Saturday, April 29, 2006

Fenomena Orang Gila di Kedai Mak Aku

Harap tabah membaca posting yang panjang ini....
Signboard kedai mak aku.

Mak aku ada kedai. Kenapa aku kata kedai mak aku, sebab kedai tu didaftarkan atas nama mak aku, walaupun hakikatnya ada tiga tunggak utama dalam kedai itu; abah, mak dan sorang makcik aku. Sekarang makcik tu, Mak Teh dah keluar dari kedai tu, sebab ikut anak-anaknya, juga membuka kedai..

Kedai yang aku maksudkan adalah kedai makan. Belum mencapai taraf restoren. Nama kedai pun dinamakan Warung Ucu, sempena nama mak aku yang merupakan anak bongsu di kalangan adik beradiknya. Bermula daripada hanya sebaris meja yang hanya mampu menampung tidak lebih daripada 20 orang, kini kedai mak aku semakin berkembang, selari dengan usianya yang turut berkembang seusia dengan aku, 20 tahun dan beberapa bulan.

Banyak kenangan yang terpahat sepanjang tempoh itu, tapi yang paling tak boleh dilupakan adalah fenomena orang gila yang kerap mengunjungi kedai mak aku. Bukan sorang dua, tapi jika dikira dengan jari tangan, tak cukup la sebelah tangan saje!

Entah kenapa kampung Kanchong Darat ni ramai sangat orang gila. Ada yang gila sampai mengganggu orang, dan ada juga yang hidup dalam dunia misteri mereka sahaja, tanpa melibatkan orang lain.

Pernah ada satu peristiwa di mana ada sorang yang gila ni, Jali namanya, masuk kedai mak aku dengan membawa parang. Namun begitu, dia tidak bertindak ganas, sebaliknya hanya menggenggam parang sambil disorokkan di bawah meja. Dia minta minum, mak aku kasi la. Pada saat-saat penuh kebimbangan tu, tak ada lain yang mampu mak aku buat selain menelefon polis untuk meleraikan keadaan. Walaupun dia hanya duduk diam, tapi tindakan dia seterusnya tidak boleh dijangkakan, dan ini bukanlah kali pertama dia singgah di kedai mak aku. Boleh dikatakan setiap hari akan singgah, cuma hari tu sahaja dia membawa parang. Entah dari mana dia memperoleh parang tu pun, tak siapa yang tahu.

Setelah beberapa minit, datanglah polis. Sejurus sampai, mereka duduk berborak dengan Jali, seolah-olah mereka juga adalah pelanggan kedai mak aku. Mak aku yang faham bahawa mereka sedang menjalakan tugas mereka, terus bertindak seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Setelah beberapa lama berborak, akhirnya polis merampas parang tersebut dan menangkap Jali. Suasana sangat genting ketika itu kerana pelanggan lain tidak sedar bahawa Jali membawa parang dan orang yang duduk dan berborak bersama dia adalah polis!

Lain pula ceritanya di mana aku sendiri berhadapan dengan orang gila yang sorang ni. Masa tu cuti lepas habis SPM dan raya puasa. Nama orang ni aku tak ingat, tapi masalah dia ni adalah sering diserang sawan. Mungkin kurang tepat jika diklasifikasikan bersama dengan orang gila yang lain, tapi kekerapan diserang sawan ini sangat mengganggu orang!

Suatu hari tu, dia datang ke kedai seperti biasa. Tiada apa-apa yang menunjukkan dia akan bertindak di luar kebiasaan. Dia meminta rojak dan minuman. Aku buatkan rojak, sementara seorang pekerja kedai mak aku, Cik Mar menyediakan minuman yang dimintanya. Mak Teh pula yang turut bekerja pada syif itu meneruskan kerjanya mengopek bawang. Seperti biasa, apabila makanan dan minuman sampai, dia makan la… Tiba-tiba…!

Dia jatuh pengsan lalu menggelupur jatuh ke lantai. Aku mati kutu masa tu kerana sangat terkejut, Cik Mar dan Mak Teh pun sama. Masa tu aku tak tahu dia ni ada masalah sawan. Tiba-tiba dia cuba berjalan kea rah aku dan Cik Mar sambil mulutnya terkumat-kamit dan matanya tak ubah macam orang kerasukan. Aku tak tahu nak buat apa, cabut la! Aku lari ke dapur, sekali dengan Cik Mar dan Mak Teh. Nak pula masa tu takde pelanggan lain, tak tahu nak buat apa memandangkan itu adalah kali pertama aku berhadapan dengan situasi seperti itu.

Tiba-tiba dia berhenti di bahagian kaunter lalu duduk di lantai. Dia mengeluarkan segala barang yang ada dibahagian bawah kaunter. Mujur sahaja dia tidak mengusik duit. Sejurus itu barulah Mak Teh memberitahu, “dia tengah sawan tu!”. Barulah kufaham, dia tak merbahaya.

Aku beranikan diri, cuba mendekati dirinya. Dia seolah-olah tidak sedar dengan apa yang sedang dilakukan. Habis semua telur, beras dan lain-lain dipunggahnya. Nasib baik tak pecah telur-telur tu!

Aku memasukkan balik barang-barang tu, dia keluarkan lagi. Aku tarik tangan dia, menjauhkan dirinya daripada mencapai sebarang benda. Tiba-tiba…!

