Friday, July 14, 2006

Hari Khamis yang Padat

Hari: Jumaat
Jam: 12.15 tengah malam


Padat? Apa maksud padat? Padat maksudnya penuh hingga satu tahap yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada individu yang memenuhkan situasi padat itu. Dalam kes aku, hari Khamis ni betul-betul padat, tetapi menceriakan!

Baik aku ceritakan storyline hari Khamis ni dengan bab-bab, senang sikit nak paham?

Bab Pagi – Kelas Ethics bersama Lecturer yang sama

Untuk kali ketiga sepanjang pengajian aku kat UIA ni, kali ketiga aku mengambil subjek UNGS20*0 bersama Dr Ibrahim Shogar. Dari segi baiknya, Dr Shogar amat pemurah markah dan beliau juga seorang lecturer yang easy going. Maksud aku, secara perbandingannya, ada seorang lagi lecturer yang mengajar subjek yang sama dalam kuliyah aku tetapi method pengajaran dan pemarkahan sangat tidak menggembirakan studentnya! Haha~ takyah la aku mention sape nama lecturer tu, but the thing is, aku gembira dengan Dr Shogar! Dan aku berazam untuk tidak lagi main-main dalam kelas Dr Shogar sebab dalam sem-sem lepas aku banyak ponteng kelas dia... Maaf Dr Shogar~ :D

Bab Tengah Hari hingga Petang – Pergi ke Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda & ...

Aku dan geg-geng odah lain; Asmawi, Zubir dan Safwan habis kelas pukul 11. Habis je kelas, terus melangkah keluar dari UIA. Dua destinasi kami tujui. Pertama; UM sebab nak cari buku rujukan. Kedua; Muzium Shah Alam sebab nak tengok pameran hantu.

Buku yang dicari di UM tidak available. Kena tempah dulu. And that’s all kat UM. Nothing really interesting there melainkan system keselamatan UM yang masih longgar. Kitorang masuk selamba je, tak kena tahan pun walaupun pak guard dok tercongok kat gate. Jadi kitorang terus drive ke Shah Alam (asek-asek aku je yang jadi pak drebar).

Masa on the way, hampir sahaja kitorang terlibat dalam kemalangan (na’uzubillah) sebab kerana di depan tiba-tiba membrekkan kereta, cuba untuk mengelak daripada melanggar motor. Mujur di sebelah kanan tiada kenderaan. Sempat aku mengelak! Alhamdulillah...

Sangka kami, pergi ke Pameran Hantu tu pada weekday, orang tak ramai. Tetapi jangkaan kami meleset! Sangat ramai! Lebih-lebih lagi pelajar sekolah. Datang sampai berbas-bas! What the heck? Abes kitorang buang masa kat barisan je.

Photobucket - Video and Image Hosting

Entrance ke Pameran... Orang sangat ramai! Nampak tak minat baju pink tu... itula Elyana, penyanyi...

Photobucket - Video and Image Hosting

Agak-agak kalau takde pameran hantu ni, ada tak orang nak melawat Muzium ni?

Photobucket - Video and Image Hosting

Safwan tak ikut pi Pameran Hantu... Huhu~ Dia ada hal lain ngan member dia katanya~

Photobucket - Video and Image Hosting

Tiket berharga RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan pelajar beruniform sekolah.

Mengikut peraturan, pengunjung tak boleh snap picture dalam kawasan pameran tu, tapi aku yang degil ni, curi-curi gak keluar henset aku. Haha~ tapi since henset aku takde flash jadi gambar-gambar yang aku peroleh banyak yang gelap. Tak nampak pape yang significant. So tak dapat nak letak kat sini... Nasihat aku, pegi la sendiri tengok pameran tu.

Photobucket - Video and Image Hosting

No Photo Allowed. Betul ke bahse ni? I think it supposed to be "No Photo Capturing Allowed". Motif brother tu enterframe?

Sape-sape yang penakut tu, takde sebab korang nak rasa takut dengan pameran ni sebab orang ramai sangat, hinggakan rasa takut tu memang akan hilang. Dan sound effect yang dimainkan pada aku tidak meninggalkan apa-apa kesan sebab ditenggelami oleh hiruk pikuk orang-orang ramai tu. Cuma satu je la yang berkesan bagi aku dalam pameran ni – bau kemenyan! Mak datuk... Kuatnya bau dia! Sakit hidung!

