Saturday, July 01, 2006

Makan Bola & Rambutan

*Mood selepas menonton World Cup walaupun aku tak berapa minat sangat tengok bola.

Tadi aku tak makan malam. Takde selera. Tapi bila sampai je pukul 12 lebih, perut aku mula berirama. Dan itu menandakan tibalah masanya untuk keluar jalan-jalan cari makan! Elok pulak siang tadi dapat gaji, memang takde alasan la untuk aku tak keluar cari makan.

Bercakap pasal gaji, ini kali terakhir aku dapat gaji dalam tempoh percutian aku ni selepas 3 bulan bekerja di kedai mak. Sedar tak sedar, cuti aku tinggal seminggu.

Berbalik kepada cerita lapar tadi, aku mintak izin kat abah dan mak untuk keluar, dan mereka tiada masalah untuk melepaskan aku sebab diorang tahu aku ni baru gaji.. *wink* ape salahnya kalau belanjakan sikit kan~

Maka bertolaklah aku ke restoren yang paling dekat dengan rumah, which is only about 100 metres from my house. Ya, memang dekat je. Aku malas nak pegi jauh-jauh, pasal pergi mana-mana pun, kalau takde roti canai buat ape kan? Dah kedai tu ada makanan supper yang aku cari, jadi aku pilih la restoren tu sebagai destinasi selera aku.

Sampai je di restoren tu, MAK DATUK!!! Ramainye manusia! Biasenya tak ramai macam ni! Apa yang terjadi?!

Aku pandang betul-betul ke dalam restoren tu, maka aku jelas kenapa sebegitu ramai manusia membanjiri kedai tu. MEREKA MENONTON WORLD CUP! TITIK. Dari kejauhan aku tak nampak sebarang meja dan kerusi yang kosong. Jadi aku kensel makan kat situ... Dalam hati berkata, melepaslah roti canai aku malam ni...

Aku teruskan perjalanan. Kat Kanchong Darat ni, ada banyak restoren dibuka pada waktu malam hingga pagi. Kalau tak percaya, tanya Kak Sya. Kiranya kampung aku ni memang dikenali seluruh Banting sebab menjadi tumpuan untuk orang lepak-lepak pada waktu malam hingga awal pagi.

Aku meneruskan perjalanan ke kedai lain. Tak kurang daripada 15 buah restoren ada di sepanjang jalan utama Kanchong Darat, dan fakta yang sangat mengejutkan aku, SEMUA PENUH DENGAN ORANG! Kereta berderet-deret, motor bersepah-sepah parking tepi jalan. Wah! Beginilah bahana World Cup!

Pakcik-pakcik yang tak sayang bini, ditinggalkan sorang-sorang kat rumah. :D

Tak satu pun aku singgah sebab restoren-restoren yang lain tu tak menyediakan roti canai sesedap restoren yang dekat dengan rumah aku tu. Perut terus berirama menandakan aku mesti mencari roti canai jugak!

Jadi aku memutuskan untuk kembali ke restoren yang pertama tadi, tapi bungkus saje. Makan kat rumah. Sampai je kat restoren tu, aku order roti canai telur dan teh ais dan nasi goreng kampung dan sambil menunggu order aku siap, aku join la menonto bola sepak tu.

Kemudian barulah aku tahu kenapa setiap kedai penuh dengan orang. Sebab perlawanan bola tu antara Argentina dan Germany! Mau tak nye ramai~ Kan dua-dua pasukan sememangnya antara pasukan favourite?~

Kan bagus kalau kat masjid diorang boleh kumpul rapat-rapat macam ni?

Mase aku tunggu order tu, sempat la menyaksikan satu gol dijaringkan oleh Klose. Tapi yang peliknye kenapa orang kat situ macam tak excited? Diorang ni semua sokong Argentina ke? Aku bertanya hati sendiri. Aku plak senyap je pasal aku tak minat kedua-dua pasukan yang bertanding. Aku cuma usha senyap-senyap je.

Owh dinner@supper daku~

Bila order dah siap, aku terus balik dan terus duduk mencongok depan TV, menyambung menonton perlawanan tadi yang sememangnye hebat sambil mulut menyuap hidangan yang aku beli. Dan akhirnya Germany menang 4-2 dalam pusingan penalti selepas kedua-dua kumpulan terikat 1-1 dan tiada gol dihasilkan dalam pusingan masa tambahan. Cewah... macam pengulas sukan plak.

Apart from that, siang tadi aku berjaya melunaskan kempunanku terhadap buat rambutan. Sebenarnya rasa kempunan ni terbit selepas membaca blog friendster kawan aku yang menyatakan dia baru balik kampung dan makan banyak buah-buahan di dusun grandparents nye~ Siap letak gambar, mana tak nye aku kempunan...

