Friday, August 11, 2006

2 Hari

Rabu, 11.30 malam (post tertangguh)

Photobucket - Video and Image Hosting

Menaip sambil membaca buku... Gaya Nad

Aku baru membaca dan membalas mesej daripada seseorang yang pernah bekerjasama dengan aku dalam Family Day sempena Humanitaria Week baru-baru ni. Ini isi mesejnya:

Askum… XXX ni. Ingt lg x?yg maen baling selipar ari2..nk tny,nk join x jd komite futsal competition? 9 n 10hb sept. jom ah. Next sem dh kt kuantan kn...

Hm~ aku tak fikir lama untuk membalas mesej ni pasal aku dah tetapkan satu pendirian. Aku balas:

Salam XXX~ under kelab ape ni? Tp sori la aku nk bgtau awal2 that’s iv decided not 2 participate in other prog in sept onwards sbb aku dh byk tetinggal pelajaran awal2 sem ni. So septmber is d month 4 me 2 cover n revise all those subjects yg aku tetinggal. Minta maaf byk2 ye? Even bulan 8 ni pun dh penuh. Bace je blog aku. Aku muntahkan segala keluhan aku kat situ. Hm~ cant say enough to apologize. Sori sori sori!!!

Sambil aku menaip balik semua huruf-huruf kat atas, XXX membalas:

It’s ok.xpe2,XXX pn br dpt tau psl prog ni ptg td..under caringclub. Xsure gk ni.sem ni byk keje.. anyway tq. Gudluck eik ape2 pn.huhu.. askum

Hm~ caring club lagi... haritu presiden Caring Club ada menegur aku ketika aku dalam perjalanan pulang dari kelas. Nak jemput aku jadi Program Manager untuk Lawatan ke Rumah Anak Yatim katanya. Aku tanya, “Bila tu? Kalau bulan 8, maaf la... aku dah sibuk sangat bulan ni”. Dia membalas, “Oh ye ke? Nanti aku check balik jadual program tu.”

Sebenarnya aku tak nak dah terlibat dengan apa-apa program lagi pada bulan September hingga habis sem ni sebab aku nak cover semua subjek yang banyak tertinggal pada awal-awal sem ni. Kalau aku join apa-apa program pada bulan September, bermaksud aku kena bahagikan masa lagi untuk program dan akademik. Cukuplah sekadar bulan Julai dan Ogos aku aktif. Itu pun dah banyak subjek aku tertinggal.

Bukan bermaksud aku ponteng kelas. Aku tetap hadir ke kelas, cuma masalahnya aku perlu baca balik apa yang lecturer sampaikan masa waktu kelas. Waktu malamku banyak dihabiskan dengan membuat kerja yang bukan akademik. Kesian buku-buku yang tersergam indah kat rak aku tu. Habuk tebal seinci!

Photobucket - Video and Image Hosting

Buku-buku yang lama tidak kuselak...

Namun begitu, ada satu exception yang aku berikan khas untuk persatuan yang dicintai ni – SCIENCESS which stands for Science Students Society. Aku diserap ke dalam Unit Motivation and Career Unit. Lagipun sejak sem lepas lagi kitorang dah ditubuhkan. Sem lepas kitorang buat program Talk, dan sem ni kitorang merancang untuk mengadakan forum bertajuk “Career Aspiration – Before and After” pada 13 September dan aku nampak bahawa program ni sangat berguna. Berguna macam mana? Tunggu je la.

Apa yang aku harapkan sekarang tiada lagi sebarang tawaran untuk menjadi komiti dalam sebarang program selepas ni. Rasa berat dan bersalah kiranya aku menolak, but after all I have to consider my academic stuffs! Arrrghh!!!

Target sem ni, nak tak nak CGPA aku kena jugak cecah sekurang-kurangnya 3.5. Takkan selamanya CGPA aku main area 3.4 je? Tapi aku sedar itu semua tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan diberkati. Aku harap korang yang membaca keluhan ni dapat mendoakan kejayaan aku sem ni. Amin~

Khamis, 12 tengah hari hingga 10 malam - Jom shopping!

