Wednesday, October 25, 2006

Catatan Bergambar Hari Raya Pertama

*usah dikata aku indecisive, kerana tidak pernah kubilang bila sebenarnya aku mula berhibernasi :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Memasang pelita di hari mulia. Tapi kalau amik gambar malam, kompem tak nampak, maka ambil gambar siang sahaja. Batangnya ada di situ, dibuat daripada dahan kelapa sawit muda.

Photobucket - Video and Image Hosting
Suasana yang biasa pada setiap kali selepas sembahyang Raya di Kanchong Darat. Sesak!

Photobucket - Video and Image Hosting
Juadah di pagi raya. Arakian mak dan abah sangatlah muak dengan nasi impit dan ketupat setelah dua minggu lebih awal sudah dijamu dengan makanan yang sama, jadi mak menyediakan laksa (yang sedap sudah tentu!) sebagai juadah istimewa. Ketupat yang ada tu pun lebih-lebih semalam, elok lagi...

Photobucket - Video and Image Hosting
Selepas sembahyang raya, menziarahi kubur arwah nenek dan atuk di Kanchong Tengah. (Note: Ada dua buah kampung bernama Kanchong yang duduk sebelah menyebelah)

Photobucket - Video and Image Hosting
Baju itulah yang dimaksudkan "baju hijau striking". Sepanjang hari ini, tak kurang 10 orang berkata tentang baju aku secara terus dengan aku. Tak kurang juga ada yang bertanya "bila nak kawen?!" kerana selayaknya baju sebegini dipakai semasa nikah. Er... baju itu nampak besar! Adakah aku makin susut? Mungkin juge...

Photobucket - Video and Image Hosting
Bila dah duduk semeja dengan saudara-mara macam ni, macam-macam topik menjadi bualan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Air minuman berkarbonat buatan tempatan - Glokal. Sokonglah barangan buatan Malaysia!

Photobucket - Video and Image Hosting
Suasana biasa setiap kali hari raya pertama, rumah ku sesak dengan kenderaan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Juga suasana biasa jika tetamu terpaksa duduk di atas lantai lambang tak cukup seat! Ada 2 set kerusi sofa dan 1 set meja makan, semua penuh!

Photobucket - Video and Image Hosting
Tetamu yang tidak diundang menyapa rumahku pagi tadi. Mujur sahaja tiada sesiapa yang cedera.

18 comments:

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

ARGH!!!
Hatiku merawan keGILAan!!
Aku rindu Raya kat Mesia!!
Aku benci Raya kat negara kapir!!
ARGHHHHH!!!
Malaysia !!!

Ala kulli hal... Aku gembira kerana ko gembira di hari bahagia ni...
Sedih ok Raya aku tahun ni...
Tapi takmoh citer2 nanti tambah sedih...

Takpe... Rayaku start ari Jumaat ni...
SELAMAT ARI RAYA!!

Unknown said...

sabar ihab sabar...
takde niat aku nak mendukacitakan hatimu dengan entry ini.. sabar.. setahun je lagi kat UK nun...

puteri nad said...

huhuuh..x mampu mengomen lantaran menengok makanan2 sedap..jap biar aku tabah

Anonymous said...

aku b'syukur x sempat nengok gambar makanan tue... so alhamdulillah ler... kalau x sure dah punah ranah berderai hati ini...

selamat hari raya, maaf zahir batin kat szakif yg melompat to my blog...

fonso zone said...

apakah indicisive?
adkh indecisive?
apa kaitannya?
oh..bes nyer raya kat mesia...

Anonymous said...

oho...mentang2 dia free sangat kat rabu lepas, tu yg wujudnya entry nie.ZAki..k.ila t'amat2 x pueh hati tui ler..dgn awak..ish~~geram tui!!!!!

DaRk AnGeL said...

oh.. org hibernasi nih dah update dulu...
hehehehe...
tapi aku nyer gmbr byk gmbr2 org.. takde gmbr2 kuih lambang asik kuih lapis sajor kat swak tuh...
aku dah balik zaki oi~!!!
raya sebulan kan.. jemput dtg umah aku..

DaRk AnGeL said...

btw, motif ok gambar ulau tuh? kalau makcik aku tgk ni maunya dia pengsan lambang tak leh tgk gmbr2 ulau nih.. haihhh.. delete la zaki~!