Dia duduk bersila, lalu menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, tak ubah seperti orang berdoa. Aku perhatikan sahaja, lama juga dia berkeadaan sebegitu. Lalu kubiarkan… Tak lama selepas itu, dia pulang ke rumah (tanpa membayar apa yang dimakannya)… hehe… takpe la… halal…

Ada lagi satu peristiwa, di tempat yang sama, bersebelahan kaunter, ada sorang yang lain, sama juga kesnya – sawan. Tapi kali ni sawan babi (kata orang kampong la). Dia ni nak bayar apa yang dimakannya, tetapi tiba-tiba jatuh menggelupur, terbaring di atas lantai. Lepas tu mulutnya keluar buih, kompem sawan babi!

Satu lagi kes, tak menganggu, tapi melucukan. Gila tapi cerdik. Seperti biasa, walaupun kita tahu orang tu “kurang betul”, tapi kita layan macam biasa la kan. Aku sendiri datang kepadanya, tanya nak makan apa… senang kata mintak order la! Dia bertanya kembali, “Mee goreng ada?”. Aku jawab la ada, lepas nak tahu apa dia minta? “Ha… air suam satu ye!” Sikit punya hangin, terkena aku dengan orang gila.

Mungkin kenyataan di atas tak tepat menerangkan bagaimana gilanya dia. Tapi dia memang gila! Bila datang angin gila dia, mulalah menolak basikal dia ke depan beberapa langkah, kemudian undur balik. Begitulah yang dilakukannya berulang-ulang kali. Kalau dia rasa macam dah selesa dengan kedudukannya, dia seolah-olah mahu menunggang basikal; mengangkat kaki nak naik atas basikal tu, lepas tu turun pulak. Sekali lagi, berulang-ulang kali! Kita ni yang melihat dia berkelakuan sedemikian pelik pula yang rasa penatnya… Lucu pun ada!

Dan kejadian terbaru ni, orang gila talak! Menurut maklumat, dia ni dah bercerai dengan isteri dia, tapi masih sayang. Satu hari dia nampak bekas isteri dia dengan lelaki lain, tu yang jatuh gila tu!Dia bercakap tak henti-henti, macam tak jumpa kat mana titik noktah kata-katanya itu. Kalau cakap perlahan takpe, tapi dia cakap kuat bukan main! Sangat membingitkan telinga! Kadang-kadang dia berbahasa melayu, kadang-kadang bahasa jawa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Si gila talak yang dimaksudkan.

Tambah menyakitkan telinga, dia datang seawal Subuh pagi dan pulang hanya apabila matahari tegak di atas kepala. Tak lama lepas tu datang lagi! Hangin je… Bila disuruh balik, ada saja omelan dia yang aku sendiri tak paham!

Hari pertama dia berkelakuan begitu, mak aku biarkan saja. Aku pun masa tu ada kat kedai. Bingit juga telinga. Tapi bila hari kedua dia buat hal lagi, aku tak tahan, aku panggil polis. Polis datang tak lama selepas tu. Masih lagi menggunakan modus operandi yang sama; berborak dengan orang gila tu, lepas tu baru bertindak. Memandangkan orang gila yang sorang ni tak merbahaya, polis tu pun selamba je la, terus sahaja berborak sambil menerima arahan menerusi walkie-talkie (untuk pengetahuan, ada polis yang lain bersedia di luar kedai, duduk di dalam kereta). Tak lama lepas tu, orang gila tu dibawa ke balai. Ironinya, dia memberikan kerjasama dengan polis tu, ikut sahaja kehendak polis tu. Masuk ke dalam kereta ronda pun tanpa bergari tangan.

Itu hal beberapa bulan lepas. Sebenarnya aku tertarik nak berkongsi cerita bab orang gila kat kedai mak aku ni pasal orang gila talak tu buat hal lagi minggu lepas! Aku ambil gambar dia pun, dia selamba je. Bangga muka dapat masuk kat internet agaknya… hehehe… Tapi kali ni dia singgah menyampaikan ceramah percuma kat kedai mak aku sekejap saja (dua tiga jam jugak la), lepas tu berambus. Syukur! Yang lucunya, dia ada mengatakan aku ni sesuai jadi menantu dia! ADA KE PATUT!!!!! Aku cukup menyampah dengan orang-orang gila yang mengganggu hidup orang ni!

Setelah gagal mendapatkan gambar orang gila yang lain, aku letak gambar aku tengah buat karipap boleh?

Karipap hasil kerja tangan aku.

Inti karipap

[Penulis blog semakin sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan abangnya pada 21 haribulan ini. Jemputlah hadir ke majlis tersebut....]

62 comments:

Anonymous said...

nasik..

Unknown said...

kak yasmin...

nasik..

jauh menyimpang... cube lagi...

[apa yang aku fikirkan...]
[kalau dah dekat nak betul tekaan tu, aku akan bagi hint la]

toriq said...

isu softies di UIA??

huahauhauhaua

Unknown said...

isu softies di UIA??

apakah kaitan gambar tersebut dengan softies??? motif??? adakah pakcik yang gagah itu nampak lembut?? hehe.. maaf, tekaan anda salah... jauh menyimpang... sila teka lagi... hehe...

