Thursday, March 30, 2006

Asyik Baca Buku je, Sesekali Keluar juga - KLCC

Hari Rabu lepas kitorang pi keluar ke KLCC, makan angin... Malangnya hujan merencatkan perjalanan "piknik" kitorang...

Selepas hujan reda, nematod mula muncul dipermukaan bumi.

Jungle tracking di KLCC sambil meredah rintik-rintik gerimis.

Hujan dengan kejamnya mengganggu picnic kitorang...

Cuaca makin gelap, nak hujan... antara posing-posing terakhir sebelum langit runtuh.

Cuaca makin gelap, nak hujan... antara posing-posing terakhir sebelum langit runtuh.

Dalam tren Putra LRT, bersama Zubir

Ni sape yang tak puas lagi tengok muka ASMAWI DALI, sila la... (tanpa kebenaran)

Ni sape yang candid amik muka aku tengah melantak ni????

Mamat-mamat batak.

Lepas sampai KLCC, terus cari McD, syarhutto'am yang dirancang dengan sengaja.

Monday, March 27, 2006

Ulasan Album Tiada Lagi Kasih - Inteam



TanpaMu
Senikata: Akmal Mirwana
Senilagu: Akmal Mirwana

Lagu ini dijadikan sebagai single pertama untuk album ini. Saya ada menonton persembahan inteam dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 di mana lagu ini dinyanyikan secara miming. Minit pertama lagu ini kurang menarik minat saya, tetapi telinga semakin serasi apabila tiba di bahagian chorus. Sepanjang pengetahuan saya, ini adalah kali pertama Akmal Mirwana menyumbangkan lagu kepada inteam, tetapi yang menariknya lagu ini betul-betul melambangkan inteam yang dahulu. Saya ada terbaca dalam sebuah akhbar di mana intem menerangkan bahawa hanya lagu ini yang membawa imej inteam yang lama, tetapi saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini.


Kehidupan (duet bersama Nazrey Raihan)
Senilagu: Nazrey Johani
Senikata: Nazrey Johani

Disebabkan lagu ini diciptakan oleh Nazrey Johani daripada kumpulan Raihan, saya tidak boleh lari daripada membandingkan corak lagu ini dengan lagu yang dibawa oleh Raihan. Apa-apapun, apa yang betul-betul berkesan di hati saya adalah lirik lagu ini yang menasihatkan kita supaya bersabar apabila ditimpa ujian, dan hidup ini penuh susah dan senang yang silih berganti. Kehadiran Nazrey dalam lagu ini pada saya tiada apa bezanya jika lagu ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Inteam. Mungkin atas sebab membawa kelainan, komposer lagu ini dijemput menyumbangkan suara sama.


Segenggam Tabah
Senilagu: Fadzli Far East
Senikata: Ito Lara

Ini bukan inteam! Serius! Betulkah inteam menyanyikan lagu seperti ini? Entah mengapa otak saya secara tiba-tiba teringat kepada Akademi Fantasia apabila mendengar lagu ini. Tidak dapat dijelaskan. Tidak ada sebarang elemen urban, tapi ini kali pertama inteam menyanyikan lagu dalam genre seperti ini, sedikit pop dan R&B. Bagaimanapun lagu ini kurang melekat di telinga saya ketika pertama kali mendengarnya.


Senandung Budi
Senilagu: Rahim Inteam
Senikata: Alif Lam Ra

Wah… irama Malaysia yang betul-betul dekat dengan hati saya! Lagu ini amat sesuai sekiranya dijadikan lagu tema untuk Kempen Budi Bahasa yang sedang ligat dijalankan darsawarsa ini. Penulis lirik lagu ini tidak lari daripada menggunakan susunan tatabahasa dan kosa kata yang sesuai dengan lagu bergenre irama Malaysia yang dimuatkan dalam rangkap-rangkap pantun seperti berikut:

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik


Taman Firdausi
Senilagu: Amin Inteam
Senikata: Amin Inteam, Frizdan, Ustaz Pahrol Md Juoi

Lagu ini pada pendengaran saya tiada apa yang menarik dan unik melainkan suara latar kanak-kanak yang turut menyanyi di hujung lagu ini. Lambat benar lagu ini untuk mendapat tempat di hati saya walaupun selepas beberapa kali mendengar.