Adlan said...

aisey...

kate nk hibernasi.. ade gak posting ni..

btw.. nape baju kaler hijau gak..

DaRk AnGeL said...

kaler baju hijau sebab dia berkawan baik dgn daun pisang tu.. kekekeke ;p

Unknown said...

@nad...
sila bertabah katanya~

@hazlyn..
benar! tapi santek plak kale ular tu~ rase cam nak bela boleh?

@archilover (matila sengaje salah eja)
wahaha~ sila bertabah cam nad juge~

@mando yang bukan acap...
trimas! salah eja tuh~ muahahha~ raye ngan family kat malaysia memang best~ sila bertabah jua~

@kak ila..
kenapa tak puas hati ok~ sila nyatakan kenape~

@syifa...
motif nak buang? bukannye makcik ko bace pun blog haku ni~ tapi bab raye rumah ko tuh, aku takleh janji rr, sebab aku tak familiar ngan bangi~ ekceli nak menghala ke bangi pun aku tak berapa pasti camne... boleh? lambang takde sedare mareku di sana, lantas jarang sangat2 ke bangi~ sila jangan buat speku ok~ baju kale hijau tu takde kena mengena dengan daun pisang~ keskeskes~

@adlan..
nape? tahun ni baju raye ko hijau jugak ke? sokong PAS boleh? keskeskes~

Anonymous said...

hoho...zaki,
lantas akak nak cadangkan..sila cari bakal saudara kat daerah Bangi sana..senang gitu.secara x lansung ko akan familiar daerah sana...HA! ambik ko...kui..kui..
NAd! sila cover akak!!!

DaRk AnGeL said...

oh saya pun boleh tolong cover kak ila... haiisshhh.... siap~!!!

ala zaki, kau menghala je ke kajang or putrajaya sebab bandar baru bangi ni is in between kajang and putrajaya... dah sampai area2 situ kang, cam biasa, tepon jer lah aku. aku pun tak familiar lgsg dgn klang.. apatah lagi nk ada sedara kat sana.. tp mujur lah kak ila ada~! ;p nak harapkan kau.. mmg lambat ler~ ;p

Anonymous said...

ohhhh~~~ syifa nak mgcover ke or nak mgkungfu ni yeak..so akak pun buka silat jawa pula d sini..haipp!
meh masuk...:p

betul gak ko kata syifa.cuma akak nak suggest.bila zaki dah sampai kat area kajang tu, ko tinggal ambik dia pakai keta ko manakala keta dia tinggal kat situ.bila dia nak balik ko hntar dia balik kat tmpat dia ltak keta.x leh ke mcm tu..hehehe

hoho...ada amendment ler..awak masa tu x gi klang tau..tapi dah kat wilayah Banting.So respect SYIFA d atas kberaniannya.
jgn jadi mcm org tu..x familiar kat sst tmpat lantas x mo pergi.WEK!

DaRk AnGeL said...

kihkihkihkih... tak pasti lak area mana saya sampai masa tu tapi mmg main redah bwk jer lah kak ila~! kenduri kawen mmber baik punyer pasal.. tabahkan jugak~ drive sensorg tau masa tu.. huhuhuhu~

tapi cdgn kak ila tu tak dapat diterima pakai kot lambang dia lelaki gagah perkasa.. seharusnyer dia kene berusaha utk sampai ke destinasi walau apa jua rintangan yg melanda kan.. hikhikhik ;p kalau saya boley sampai banting sensorg, takkan dia tak leh nk sampai bangi ni kan.. muehehe ;p

Anonymous said...

Lantas zaki perlu ambil perhatian kata2 Syifa kat atas tu.
Nanti jika k.ila menambah..ada org hntar sms d samping rungutannya pula..huk..huk..

(kecian...ada org x leh buka mulut smalam..keh!keh! & KAWOS!!!)

Unknown said...

males aku nak cakap panjang2.. semuanya telah dijelaskan kat sms...

tapi aku TAK PERNAH KATE TAKNAK LANGSUNG MENCUBA berjalan ke bangi ok~ :D

DaRk AnGeL said...

hehehe zaki~ cuba lah cuba... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...