Saturday, April 29, 2006

Fenomena Orang Gila di Kedai Mak Aku

Harap tabah membaca posting yang panjang ini....
Signboard kedai mak aku.

Mak aku ada kedai. Kenapa aku kata kedai mak aku, sebab kedai tu didaftarkan atas nama mak aku, walaupun hakikatnya ada tiga tunggak utama dalam kedai itu; abah, mak dan sorang makcik aku. Sekarang makcik tu, Mak Teh dah keluar dari kedai tu, sebab ikut anak-anaknya, juga membuka kedai..

Kedai yang aku maksudkan adalah kedai makan. Belum mencapai taraf restoren. Nama kedai pun dinamakan Warung Ucu, sempena nama mak aku yang merupakan anak bongsu di kalangan adik beradiknya. Bermula daripada hanya sebaris meja yang hanya mampu menampung tidak lebih daripada 20 orang, kini kedai mak aku semakin berkembang, selari dengan usianya yang turut berkembang seusia dengan aku, 20 tahun dan beberapa bulan.

Banyak kenangan yang terpahat sepanjang tempoh itu, tapi yang paling tak boleh dilupakan adalah fenomena orang gila yang kerap mengunjungi kedai mak aku. Bukan sorang dua, tapi jika dikira dengan jari tangan, tak cukup la sebelah tangan saje!

Entah kenapa kampung Kanchong Darat ni ramai sangat orang gila. Ada yang gila sampai mengganggu orang, dan ada juga yang hidup dalam dunia misteri mereka sahaja, tanpa melibatkan orang lain.

Pernah ada satu peristiwa di mana ada sorang yang gila ni, Jali namanya, masuk kedai mak aku dengan membawa parang. Namun begitu, dia tidak bertindak ganas, sebaliknya hanya menggenggam parang sambil disorokkan di bawah meja. Dia minta minum, mak aku kasi la. Pada saat-saat penuh kebimbangan tu, tak ada lain yang mampu mak aku buat selain menelefon polis untuk meleraikan keadaan. Walaupun dia hanya duduk diam, tapi tindakan dia seterusnya tidak boleh dijangkakan, dan ini bukanlah kali pertama dia singgah di kedai mak aku. Boleh dikatakan setiap hari akan singgah, cuma hari tu sahaja dia membawa parang. Entah dari mana dia memperoleh parang tu pun, tak siapa yang tahu.

Setelah beberapa minit, datanglah polis. Sejurus sampai, mereka duduk berborak dengan Jali, seolah-olah mereka juga adalah pelanggan kedai mak aku. Mak aku yang faham bahawa mereka sedang menjalakan tugas mereka, terus bertindak seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Setelah beberapa lama berborak, akhirnya polis merampas parang tersebut dan menangkap Jali. Suasana sangat genting ketika itu kerana pelanggan lain tidak sedar bahawa Jali membawa parang dan orang yang duduk dan berborak bersama dia adalah polis!

Lain pula ceritanya di mana aku sendiri berhadapan dengan orang gila yang sorang ni. Masa tu cuti lepas habis SPM dan raya puasa. Nama orang ni aku tak ingat, tapi masalah dia ni adalah sering diserang sawan. Mungkin kurang tepat jika diklasifikasikan bersama dengan orang gila yang lain, tapi kekerapan diserang sawan ini sangat mengganggu orang!

Suatu hari tu, dia datang ke kedai seperti biasa. Tiada apa-apa yang menunjukkan dia akan bertindak di luar kebiasaan. Dia meminta rojak dan minuman. Aku buatkan rojak, sementara seorang pekerja kedai mak aku, Cik Mar menyediakan minuman yang dimintanya. Mak Teh pula yang turut bekerja pada syif itu meneruskan kerjanya mengopek bawang. Seperti biasa, apabila makanan dan minuman sampai, dia makan la… Tiba-tiba…!

