Emosi 1: EmosionalAku pernah berkata kepada seseorang – bila buka blog ni, bermakna kita akan ada satu lagi tanggungjawab. It’s up to you on how you wanna hold the responsibility. It’s also up to you whether to be active in blogging or not, and you can stop blogging anytime you want without any notice. To me, this blog is where I write my life.
Sejak dua menjak ni, aku selalu mengeluh di sini. Tak boleh study... sibuk... tak cukup masa and so on... Maaflah. Bukan niat aku untuk membebankan otak korang memikirkan tentang diri aku. Kalau rasa blog aku ni menyusahkan, dipersilakan menekan butang pangkah kat penjuru atas kanan tu. Tekan sekali and that’s it. Forget me. Cuba la buat kalau berani!!!
Maaf la sekali lagi. Tiba-tiba jadi emosional pulak. Pada jam 2 pagi macam ni, otak memang serabut.
Waktu-waktu macam ni banyak membawa diri aku ke satu sudut yang lain. Mengintrospeksi diri, memuhasabah diri, mengenang perbuatan yang baru sudah dilalui beberapa jam lepas, beberapa hari lepas, beberapa minggu dan seterusnya. Isu-isu persahabatan yang tak menentu, pelajaran yang susah, persekitaran yang makin mencabar, tanggungjawab yang menuntut kesabaran dan kecekalan yang tinggi, masyarakat yang makin celaru, dan macam-macam lagi terus mengisi ruang sempit otak ini.
Buka mata je, kena buat pilihan. Teruskan tidur atau bangkit? Jika tidur, berapa lama nak postpone waktu bangkit? Jika bangkit, mahu duduk seketika di katil atau terus menapak ke tandas? Pilihan terus menghantui hidup. Dan itulah hakikat hidup – sentiasa membuat pilihan. Ada kalanya pilihan itu tepat. Ada kalanya pilihan itu tidak tepat, tanpa sengaja. Ada kalanya juga, sengaja membuat pilihan tidak tepat dan bersedia untuk menerima natijah. Tak kurang juga, kadang kala tiada pilihan langsung! Oh! Inikah kehidupan?
Siang tadi kelas Lab Anatomy, ada seorang classmate bertanya kepada lecturer – what’s the meaning of life. Motif tanya soalan macam tu? Terus terngiang-ngiang sampai sekarang soalan tu. Jawapannya mudah – life is complex. TITIK.
Emosi 2: MarahSemalam aku tonton pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk K. Siaran tertunda katanya, merase la tengok pada pukul 11 malam bersama member-member odah aku.
Bapak kaya Siti ngan Datuk K buat majlis pertunangan dan pernikahan semeriah itu. But that’s not my point actually. Apa yag aku tak puas hati adalah perempuan-perempuan yang masih tak paham-paham arahan pihak masjid yang mengarahkan supaya menutup aurat jika mahu masuk ke dalam masjid untuk menyaksikan majlis tersebut.
Pakai tudung (kalau boleh aku tak nak istilahkan kain itu sebagai tudung), setakat tutup leher je. Itu pun transparent. Masih lagi nampak leher. Rambut tak usah cakap la. Dia nak tunjuk dia pergi saloon sebelum menapak ke masjid agaknya. Ada pulak duit nak bayar upah saloon ye? Tudung yang tak sampai RM50 pulak tak mampu nak beli. Ironi kan?
Tambah ironi lagi, bukannya makcik-makcik kampong yang buat macam tu, tapi isteri-isteru menteri! Si laki dok hebah Islam Hadhari sana sini, tapi bininya sangat la hadhari katanya. Hm~ Kalau la aku pihak pentadbiran masjid, dah lama aku halau perempuan-perempuan macam ni, pasal awal-awal lagi pihak masjid dah bagi amaran, masuk masjid kena TUTUP AURAT. Tak paham-paham lagi ke? Atau tak tahu di mana aurat perempuan? Atau tak pernah tahu apa itu aurat? Atau laki ko yang hadhari tu tak pernah ajar tutup aurat?
Tolong la... dalam masjid ok!
Emosi 3: Gembira
Aku nak ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR buat sorang member odah - Safwan (baju putih) pada hari ni, 22 Ogos 2006. Maka genapla umur ko 22 tahun ye Safwan? It's being nice to know you these past 4 years. Tapi motif ko tak mengaku lebih tua daripada kitorang? Hahah~
Dan motif
blog ko lama tak update?
susah sebenarnye bila aku asyik kena design tag. kering idea beb!