Yang peliknya, kat rumah aku bukannya takde pokok rambutan, ada. Tapi tak berbuah untuk musim kali ni. Merajuk agaknya. Pokok durian pun tak berbuah, pokok pulasan pulak memang sangat jarang berbuah sebab dah tua sangat. Hm~

Jadi bila pergi ke Banting siang tadi, jenjalan, aku ternampak ada khemah tepi jalan menjual buah-buahan. Aku tak lepaskan peluang singgah sebentar, sebab aku nampak ada buah rambutan! Fuh~ lega rasanya dapat menunaikan kempunan. Hehe~ Aku beli 3 kg, berharga RM10. Baru gaji le katakan~ Huhu~ Sengaja aku beli banyak pasal nak kongsi bersama seisi keluarga~

Bukan rambutan...

Perlu ke bagitahu mane satu buah rambutan?

Rambutan takde dalam gambar ni, tapi rambut ade~

Owh ini rambut punk!

Yeay! itu dia rambutan!

24 comments:

DaRk AnGeL said...

belom baca lagi....
first~!!!

DaRk AnGeL said...

aku nk tido dulu zaki~!
lgsg aku tak nmpk apa kau tulis ni.. [sbb dah mamai]
smbg esok lar...
nite~*
[jeling nad yg tido, lalu curik medal dia dan kalungkan pada diriku~*]

ejard said...

hahaha..
macam2 la kak shifa

owhh...melepak kat warung mlm2 tgk bola?biase la tu...habit biase org melayu ok

rambutan??hmmm...kantoi bab mkn rambutan boley...sbb klu makan kan...msti trmakan skli die ny kulit biji dlm tu..matila xpandai nk mkn...

[1st ngomen n da baca....hahahaha]

Anonymous said...

Alahai..Zaki, apasai awak letak gmbar buah rambutan tu...Lantas C Syamil mahukannya... Oleh kerna itu..perluler m'cari d sekitar Telok Pg Garang ni.Kal x de..Durian jadiler...

(Emeng2 je...)

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Aku pon dah tersampuk sama demam bola ni !!
Arghhhh!!

puteri nad said...

owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
motiffffff? semalam sebenarnya nampak status zaki kata menulis blog..tp katil memanggil2..lantas pergi sajer ke sana..dan seumur hidupku ni ler tido terlama penah aku alami spanjang third year..ecewah berdrama laks kat blog ko sbb blogger aku x dapat nak bukak..

kamenr..malahan pakcik2 tu tengok secara berjemaah kerana lebey sonok okie..menjerit bersama2 member2 seusia..tp kazen kamenkun kene marah awek sbb tgk bola,maka motif??

meow meow : nak makan buah cempedak goreng..

puteri nad said...

p/s: sedang kecewa bergoleng2..semalam dorang(kenkawan) cakap mamo tengok bola Ukraine lawan..sekali masa ku tido..pergi plak..matilah ada (16 calls dan skrin kompiter yg penoh dibuzz..) tp sayang sumernye mode silenttttttttttttttt...balik exam smalam tak increasekan volume enpon dan bunyi buzzing memang di off semenjak dua hari lepas...motif x antar audible drum ketok2..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

terus nak gi tido balik~

Anonymous said...

bola semalam keciwe OK?
dua2 team yg disokong kalah
rase nk hempuk2 tv
arghhhhh!!!

akan kembali ke tanah air utk makan buah2
tungguuuuuuuuu!!!

ChemGrad said...

kay sini takda buah rambutan, takda durian, takda pulasan!

kid naaaaaaakkk balikkkkkk!!!!!!!!!

hua hua hua!!

roti canai, naaaakk!!!!!!!

toriq said...

waaaaaaaaaaaaaa....

sedihnyer argentina kalah...

terus takder mood nak ulas pasal bende2 lain...

serius semalam sedih gilerrr.. down habis..

:'(

Izham said...

muahahaha....ingatkan zaki tgk bola..rupa2nya nak ulas psl org usha bola jer...biaselah tu dmm bola....World Cup 4 thn skali sape yg nk lepas...don't forget to watch Brazil today..hehe..

Unknown said...

syifa...

aku nk tido dulu zaki~!
lgsg aku tak nmpk apa kau tulis ni.. [sbb dah mamai]

bohong~ :D

smbg esok lar...
nite~*
[jeling nad yg tido, lalu curik medal dia dan kalungkan pada diriku~*]

owh ade medal2 bagai ke?

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

ijad...

hahaha..
macam2 la kak shifa

memang~

owhh...melepak kat warung mlm2 tgk bola?biase la tu...habit biase org melayu ok
bila pula melayu nak jadi bahan tontonan seluruh dunia? fikirkan~

rambutan??hmmm...kantoi bab mkn rambutan boley...sbb klu makan kan...msti trmakan skli die ny kulit biji dlm tu..matila xpandai nk mkn...
ko telan aje ngan kulit2 sekali~ tapi nanti sakit tekak la~ huhu~

[1st ngomen n da baca....hahahaha]
ko mmg world la!

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

kak sya...

