Thursday, August 03, 2006

Bukan Hibernasi

Jarum pendek jam di depan mata aku sudah melepasi angka 12. Mata aku pula makin lama makin berat aku rasanya. Mulut daripada tadi tidak lesu terkuap-kuap sambil mata memejam sekejp-kejapnya, menandakan betapa nikmatnya menguap. Namun nikmat itu lebih terasa kiranya ia dituruti dengan peraduan tubuh di atas katil nan empuk.

Entah mengapa, aku rasakan semester kali ni lebih mencabar dan memenatkan lantas menuntut aku untuk mengabaikan seketika dunia internet yang pernah menjadi makanan ruji 24 jam sehari aku kira-kira 4 bulan lalu. Yang peliknya, cepat benar diri ini mengadaptasi dengan perubahan drastic ini. Syabas Zaki!

Dalam bulan ini, setiap malam Selasa dan malam Jumaat, aku akan menghadiri kelas latihan angklung. Hujung bulan ini kami – pasukan angklung dijadualkan akan mengadakan dua persembahan pada 24 dan 30 haribulan sempena Majlis Konvokesyen dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Setiap malam Khamis pula menuntut aku untuk hadir ke kelas Leadership. Malam Selasa pula untuk beberapa minggu akan dipenuhi dengan mesyuarat Career Exposure and Motivational Unit di mana kami – ahli-ahli unit ini merancang untuk mengadakan forum pada pertengahan bulan hadapan. Mujur saja tiada apa-apa yang perlu aku hadiri pada malam Sabtu, dapat gak tengok OIAM. ;p


Jadi, di mana masaku untuk membuat ulangkaji waktu malam jika setiap malamku dipenuhi dengan aktiviti ko-kurikulum? Tunggu sekejap, bagaimana dengan hujung minggu? Cadangnya mahu pulang ke rumah menjenguk keluarga dan kucing. Tapi berbaloikah pulang ke rumah walhal aku perlukan masa untuk mengulangkaji pelajaran?

Setakat ni sudah masuk minggu ketiga aku tidak pulang. Mahu tidak mahu, aku kena pulang juga ke rumah hujung minggu ni, pasal nak ambil laptopku yang aku jangkakan akan siap selewat-lewatnya Jumaat. Mujur saja final AF juga berlangsung pada waktu yang sama. Sambil menyelam minum air katanya. ;p

Masa siangku sepanjang hari bekerja sudah pastinya dipenuhi dengan kelas dan eksperimen. Dan jika ada masa senggang antara dua kelas itulah yang aku gunakan untuk menatap blog ini. Owh... beginikah hidup seorang pelajar IPTA?

Eh? Perlu ke aku mengeluh? Semua ni atas pilihan aku sendiri. Jadi komiti, aku yang nak. Masuk kelas angklung, aku yang nak. Kelas Leadership aku sendiri yang register hari Rabu malam. So kenapa perlu mengeluh? Does it change anything?

NO!

What I need to do now is to arrange my schedule properly started from next week. Insya 4JJl… Semalam aku terpaksa ponteng kelas Human Genetics pasal nak siapkan report Microbiology. Tau-tau computer lab yang aku gunakan ada kelas. Baru 15 minit aku duduk dalam tu, tau-tau je kena ‘tendang’ keluar. Tu la... lain kali siapkan report cepat, jangan tangguh-tangguh.

Rasa bersalah sangat-sangat kat Zubir, roommate aku merangkap pasangan aku dalam report tu. Nasib baik Kak Husna (lecturer yang mengajar kelas lab Microbiology) benarkan kitorang extend tarikh submission report tu. Lega rasanya. Fuuh…

Dengan itu, aku mohon maaf kiranya jari ini tidak lagi secergas dulu menekan butang-butang keyboard. Maafkan kiranya mata ini sudah kurang mengadap skrin computer membaca fikiran-fikiran teman-teman bloggers seantero dunia. Maafkan kiranya huruf-huruf membentuk perkataan-perkataan yang lantas menjadi ayat-ayat yang baru saja korang baca membuatkan korang rasa terbeban.

Namun begitu, blog ini akan terus aktif melaporkan fikiranku, tetapi tuan punya blog tidak pasti lagi akan singgah ke blog orang yang berkunjung ke sini. Nantikan sahaja post yang akan datang - Food Race, Family Day Odah, Lawatan ke Kampus Kuantan, Majlis Konvokesyen UIA, dan Sambutan Hari Kemerdekaan.

24 comments:

Anonymous said...

what has gone into u???

i met mary yesterday.... and i said hye....

she smiled and gone with the wind...

