and the female senior:
Betul ke akak apply mende ni terus dapat?
Sapa cakap?
Girlfriend saya.
Mana dia tahu?
Katanya male junior yang cakap.
La... Akak cakap dengan male junior, akak dapat mende ni cepat, bukan terus dapat. Lain tu!

***********

Conversation #1 between a mak cik cleaner and male junior:
Makcik dengar, ada pekerja yang tamat perkhidmatannya.
Owh ye ke? Nanti saya tanyakan.

Conversation #2 between the male junior and a staff:
Betul ke saya dengar ada staff tu yang ditamatkan perkhidmatannya?
Eh. Tak ada la. Kontrak dia dah nak tamat, bukan ditamatkan. Lain tu!


Pernah dengar permainan telefon rosak? Dah dah! Jangan nak blame telefon!

Wednesday, June 03, 2009

The Accident


One day I'll be called to the court to give my statements regarding the traffic accident last time. So here I write the full story about it so that I will not forget. Well... you know, this may take few years to settle and by that time I might not remember anything anymore. Huhu...

Saya yang memandu kereta Myvi dalam perjalanan daripada arah Klang menuju ke Banting setelah keluar bersama kawan-kawan. Apabila tiba di Jenjarom, berhampiran dengan stesen minyak Petronas, daripada jauh saya dapati ada sebuah motosikal dan beberapa kenderaan lain daripada arah Banting yang sedang berhenti di sebuah simpang dan bersedia untuk melintas masuk ke jalan bersebelahan dengan stesen minyak tersebut. Seingat saya, motosikal itu tidak menyalakan lampu signal. Melihatkan keadaan selamat untuk meneruskan perjalanan, saya tidak teragak-agak untuk terus memandu.

Tetapi keadaan tidak berlaku seperti yang dijangka. Pemandu motosikal tersebut tiba-tiba melajakkan kenderaannya ke tengah jalan saya apabila saya betul-betul sudah menghampiri simpang tersebut. Saya cuba mengelak daripada melanggar penunggang motosikal itu ke arah kiri jalan raya tetapi gagal setelah melanggar bahagian depan motosikal tersebut. Sejurus itu, saya memberhentikan kereta saya di bahu jalan dan keluar daripada kenderaan saya untuk melihat keadaan penunggang motosikal tersebut.

Penunggang motosikal tersebut ialah seorang lelaki India yang berusia dalam lingkungan 60-an. Saya dapati dia berada dalam keadaan sedar dan masih boleh berdiri namun dia seperti kebingungan dan tidak dapat mengenalpasti di mana dia berada. Setelah memeriksa dia tidak cedera teruk, dan setelah menghubungi bapa saya, saya menolak motosikal tersebut ke tepi jalan dan meneruskan perbincangan dengan penunggang tersebut cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Namun dia masih kebingungan dan tidak banyak bercakap.

Sementara menunggu ketibaan bapa saya, leboh kurang 20 orang pemuda India datang ke tempat kejadian dan salah seorang daripada mereka dikatakan membawa penunggang motosikal tersebut ke rumah walaupun saya telah meminta dengan baik supaya mangsa tidak meninggalkan tempat kejadian. Selepas itu, saya perasan mangsa datang kembali ke tempat kejadian bersama seorang pemuda India yang dikatakan anaknya dan tidak lama selepas itu dia hilang semula. Dia dikatakan dibawa ke klinik berhampiran.

Sejurus itu, bapa saya tiba di tempat kejadian dan kami berbincang dengan pemuda-pemuda India yang berada di situ. Mereka tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut dan meminta supaya kami membuat laporan polis. Setelah mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut, saya dan bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Banting.


Well, this experience was not pleasant but I did learn a lot of new things.

Tuesday, June 02, 2009

Don't Say I Didn't Warn You



I warn you these:
  1. Do not listen unless you are ready to bleed your ears.
  2. I am not responsible for any damages caused.
  3. Do not refer to me for any medical claims related to listening the singing.
  4. Only comments with compliment will be approved. Haha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...