Alahai..Zaki, apasai awak letak gmbar buah rambutan tu...Lantas C Syamil mahukannya... Oleh kerna itu..perluler m'cari d sekitar Telok Pg Garang ni.Kal x de..Durian jadiler...
owh.. ka tbanting banyak kak sya! moh le beli kat banting~

(Emeng2 je...)
wahahah~

[apa yang aku fikirkan...]
[camne nak pronounce tu?]

Unknown said...

ihab...

Salam...
salam~

Aku pon dah tersampuk sama demam bola ni !!
Arghhhh!!

oit! ko sila fokus pada exam tak lame lagi ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

halfi...

wah.. ramainyeh pakcik2 kat warung. maybe diorang xde tv kot kat umah..hehe..
tv ade, tapi takde astro... matila berlagak~

tapi susahnyeh kat mesia kene tgk time tgh malam hingga ke pagi.. ibarat kazenku yang x tido malam demi worldcup lantas dimarahi aweknya.. hahahahaha..
kerek la awek tu~ ape cer marah pakwe!!! pakwe dayus ok~

motif ijat x pandai makan rambutan?????
tak diajar cara yang betul agaknya~

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

nad...

owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
motiffffff? semalam sebenarnya nampak status zaki kata menulis blog..tp katil memanggil2..lantas pergi sajer ke sana..dan seumur hidupku ni ler tido terlama penah aku alami spanjang third year..ecewah berdrama laks kat blog ko sbb blogger aku x dapat nak bukak..

sila lunaskan segala hutang tidur ko ok~ orang tengah exam, mmg biase kurang tido~ hoho~ maka inilah masa PAYBACK!!

kamenr..malahan pakcik2 tu tengok secara berjemaah kerana lebey sonok okie..menjerit bersama2 member2 seusia..tp kazen kamenkun kene marah awek sbb tgk bola,maka motif??
owh nad.. mase klose jaringkan gol, diorang macam kubur ok~ macam diorang tak tahu ape itu bola. senyap saje~ aku macam bermimpi plak~

meow meow : nak makan buah cempedak goreng..
nanti ko balik malaysia cari ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

nad...

p/s: sedang kecewa bergoleng2..semalam dorang(kenkawan) cakap mamo tengok bola Ukraine lawan..sekali masa ku tido..pergi plak..matilah ada (16 calls dan skrin kompiter yg penoh dibuzz..) tp sayang sumernye mode silenttttttttttttttt...balik exam smalam tak increasekan volume enpon dan bunyi buzzing memang di off semenjak dua hari lepas...motif x antar audible drum ketok2..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
owh salah ko juga~ heheh~

terus nak gi tido balik~
ala.. bukannye ukren memang pun~ dah mmg italy tu kuat~

[apa yang aku fikirkan..]
[england? hm~]

Unknown said...

hazlyn..

yeay..germany menang
yey!! walopun tak sokong sape2 pun~

[apa yang aku fikirkan..]
[alfatihah~]

Unknown said...

fiza...

bola semalam keciwe OK?
dua2 team yg disokong kalah
rase nk hempuk2 tv
arghhhhh!!!

owh bukan salah tv ok~

akan kembali ke tanah air utk makan buah2
tungguuuuuuuuu!!!

sila belanje durian 5 bijik ok~

[apa yang aku fikirkan...]
[seulas durian = semangkuk nasi?]

Unknown said...

kid...

kay sini takda buah rambutan, takda durian, takda pulasan!
ape yang ade kat NZ tu?

kid naaaaaaakkk balikkkkkk!!!!!!!!!
owh kasihan~ sila bersabar di bumi rantauan~

hua hua hua!!
nak nangis jugak la~

roti canai, naaaakk!!!!!!!
hm~

[apa yang aku fikirkan..]
[ape tu?]

Unknown said...

toriq....

waaaaaaaaaaaaaa....

sedihnyer argentina kalah...

motif ko sokong argentina?

terus takder mood nak ulas pasal bende2 lain...
ahahah!

serius semalam sedih gilerrr.. down habis..
ala... ape nak disedihkan~

:'(
ahahaha~

[apa yang aku fikirkan...]
[alfatihah~]

Unknown said...

halfi....

hahaha.. sudah tentulah sebab kazen tu xnak pegi klas keesokan harinyeh.. kikiki:P
ohohooo~ takkan smapai camtu sekali~ bapak tak flexible nye awek tu~

cian kat toriq sebab argentina kalah.. tapi sebenarnye snirik gembira..kuikuikui
yeargH!!!

[apa yang aku fikirkan..]
[bagus gile goal keeper tu]

Anonymous said...

Best regards from NY! timber awnings propecia studie axne csuse does propecia cheap phillipines calling card Moony isdn crack 3.07 http://www.volkswagenbodytuning.info/propecia-wig-hair-loss-product-ourhairloss-com.html 1945 chevrolet truck pussy pumping bdsm reset blackberry Voyeur camera phone pics Adipex meridia pnlinw phentermine orescriprion viagra Generic tenuate offer c++ craps program Cellphone battery warehouse Comercial truck isuzu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...