[apa yang aku fikirkan...]
[a picture speaks thousand words... malah banyak yang menyimpang kalau tiada penerangan...]

ChemGrad said...

hmm maybe, pasal abang baju cokelat belang2?

jumpa kawan lama, eh? ke, sedara kembar from thailand?!

abg tuh tuan punye kedai 'warung ucu'???

betol, betol tak?hehe..

Unknown said...

kid...

pasal abang baju cokelat belang2?

tekaan ni tepat sasarannya, cuma subjek tu bolom jelas lagi.... sila mencuba lagi.. hehe...

jumpa kawan lama, eh? ke, sedara kembar from thailand?!

nope!

abg tuh tuan punye kedai 'warung ucu'???

nope, ucu is actually my mom la...

[apa yang aku fikirkan...]
[bile nak buat link ke blog kid nih...]

ChemGrad said...

hmm...pasal abg tuh?! ada apa dengan dia??!!

abang tuh pekerja kat warung ucu?!

die cari tulang?!so, szakif nak serang...

or..

apa yang diperhatikan abg tuh?! ada accident ke kat depan warong??

yeh, yeh?
haha..kid terer, dapat first klu!

Unknown said...

kid...

abang tuh pekerja kat warung ucu?!

bukan, pelanggan sajor...

die cari tulang?!so, szakif nak serang...

bukan curi tulang, tapi "serang menyerang" memang ade, tapi melibatkan polis... hehe... suspen...

apa yang diperhatikan abg tuh?! ada accident ke kat depan warong??

wah!!! bab accident pun memang ade, tapi bukan fokus pada posting akan datang...

[apa yang aku fikirkan...]
[kid bijak!]

toriq said...

wah... bijaknyer kid.. boleh teka camtuh sekali...

huahaua..

Anonymous said...

ups sorry, dah lama tak cakap dengan orang, lupa tata tertib.......................

terus nak komen ajer

=============================

ok we start it over.

Assalamualaikom... awak apa khabar???

Unknown said...

toriq...

wah... bijaknyer kid.. boleh teka camtuh sekali...

huahaua..


toriq tak nak cube teka jugak ke??? hehe... clue seterusnya, melibatkan orang yang menghadapi masalah... sila teka dengan bijak...

[apa yang aku fikirkan...]
[=( semalam takleh online....]

Unknown said...

pojan!!!!!

ups sorry, dah lama tak cakap dengan orang, lupa tata tertib.......................

terus nak komen ajer

=============================

ok we start it over.


wah!!!! lame tak dengar cite!!!! sila jaga tatatertib...

Assalamualaikom... awak apa khabar???

sejak bile pulak pojan berawak2 ngan aku nih.... hehe... baik sajor... sihat, alhamdulillah...

[apa yang aku fikirkan...]
[sori pojan, jangan bangkitkan hal tu di sini... aku dah delete, sori ek?]

ChemGrad said...

tekaan kid seterusnya...

accident kereta warna kelabu ngan...mm, maybe motosikal?!

ok ok..posting akan datang pasal..

macam mana polis tu handle the situation??

or..

apa mangsa accident bergadoh ngan sesama sendiri dan polis pun terlibat sama gadoh sama-sama?!!

or..

abg baju cokelat tukang meredakan keadaan?

or..

abg baju cokelat tukang tengok sambil makan dgn enaknye masakan warong Ucu??

hehehe...yeay, kid terer lagi! *yay around*

Unknown said...

kid...

accident kereta warna kelabu ngan...mm, maybe motosikal?!

nope!

macam mana polis tu handle the situation??

ni agak menarik utk diceritakan... tunggu...

apa mangsa accident bergadoh ngan sesama sendiri dan polis pun terlibat sama gadoh sama-sama?!!

tiada kaitan...

abg baju cokelat tukang meredakan keadaan?

takde maknenye!!! dia yang buat hal ado la... suspen!!!

abg baju cokelat tukang tengok sambil makan dgn enaknye masakan warong Ucu??

orang tu jarang makan... bayar lagi la liat!!

[apa yang aku fikirkan...]
[rajinnye kid meneka, yang lain tak nak teka ke?]

baez-kun said...

susahnye
maka terus kata tentang kebersihan boley?

Unknown said...

hata...

susahnye
maka terus kata tentang kebersihan boley?


maaf, tiada kaitan... lepas aku balas ni, aku terus mengubah kepada isi posting sebenarnya...

[apa yang aku fikirkan...]
[panjang wo...]

Unknown said...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

stop guessing...

puteri nad said...

orang tu orang giler..

ooooooooooops kalo salah sori..
tp motif entry ni tak kluarpon sebelom ni..marahnyerrrr..langsung jatuh ke tangga ke 18..tp zaki ke ko posting masa aku sebok bersukan segala..aaarghhh geramnyer..

tapi cantiknye ko wat karipap..nnt nak belajar ah dari ko..heheheh..

aku nak gi wei majlis abang ko kawen..hehehe..antar la kad jempotan rasmi bley..

ChemGrad said...

Selamat Pengantin Baru kat Abg Zaki!!!

eh, cantik la buat karipap!
sorry eh, zaki marah kid teka byk2!lain kali tak buat lagi..hehe

owh..asam garam berniaga dan jumpa org 3/4. hmm interesting life story, kid tak pernah lagi jumpa org gila selama 20 tahun..nak jugak jumpa satu hari..