Selawat Badrul Ain (menampilkan Muadz al:Masaar)
Senilagu: Muadz al:Masaar
Senikata: Copyright Controlled

Tidak seperti lagu yang dinyanyikan bersama Nazrey Johani, suara penyanyi jemputan ini sukar untuk dibezakan dengan suara Amin dan Rahim. Namun saya rasa lebih baik kiranya Amin yang menyanyikan bahagian yang dinyanyikan oleh Muadz. Tiada apa bezanya. Berkata tentang melodi lagu ini, walaupun selawat tetapi dinyanyikan dalam bentuk yang rancak yang begitu mesra di telinga. Pertama kali mendengar lagu selawat ini, saya tidak dapat mengelak daripada menggoyangkan kepala dan bahu seperti orang yang sedang khusyuk bertasbih.


Pesona Dunia
Senilagu: Azahari NowSeeHeart
Senikata: Lukhman S

Melihat kepada pencipta lagu ini, saya cuba untuk membandingkan lagu ini dengan lagu yang diciptakan oleh bekas ahli kumpulan NowSeeHeart yang sangat genius penciptaanya – Muhaimin NowSeeHeart (kalau tak silap). Namun saya masih meletak Muhaimin di atas kerana lagu ciptaan Azahari dan nyanyian inteam yang satu ini seolah-olah ada lompang-lompang kosong yang boleh diisi dengan sesuatu untuk memperbaiki dan memantapkan persembahan lagu ini. Pada pandangan saya, lagu ini masih menampilkan bentuk lagu yang dibawa inteam dalam album-album yang terdahulu.


Stand Together
Senilagu: Syah Inteam
Senikata: Lina (NHN)

Untuk lagu ini, secara dasarnya saya suka dengan komposisi lagu yang padat dan turut disempurnakan dengan harmoni suara latar yang teratur dan kemas, tetapi belum cukup kuat untuk menarik perhatian pendengaran telinga saya. Namun begitu, saya lebih tertarik kiranya lagu ini diberi judul “In-team” berbanding Stand Together memandangkan ini adalah pertama kali kumpulan inteam menggunakan nama kumpulan dengan ejaan yang baru (dahulu in-team dengan tanda sengkang) untuk memberi penghormatan ataupun “tribute” kepada ejaan yang lama. Simbolik sedikit tetapi masih membawa maksud tajuk yang sama.


Cintailah Ilahi
Senilagu dan senikata: Bakafro

Lagu poyo tapi sedap! Sekali dengar memang terus melekat di telinga dan menghiburkan, atau bahasa mudahnya easy-listening. Saya tak pasti apakah jenis muzik yang diterapkan dalam lagu ni kerana sepanjang pengetahuan saya, ini pertama kali Inteam bereksperimentasi dengan muzik seperti ini.


Pemergianmu
Senilagu: Frizdan
Senikata: Frizdan

Lagu ini dimulakan dengan sebuah narration yang sangat menyentuh hati, menceritakan tentang tingginya kecintaan dan kerinduan umat Nabi Muhammad setelah pemergian baginda. Dengan diiringi permainan piano yang cemerlang, ditambah dengan isi narration yang sangat puitis, saya begitu tersentuh. Saya harus berterus terang untuk menyatakan bahawa hidung saya sudah mula ngilu apabila mendengar narration ini. Apabila narration tamat, intro lagu ini menggunakan permainan piano dengan melodi yang sama menunjukkan seolah-olah narration tadi adalah sebahagian daripada lagu ini. Ditambah dengan bunyi bass yang kena pada butir lirik yang disampaikan, begitu menyentap jiwa. Saya hampir tewas dengan emosi sendiri apabila mendengar lagu ini hingga ke hujungnya. Satu garapan muzik, lirik, dan nyanyian yang cemerlang daripada inteam yang begitu menyentuh hati. Maafkan jika saya agak emosional dalam ulasan untuk lagu ini tetapi saya perlu terangkan bahawa pertama kali saya mendengar lagu ini adalah pada waktu awal pagi, 1 pagi dalam suasana sunyi – keadaan yang cukup sesuai untuk mendengar dan menghayati lagu seperti ini. Saya ingin memetik sebahagian daripada lirik lagu ini di bahagian chorus:

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya


Secara keseluruhannya, album Tiada Lagi Kasih ini memenuhi kehendak saya sebagai peminat inteam khususnya dan peminat lagu-lagu nasyid secara amnya. Saya tidak rasa rugi membeli album-album terbitan dan nyanyian inteam kerana saya tahu ada kesefahaman dan keserasian dalam jiwa muzik bermesej antara saya dan inteam. Heikal yang berada di Korea, dah ada album ni belum? (Heikal adalah peminat nombor dua inteam selepas saya)

Link ke laman web inteam di sini

Sunday, March 19, 2006

Suatu Introspeksi selepas Beberapa Lame Blogging...

Sebelum saya menaip lebih lanjut, baik saya bagitahu awal-awal bahawa ini adalah entry terakhir sebelum dibekukan selama 2-3 minggu. Tuntutan exam membataskan pergerakan blog yang selama ini sentiasa aktif. Takpe la… One more thing, saya gunakan ganti diri “saya” instead of “aku” untuk menghormati pembaca yang lebih tua (khususnya Cikgu Amir dan lecturer UIA jika ada)

Setelah beberapa bulan terlibat dengan dunia blogging, dah macam-macam saya temui. Daripada blog yang memang saya tak tahu cam ne nak ubah settingnye, hinggalah apa yang anda dapat tengok sekarang ni. Walaupun ramai yang puji design yang lama, saya nak ubah jugak. Biarlah orang kate ape saje, self obsess ke (macam sayangsaufiah kate), capub ke, ini adalah design yang saya suke.

Hehe… serius benar bunyinye… Kredit kepada Fauzan yang membantu mengindahkan blog ni dengan sumbangan code HTML nye…

Berikut adalah beberapa kebaikan dan keburukan yang saya dapat daripada blogging:

[Kebaikan]

1. Kenal ramai orang. Dimulakan dengan pertemuan jejak kasih dengan Cikgu Amir Azmi yang terpisah sejak beliau keluar dari SAMBEST hinggalah kepada seseorang (baru je tahu tadi) yang merupakan kawan kepada kawan saya yang berada di Ukraine (terpakse ditooootkan sebab dah berjanji dengan dia). Untuk makluman, saya juga mendapat tawaran ke Ukraine daripada SUK Selangor, tetapi saye terpaksa melupakan tawaran tersebut atas halangan ibu bapa. Saya sedar, redha Allah terletak atas redha ibu bapa.

2. Belajar banyak perkara dan berkongsi pengalaman. Membaca tulisan bloggers banyak memberikan saya ilmu yang tidak saya dapat daripada buku-buku teks. Sebagai contoh – ilmu HTML coding dan pengalaman Cikgu Amir yang berada di Australia sekarang.

3. Tak leh berpisah dengan laptop. Laptop digunakan sepenuhnya. Hasilnye kecintaan terhadap laptop bertambah-tambah. Hehe…

Image hosting by Photobucket
Laptop yang disayangi.... juga dinamakan "szakif"

4. Dapat melepaskan ketegangan (tension) dengan menukarkan daya ketegangan tersebut kepada daya kinetik pada jari-jari yang laju menaip. Hasilnya hari-hari berlangsung dengan ceria…!

5. Brainstorm. Ada juga tulisan saya yang berkisarkan hal-hal semasa di mana perkara tersebut agak menarik untuk dibincangkan dan isi fikiran saya diterjemahkan dalam bentuk susunan huruf dan perkataan dalam entry blog.