Sudah ditetapkan bahawa setiap hari Khamis merupakan hari yang menggembirakan sebab takde kelas lab! Hooray! Bukan nak kata lab tu tak best, tapi kalau takde lab tu, kurang la sikit beban kerja... report pun takyah buat... huhu...

Dan yang paling menggembirakan, kelas aku habis seawal pukul 11 pagi! Habis je kelas, terus pulang ke bilik, letak beg dan salin pakaian. Nak jimat duit punye pasal (well... duit akan dihabiskan untuk benda lain) kitorang makan kat cafe kat mahallah (kolej) instead of makan kat luar. Cafe pun sodap!

Shopping complex yang menjadi destinasi shopping aku kali ni adalah Mid Valley Megamall. Ops, lupa nak habaq.... turut 'mengiringi' aku adalah rakan sebilik - Zubir.

Takyah la aku cite pergi sana naik apa, sampai bila, singgah kedai apa... Klise! Aku nak cite apa yang aku beli je... Bersedia untuk kejutan!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sepasang baju dan jeans untuk ke Graduation Night hujung bulan ni... Baju - RM109.00 (motif takde diskaun walaupun sale?) dan seluar RM79.95 (diskaun 50%).

Photobucket - Video and Image Hosting

Baju yang lawa beli kat kedai Giordano - World without Strangers, 2 helai RM48.

Photobucket - Video and Image Hosting

Items yang first time beli. Susu dalam pek mudah tutup, Oatmeal (aku takreti makan benda ni sebenarnye) dan novel Bagaikan Puteri (setelah didesak oleh Nad).

Photobucket - Video and Image Hosting

Minyak wangi Fantasia, ala yang dalam iklan yang ada Mawi tu... Bapak susah nak cari minyak wangi ni!!! Ni aku beli pun tinggal 2 je stoknye. Adakah kerana kehabisan stok dek populariti Mawi? Hm~

Photobucket - Video and Image Hosting

Semalam juga adalah pertama kali aku menjengah ke restoren The Chicken Rice Shop - Bukan Sekadar Nasi Ayam... Boleh tahan la sedapnye... Tapi to be sure, aku pernah rasa Nasi ayam yang lebih sedap daripada kat sini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Nasi ayamnye... Bapak sikit (untuk mengisi perut nan besar ni)!

Photobucket - Video and Image Hosting

Ayam... dua rasa - Honey dan Steam. Minum sky juice je... diet kaedahnya... :D

Photobucket - Video and Image Hosting

Say no to smoking!!! Masa kat KL Sentral menunggu komuter yang bapak lambat!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sangat bosan menunggu kedatangan komuter. Duduk di situ boleh?

24 comments:

Asya said...

yeah! i'm first!!!! komen kemudian lambang nak gi lunch..heheheh

Asya said...

yeah! i'm first!!!! komen kemudian lambang nak gi lunch..heheheh

Asya said...

aik...2 kali..sory!!! tapi zaki apasai duduk kat tepi landasan komuter ha????
bahayer..

|PrincesSs| said...

seken..
lepas ni mengomen panjang..lambang zaki semayang jumaat..

|PrincesSs| said...

woaaa..
banyaknyer gamba mak suka mak suka..haha bercakap ibarat gaya noq yg digemari zaki..

hehe,zaki..
ko sajer je nak showkan sms dari peminat2 ko kan..cam aku x tau..ahaha..

tp amalkan pembelajaran didepan komputer..memang best ilmu banyak masuk..gamba ko menengok henfon disebelah laptop sangat kelas~~

udah2 ler zaki wat kerja amal,time for u to concentrate on ur study katanyeh..masa x menunggu ko lagik
ko harus mendapat DEAN'S LIST pada sem ini!!!

motif graduation pakai baju jeans dan tidak berpakaian formal??

baju2 giordano sangat kelas tp klu nak baju itam puteh yg citarasa menyinggahla ke butik SUB..

