Monday, June 15, 2009
Pengalaman
Satu:
Aku rasa, kalau aku buka kedai yang menjual satu benda ni, mesti ramai yang nak beli.
Benda yang hendak dijual akan aku pelbagaikan supaya pelanggan yang datang boleh membuat pilihan lalu mendapatkan apa yang mereka inginkan. Pelanggan-pelanggan aku datang daripada pelbagai latar belakang. Wah, itu sudah bagus! Pelanggan sasaran sangat luas skopnya.
Tak ada siapa-siapa lagi pernah membuka kedai seperti ini. Nak tahu kedai jual apa?
Kedai menjual pengalaman.
Sebut la nak pengalaman apa, nanti aku dapatkan dalam stor kedai aku. Kau tempah, aku dapatkan kemudian kaupasang dalam otak kau.
Ada tak kedai macam ni? Memang tak ada kan?
Dua:
Kau menjadi urusetia bagi satu program anjuran sebuah persatuan. Sudah pasti dalam program tu sudah ada belanjawan yang dirancang untuk menggerakkannya. Tapi belanjawan itu tidak termasuk beberapa, atau banyak perkara yang memerlukan urusetianya mengeluarkan wang sendiri untuk menggerakkan program itu. Kau kena korbankan wang ringgit kau sendiri demi kejayaan program itu.
Tapi tahu tak bahawa apa yang kau korbankan, dalam konteks ini wang ringgit, merupakan nilai yang kaubayar untuk membeli pengalaman.
Program itu pula kedainya.
Tiga:
Mudah kan analogi ini? Cuba fikirkan contoh-contoh lain yang berkaitan. Menjelajah ke negeri orang? Buat kerja sambilan? Buat kerja amal?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wahh!! bgus anOlOgi kO.aku suke.
Zaki...
yang kedua tu sangat dekat dengan diri aku...
kenapa entry kau kali ni mengingatkan aku kepada siapa aku masa kat PJ dulu???
x kira ape yg ko buat... ape yg ko korbankan utk dptkan pengalaman, itulah sebenarnya "kedai" ko "beli" pengalaman...
intan..
i'm glad you liked it :)
liyana..
jika ia berkaitan dengan sesiapa pun, maka ia tidak lain tidak bukan hanyalah kebetulan. :)
jepah..
setuju :)
ya betul
tahniah
as..
thanks :D
ko kena pelbagaikan pengalaman ko. Meh join aku. Tapi aku ada 3 minggu je lagi kat GEC. so, ko dah x de peluang. muahahaha~
Apa kata zaki kutip pgalaman sebagai seorang marketing??
carikan pelanggan utk cup cake's akak..
hahahhahahahah!!!
gurauuu lerrr:p
Post a Comment