Saturday, June 13, 2009

Suasana di Taman ketika sedang Jogging


Satu:

Seorang lelaki tua berjogging bersama seorang wanita yang lebih kurang seusia, suami isteri mungkin. Tidak laju, tidak juga perlahan mereka berlari. Sesuai dengan kudrat mereka.

Tiba-tiba yang si lelaki tua jatuh lalu pengsan. Si wanita terkejut lalu menjerit meminta tolong sambil memapah lelaki itu.

Belum sempat orang datang membantu, si lelaki tua tadi bangkit dan ketawa.

"Sayang juga awak kat saya ya..."

"Abang ni dah tua-tua pun masih nakal la!" rajuk manja si wanita tua.

Ah... mereka ni macam kelapa dan santan.


Dua:

Dua wanita muda, tubuh tak ubah seperti model.

Berlari, berlari, berlari...

Aku di belakang mereka.

Berlari, berlari, berlari...

Astaghfirullahal-'Azim...

Aku perlu pintas mereka! Aku ke sini untuk beribadah, bukan buat servis cuci mata percuma.


Tiga.

Tiba-tiba teringat salah satu soalan ketika audition lalu:

Do you listen to the music while you jog?

No, I prefer to listen to the surrounding. It's more soothing.


Ya, memang itulah yang kusuka.

Lihat sana, kanak-kanak ketawa riang sambil bermain bulu tangkis bertemankan angin yang sepoi-sepoi bertiup. Mereka lebih penat mengejar bulu tangkis yang asyik jatuh ke tanah.

Lihat di sana pula, remaja-remaja bermain futsal. Tangkas sungguh mereka menggelecek bola sambil mulut mencaci-cerca pihak lawan. Owh itu tidak soothing!

Oh di sana pula ada orang berlatih sukan tarik tali! "Hap hap hap!" Jerit mereka. Owh itu baru betul jantan!

Tapi di satu sudut pula, mereka langsung tidak berbunyi. Memang la! Tai chi kot~

8 comments:

eDry lurGh.. said...

yay....
tutup mate..
jgn tgk wanita muda tuh...
hehe

As said...

er zaki gi jog? wahhh

btw, ingatkan tadi taman tempat jog tu ada sawah
haiyoh

Pa'eja said...

Haha... tutup mate tu, jgn xtutup...
Elok je nk dpt pahala, tibe2 dpt dosa plak nnt. haha...

Szakif said...

edry..

welcome!

kalo tutup mata, memang tak jogging la aku :P

cara nak kurangkan sket dosa: tak pakai spek. haha~ so imej tu kurang jelas :P

Szakif said...

as..

sekang dah de masa lebih2, buat la ibadah lebih2 :)

as ni macam baru la ni je baca blog aku. haiyoh... :P

Szakif said...

paeja...

tu la pasal. i wish ade sport complex kat sini macam kat UIA..

eDry lurGh.. said...

salam..
haha//
bguz tuh..
jgn pakai crmin mata...

Szakif said...

edry..

tapi kurang selesa la sket. haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...