Yezza...ko beli buku tuh..beli la cam aku beli buku hatiku diharajuku lepas ko promo2 dahulu kala.heheh ryu watanabe bla bla..sekarang laksamana sunan boley?tak sabanyer buku2 lain dari ramlee awang murshid..

cuba ko sembur skett fantasia tu..aku nak bau..

owh chicken rice shop memang best..aku yg x makan togeh pon boleh makan togeh dia barang 5 ulas..

dan sila jgn buat aksi sedemikian lagi duduk dipinggir landasan menanti keretapi..sila sayangi nyawa anda..

|PrincesSs| said...

matilah aku mengomen cm feeling wat entry

Asya said...

Wah..nad mengomen panjang lambang dia tgah menganggur..wahahaha!!

Asya said...

Hmmm~~~ Adakah yr graduation night mempunyai tema t'sendiri??
Apa penyebab utama memilih jeans???Amboi mahalnya baju..walaupun slepas discount..

DaRk AnGeL said...

ramainyeh dah update...
mcm biasa.. akn ku ketohmahan gmbr2 kau yg best tak best ni tapi bukan mlm ni sebab dah nantokkkk... motif ramai dah update?
nnt la aku dtg balik utk ngomen betol2 ek?

satu je nk ckp... bagus la kau sedar dan tahu nk meletakkan keutamaan dlm idup kau. aku pernah lalui mcm mana kau lalui dan aku tau penat dan tensen nya takde masa nk update diri dlm akademik. so, u make a rite choice, so dont feel guilty about it~!

good luck ok~!! aku cabar kau sem ni jejak 3.5 sebab sem lepas aku jejak 3.5. aku cabar kau kejar aku nyer cgpa~ atas 3.7 boley.. [mengajak bersaing secara sehat boley...] aku tau kau budak pandai, malah best student kat sambest dulu.. maka cabaran aku ni hanya la hal ciput pada kau kan.. siler sahut~!

fonso zone said...

smart gila t shirt tu..
taste ko kena lah dgn taste aku..
haha

DaRk AnGeL said...

hehehe.. maka bermula...

gmbr 1; asl menda2 yg kau tgk kat komp tu berkait dgn menda kau study, takde hal lah kau nak bergaya nad~

gmbr 2; tipikal almari buku kat bilik asrama...tapi ruang kau lagi byk.. motif biarkan berhabuk? siler tinggalkan cap jari kau sebrg dua~

gmbr 3; baju lawa.. jeans lawa.. kiranya ada taste la.. apa tema graduation nite kau tuh? nmpk funky semcm je gaya...

gmbr 4; t-shirt also simple and nice.i like the simple theme dua kaler...

gmbr 5; ni jer bekalan mknn kau? siler mkn oatmeal lambang mengurangkan kolesterol yg menyebabkan sakit jantung, tak kira tua atau muda.. dan siler baca buku tu after kau dah habis segala exam dan test dan quiz..

gmbr 6; ni la bau peluh mawi bile pakai? hahahaha.. aku dah bau dan tentunya tafsiran hidung kita berbeza...

gmbr 7; makan tak ajak.. huh~!

gmbr 8; sikit kau kata? kalau aku ni, mkn separuh je dah kenyang~! oh lupa lak perut kau dasar angkasa.. hehehe ;p

gmbr 9; mcm sedap je.. nk jugak la turun midvalley mcm ni.. [lamanyeh dah tak turun~!]

gmbr 10; tak paham motif gmbr ni... motif nak gayakan jugak style merokok walhal dah terang jelas lagi bersuluh yg NO SMOKING?

gmbr 11; tu lar.. lain kali keluar dgn awek.. takde lah bergaya bohsan nunggu komuter tuh... ;p
lagi satu.. kau duduk situ tempah maut boley? [matilah dah biasa tegur org2 yg duduk tepi melepasi garisan kuning tuh~!]

FauzaN said...

minak wangi tu wangi tak????

FauzaN said...

kasi alamat rumah bley??/
atau masih dok umah lama

FauzaN said...

minak wangi tu wangi tak????