[Keburukan]

1. Agak leka dengan surf internet. Kekadang sampai 3-4 jam terperuk depan laptop.

2.“Menderma” RM70 untuk tempoh 3 bulan untuk bayaran wireless yang banyak sangat masalahnye. Wireless di USM free je, UIA tak… hm…

3. “Menderma” lagi beberapa belas ringgit untuk membuat panggilan ke office gowireless sebab ade saje problem dengan connection. Pastu alasan yang paling menyampah saya dengar - “technician takde”…

4. Membelanjakan RM700 untuk membeli divicam dengan tujuan supaya blog dapat dihias dengan gambar dan occasion yang berlaku dalam hidup. (takde la buruk sangat actually)


Jadi berdasarkan pertimbangan di atas, saya memutuskan untuk terus memblogging. Mungkin ini boleh menjadi resume untuk saya memohon kerja sebarang medical journalist?

Akhirnya, doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan final pada minggu hadapan. Dapat dean’s list pun dah cukup bagus. Tapi ini tak bermakna saya akan membiarkan blog ini bersawang. Sebarang komen akan saya balas, insya Allah…

Thursday, March 16, 2006

Kemenangan di USM - Dean, Prof Torla Belanja Makan!

Ini gambar-gambar mase makan dengan Dean kat Tarbush, Ampang Point. Beliau belanje kitorang makan sebagai hadiah kemenangan dan penghargaan kepada kami yang menjulang name UIA kat Pertandingan Kuiz Sains dan Teknologi kat USM baru-baru ni. Turut serta Deputy Dean, Dr. Irwandi dan lecturers yang mengiringi kitorang, Kak Wani Wan dan Mdm Mimi. Yang tak dapat serta Zulhilmi pasal ade test dan Sis Amanda. Terima kasih kepada lecturer-lecturer yang melawat blog ni (adeh... malu pulak rasenye gune bahse melayu je...) especially Dr. Irwandi dan Kak Wani Wan (mereka berdua bagitahu aku diorang bace blog aku ni!). Dan terima kasih tak terhingga kepada Prof Torla yang membawa kami lunch kat Tarbush. Sedap!





Tarbush, Ampang Point


Habis makan suke la! hehe...


Lambang Tarbush


Selepas...


Sebelum... (saje wat terbalik)


Meneliti menu yang pelik-pelik... Vimto?


Adeh... susah sangat ke nak pikir order?


Restaurant yang lawa...


Tu dia Prof Torla...


Kesian takde gambar Safwan dalam ni... hehe....

Wednesday, March 15, 2006

Menyelamatkan Kucing daripada Diseksa II





apa yang korang akan buat kalau nampak kucing yang diikat kakinya dengan tali getah sehingga kakinya membengkak? manusia ke yang buat macam ni? ataupun setan yang bertopengkan manusia? kalau la kutahu sape punye kerja ni, nahas!!!!!!!




cube untuk memotong tali getah... kucing meronta-ronta kesakitan...

gunting tak boleh, kitorang guna pisau pulak. ikatannya sangat kuat! darah tak jalan!

tengok macam mana punye ketat ikatan tali getah tu! bandingkan saiz kaki yang diikat dan yang satu lagi. beza sangat!

closer look... look!

kesian kucing ni...

terima kasih safwan, asmawi, mae, dan roomate mae (tak tahu name)... aku sebagai photographer dan penyumbang gunting.
untuk membace Menyelamatkan Kucing daripada Dikseksa part I, klik sini...

Sunday, March 12, 2006

Mewakili UIA ke USM (updated)



Image hosting by Photobucket

pasukan UIA yang world!


Baru-baru ini, pada 10-11 Mac 2006, UIA telah menghantar dua buah pasukan dari Kulliyyah of Science ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pertandingan kuiz Sains dan Teknologi bersempena Minggu Sains dan Teknologi yang dianjurkan oleh Persatuan Kajihayat (or something like that la... tiru cam ayat sultanmuzaffar).


Khamis, 3.00 petang...