Dalam pameran ni, banyak benda yang aku rasa takkan ada peluang lain untuk melihat sendiri makhluk-makhluk halus yang sudah diawet (maaf kalau salah guna term) melainkan kat pameran hantu camni. Seperti jenglot, toyol, replica tong berukirkan naga, dan banyak lagi makhluk halus dan hantu dipamerkan. Jangan terkejut kiranya di sebalik pokok-pokok yang menghiasi kawasan pameran terselit sekujur tubuh berbalut kain kapan!

Geli pula rasaya masa dalam pameran ni, 2 sebab. Pertama; sebaik masuk ke dalam kawasan pameran, ada sorang makcik yang terkejut menjerit. And she was there right in front of me! Kedua; ada 2 orang mamat ni tanya aku, "awak nampak tak benda tu?". Memang la nampak... Hey come on la! This is just an exhibition, takde hantu kat sini! Benda tu hanyalah patung dibalut kain kapan!

Dalam pukul 4.30, kitorang dah keluar dari muzium (dengan hidung yang sakit).

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa kitorang balik, pengunjung BAPAK ramai! Sampai ke jalan diorang beratur!

Tak sah la kalau outing tapi tak shopping kan? Haha~ Giant Shah Alam menjadi singgahan kami untuk membeli barang. Habis shopping, aku membelanja RM164.89. Banyak tak? Haha~ Lepas tu terus menuju pulang ke UIA.

Photobucket - Video and Image Hosting

Antara barang-barang shopping.

Bab Malam – Tak Sempat Nak Bernafas, Ada Meeting Pulak.
Photobucket - Video and Image Hosting
Bila Malaysia akan bebas daripada masalah kesesakan lalu lintas?

Sampai je UIA, terus aku mandi, sebab ada meeting pukul 8.30 malam. Habis je sembahyang Maghrib, terus aku menapak ke venue meeting.

The meeting was about briefing on Family Day sempena Humanitarian Week minggu depan. Rasa seronok tapi risau juga memegang jawapan Ketua Kontinjen Caring Club ni. Tapi aku akan jalankan sebaik mungkin. Insya Allah.

Ketika meeting ini juga, mempertemukan dua jasad yang selama ini hanya kenal melalui blog dan YM saje. Haha~ Lan Lan... Camne la ko boleh tak kenal aku physically? Aku ‘besar’ katanya~ Haha~ Well, tinggiku 179cm dan berat 90kg boleh? Katanya lagi, dalam blog aku nampak lain. Haha~ Aku fotogenik la Lan... ;p

Ok la, jarum jam dah tunjuk pukul 1. Waaa~ ngantuknya! ZzZZZzZZZZZZzZzZzzZZ

16 comments:

DaRk AnGeL said...

hahahaha...
mengalung medal dgn rasmi nyer pada diri sendiri...
first~!
dan aku dah siap baca karangan kau yg bapak pnjg mcm biasa nih..
hehehehe...

DaRk AnGeL said...

kelas~ kau ni siler bersemangat sehingga ke akhir sem boley.. jgn hangat2 taik ayam jer pada mula2 sem ni... save it for masa hujung2 sem jugak....

pameran hantu~ waaaahhhh.. aku nk pergi! aku nak pergi! aku nak pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku just baca dalam paper jer psl menda alah ni... semuanyer real kan? cuma ada lah sepatung dua yg patung tu kan... nak tgk sendiri~!! tapi kalau kau kata ramai org time weekdays pun, aku tunggu hgga hujung2 masa pameran lah.. masa2 org dah ramai pergi dan pameran tak dpt sambutan hngat sgt... sampai biler ek pameran ni? org kata, jenglot, toyol segala tu kene pasung dgn ustaz yg mahir bab2 tu. mmg di berukan dan diawetkan... mereka juga turut dipasung kan... [tiba2 rasa nak rajuk sebab zaki pergi tak ajak~!! muahahaha.. walhal per motif??!!] haaa... best ni dpt nk ajak hazlyn sekali ni.. jom lyn nak? ke nad and kaksya nk gi sekali? muahahaha... [matilah berlagak berani walhal sampai sana, kita yg lari dulu kot gamaknyer~!]

kau nie~ lain kali bwk keta betol2 lar.. siler berjarakkan satu kereta dari kereta depan.. jgn nk dok dekat2 mcm tu lagi... tu mujur takde keta belah kanan tuh... berhati2 lain kali siler~!!!

wah.. shopping tak hengat nyer mamat ni.. bekalan semggu ek? hehehe..
rajinnyer nk meeting segala~ tak sempat nk panas kerusi kau dah kene handle meeting.. hahaha.. kakilebar~! bagus~!caring club ni apa menda ek? pasal apa caring club ni? pasal caring2 org ke? konfius aku dari hari tu lagi...
riema tak nak join club nih? muahahahahaha.. matilah nk speku jugak dlm nih....

last but not least... terus nk pergi toilet [buweekkkk] lmbg ada org terasa diri dia fotogeniik... wekkk... ;p hahahahaha....