Unknown said...

nad...

orang tu orang giler..

yup!!

ooooooooooops kalo salah sori..
tp motif entry ni tak kluarpon sebelom ni..marahnyerrrr..langsung jatuh ke tangga ke 18..tp zaki ke ko posting masa aku sebok bersukan segala..aaarghhh geramnyer..


sebelum ni aku cume buat main teka2 sajor.. cube ko bace komen2 kat atas ko, actually diorang cube teka apa yang aku nak postkan berdasarkan gambar pakcik gile tu ngan signboard kedai mak aku... sila faham...

tapi cantiknye ko wat karipap..nnt nak belajar ah dari ko..heheheh..

cantik?? boleh la... mak aku jugak yang ajar... nak belajar dr aku? boleh sajor, no problem. yang penting jari kena lembut.. sila sedar~~ jari ok~~ bukan orangnye! wakakaka~~~

aku nak gi wei majlis abang ko kawen..hehehe..antar la kad jempotan rasmi bley..

bagi alamat bley?? LUPEKAN!!! membazir sajor bagi kad kawin nan ke oversea... takde makne! hehee...

[apa yang aku fikirkan...]
[tak pernah post ke oversea]

Unknown said...

kid...

Selamat Pengantin Baru kat Abg Zaki!!!

biar aku jelaskan kenyataan ni. bukan aku yang kawen ok~~ abang aku...

eh, cantik la buat karipap!
sorry eh, zaki marah kid teka byk2!lain kali tak buat lagi..hehe


trimas for the compliment... pasal tekaan tu, tak pape la... memang asalnya aku suruh korang teka kan? banyak2 pun AIMAN TAK KESAH.... komen suruh stop guessing tu bagi membezakan komen masa meneka dan komen selepas posting sebenar dikemaskini...

owh..asam garam berniaga dan jumpa org 3/4. hmm interesting life story, kid tak pernah lagi jumpa org gila selama 20 tahun..nak jugak jumpa satu hari..

jangan diminta jumpe orang gila bley?? nak nye jumpe orang gila seks, ape nak buat?? orang gile macam2 perangai...

[apa yang aku fikirkan...]
[takpernah jumpe orang gila seks]

Unknown said...

acap...

adoi adoi panjangnyer camne ni??haha

xpe pasni acap bace full huhu


sila baca sepenuhnya dan ambil iktibar... menarik ok~~~

[apa yang aku fikirkan...]
[dengan izin tuham maha kuasa - lagu mawi]

Anonymous said...

wah zaki...pandai ko gentel karipap...gentel pakai manual ke pakai dia punya bekas nak gentel...
(lantas teringatkan karipap!rindu nak makan karipap)...

**zaki..postkan karipap segera kat aku di Wales yer....

Unknown said...

syafiq...

wah zaki...pandai ko gentel karipap...gentel pakai manual ke pakai dia punya bekas nak gentel...

good question!!! bagus otak ko bleh pikir sampai ke sini... kalau nak tahu, aku memang guna jari sepenuhnya untuk menggentel bunga karipap tu. kalau guna alat tu, nanti karipap senang terbuka masa digoreng. guna jari buat bunga tu insya4JJl lebih kuat dan seronok!!!

**zaki..postkan karipap segera kat aku di Wales yer....

tak sempat sampai Wales, dah basi!! wakaka!!

[apa yang aku fikirkan...]
[dah beli album siti]

puteri nad said...

alah zaki dekut..

Irzan said...

Akum...

Tak larat ok baca sampai habis cerita orang gila!!!

Tapi I have to admit gaya penulisan ko sangat hebat! Mampu membuatkan orang tertarik baca dan baca sampai abes.. hehe...

Keep it up dude..

Anonymous said...

yeah..I'm come back! 1stly nak ckap pasal karipap tu..baguih nya Zaki tau nak buat secara tradisional(x ramai anak muda tau kecuali pakai pencetak).syasya pun tau juga tapi mesti ada ekor hujungnya..entah mengapa yeak..masih x PROfesional.Pasai org gila tu, anggaplah tu ujian & kesihani pada mereka juga..walau apa sekalipun nisbah dia sikit b'banding org yg sihat..walafiat mcm kita nie.Ish..Zaki teringin nak jumpa org gila seks ke..kal mcm tu kna menyamar jadi perempuan ler...cos org mcm tu citarasanya kat kaum hawa je..
(teringat zaman sek Men kat SMBC..time naik basikal, mesti ada org sergah kat celah kebun Kelapa sawit..dgn d tutup mukanya tp bawah terdedah, "syaitan" btul!.. yeak!)
syasya.

Unknown said...

nad...

alah zaki dekut..

takde maknenye!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[ayat yg selalu digunakan mase bercintan dulu]

Unknown said...

amirul...

Akum...

wa'alaikumussalam... membuatkanku terkesima seketika amirul tetiba memberi salam...

Tak larat ok baca sampai habis cerita orang gila!!!

i'v warned in the very beginning of the posting ok~~ hehe...

Tapi I have to admit gaya penulisan ko sangat hebat! Mampu membuatkan orang tertarik baca dan baca sampai abes.. hehe...

Keep it up dude..


wah... sorang lagi puji gaya penulisan aku...! nape tetibe ade perubahan pada saiz hidung aku ye??? wakakak!! insya4JJl... i'll my best to attrack readers to read ma blog...

