Tuesday, July 18, 2006

Family Day, Caring Club (update Jumaat)

It's gonna be tomorrow! wah~ cam tak caye plak masanya semakin hampir. Korang-korang-dan-korang semua, sila bermain bersungguh-sungguh!!!


::Setiap kelab sudah dibahagikan kepada Kumpulan A dan B, tetapi kumpulan itu tak sama bagi semua game. Nasihat aku, tak kisah la korang kumpulan mana pun, main je la...::

::Berita Terkini: Acara 'Terompah Gajah dan lari Ikat Kaki' ditukar kepada 'Jalan Atas Batu Bata dan Lari Ikat Kaki'::

This is a special entry pasal ni adalah taklimat ttg program Family Day bersempena Humanitarian Week Sabtu ni. So, sapa-sapa yang dapat sms drpd aku telling to read this blog, u'r welcome. Well, this is only a short briefing anyway.

Sebab aku menggunakan medium blog ni untuk menyebarkan maklumat is because it's quite impossible to gather all members of the contingent in one place one time. So korang bace je la short briefing ni ye?

1. Tentatif
Participants are expected to be at the Male Sports Complex by 8.15 am where there will be breakfast provided and registration. Korang sila jumpe aku kat entrance Male Sport Complex. Kalau tak jumpe, sila call aku menggunakan nombor yang sama korang mendapat sms.

8.15 am - Briefing and Stretching dan futsal and handball akan dibawa ke venue pertandingan.
8.45 am - The rest yang tak masuk handball atau futsal, korang kena berkumpul di stadium sebab ade opening ceremony, launching and briefing. Sekejap je~
9.30 am - Semua game akan bermula. Ikut je arahan committee yang in-charge. By this time, korang bawa diri korang masing-masing, mengikut arahan committee ye? Huhu~ aku main Fear Factor~
12.30 pm - Rehat. Aku akan uruskan lunch. So make sure korang dapat lunch tau! Kang ada yang pengsan, aku gak yang risau =)
2.30 pm - Game diteruskan. I guess sapa-sapa yang mara ke peringkat seterusnya, kena la datang. Kalau dah kalah awal-awal, sila la bagi sokongan kpd team-team yang mara. Dan khabarnya ada special games, tapi tak diberitahu apa game tu. Tunggu je la...
4.30 pm - Penyampaian hadiah dan bersurai~

Senang je kan? Aku berdoa agar kontinjen Caring Club akan sukses hendaknya~ Ameeen...

Photobucket - Video and Image Hosting

sape2 yang kenal aku lagi, aku le yang menyeringai tu... wahahha~

2. Yuran

Setiap sorang kena bayar RM1 je, bukannye mahal pun. Lagipun breakfast dan lunch disediakan~ Dengarnye PTPTN dah masuk. Ye ke? RM1 tu ape la sangat kan~ Bayar kat aku masa waktu registration tu ye?

3. Trademark dan Attire
Each kontinjen dikehendaki membuat trademark. Aku akan bagitahu apa trademark kita pada hari Sabtu nanti, sebelum opening ceremony. OK? kalau aku lupe, tolong ingatkan =)
Pastu, aku bercadang untuk menggunakan ribbon untuk membezakan team Caring Club ngan team lain. Pakai kat pergelangan tangan je. =). Pakaian - Yang sesuai untuk korang main, yang penting tutup aurat.

4. Semangat!
So, main la betul-betul ye? Kalau menang, korang gak yang dapat hadiah.

5. Masalah
Sebarang masalah, rujuk kepada aku. Kalau nak tarik diri, make sure korang ade pengganti. apa-apa hal, call atau sms aku. Ok? =)
6. Senarai Nama Member kontinjen Caring Club
Tujuan aku letak nama-nama ni semua kat sini supaya korang tau sapa je yang akan bermain dengan korang dalam game tu. Macam galah panjang, handball, futsal, fear factor dan baling selipar, aku rasa takde masalah pasal semua dalam game tu memang kenal each other. Jadi takyah la aku taip nama korang kat sini. Tapi dalam acara 'jalan atas batu bata + lari ikat kaki' dan 'Tarik Tali' mungkin korang tak kenal satu sama lain.
Jalan atas Batu Bata + Lari Ikat Kaki
  1. Nor Syuhada Abd Rahim
  2. Noor Rahimah Abdullah
  3. Nur Raihan Jalil
  4. Nurainihayati Seman
  5. Nurmasrynamurny M. Razmy
  6. Husni Ayobee bt Sellahuddin
  7. Idayu Suraya bt Salleh
  8. Nor Fauzana bt Zainuddin
Tarik Tali
  1. Faiz Omar
  2. Shahril
  3. Radzin
  4. Ilya Iqbal
  5. Syah Safwan
  6. Omar
  7. Razlan (ICT)
  8. Mustakim (Biotech)
  9. Saifunnasr (Biomed)
  10. Izudin (Biomed)
7. Cara permainan
Untuk game futsal dan handball, aku rase takde masalah pasal game tu memang mengikut format yang standard. Tapi untuk game yang lain, korang akan diberi penerangan sebelum pertandingan bermula. Tapi takde la banyak beza sangat dengan apa yang korang dah sedia tahu.
Format tarik tali macam biasa.
Format galah panjang macam biasa, tapi maybe perbezaan pada bilangan kotak permainan.
Format baling selipar agak berbeza, tapi masih lagi mengekalkan konsep sapa kena dia mati. Cuma kali ni tak menggunakan selipar untuk dibaling, tetapi bola. Selipar hanya digunakan sebagai 'tugu' kumpulan yang menjadi sasaran untuk diruntuhkan oleh pihak lawan. (setakat yang aku faham la).
8. Backup dan Penyokong
Aku tak menolak sebarang kemungkinan maklumat ni tak sampai. So aku akan call pada Khamis untuk meng'confirm'kan kehadiran korang. Kalau korang berhati mulia, sila sms je aku, bagitahu korang CONFIRM datang hari Sabtu ni. Otherwise, I have to call each of you la.
Bagi sesiapa yang terlibat dengan acara yang korang tak kenal satu sama lain (tarik tali dan jalan atas batu bata + lari ikat kaki), korang digalakkan mengajak member-member korang untuk menjadi penonton. Kot-kot ada rezeki, ada yang tak datang, boleh replace orang yang tak datang tu. Kalau semua datang, jadi tukang sorak yang caring dengan Caring Club. Huhu~