Dia jatuh pengsan lalu menggelupur jatuh ke lantai. Aku mati kutu masa tu kerana sangat terkejut, Cik Mar dan Mak Teh pun sama. Masa tu aku tak tahu dia ni ada masalah sawan. Tiba-tiba dia cuba berjalan kea rah aku dan Cik Mar sambil mulutnya terkumat-kamit dan matanya tak ubah macam orang kerasukan. Aku tak tahu nak buat apa, cabut la! Aku lari ke dapur, sekali dengan Cik Mar dan Mak Teh. Nak pula masa tu takde pelanggan lain, tak tahu nak buat apa memandangkan itu adalah kali pertama aku berhadapan dengan situasi seperti itu.

Tiba-tiba dia berhenti di bahagian kaunter lalu duduk di lantai. Dia mengeluarkan segala barang yang ada dibahagian bawah kaunter. Mujur sahaja dia tidak mengusik duit. Sejurus itu barulah Mak Teh memberitahu, “dia tengah sawan tu!”. Barulah kufaham, dia tak merbahaya.

Aku beranikan diri, cuba mendekati dirinya. Dia seolah-olah tidak sedar dengan apa yang sedang dilakukan. Habis semua telur, beras dan lain-lain dipunggahnya. Nasib baik tak pecah telur-telur tu!

Aku memasukkan balik barang-barang tu, dia keluarkan lagi. Aku tarik tangan dia, menjauhkan dirinya daripada mencapai sebarang benda. Tiba-tiba…!

Dia duduk bersila, lalu menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, tak ubah seperti orang berdoa. Aku perhatikan sahaja, lama juga dia berkeadaan sebegitu. Lalu kubiarkan… Tak lama selepas itu, dia pulang ke rumah (tanpa membayar apa yang dimakannya)… hehe… takpe la… halal…

Ada lagi satu peristiwa, di tempat yang sama, bersebelahan kaunter, ada sorang yang lain, sama juga kesnya – sawan. Tapi kali ni sawan babi (kata orang kampong la). Dia ni nak bayar apa yang dimakannya, tetapi tiba-tiba jatuh menggelupur, terbaring di atas lantai. Lepas tu mulutnya keluar buih, kompem sawan babi!

Satu lagi kes, tak menganggu, tapi melucukan. Gila tapi cerdik. Seperti biasa, walaupun kita tahu orang tu “kurang betul”, tapi kita layan macam biasa la kan. Aku sendiri datang kepadanya, tanya nak makan apa… senang kata mintak order la! Dia bertanya kembali, “Mee goreng ada?”. Aku jawab la ada, lepas nak tahu apa dia minta? “Ha… air suam satu ye!” Sikit punya hangin, terkena aku dengan orang gila.

Mungkin kenyataan di atas tak tepat menerangkan bagaimana gilanya dia. Tapi dia memang gila! Bila datang angin gila dia, mulalah menolak basikal dia ke depan beberapa langkah, kemudian undur balik. Begitulah yang dilakukannya berulang-ulang kali. Kalau dia rasa macam dah selesa dengan kedudukannya, dia seolah-olah mahu menunggang basikal; mengangkat kaki nak naik atas basikal tu, lepas tu turun pulak. Sekali lagi, berulang-ulang kali! Kita ni yang melihat dia berkelakuan sedemikian pelik pula yang rasa penatnya… Lucu pun ada!

Dan kejadian terbaru ni, orang gila talak! Menurut maklumat, dia ni dah bercerai dengan isteri dia, tapi masih sayang. Satu hari dia nampak bekas isteri dia dengan lelaki lain, tu yang jatuh gila tu!Dia bercakap tak henti-henti, macam tak jumpa kat mana titik noktah kata-katanya itu. Kalau cakap perlahan takpe, tapi dia cakap kuat bukan main! Sangat membingitkan telinga! Kadang-kadang dia berbahasa melayu, kadang-kadang bahasa jawa.

Photobucket - Video and Image Hosting

Si gila talak yang dimaksudkan.

Tambah menyakitkan telinga, dia datang seawal Subuh pagi dan pulang hanya apabila matahari tegak di atas kepala. Tak lama lepas tu datang lagi! Hangin je… Bila disuruh balik, ada saja omelan dia yang aku sendiri tak paham!