Anonymous said...

Whua...diam2 kau dah sampai saner ye..
Rasanya baru ingatkan Zaki ttg pameran t'sebut kat posting bawah tu..

Syifa, jom kita ajak nad gi sama . Tapi kita lepak kat bazar luar je lah..x yah masuk (lambang penakut..hehe)
My clerk dah 2 kali gi sana.1st masa hari p'bukaan.2nd 2 ari lepas. Siap dia citer..setiap lmbaga tu ada p'jaganya. b'pakaian hitam siap baca mentera lagi. Some pengunjung x perasan. Zaki perasan x???
Yg sekor ni pun pandai cara nak bawa cite tu sehinggakan bulu roma kita dah naik..suddntly ada sbiji pen jatuh, gamat 1 office m'jerit. Aduh..lemah semangat betul...mcm nie x yah pegi lah...whua!whua! but intersting woi..

Anonymous said...

hari tu ada orang janji nak belanja McD

Anonymous said...

Hazlyn,
X takut ker...masa kat pameran tu your luck pulak , C Pocong tu bangun...hehehe
Dengar cite..ada 1 bilik khas nampak kosong tpi bnda tu akan muncul bila dia aktif. So far baru 2 kali dia timbul dlm minggu p'tama ni. Utk kali k-3, mungkin dia tunggu Azlyn..Kut..

(Somethg wrong with my blog...)

DaRk AnGeL said...

waaaahhh.. jom2 hazlyn jom.. ajak sesapa yg penakut lagi lmbg sama2 meneman penakuts yg ada... hehehehe...
ye ke mcm tuh kak sya? wuish... kene pergi hari biasa jugak lah ni sebab hari weekend byk aktiviti2 lain.. [spt memenuhi undangan perkahwinan rakan taulan~]

ChemGrad said...

nak ikut!!! huhuhu~~nak tgok hantu gak!

waa..szakif apa mimpi dah suka kat hantu..dulu tgok VC hantu, pastu lagi VC hantu, skarg pi musium hantu..lepas ni jgn2 nanti betol2 jd hantu..nanti riema lari ketakutan plak!

elyana? sape tu?

hish hish hish..boleh percaya ke hantu2 ni? well, kita wajib percaya pd benda2 ghaib.

waa~ shopping utk setahun punya stok dalam bilik ke?

[kid drive illigelly..malam2 la kluar drive around KL, siang2 habih lee kene cekup ngan 'BAPAK'..takdak lesen lagi la. cuti nanti nak amik la..lama tak?]

ChemGrad said...

oh oh..szakif pun rajin gak update blog..

Izham said...

wah bestnya ade pameran hantu..tp cam tak caye jer ramai pengunjung kat Muzium Shah Alam tuh...haaaraaam jadah ramai org..mmg takde pengunjung langsung sbnrnya kalau takde pamaeran hantu tuh..ms F4 ade gak pameran hantu kat Muzium Negara tp takleh nak pegi sbb ayh mak sibuk katanyer...alah tiket msk murah sgt....RM 5= JD 1...apalah nak dibandingkan sgt..muahahaa..

wénkt said...

best tak?

aku nak pi gakkkkkk

Anonymous said...

Whua! mana tuan punya blog nie??? Hntar Ym pun x d jawab...huhuhu~~~
Syifa! lets go carry on our plan !!!!

DaRk AnGeL said...

wahahahaha...
maka kene carik masa yg cantik utk pergi kaksya lmbg ramai org gak masa hari biasa pun ek... hehehe..

kid drive illegal? oh.. means nak amik lesen nnt, jgn amik package yg mahal tu. amik package yg plg minimum.. then terus daftar amik ujian... kejap je pun...

kid cepat balik mesia cepat~!!!!!

ChemGrad said...

kak shifa..package apa? kid tak paham...huhu~ ajar2, nanti nak balik mesia teruih nak amik lesson and lesen..hehe~

fonso zone said...

aku rasa no photo allowed tu btol je..
aku rs no photo capturing allowed tu mcm xbes..
hahaha

DaRk AnGeL said...

balik mesia dulu lar kid~
dah tahu bwk keta, takde masalah nak amik kelas memandu yg minimum.. jimat duit!

puteri nad said...

no photo allowed adalah betol~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...