[apa yang aku fikirkan...]
[otak sastera + sains = seimbang]

Unknown said...

syasya...

yeah..I'm come back!

welcome back syasya... rase lain plak bile takde syasya bley?

1stly nak ckap pasal karipap tu..baguih nya Zaki tau nak buat secara tradisional(x ramai anak muda tau kecuali pakai pencetak).

while i'm not among them.. syukur... kena la blajar care buat masakan@kuih tradisi ni... takkan nak suruh mamat saleh meneruskan budaya melayu kita ye tak?

syasya pun tau juga tapi mesti ada ekor hujungnya..entah mengapa yeak..masih x PROfesional.

yang penting pandai buat... berekor ke tak tak bape penting... hehe... peace!

Pasai org gila tu, anggaplah tu ujian & kesihani pada mereka juga..

pasal tu la saye layan mereka macam orang biase, dengan syarat mereka tak buat hal@mengganggu ketenteraman pelanggan kat kedai mak saye... kalau buat hal, polis la gamaknye!

walau apa sekalipun nisbah dia sikit b'banding org yg sihat..walafiat mcm kita nie.

hm...

Ish..Zaki teringin nak jumpa org gila seks ke..kal mcm tu kna menyamar jadi perempuan ler...cos org mcm tu citarasanya kat kaum hawa je..

takde maknenye!!! SIMPANG!!!!

(teringat zaman sek Men kat SMBC

Sekolah Menenga Bukit Changgang rite?

..time naik basikal, mesti ada org sergah kat celah kebun Kelapa sawit..dgn d tutup mukanya tp bawah terdedah, "syaitan" btul!.. yeak!)
syasya.


ha... ko dengar tu kid, dan nad sekali... nak ke jumpe orang gila seks tunjuk part bawah kat ko secara tetibe?? SIMPANG!!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[orang gila yang sama pernah menunjukkan yang tidak sepatutnya... na'uzubillah]

Anonymous said...

ye...Sek Men Bukit Changgang. ade kenal sape2 ke? nak tanya ler..your mom buat inti karipap ada campur kisaran ayam x ? mana tau utk menyedapkan lagi...sya.

Anonymous said...

so...excited..nak gi warung UCU. berapa lama ye..d tutup masa knduri kahwin nanti..abang dpat orang Banting juga ke ?ish..byak lak tanya.

(dah siap hantaran, bunga telur, sirih junjung..d.s.b, Zaki ikut tolong buat ke..)sya.
pls check yahoo kuwe.

Unknown said...

fiza...

salam... hai zaki.(kenapa plak aku kata hai ni???)weird la...muahahaha....

sila jelaskan sape yang weird di sini... wakaka!!!

wei orang gila talak tu x serang isteri dia ker kaco ker? bahaya tu... harap2 x la kan...

story bab tu memang aku takde sebarang maklumat... mak aku pun tak odah paal tu ok~~ sila sedar... lagipun, penting ke nak sibuk2 hal rumah tangge orang?

sawan ni susah nak baik sakitnya...(quote mak aku la)...

mak ko memang world la!

x tau la kan kalo dak2 biomed tau ubatnya...

wah!!! boleh jadi tajuk research nih!

[apa yang aku fikirkan...]
[mitv ansar channel]

Unknown said...

syasya...

ye...Sek Men Bukit Changgang. ade kenal sape2 ke?

takdok, tapi memang ade member kat sambest tinggal kat taman perumahan bukit changgang tu... aini misnon namenye... nad! kenal name ni??? (nad ngan dia satu U kat ukraine nun)

nak tanya ler..your mom buat inti karipap ada campur kisaran ayam x ? mana tau utk menyedapkan lagi...

bukan kisaran ayam, tapi daging cincang... memang sedap!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[pernah give up pasal asek fail je buat bunga karipap]

Unknown said...

syasya...

so...excited..nak gi warung UCU.

sila sila....

berapa lama ye..d tutup masa knduri kahwin nanti..

tutup seminggu... nak siapkan rumah bukan sedikit punye hal... maklum le... rumah tu agak besar...

abang dpat orang Banting juga ke ?ish..byak lak tanya.

gewd question... bakal kakak ipar saya adalah pekerja mak saya!! bapak kepada bakal kakak ipar saya itu juga adalah pekerja kedai mak saya!!! heehhe... surprise... akan diterangka lebih lanjut dalam posting akan datang... PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS PERKAHWINAN...

[apa yang aku fikirkan...]
[next postings will be packed wif lot of pics]

Anonymous said...

Zaki
Bukannye ape..aku teringatkan cousin aku yg lelaki, pandai jua menggentel bunga karipap tu pakai jari....(guna jari pun boley...), dan hasilnya sgt la kemas seperti kau jua...aku sgt teruja jua pabila menggentel bunga karipap suatu ketika dlu, tapi tak jadi....(gentel benda lain bley la....:D).....

alah..buatlah karipap segera dan postkan kat aku yer.... tak pe, nanti balik Malaysia insyAllah aku turun Kanchong dan carik warong ko k?! nak rase keripap ko....

Unknown said...

syafiq...