Aku yang Kekurangan Kredit,
Ketua Kontinjen Caring Club
Muhammad Zaki bin Ramli (Zaki)
Biomedical Science
2nd Year

23 comments:

ChemGrad said...

FISRT!!!!!

medal medal...kid tulis dalam diari!sshh~ biarlah rahsia! haha~ siap baca lagi!

waa~gud luck szakif! best jadi leader kan? buahnya di masa akhir~ rasa puas!

gud gud luck!!

puteri nad said...

matilah kau promo blog kau secara x langsung yer zaki..chetttttt!!!

owh nad dapat silver..silver 926..takperlah kot..boleh sajer..

Unknown said...

haha~ tu la pasal, boleh gak aku promo blog ni sekali~ sambil menyelam minum air katanya~

Anonymous said...

count me in.....
nak join nak join!

Vann said...

Cool...ni boleh jadi komiti Pub and pro nih...hehehhehe....tq bagi pihak komiti family day...WE ARE FAMILY...

Unknown said...

motif ko online tatkala kujua online muqreez? muahahah~

DaRk AnGeL said...

aku just nak ckp aku dah masuk sini.
tak mampu nak baca lagi...

Anonymous said...

Wah! jadi leader dia.
Hem..Zaki guna ayat "selamba" je yeak..santai betul die.
Anywy hope enjoy 4 this saturdy.

(pas ni tentu ramai member caring club dia masuk c-ni & scara x lansung K.Sya pun terasa turut t'babit jua..hehe)

Anonymous said...

Syifa!!!!!

alang2 kau masuk...keluarkanlah omelan mu sekali..kan itu sudah m'jadi kebiasaan mu..
Carilah keceriaanmu d c-ni.
K.Sya punya blog tgah ada problem .Bila dah ok, Akan ku letak material yg best c-kit. okey..

Unknown said...

kak sya, ayat selamba yang mana mane tu? rasenye memang camtu la ayat saya selama ni... huhu~

Anonymous said...

Ala..zaki...jgn ambil kesah ler my komen tu!!!kau smemangnya bgitu!!!!

puteri nad said...

a'ah camtu la ayat zaki..
teknik promo blog dia pon x berubah lagik..hahaha

DaRk AnGeL said...

thanks kaksya.
saya masih bloghop tapi tak tahu nak ckp ape.
thanks zaki and everybody.

Anonymous said...

muahahahaha baru dapat masuk blog ko lambang kat cc, kat rumah mmg berzaman menunggu tak loading2 gak ok sila sedar
tapi menariknyeh bunyik family day ok
terus teringat family day permai kat irbid yang aku jatuh sakit maka datang utk ambek hadia sajor, matila kumpulan hijau~~ muahahaha

Anonymous said...

Syifa..
kau nie...senang ckap blank in yr mind ler..that y no any words 2 say ..huhu~~~

(sory kpd tuan punya blog, kata2 ini d tujukan utk Syifa sajer..silalah belajar kmbali A,B,C ,cantuman suku kata, lantas m'jadi 1 ayat b'sambung dgn ayat yg lain...seterusnya ianya m'jadi "KATA" BY Hazami:P)

puteri nad said...

matila ada orang tu x saket..tp ponteng famili day

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

puteri nad said...

dah abis ke lom famili day?

Anonymous said...

Nad! C Zaki ptg je baru habis ler... tunggu je new postgnya nanti..

Nad, dah lama kau balik , apasai x cuba call k.Sya????

(of cos mlm nie..Zaki pengsan pasal penat..anywy make sure sok mesti update beb!!!)

puteri nad said...

kaksya..takde kedit okie..nak call sowwy aa..nnt lah tunggu jap next month kot bank akaun penuh balik..heheheh..sikalang bergantung pada ATM cucuk kat ibu dan ayah..maka x leh mintak topup slalu2..hihihihi..nnt dia mintak nak baca SMS sama skrin call in and out

Unknown said...

wah~ aku diam, maka spam pun banyak masuk sini~ bukan main lagi! cit poooodah!

Unknown said...

wah~ aku diam, maka spam pun banyak masuk sini~ bukan main lagi! cit poooodah!

Anonymous said...

Zaki,
SIla Update!!!!!!!
kami nak tgok gmbar2 family day tu...please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...