Anonymous said...

Hmmmmm..2nd ler..
nak mengomel kmudian jer..cos blum baca smua.bye!!

wénkt said...

apa lagi yg ko fikirkan ni??

puteri nad said...

muahahaha zaki,
si fauzan berjumpa mary...erm..
[x maksud gelak yg jahat,alah kalo ko online aku esplenkan]

wah wah,
ada gamba angklung..tu angklung kan..

anyway..terer ler ko ada banyak xtvt

DaRk AnGeL said...

aiseh zaki...
dah takde lar kau nak jenguk2 lagi blog aku? sape lagi nak buat onar odah tohmah dlm blog aku nnt?
alahai...
takper.. blog nad kaksya ada..
muahahaha..
pape pun, jgn lupa singgah blog aku walupun sekejap.. dan siler tgglkan tanda lmbg kau jengah.. walaupun sekejap~! [mati lah memaksa org busy nih..]
hahahaha...

Anonymous said...

X per ler...kita pun nak buat2 busy mcm Zaki ler...huhuhu...

Unknown said...

bile2 aku free aku masuk le blog ko... tapi aku tak janj tiap post ko aku akan mengomel syifa~

even blog sendiri pun tak terlayan komenan orang.. dah takde lagi dah [apa yang aku fikirkan...] macam sebelum ni....

puteri nad said...

sekadar singgah menyatakan kekesalan terhadap zaki

JumaAT,715pm,4 ogos 2006

DaRk AnGeL said...

kenapa ok nad?
meh citer dgn akk meh... *wink*

puteri nad said...

dia kan kaksyifa..
dia kan

ingat kaksyifa sajerrrrrrrrrrrrrrrrr

*hahahahah

ChemGrad said...

ohh suka semangat szakif..dont worry, ur not alone!

me too sibuk kene buat research report and currently struggling sebab carry extra subject, melebihi org lain..haha~ knowledge is never go to waste. nothing is wasted, nothing is forgotten and i second u:

Eh? Perlu ke aku mengeluh? Semua ni atas pilihan aku sendiri. Jadi komiti, aku yang nak. Masuk kelas angklung, aku yang nak. Kelas Leadership aku sendiri yang register hari Rabu malam. So kenapa perlu mengeluh? Does it change anything?

NO!


biar susah sekarang, kiter senang kemudian! my microbiology and human genetic start next year..next year is my second year whatt..?! haha~

naper la szakif masuk skolah cepat sgt?

Unknown said...

matila nad speku lagi~

puteri nad said...

owhh betol ok zaki,
walhal aku da penah memiscall ko
ko da penah call aku
aku dah penah sms ko
ko da penah sms aku

tp ..tp .. tp..

sob sob sob~

Unknown said...

owh.. daku mula terpikir sesuatu pula~ adakah dot dot dot???? adeh la~

puteri nad said...

owh memang..
aku juga terpikir camtu mula comma comma comma..

nangis lagi
oii ko cuti,reply la teknik biasako..hehe rindu ma~

DaRk AnGeL said...

ada apa ni nad? pe? pe?
tak paham... [geleng2 sajor~]
nape nad nannes? sebab zaki tak layan misscal sms segala kah?
zakiiiii.. kau jgn nak permainkan wanita pulak~! pantang aku~!!

betol kid.. senang dulu.. susah kemudian~! eh silap..
susah dulu.. senang kemudian.. [lambang malas nak perbetulkan ayat atas]
hahaha..

Unknown said...

sape kate aku cuti, aku balikrumah saje~ dok kat rumah pun tak sampai 24 jam dah kena balik~ sibuk tak aku ni?

lutfi lukman said...

gempak sehh blaja main angklung! hebat2...ahakzs! bz gila babeng camtu pun sempat lagi update blog..kagum2... tak macam aku ini blogger yang sepi... huh, better find some time for myself too. aku dah nampak labah2 tgh usya blog aku nak buat sawang. hoho.

Unknown said...

ahahhah luppi~ jangan kan labah2 tu in form of virus sudeh~ :D

Anonymous said...

LAp top dah okey...so buatler aper2 yg patut..hehehe

DaRk AnGeL said...

zaki~!
saje dtg menyinggah menjenguk kesibukan mu~

Unknown said...

owh kak sya~ alamatnye pasni blog ni tidak akanlagi dihiasi huruf2 semata~

selamat datang syifa~

ChemGrad said...

szakif jahat tak jawab..huhu~

Unknown said...

owh kid sila memahami kesibukan saye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...