Hari pertama dia berkelakuan begitu, mak aku biarkan saja. Aku pun masa tu ada kat kedai. Bingit juga telinga. Tapi bila hari kedua dia buat hal lagi, aku tak tahan, aku panggil polis. Polis datang tak lama selepas tu. Masih lagi menggunakan modus operandi yang sama; berborak dengan orang gila tu, lepas tu baru bertindak. Memandangkan orang gila yang sorang ni tak merbahaya, polis tu pun selamba je la, terus sahaja berborak sambil menerima arahan menerusi walkie-talkie (untuk pengetahuan, ada polis yang lain bersedia di luar kedai, duduk di dalam kereta). Tak lama lepas tu, orang gila tu dibawa ke balai. Ironinya, dia memberikan kerjasama dengan polis tu, ikut sahaja kehendak polis tu. Masuk ke dalam kereta ronda pun tanpa bergari tangan.

Itu hal beberapa bulan lepas. Sebenarnya aku tertarik nak berkongsi cerita bab orang gila kat kedai mak aku ni pasal orang gila talak tu buat hal lagi minggu lepas! Aku ambil gambar dia pun, dia selamba je. Bangga muka dapat masuk kat internet agaknya… hehehe… Tapi kali ni dia singgah menyampaikan ceramah percuma kat kedai mak aku sekejap saja (dua tiga jam jugak la), lepas tu berambus. Syukur! Yang lucunya, dia ada mengatakan aku ni sesuai jadi menantu dia! ADA KE PATUT!!!!! Aku cukup menyampah dengan orang-orang gila yang mengganggu hidup orang ni!

Setelah gagal mendapatkan gambar orang gila yang lain, aku letak gambar aku tengah buat karipap boleh?

Karipap hasil kerja tangan aku.

Inti karipap

[Penulis blog semakin sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan abangnya pada 21 haribulan ini. Jemputlah hadir ke majlis tersebut....]

Wednesday, April 26, 2006

Melawat Zoo Negara

Hasil undian menunjukkan "Visiting the National Zoo" mendahului dengan satu undi mengalahkan Softies... Jadi, isu "Softies" yang aku rasakan bakal menjadi hangat jika dibincangkan terpaksa ditangguhkan @ dibatalkan terus... Keputusan di tangan aku... hehe...



Aku mengunjungi Zoo Negara bersama Safwan (kredit untuknya kerana meminjamkan kamera), Fiza dan Asmawi sehari selepas kami pulang dari berkhemah. Sangat seronok, tapi penat. Pastikan korang memiliki cukup tenaga dan keupayaan... Kawasan Zoo Negara sangat luas!

