Wednesday, June 03, 2009

The Accident


One day I'll be called to the court to give my statements regarding the traffic accident last time. So here I write the full story about it so that I will not forget. Well... you know, this may take few years to settle and by that time I might not remember anything anymore. Huhu...

Saya yang memandu kereta Myvi dalam perjalanan daripada arah Klang menuju ke Banting setelah keluar bersama kawan-kawan. Apabila tiba di Jenjarom, berhampiran dengan stesen minyak Petronas, daripada jauh saya dapati ada sebuah motosikal dan beberapa kenderaan lain daripada arah Banting yang sedang berhenti di sebuah simpang dan bersedia untuk melintas masuk ke jalan bersebelahan dengan stesen minyak tersebut. Seingat saya, motosikal itu tidak menyalakan lampu signal. Melihatkan keadaan selamat untuk meneruskan perjalanan, saya tidak teragak-agak untuk terus memandu.

Tetapi keadaan tidak berlaku seperti yang dijangka. Pemandu motosikal tersebut tiba-tiba melajakkan kenderaannya ke tengah jalan saya apabila saya betul-betul sudah menghampiri simpang tersebut. Saya cuba mengelak daripada melanggar penunggang motosikal itu ke arah kiri jalan raya tetapi gagal setelah melanggar bahagian depan motosikal tersebut. Sejurus itu, saya memberhentikan kereta saya di bahu jalan dan keluar daripada kenderaan saya untuk melihat keadaan penunggang motosikal tersebut.

Penunggang motosikal tersebut ialah seorang lelaki India yang berusia dalam lingkungan 60-an. Saya dapati dia berada dalam keadaan sedar dan masih boleh berdiri namun dia seperti kebingungan dan tidak dapat mengenalpasti di mana dia berada. Setelah memeriksa dia tidak cedera teruk, dan setelah menghubungi bapa saya, saya menolak motosikal tersebut ke tepi jalan dan meneruskan perbincangan dengan penunggang tersebut cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Namun dia masih kebingungan dan tidak banyak bercakap.

Sementara menunggu ketibaan bapa saya, leboh kurang 20 orang pemuda India datang ke tempat kejadian dan salah seorang daripada mereka dikatakan membawa penunggang motosikal tersebut ke rumah walaupun saya telah meminta dengan baik supaya mangsa tidak meninggalkan tempat kejadian. Selepas itu, saya perasan mangsa datang kembali ke tempat kejadian bersama seorang pemuda India yang dikatakan anaknya dan tidak lama selepas itu dia hilang semula. Dia dikatakan dibawa ke klinik berhampiran.

Sejurus itu, bapa saya tiba di tempat kejadian dan kami berbincang dengan pemuda-pemuda India yang berada di situ. Mereka tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut dan meminta supaya kami membuat laporan polis. Setelah mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut, saya dan bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Banting.


Well, this experience was not pleasant but I did learn a lot of new things.

8 comments:

Anonymous said...

Tu jer.. citer tak habis.. tak menariklah.. tp koling mmg mcm tu.. plak tu org tua.. aku pantang tgk org tua berkopiah naik keta, tentu pakai redah jer, tak guna lampu isyarat utk membelok.. kalo pompuan bwk keta wpon lembab tp berhemah..

Unknown said...

anonymous..

er.. boleh je kalo nak cerita letak statement2 emo segala tapi takmo la kang nanti jadi bahan bukti kes pulak, kot2 aku masukkan cerita2 yang tak sepatutnya. but ya, tanpa exaggeration dan emotion cerita tu memang tak menarik.

arzimar said...

Eh! U kena turun court bg statement? I tought the case will be settled by the lawyer appointed by your car insurance agency. dulu I pernah gak terlibat dgn kes accident but my insurance company said the laywer they appoint will settle the case and i dont need to go to the court. And my lawyer mmg buat semua tu. I mmg tak turun court langsung pun. Kes pn dh lama settle....

Unknown said...

arzimar..

hey welcome!

owh really? since this is my first time experience so dont really know. i was just told by my parents that one day i'll be called to the court segala. so if i won't have to, that'll be great in a way! hehe.. no need to turun naik court la kan. hehe..

thanks for the info ya..

zulyunus said...

Hehe...memang kemalangan ini ialah sesuatu yang tak dapat nak dijangkakan...semoga menjadi satu kisah hidup yang bererti dan dipelajari...

Unknown said...

zulyunus..

amin.. sama2 la kita.. :)

arzimar said...

Yup, i rasa u tak yah turun court, tp u perlu provide all statement to your lawyer. I believe bila insurance company u dah appoint lawyer, he/she(ur lawyer) will call u and minta u bertemu mreka. They will ask u to provide all details and u need to give short statement to them nanti. Anyway, dont worry ya, well accident happened and we cannot do anytg about it. For future, kita mesti akn jd lbh brhati2 kan...mcm i skrg ni...hehehehehe.

Unknown said...

arzimar...

thanks for the guide. really appreciate it. wu~

semoga pengalaman yang dilalui mengajar kita menjadi lebih baik drpd semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...