Image hosting by Photobucket

menaip di dalam bas yang bergerak, memeningkan...

Mak ai... sempit betul bas ni. Susah aku nak menaip. Goyang-goyang pulak tuh. First time aku menaip dalam bas. Actually, mase aku taip posting ni, aku dalam perjalanan ke USM Penang, untuk mewakili UIA dalam Kuiz Sains. Menurut Dr. Irwandi, Dean of Student Affair for Kulliyyah of Science, ini adalah kali pertama UIA menghantar wakil in such quiz competition. Rasa bangga jugak la... hehe... may be ini sumbangan aku untuk UIA dan aku berjanji untuk melakukan sehabis baik dan aim aku cuma satu - menang!

Betul kata Haris, international student, classmate aku dari India, aku bukan hanya mewakili UIA tapi juga membawa nama Islam!

Aku rasa baik aku perbetulkan; bukan aku sorang saje yang dipilih menyertai kuiz ni, tapi there are 9 more students from Kulliyyah of Science akan bekerja bersama untuk membawa kemenangan kepada UIA. Amin...

Berbalik kepada cerita perjalanan tadi, aku masih lagi berada di highway PLUS, baru sekejap tadi kitorang berhenti di Perhentian Tapah. Asing benar tempat ini bagi aku. Rasanya ini adalah kali kedua aku melalui highway ni. Dulu kali pertama masa ikut hantar sepupu kahwin kat Kedah, pastu melencong ke Perlis, shopping. It was when I was 16 if I'm not mistaken.

Ha! Baru je melepasi sebuah air terjun. Tak pasti pulak air terjun apa. Lawa! Subhanallah...

Merentasi gunung ganang dan bukit bukau yang tersergam indah menyaksikan betapa kerdilnya aku di bumi ini. Indah benar ciptaan Allah.

Adeh... tak selesa betul keadaan aku menaip ni. Stop dulu...


Jumaat, 3.30 petang.

Masa aku taip ni, pusingan pertama peringkat separuh akhir sedang berlangsung. Baik aku ceritakan apa yang berlangsung pagi tadi.

Pagi tadi pusingan pertama berlangsung di mana enam buah kumpulan daripada 5 universiti terlibat dalam pertandingan ini - USM, UIA I, UIA II, UiTM, UPSI dan KUSTEM. Pusingan pertama menuntut semua peserta untuk menjawab soalan kuiz berbentuk objektif. It's no more than like having examination. Tempat duduk diasingkan sorang-sorang. Rasa macam bukan quiz antara universiti, tapi macam ambil exam plak! Haha...

There are 80 questions to answer, semua yang berkenaan dengan biologi, chemistry, physics, modern math and additional math. Bagi aku sendiri, dah la lame tak belajar math dan fizik, otak pun poning nak menjawab soalan math. Maaf Cikgu Amir!!!! Haha... bila masuk bab janjang, aku memang surrender! Tak ingat formula!!!

Soalan yang lain aku jawab dengan tenang dan agak senang berdasarkan apa yang aku belajar masa kat sekolah menengah dulu. Ada la jugak soalan peringkat matrik, tapi tak banyak. Focus soalan lebih banyak kepada syllabus sekolah menengah.

Oh ya! masa yang diperuntukkan untuk menjawab kesemua 80 soalan adalah 100 minit. (terima kasih safwan kerana memeningkan aku).

Selesai "kuiz" tu, kitorang dibenarkan keluar dari dewan. Lebih kurang 30 minit kitorang menunggu sebelum keputusan diumumkan. Hanya 5 kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir, which means there rest one group will be eliminated. Na'azubillah... apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa supaya kami tak disingkirkan awal-awal...

Maklum la... jauh kami merantau dari Gombak merentasi Jambatan Pulau Pinang (first time dalam hidup aku) bukanlah untuk bergelar loser. Kami tak mahu kalah, kami mahu menang! Hooray!

Melalut pulak aku... Maka keputusan diumumkan...