Mengambil gambar dengan burung ini sebenarnya lebih menakutkan berbanding dengan ular kerana paruhnya boleh mencucuk mata aku bila-bila masa sahaja. Ular pula sudah tiada bisa @ tiada bisa langsung, dan malas! Burung ini sangat aktif!
Bukan mahu berbangga, tetapi aku memang tak takut pegang reptilia yang tidak berbisa. Ada orang geli nak pegang, tetapi bagi aku, apa nak digelikan? Pegang je la... Memang haiwan tu Zoo Negara sediakan untuk orang pegang. Untuk makluman, aku ditegur oleh penjaga ular ini kerana cara aku memegang ular tu sebenarnya boleh menakutkan ular tu. Katanya seolah-olah mahu membunuh ular itu dan ia boleh bertindak ganas.
Ini adalah cara yang betul untuk memegang haiwan "display" ni... Pandai Asmawi.... Tidak perlu takut, korang cume akan rasa macam benda liat dan bergetah melilit leher, itu sahaja!
Mula-mula cuit-cuit saje, lepas tu gian, letak kat leher pula... Gambar ada kat bawah...
Ini dia.... Motif makcik biru tu turut "masukbingkai"? Di sebelah kiri pula adalah pekerja zoo yang bertindak menjaga haiwan-haiwan display ni, memakai uniform pekerja zoo...
Pengunjung dipisahkan oleh longkang daripada gajah ini bagi mengelakkan mereka memberi makanan yag tidak sepatutnya kepada gajah ini... Ada seekor lagi (tersorok di belakang) yang diikat dengan rantai. Yang ni tak diikat pula.. tak tahu kenapa....
Tak ingat nama haiwan ni, tapi layan jer....
Singa ni seakan-akan mengalami masalah kesihatan. Sangat kurus, dan perhatikan pada punggungnya, ada kesan luka. Bergaduh mungkin? Atau sudah tua?
Apa yang menarik dengan haiwan seperti rusa hitam ini adalah pada namanya yang berbunyi seperti nama orang - Anoa. Yang aku kesiankan, ia hanya seekor di dalam kandang.
Gambar diambil dengan kuasa zoom yang paling tinggi. Sebenarnya agak susah untuk mengambil gambar burung dan haiwan-haiwan lain yang menginap di dalam sangkar kerana hasil tangkapan gambar itu pasti mengecewakan. Tetapi berbeza untuk sangkar ini, kerana pengunjung dibenarkan masuk dan melihat burung-burung yang terbang bebas.
Warna flamingo ini sangat menarik! Sila perhatikan juga ada burung berkepala hitam. Kawanan haiwan ini hidup aman dan damai walaupun berbeza "bangsa".
Kalau tak salah ini seladang... Waktu tengahari, mereka memang kurang aktif. Tidur dan berehat saje...
Ni seekor lagi, tidur je kejenya! Haha.. marahkan tapir pulak... Saya nak tanya satu soalan; tapir ni species babi ke? Kalau ye, hukum memegangnya jika basah? Kena samak tak?
Beruang ini adalah yang paling besar antara beruang-beruang yang lain. Ia kelihatan sungguh tua dan kurang aktif...
Haiwan ni sungguh menakjubkan! Berapa lama untuk menumbuhkan tanduk sebesar dan sepanjang itu?
Aku tak pernah makan daging unta. Sedap tak? Besar juga unta ni ye? Mengingatkan kepada sirah Nabi yang banyak melibatkan penggunaan haiwan gurun ni ketika hijrah.
Bayangkan penyanyi rock yang membela rambut panjang kemudian dibiarkan kerinting, itulah yang aku bayangkan tatkala melihat haiwa tua ini...
Aku memang masih tak dapat membezakan antara seladang dan selembu. Lembu tahu la... Yang ni apa pulak? Walaupun ada keterangan bagi setiap kandang, untuk membacanya satu persatu akan memakan masa... Maka aku tak membaca semua, boleh?
Dah berapa lama kuda belang ni tak mandi? Boleh digunakan untuk iklan sabun cuci pakaian nih!
Harimau mati meninggalkan belang.... Persoalan, adakah belang yang dimaksudkan pada belang kulitnya? Aku masih tak dapat lagi tangkap maksud sebenar peribahasa ni. Atau hanya kiasan?
Aku baru-baru ni ada menonton di Discovery Channel, rancangan yang membezakan kekuatan badak dan gajah. Nak tahu sapa menang?
Savannah Walk menampilkan tempat kunjungan yang terdedah kepada cahaya matahari. Jadi bersedia untuk berpanas-panasan...
Tinggi macam zirafah... Memang perumpamaan ini sangat cocok. Zirafah memang memiliki karekteristik yang tidak boleh dibandingkan dengan haiwan lain.Subhanallah... Antara haiwan di Savannah Walk.
Lagi haiwan di Savannah Walk. Aku sangat teringin untuk merasa menunggang burung unta ni. Tapi masalahnya, laratkah ia mengangkat aku ni??

Monday, April 24, 2006

My Colour???

Take this test at Tickle


Your true color is Brown!

Zaki, your true color is Brown!

You're brown, a credible, stable color that's reminiscent of fine wood, rich leather, and wistful melancholy. Most likely, you're a logical, practical person ruled more by your head than your heart. With your inquisitive mind and insatiable curiosity, you're probably a great problem solver. And you always gather all of the facts before coming to a timely, informed decision. Easily intrigued, you're constantly finding new ways to challenge your mind, whether it's by reading the newspaper, playing a trivia game, or composing a piece of music. Brown is an impartial, neutral color, which means you tend to see the difference between fact and opinion easily and are open to many points of view. Trustworthy and steady, you really are a brown at heart.

What's Your True Color?

Brought to you by Tickle

[Penulis blog sedang menyediakan teks untuk posting seterusnya. Untuk seketika itu, marilah kita membuat survey! Hooray!!!]

Saturday, April 22, 2006

Janji WAJIB Ditepati

Pukul 4.30 petang, 22 April 2006.