Bukannye ape..aku teringatkan cousin aku yg lelaki, pandai jua menggentel bunga karipap tu pakai jari....(guna jari pun boley...)

kem salam world kat die... aku terbaca satu blog, die letak gambar karipap adidas. sangat cantik!!!

dan hasilnya sgt la kemas seperti kau jua...

trimas trimas... semua ni hasil ajaran aku jua...

aku sgt teruja jua pabila menggentel bunga karipap suatu ketika dlu, tapi tak jadi....

syafiq, aku pandai buat bunga karipap ni hanya bile umur aku 17 tahun, lepas SPM... sebelum2 tuh aku cube banyak kali, haram menjadi!!! but then i kept seeing and learning then tring... at last i made it! alhamdulillah... (macam buat mende besar sajo, padahal bunga karipap je.. hehe)... but after all, ni boleh diklasifikasikan sebagai kemahiran... kemahiran hanya boleh ditingkatkan menerusi perlakuan & pengamalan yang diulang-ulang... sila berfalsafah ok~~~ hehe...

(gentel benda lain bley la....:D).....

maka meminta syafiq menjelaskan kenyataan ini dengan lebih lanjut lagi, bley??? awak ni lucu la... (memetik kate2 pojan)

alah..buatlah karipap segera dan postkan kat aku yer....

karipap segera tak sedap, pasal dah tak asli ramuan i.e. dah dicampur ngan bahan pengawet.. maka kau terpaksa menahan keinginan makan karipap hingga kau balik ke malaysia.. ehehehe...

tak pe, nanti balik Malaysia insyAllah aku turun Kanchong dan carik warong ko k?! nak rase keripap ko....

tafad(w)hal.... ~w adalah sabdu bley?~

[apa yang aku fikirkan...]
[situ sana sini = lagu track pertama album transkripsi siti nurhaliza]

Unknown said...

pembetulan...

trimas trimas... semua ni hasil MAK ajaran aku jua...

Anonymous said...

gentel benda lain bley la....:D).....

maka meminta syafiq menjelaskan kenyataan ini dengan lebih lanjut lagi, bley??? awak ni lucu la... (memetik kate2 pojan)


Hahahaha....soklan anda terlalu peribadi untuk saya jawab....ngeh...ngeh....

tafad(w)hal.... ~w adalah sabdu bley?~

apa itu?sila explain...aku sgtlah tak tau bahasa arab....adakah itu bermaksud "tak de hal?".......

[situ sana sini = lagu track pertama album transkripsi siti nurhaliza]

adakah ko sengaja ingin menjeleskan aku yg ko sedang mendengar lagu - lagu terbaru Siti? Hello...tak jeles ok!malah aku semakin tidak sabar utk menunggu parcel yg mengandungi album terbaru Siti sampai depan pintu umah aku minggu depan...dan aku bolehlah melalak, berjoget sakan bagai lps ni...**ada ke poster terbaru Siti ala - ala Geish itu?

**setiap kali aku masuk blog ko pasti aku akan terkejut melembu(ganti babi)buta sebab teriakan "MAWI" dari Aznil.....tukarlah lagu lain, mawi bermarhaban ke berzanji ke, bley aku insap 7 minit kejap dengar lagu dia...

Unknown said...

syafiq...

Hahahaha....soklan anda terlalu peribadi untuk saya jawab....ngeh...ngeh....

ops... sudeeehhh...!!! lupekan soal toooootttt itu... (kau hanya menyebabkan otak aku menerawang memikirkan benda lain ok~~)

apa itu?sila explain...aku sgtlah tak tau bahasa arab....adakah itu bermaksud "tak de hal?".......

nope! tafadhal=silakan...

adakah ko sengaja ingin menjeleskan aku yg ko sedang mendengar lagu - lagu terbaru Siti?

takdok aih... just nak bagitahu aku dah beli album siti semalam... itu sajor.. kalau nak berasa hati, itu ko punyer pasal bleh??? wakakka!!!!

ada ke poster terbaru Siti ala - ala Geish itu?

tak minat rr tampal poster segala nih... pernah gak cube buat, tapi bila poster tu tertanggal, aku buat tak tahu je, perasan pon idak!! hinggalah roomate aku tegur mana poster tu, baru aku sedar poster tu tanggal... hehe...

setiap kali aku masuk blog ko pasti aku akan terkejut melembu(ganti babi)buta sebab teriakan "MAWI" dari Aznil.....tukarlah lagu lain, mawi bermarhaban ke berzanji ke, bley aku insap 7 minit kejap dengar lagu dia...

cadangan dipertimbangkan... aku sendiri terkejut tak kurang 20 kali... adeh...

[apa yang aku fikirkan...]
[aku curi link orang sebenarnye utk lagu seroja tu]

Anonymous said...

ops... sudeeehhh...!!! lupekan soal toooootttt itu... (kau hanya menyebabkan otak aku menerawang memikirkan benda lain ok~~)

hahaha...otak biru ler ko ni...


... aku sendiri terkejut tak kurang 20 kali... adeh...

dah sah sangat la tu...tu lah...tuan punya blog pun sendiri terkejut..apentah lagi pelawat - pelawatnya....