Kumpulan yang layak mengikut turutan markah tertinggi ke markah paling rendah:
UIA I (group aku)
UIA II (safwan nak jugaaak)
USM
UiTM
UPSI
KUSTEM

Alhamdulillah... Maka jelaslah kedua-dua pasukan UIA layak ke peringkat separuh akhir manakala bukan rezeki pasukan KUSTEM untuk terus berjuang. Kredit untuk pasukan KUSTEM kerana turut membawa seorang wakil yang bukan berbangsa Melayu kerana hanya pasukan ni je yang camtu. Pasukan lain semua orang Melayu. Tak tahu pulak kenapa seolah-olah pertandingan ni untuk orang Melayu pulak!

Habis aku taip ni, masa untuk pusingan pertama, peringkat separuh akhir ni is about to the end. Pasni ada dua lagi pusingan dengan format yang berlainan. Stop dulu, sambung taip malam nanti.


Image hosting by Photobucket

separuh akhir. UIA I: asmawi, fauzan, kak miza.

Image hosting by Photobucket

waiting the expected result, boleh la tersenyum pasal dah tau result awal-awal...

Image hosting by Photobucket

pose lagi...


Jumaat, 9.00 malam...

Kami layak ke peringkat akhir! Kedua-dua kumpulan dari UIA berjaya melepasi peringkat separuh akhir.

Mase pusingan kedua, peringkat separuh akhir tadi, agak banyak masalah yang jelas timbul. Yang paling menjadi perhatian adalah apabila MC tidak faham sepenuhnya flow pertandingan. Ironinya, dia yang membacakan flow pertandingan tu, but at last dia yang gagal memenuhi tuntutan flow tersebut. Natijahnya, ada sedikit kekeliruan timbul dan menyebabkan pasukan UiTM yang menjawab salah mendapat 5 markah percuma!

Pusingan ketiga peringat separuh akhir berjalan dengan agak tenang. This stage ran quite smoothly although there were some ad hoc adjustments had been made.

Selesai pusingan ketiga, kami berehat sebentar. Kami disajikan dengan tayangan video. Kami dimaklumkan tayangan tersebut adalah berkenaan Sign of the Last day or something like that la, but to me the show was nothing more than rubbish. Isi bagus, tapi persembahan "ilek". Tak dengar apa yang disebut oleh narrator. So, kitorang yang berada di barisan penonton lebih banyak berbincang dan mengodah. Haha!

Keputusannya...

UPSI mendapat markah kumulatif paling tinggi, diikuti UIA I dan UIA II. The other two groups, USM and UiTM hanya sekadar mampu berpuas hati dengan markah yang rendah sekaligus tidak melayakkan mereka melangkah ke peringkat akhir.

Pada aku, jangan pandang rendah dengan UPSI ni. Walaupun pada awalnya diorang score paling rendah dalam peringkat pertama, tapi bila sampai peringkat separuh akhir, they all melonjak. Esok peringkat akhir, jangan main-main! Caiyok UIA!

Image hosting by Photobucket

sessi perbincangan malam sebelum final. subjek SPM...

Sabtu, 6.00 petang sambil ditemani Safwan yang tengah hisap lollipop, dalam bas.

Ho ho ho hai gumbira!!! UIA menang!!! Tempat pertama dan kedua� UPSI hanya mampu tersenyum di tangga ketiga. Kemenangan kali ni mutlak, takde sebarang pertikaian. Dari UIA sendiri kitorang ada juruanalisa statistic tak bertauliah yang mengira markah setiap peserta. Mereka terdiri daripada Safwan sebagai Ketua Juru Audit, Asmawi sebagai penolong Juru Audit dan Zulhilmi sebagai pengkritik (menurut kata Safwan yang berada di sebelah).

Pada peringkat akhir ni, aku mewakili pasukan UIA I bersama Kak Miza dan Fauzan sementara UIA II diwakili Mahfuz, Kak Lina Diyana (yang lawa tapi sedih dah berpunya) dan Kak Syimah (yang sporting jugak orangnya).