Aku bersama abah masuk ke dalam kedai, dengan muka yang serius...

Awek2 Kedai: Dah ade henponnye... (ceria sungguh!).

Aku lantas duduk, menenangkan fikiran. Tak nak emosional sangat. Abah jua begitu.

Aku: Saya tak jadi beli henset tu... Saya nak duit saya balik.

Awek2 kedai terkejut, lalu bertanya

Awek2 kedai: Kenapa?!

Aku: (mula membebel)

Awek2 kedai tak mahu melawan, lalu memanggil bos mereka di dalam bilik. Bos keluar lalu duduk di hadapan aku dan abah.

Bos: Ye.. ape masalah???

Aku: Semalam saya datang nak ambil henpon saya pasal pekerja awak kata petang dah ade. Petang saya datang, awak (menujukan "awak" kepada kedai itu secara amnya) kata takde sedangkan awak suruh saya datang petang. Lepas tu awak kata datang malam, pasal malam baru sampai. Awak suruh saya datang pukul 8. Saya balik... Malamnya saya datang lagi, masih tak ade. Lepas tu awak suruh tunggu, pasal orang yang bawa henpon tu on the way. Saya tunggu kat sini. Lepas tu saya bosan saya pergi kedai sebelah. Sebelum saya keluar saya tanya betul ke akan sampai kejap lagi. Tu, laki tu (sambil menuding jari kat mamat cina, pekerja dia) kata betul lepas tu dia kata kedai tutup pukul 10.. Saya bosan, saya kata dengan dia saya pergi kedai sebelah. Dia kata pigi beli VCD dulu...

Bos tu khusyuk mendengar. Aku teruskan bebelan aku...

Aku: Pukul 9.30 saya keluar, kedai awak dah tutup. Apesal?! So sekarang saya dah tawar hati, saya nak balik duit deposit RM100 saye. Saya tak jadi beli henset nih.

Bos: Aik! Mane boleh... Saya dah beli henset ni dari Klang pasal awak dah tempah. Kalau awak tak jadi beli, saya rugi ma.... OK la... saya terus terang cakap satu henset saya jual, saya cuma untung 20-30 ringgit saje... Saya tak ambil untung banyak sangat. U kena ambil, kalau tak saya rugi.

Aku: Awak jual la kat orang lain... Masalahnya sekarang awak tak ikut janji awak...

Bos: Ye, saya tahu. Saya minta maaf untuk itu. Saya semalam ada hal kat Klang, saya balik lambat sikit.

Aku: Balik lambat tu masalah awak. Sekarang ni dah 2 kali awak tak ikut janji. Mula-mula kata petang, lepas tu malam pulak. Lepas tu tau-tau dah tutup. Saya dah bagitau kat dia (menuding kat mamat cina tu lagi) saya ada kat kedai sebelah, tengok VCD. Kalau betul awak sampai lambat malam tadi, bagitahu. Mungkin saya boleh tunggu sehari lagi. Ni tak, bila saya keluar dari kedai sebelah, awak dah tutup. Kata tutup pukul 10!

Bos: Kenapa awak tak call?

Aku: Nak call?? Sekarang yang mencipta masalah ni awak. Awak tak tepati janji. Saya dah ulang alik ke sini 2 kali tau. Maknanya dah 2 kali jugak awak tak ikut janji. Saya malas nak ulang alik! Sepatutnya awak yang call saya, awak ada nombor saya. Lagipun kalau tak boleh bagi malam tadi, bagitahu la. Saya ada kat kedai sebelah saje. Saya bagitahu dia (menuding lagi). Patutnya bagitahu la... Ni tak... Tau-tau dah tutup.

Bos: Okay la, saya minta maaf la...(lalu membebel panjang, cuba untuk memuaskan hati aku) Ini hal kecil saja...

Aku: OK, dua soalan. Kenapa tutup awal dan kenapa awak tak call saya? (sambil jari mengira bilangan dua)

Bos: Saya kata dengan pekerja saya supaya tutup, pasal saya takut ma.. Pekerja saya semua perempuan ma...

Aku: Tu, ade lelaki tu (aku menuding lagi).