Unknown said...

syafiq...

hahaha...otak biru ler ko ni...

teruja ok ko mentakrifkan otak blue kepada otak biru~~~ bley?

dah sah sangat la tu...tu lah...tuan punya blog pun sendiri terkejut..apentah lagi pelawat - pelawatnya....

moral of the story: jangan pasang speaker kuat2... hm.... nak tukar lagu lain rrr... aku sebenarnya malas nak upload segala... kalau aku jumpe sape2 pasang lagu baru mawi, baru la aku curi link dia dengn kejamnya... hehehe...

[apa yang aku fikirkan...]
[UNIC - hakikat bahagia]

Anonymous said...

teruja ok ko mentakrifkan otak blue kepada otak biru~~~ bley?

hahaha...harus bagai mentakrifkan otak blue kepada otak biru....Cintailah Bahasa Kita...

moral of the story: jangan pasang speaker kuat2... hm.... nak tukar lagu lain rrr... aku sebenarnya malas nak upload segala... kalau aku jumpe sape2 pasang lagu baru mawi, baru la aku curi link dia dengn kejamnya... hehehe...

tau tak pe..tak pasal - pasal ko pun pekak tapir(ganti badak) terus.. hahaha...**psg le lagu Siti Situ Sana Sini....woi terkejut anjing aku sekali lagi, Aznil memekik....tukarrrrrrrr....

**di bawah awan biru terbangku....

Anonymous said...

Kalau x silap Aini Misnon tu, Anak cikgu ke ???

(tanya dulu sebelum t'silap)sya.

ChemGrad said...

szakif, u nie kelakar la!!!
hahaha..mana kan kid akan panggil hang abg szakif la, thamby! kite sama age la! nama gua je ,kid..tapi dah besar pjg sama cam awak! hahaha!!!

:p perah-santan!!

best pi szakif site sebab boleh dgr lagu melayu..pure melayu cam mawi! suara die best, papa kid pun suka mawi and siti nurhaliza!! weee...

jumpa org gila seks? kid pernah jumpa la..kawan sendiri lagi..die sex maniac, tapi otak sgt la pandai!!mmm...kawan pada semua, pilih yg baik, cinta pada satu saja!! hahaha..

nak complain ni! kid bukan 'budak kicik' laaa!! szakif sgt jahat!!

Sufi is me said...

eh.. pandai kelim karipap. hebat... [kagum].

anyway.. org gila bukan meminta menjadi begitu...

heheh tapi a few cases that you mentioned macam ada kesamaan la... isitu diserang sawan sebelum membayar. apakah tandanya?




........ tandanya Allah nak suruh anda bersedekah kut. Alhamdulillah dpt buat amal. =P

Unknown said...

Masa gentel karipap tu baca selawat zaki, InsyaAllah bukan sahaja gentelannya A malah sapa yang makan akan menikgmatinya tahap langit! InsyaAllah. :)

Masa hari kantin kat SAMBEST dulu kenapa tak tunjuk skill kat cikgu, boleh cikgu belajar dari awak!

Nie kena bawak family cikgu singgah Warung Ucu nie! mesti ada orang baik buat amal kalau cikgu singgah Warung Ucu. :)

Unknown said...

syafiq...

tau tak pe..tak pasal - pasal ko pun pekak tapir(ganti badak) terus.. hahaha...

belum lagi ok~~~ haha...

**psg le lagu Siti Situ Sana Sini....

ye la tu, kang tak pasal2 kena notis saman 24 jam cam blog wan... lagipun, takde lagi mp3 lagu siti tuh...

woi terkejut anjing aku sekali lagi, Aznil memekik....tukarrrrrrrr....

dah tukar, lagu Kian, dari Mawi juge... kalau guna mozilla firefox, aku tak tahu nape tak leh main, gune internet explorer bleh plak... hm...

[apa yang aku fikirkan...]
[hayati lirik lagu Kian tu]

Unknown said...

syasya...

Kalau x silap Aini Misnon tu, Anak cikgu ke ???

entah! hehe.. tapi yang pasti rumahnye kat taman perumahan kat bukit changgang tu la... nama kakak dia aina misnon. dua2 ex-sambest. kenal ke sya?

[apa yang aku fikirkan...]
[seronok si aini tu kat ukraine nun]

Unknown said...

kid...

mana kan kid akan panggil hang abg szakif la, thamby! kite sama age la! nama gua je ,kid..tapi dah besar pjg sama cam awak! hahaha!!!

mane la tahu kan kid tak tahu kite ni sebaye.. dah tu plak perkataan Abang Zaki tu double meaning, baik aku jelaskan.... haha... jelas?

best pi szakif site sebab boleh dgr lagu melayu..pure melayu cam mawi! suara die best, papa kid pun suka mawi and siti nurhaliza!! weee...

dengar la seadanya... lagu nasyid lagi pure melayu... siap ngan nasihat dan mengagungkan Allah lagi.. hm...

nak complain ni! kid bukan 'budak kicik' laaa!! szakif sgt jahat!!

er.... did i say it? sorry... name pun KID... just KIDding.... hehehe... sangat poyos~~~

[apa yang aku fikirkan...]
[nape mesti "hanya memperanakkan?"]

Unknown said...

cikgu amir...

Masa gentel karipap tu baca selawat zaki, InsyaAllah bukan sahaja gentelannya A malah sapa yang makan akan menikgmatinya tahap langit! InsyaAllah. :)

wah... nasihat cikgu akan saya amalkan... cikgu ni memang world la!