DaRk AnGeL said...

minak wangi tuh tak wani..
hehehe..

fonso zone said...

gambar yg 1st tuh..ko tgh amek gambar pkai henpon kan?
bukan tgk henset kan?

szakif said...

owh banyak nye soalan yang aku rase perlu dijawap~ okok... aku nak buat post baru dulu pastu kalo ade mase baru nak jawap soklan2 korang boleh? kalau takde, kire halal la~

szakif said...

kak sya....

aik...2 kali..sory!!! tapi zaki apasai duduk kat tepi landasan komuter ha????
bahayer..

owh itu hanya utk tujuan penggambaran saje~ kejap je saye dok situ~ heheh~ fear factor katanya~


nad...

haha bercakap ibarat gaya noq yg digemari zaki..
alo2.... motif nad motif!!!!

ko sajer je nak showkan sms dari peminat2 ko kan..cam aku x tau..ahaha..
alo2... bukan pemiant ok~ kenalan ok~

motif graduation pakai baju jeans dan tidak berpakaian formal??
itu hanyalah majlis meraikan mereka yang dah grad, bukan majlis konvokesyen~ maka tema yang telah ditetapkan ialah "KL by Moonlight"... bukan tema kasual~


kak sya lagi...

Adakah yr graduation night mempunyai tema t'sendiri??
yups! KL by Moonlight

Apa penyebab utama memilih jeans???
paal nakkan kelainan boleh?

Amboi mahalnya baju..walaupun slepas discount..
jangan bagitahu mak ngan abah tau~ syyyy... diam2 je... diorang tak thau ni~ lagipun saye gune duit saye... jangan takut~ mahal pun, aiman tak kesah.. yang penting bergaya katanya~

[apa yang aku fikirkan...]
[few more to go!]

szakif said...

syifa...

good luck ok~!! aku cabar kau sem ni jejak 3.5 sebab sem lepas aku jejak 3.5. aku cabar kau kejar aku nyer cgpa~ atas 3.7 boley.. [mengajak bersaing secara sehat boley...] aku tau kau budak pandai, malah best student kat sambest dulu.. maka cabaran aku ni hanya la hal ciput pada kau kan.. siler sahut~!
SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!! SAHUT!!!!


acap....

smart gila t shirt tu..
taste ko kena lah dgn taste aku..

owh yeke~ there we share something~


syifa...

apa tema graduation nite kau tuh?
KL by Moonlight sayang~ adeh la ramai taye soklan yang same~ matila sayang~

ni jer bekalan mknn kau? siler mkn oatmeal lambang mengurangkan kolesterol yg menyebabkan sakit jantung, tak kira tua atau muda..
bapak muak makan oatmeal!!! rase cam nak buang je~

dan siler baca buku tu after kau dah habis segala exam dan test dan quiz..
owh plastiknye jua belom ku buka~ ntah bila nak start bace~ actually sekang tgh menghabiskan novel ADAM...


pojan...

minak wangi tu wangi tak????
wangi~ kalau tak wangi, ape motif jadi minyak wangi? huhuhu~


acap....

gambar yg 1st tuh..ko tgh amek gambar pkai henpon kan?
bukan tgk henset kan?

yups~ bagus!!! ko berjaya mentafsir gambar tu.. but actaully aku tak perasan pun ade imej aku kat cermin tu~ bila dah capture, baru perasan~ aku sebenarnya nak amik gambar laptop saje~ tibe2 masuk sekali ngan cermin~

[apa yang aku fikirkan...]
[menadah tangan membaca doa selepas mendengar azan zuhur]

Asya said...

aha...(sengih jer...nengok jwapan zaki kat atas..):p

|PrincesSs| said...

nad gelak gak kaksya

szakif said...

mane satu yang korang sengihkan dan gelakkan nih~ adehla~ :D

worm said...

haha~ szakif! nape duduk situ? haha~ lawak la die..

szakif said...

ahah~ kid.. saje je dok situ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...