Bos: Owh... Dia balik dalam pukul 9.20 lebih... Ok lo, settle? Nanti saya bagi awak free simpack dan aksesori. (Dia tak menjawab soalan kedua aku)

Aku: Simpack buat apa? Kang beli kredit, duit keluar lagi. Saya tak nak. Saya tak nak aksesori, saya cuma nak awak kurangkan harga saje. Dua puluh ke tiga puluh ke...

Bos: Aik!!! Tadi saya kata saya cuma ambil untung dua puluh tiga puluh saje, sekarang awak minta dua puluh tiga puluh juge. Mana untung ma...

Aku: Ok, kalau macam tu aksesori ape yang awak nak bagi, berbaloi ke tak?

Dia mengarahkan pekerjanya mengambil sarung henset sambil aku bertanya pada abah yang hanya berdiam.

Aku: Abah, nak beli jugak ke?

Abah: Ikut suka ko la, duit ko.

Bos: Saya kasi awak lagu. Free! Saya kasi awak simpack free, tapi awak jangan bagitahu orang lain ok. Nanti saya ajar awak macam mana mahu isi borang.

Aku: Awak nak bagi, bagi la. Tapi saya tak nak guna nombor tu, saya nak jual kat orang lain.

Bos: Ok kalau macam tu saya bagi awak ini borang, nanti awak jual awak suruh orang tu isi ini borang lepas tu pos saja. Saya juga kasi awak service free 3 kali.

Aku: Betul? Tulis kat resit awak bagi servis free ni...

Dia seolah-olah teragak-agak, lalu abah juga menyokong kenyataan aku. Lalu dia menulis servis free 3 kali.

Aku: Awak nak kasi lagu ape free ni? Saya tak nak lagu Cina, saya tak dengar lagu Cina...

Bos: Ok ok... saya suruh dia (menuding kat pekerja dia, lelaki cina sorang lagi) download lagu Melayu. Ok la... ini hal kecil punya, tak besar sangat. Kalau awak tak ambil, saya rugi. Saya minta maaf lo?

Dia menghulurkan tangan, bersalam. Aku menyambut sambil mengingatkan

Aku: Lain kali kalau berjanji kena ikut. Tak bagus la macam ni awak menyusahkan pelanggan.

Dia hanya mengangguk tanda akur. Lalu berkata:

Bos: Nanti saya ingatkan kat pekerja saya.

Maka selepas itu dia mengajar aku cara untuk mengendalikan henset itu. Dia menyerahkan simpack free yang dikatakan, borang, set henpon. Aku membuat pembayaran, lalu keluar bersama abah, meninggalkan kedai itu selepas menyatakan maaf.

Features:

Twist to access phone, camera, or music functions instantly
Play tracks and create playlists with the music player (MP3/eAAC+)
Memory expandable up to 1GB for 750 songs
Share playlists with your friends over Bluetooth, MMS, or email
Plug your own headphones into the connector jack in the headset cable
Snap photos and video with the integrated 2-megapixel digital camera
Share and publish your mobile memories via blogging
Wide range of applications available for S60 software

Related link: Nokia 3250

Monday, April 17, 2006

Next Posting

Aku tengah buat poll, ade kat sidebar sebelah ni. sudi-sudi lah undi... Undi akan dibuka lebih kurang seminggu lagi. Posting kat bawah pun masih hangat lagi... Bincang-bincangkan...

Take this test at Tickle

You were a Popular Kid
Zaki, you were a Popular Kid Were you voted most popular, class president, homecoming king/queen? Was there a line just to sign your yearbook? Omigod! You were probably the envy of the entire student body! If they could only see you now...they'd probably still be totally jealous.
Sure, your charm and people skills come naturally, but that doesn't mean you rest on your laurels. Or good looks and sense of style, for that matter. You're probably always looking for, like, bigger challenges and high-pressure situations in which you thrive and shine. A lot of your peers still look up to you, which has probably helped propel you toward positions of leadership.
So even if there were enough hours in the day to attend all the events you're invited to, your work and home schedules probably wouldn't allow it. Yes, you were dealt quite a hand, but as your guidance counselor always told you, it's how you play that hand that really counts.