Masa hari kantin kat SAMBEST dulu kenapa tak tunjuk skill kat cikgu, boleh cikgu belajar dari awak!

cikgu! mase tu belum pandai buat lagi la... saya mula pandai buat gentel karipap ni pas SPM, cuti lame tu la saya bebetul belajar buat karipap... hehehe...

tafad(w)hal... tafad(w)hal... insya4JJl.... ~w adalah sabdu bley?~

[apa yang aku fikirkan...]
[bab karipap sangat menarik perhatian berbanding bab orang gila]

Unknown said...

saufiah...

eh.. pandai kelim karipap. hebat... [kagum].

biase je....

anyway.. org gila bukan meminta menjadi begitu...

heheh tapi a few cases that you mentioned macam ada kesamaan la... isitu diserang sawan sebelum membayar. apakah tandanya?


ntah la.... kalau nak kate diorang saje belakon tak nak bayar, tak pulak.. siap ngan buih2 kuar dr mulut tu...! yang sorang lagi memang ade penyakit sawan... dan (inna lillah) dia dah meninggal dunia apabila sawan tiba2 menyerang mase dia sedang menunggang basikal... akibatnye, dia gagal mengawal basikal lalu jatuh ke dalam parit dan dia mati lemas (walhal parit cetek paras peha je). waktu kejadian - malam, tak sorang pun nampak. esok siangnya, ade budak nampak. heboh satu kampung. saya sendiri melihat mayatnya yang sudah keras diangkat ke darat.

[apa yang aku fikirkan...]
[minat bidang forensik]

Sufi is me said...

"mesti ada orang baik buat amal kalau cikgu singgah Warung Ucu. :)" (cikgu AmirAzmi)

cikgu! saya setuju!
nnt saya pon nak singgah jugak la.
haha.

Anonymous said...

tabik spring ma

- aku, perempuan yg x reti nak 'melipat' karipap

Unknown said...

saufiah...

"mesti ada orang baik buat amal kalau cikgu singgah Warung Ucu. :)" (cikgu AmirAzmi)

cikgu! saya setuju!
nnt saya pon nak singgah jugak la.
haha.


nak jugeeeekkkk... tafad(w)hal... tafad(w)hal... insya4JJl.... ~w adalah sabdu bley?~...

[apa yang aku fikirkan...]
[ayyuhasy syabab taujah ilal amam, hohoyeah!]

Unknown said...

anonyomous...

tabik spring ma

- aku, perempuan yg x reti nak 'melipat' karipap


takpe... bukan masalah besar... lain kali belajar ye? huhu... macam kenal je ayat sape ni...

[apa yang aku fikirkan...]
[assume nothing bak kate CSI]

wénkt said...

huh.. penat membaca...

boleh naik giler aku baca... hahaha

nanti laa aku pi Warung Ucu ni.. insyaAllah.. kat ner erk?

Unknown said...

wan...

huh.. penat membaca...

boleh naik giler aku baca... hahaha

nanti laa aku pi Warung Ucu ni.. insyaAllah.. kat ner erk?


kecian... bak kate nad, la ikroha fi mengomen... as well la ikroha fi membace... hehe... warung mak aku kat kampung aku aka 1km dr rumah aku aka kampung kanchong darat, banting selangor... fuh! penat menaip bley?

[apa yang aku fikirkan...]
[mengapa harus resah tika bertemu? -kaer]

Anonymous said...

Wan....nanti wan balik Malaysia, Syafiq bawak wan gi Banting, gi warung Ucu okie!!! :)

Unknown said...

syafiq...

Wan....nanti wan balik Malaysia, Syafiq bawak wan gi Banting, gi warung Ucu okie!!! :)

wah!!! bukan main ramai lagi nak singgah kedai mak aku. bagi tau dulu ok kalau nak gi, senang2 aku sediakan ayam masak merah ngan nasi lemak world mak aku itu

[apa yang aku fikirkan...]
[kedai mak aku tercatat dalam sejarah kanchong ok~]

Anonymous said...

Zaki
....bagi tau dulu ok kalau nak gi...

make sure you are there!

....senang2 aku sediakan ayam masak merah ngan nasi lemak world mak aku itu

Hah!Itu yg mau didengarin...alang -alang kiterang dtg nanti, FREE jerlah makanannya okie! Air jer bayar...bley?
tapi takkan itu jer menu yg ada kat warung mak ko, chicken chop tak de?fish and chip?:p...tapi yg paling penting...TEMPE mesti ada tau....

Unknown said...

syafiq...

make sure you are there!

that's why aku kate kalau nak datang bagitahu dulu... senang2 nanti mak aku tutup la kedai tu sehari, taknak bagi ko datang! aku plak menyorok kat UIA, takmo balik rumah.... kah kah!!! takdok aih.. main2 jer...

Hah!Itu yg mau didengarin...alang -alang kiterang dtg nanti, FREE jerlah makanannya okie! Air jer bayar...bley?
tapi takkan itu jer menu yg ada kat warung mak ko, chicken chop tak de?fish and chip?:p...tapi yg paling penting...TEMPE mesti ada tau....


no problem... TEMPE adalah kewajipan makanan orang jawa... anyone tak tahu ape itu tempe? aku TEMPEleng kang!

[apa yang aku fikirkan...]
[tempe is made from soy bean, very nutritious ok~]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...