Who Were You in High School?
Brought to you by Tickle

Tuesday, April 11, 2006

Belajar di Luar Negara

Baru-baru ini saya ada menonton satu topik perbincangan yang agak menarik dalam Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Sila jangan salah sangka dan menyempitkan fikiran bahawa lelaki tidak boleh menonton rancangan ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah isi tajuk perbincangan ini di mana Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen dijemput untuk menerangkan lawatan beliau ke Jordan baru-baru ini, menemui pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian tinggi di sana. Apa yang saya dapat simpulkan daripada perbincangan itu adalah pelajar yang belajar di luar negara seolah-olah tidak peka dengan perkembangan negara asal mereka dan masih lagi membawa fikiran kolot mereka ke sana.

Manakan tidak, nama sahaja belajar di luar negara, tetapi keadaannya masih seperti berada di Malaysia. Mereka tidak bercampur dengan orang tempatan lalu membataskan hubungan mereka, lantas menyebabkan mereka tidak dapat memperbaiki kemahiran bahasa mereka, khususnya bahasa Arab.

Apa yang menyedihkan lagi, mereka tidak turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti di mana program yang direncanakan tersebut adalah khas untuk pelajar dari luar Mesir. Malangnya, program ini tidak mendapat sambutan lantaran pelajar-pelajar ini hanyut dengan dunia "Malaysia Kedua" mereka sedangkan hakikatnya kaki mereka menjejak bumi Jordan! Dr Mashitah bercakap berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau kerana beliau sendiri adalah bekas graduan dari bumi Mesir.

Di akhir perbincangan, Dr Mashitah ada memberi peringatan dan nasihat kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke luar negara supaya menasihatkan anak mereka mengikuti perkembangan semasa Malaysia.

Pada pandangan peribadi saya, saya agak terkejut dengan pendedahan ini kerana sepanjang pengetahuan saaya, mereka yang belajar di luar negara tidak terlepas daripada menggunakan kemudahan internet. Mungkin saya salah faham kerana menganggap mereka turut mengikuti perkembangan semasa di Malaysia dengan melayari laman-laman web berita seperti Berita Harian, Utusan, Bernama ataupun yang seumpamanya. Saya mempunyai kawan yang belajar di Korea di mana apabila dia pulang pada tahun lepas, saya ada berjumpa dengannya. Saya tanya kepadanya, "Ko ikut perkembangan Malaysia ke tak?" lalu dia mengiyakan.

Justeru saya membuat kesimpulan mereka yang berada di luar negara tidak terlepas dari mengintai perkembangan Malaysia dari semasa ke semasa melalui internet. Rupa-rupnya saya salah.

Adakah mereka hanya lalai dengan friendster, blog, email lanjutan dan lain-lain tanpa menghiraukan perkembangan semasa dalam dan luar negara walaupun hanya dengan beberapa klik? Sila jangan salah sangka kerana saya tidak menujukan kenyataan ini kepada individu tertentu, tetapi pelajar yang belajar di luar negara secara keseluruhannya.

Kepaada rakan-rakan Gubu yang membaca isi kandungan entry ini, sila sedar bahawa anda membawa nama Malaysia ke sana dan secara tidak langsung anda juga adalah duta kecil Malaysia. Buktikan bahawa pelajar-pelajar daripada Malaysia adalah yang terunggul dengan mengaktifkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti anda. Usah anda hanyut dengan dunia internet anda sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa di sekeliling anda mahupun di seluruh dunia.

Satu lagi yang ingin saya tekankan, jangan terlalu mementingkan diri dan menekankan kepentingan politik dengan bertanya kepada wakil kerajaan yang cuba untuk menerangkan konsep Islam Hadhari kepada pelajar-pelajar di luar negara kerana konsep yang cuba kerajaan terapkan ini adalah untuk kebaikan umat Islam Malaysia bersama, tanpa ada sebarang niat politik. Usah ditanya apa yang Malaysia dan kerajaannya berikan kepada anda, tetapi tanyalah diri anda apa yang anda sumbangkan untuk negara. Usah ditanya apa yang Islam berikan kepada anda, tetapi tanyalah apa yang anda sumbangkan kepada Islam...

[entry berkenaan perkara-perkara menarik dalam Odah Camp II terpaksa dibatalkan kerana isu ini lebih serius dan perlu mendapat perhatian yang lebih memandangkan kebanyakan yang membaca blog saya ini adalah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara]

Saturday, April 08, 2006

Odah Camp II - Lebih Santai dan Sederhana

hari Khamis lepas, aku, Safwan, Syuk dan Asmawi bertolak ke Sungai Congkak, Hulu Langat untuk bercamping. Malas nak taip panjang-panjang, bace je la caption kat bawah ni, pasal baru balik dari camping, penat masih terasa... Akan datang fakta menarik sepanjang camping ini...



Image hosting by Photobucket
Odah Camp dan haiwan seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Jika dalam Odah Camp I kami disapa oleh Cik Ular, kali ni dua ekor kucing ni ini pula menjadi teman. Comel dan manja!
Image hosting by Photobucket
Konsep Odah Camp kali ni masih lagi menekankan aspek makan yang sedap. Di atas adalah gambar kebab daging berlaukkan pelam.
Image hosting by Photobucket
Antara menu-manu lazat yang menjadi hidangan kami berempat.
Image hosting by Photobucket
Ini adalah makan malam pertama kami. Berkonsepkan western; coleslaw, fan fries, kacang panggang, hotdog dan menu utama - barbeque hasil kerjasama Asmawi dan aku.
Image hosting by Photobucket
Mata adalah aset yang berharga, tak kisah apa orang nak kata, yang penting mataku selamat daripada pedih dijamah asap.
Image hosting by Photobucket
Lihat betapa manjanya kucing ini, dengan tak malunya cuba untuk enterframe dalam blog aku.
Image hosting by Photobucket
Ini adalah bunga harum sundal malam. Tiada sebarang perkataan "Puntianak" mahupun yang sewaktu dengannya pada nama bunga... Bunga inilah yang paling banyak turun di atas khemah kami. Kadang-kadang jatuh ke dalam makanan kami, tapi Aiman tak kisah...
Image hosting by Photobucket
Di awal camping, memasang khemah. Cuba teka siapa yang berada di belakang kamera? Ada bakat tak?
Image hosting by Photobucket
Buih-buih ini tidak tenggelam ke dalam air. Sesiapa yang hebat fizik (khususnya Cikgu Amir) boleh terangkan fenomena ini?
Image hosting by Photobucket
Dari sinilah terhasilnya buih-buih belon tersebut. Ibarat kanak-kanak, kami bertanding siapakah yang berjaya menghasilkan belon yang paling besar. Pemenangnya adalah Syuk (yang sedang meniup). Asmawi tak layan...
Image hosting by Photobucket
Sementara Safwan dan Syuk melayan buih-buih belon, aku dan Asmawi hanya memerhati dan bermandikan belon-belon tersebut.
Image hosting by Photobucket
Pose yang kurang menarik tapi mengghairahkan daripada aku sambil tangan membasuh ayam. Ada sesuatu yang menarik ketika membasuh ayam ni. Nantikan posting selanjutnya.
Image hosting by Photobucket
Khemah yang belum didirikan itu ada masalah kebocoran. Akhirnya kami memutuskan untuk merobohkannya kembali dan menyewa daripada pihak pengurusan Kem. Satu Khemah untuk tempat tidur, satu lagi tempat menyimpan barang. Ada significance kami mengkhususkan khemah sebegitu. Nantikan posting selanjutnya tak lama lagi...
Image hosting by Photobucket
Aku bertindak sebagai AJK pengangkutan... sambil khusyuk memandu kereta kembara mak aku.. terima kasih mak....

Tuesday, April 04, 2006

Posting ketiga, hari yang sama, selepas exam...

amik ko... sampai tiga posting sehari sekali....


Your Blogging Type is Unique and Avant Garde
You're a bit ... unusual. And so is your blog.You're impulsive, and you'll often post the first thing that pops in your head.Completely uncensored, you blog tends to shock... even though that's not your intent.You tend to change your blog often, experimenting with new designs and content.


Your Brain's Pattern
You have a dreamy mind, full of fancy and fantasy.
You have the ability to stay forever entertained with your thoughts.
People may say you're hard to read, but that's because you're so internally focused.
But when you do share what you're thinking, people are impressed with your imagination.
What Pattern Is Your Brain?


Your French Name is:
Alexis Boileau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...