There were two rounds for this final stage. The first one is where each group will be given 3 minutes to answer as many questions as they can. So untuk round ni kemahiran mendengar dan mentafsir maklumat dengan cepat amatlah penting. Nasib baik jawapan yang perlu dipilih sama ada betul atau salah, jadi senang la.

Pasukan UIA beruntung kerana kami memilih sampul yang terkandung soalan yang agak mudah berbanding pasukan UPSI yang gagal menjawap banyak soalan dengan tepat. Di sinilah kelemahan mereka amat ketara dan menyumbang kepada kekalahan mereka.

Di pusingan kedua, this time it's more like a quiz di mana soalan dipaparkan di papan layar dan setiap pasukan perlu memilih satu jawapan sama ada A, B, C atau D. Ada jugak beberapa soalan yang memang kami tak tahu apa-apa, so apa lagi, tembak la! Hehe... alhamdulillah, walaupun tembak, tapi kebanyakan yang ditembak itu betul.

Selesai kuiz, para penganalisa kami di bawah senyum tersipu-sipu menandakan kemenangan yang berpihak kepada kami. Kami pun dah dapat agak pasal kami sendiri mengira markah sambil bertanding! Haha... maklumla, peristiwa semalam membuatkan kami begitu berjaga-jaga dengan system pemarkahan. Sepanjang pemerhatian aku, juru audit pihak penganjur adalah dari kalangan komiti mereka sendiri, jadi ketauliahan mereka boleh dipersoalkan. Bukan mahu memperkecilkan, tetapi kami hanya berjaga-jaga.

Maka pulanglah kami ke UIA dengan gembira. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi Dr. Irwandi.


Image hosting by Photobucket

pasukan UIA I: aku, kak miza, asmawi, fauzan dan zulhilmi (team manager)

Image hosting by Photobucket

pasukan UIA II di final: Lina Dyana, Kak Syima dan Mahfuz

Image hosting by Photobucket

pasukan UIA I di final: kak miza, fauzan, aku.

Image hosting by Photobucket

menunggu final bermula

Image hosting by Photobucket

menunggu final bermula, tenangkan minda...

Image hosting by Photobucket

bergambar selepas upacara penyampaian hadiah


Fakta menarik sepanjang berada di USM:

1. NOK! Nak tahu apa tu nok? Lelaki lembut yang memang takde cover-cover. Suara jantan, rambut betina, kain pelikat jantan (dari sembahyang jumaat), punggung betina and of course gaya bercakap dan berjalan mengalahkan perempuan. Ada banyak@ramai golongan species ni kat USM rupanya. Er... since aku ni ada rupa, aku menjadi perhatian mereka! (gelak bagai nak rak)

2. Jejak kasih dengan rakan sebilik masa kat SAMBEST dulu, Hafiz Khalid. Dah kurus dia sekarang dan bertambah hensem (nak puji Hafiz supaya dia akan kerap mengunjung blog ni... hehe)

3. Bilik yang selesa. Kredit untuk bilik penginapan USM yang world! Luas dan selesa. Tandas pun bersih.

4. Komiti yang sangat sporting, lebih-lebih lagi pengarah kuiz. She's very responsible and approachable. Er... mintak nombor boleh? (gelak lagi)

5. Teamwork yang world! Tak sangka kitorang boleh duduk semeja berbincang subjek SPM pada malam sebelum final. Walaupun apa yang kami bincangkan tak banyak menyumbang untuk menjawap soalan-soalan di final, sekurang-kurangnya sessi ini telah merapatkan hubungan kami dengan lebih erat lagi.

6. Harga makanan yang sangat murah. Pada mulanya kami agak terkejut dengan harga makanan dan minuman yang jauh lebih murah berbanding di UIA. Maklumla... di UIA sana harga standard KL, taraf hidup dan kos sara hidup tinggi, nak buat cam mana... kat penang ni, harga lain. Menurut sumber, harga nasi campur dikomplen walaupun pada aku dah cukup murah. Nasi+sayur+ayam=RM2.20 dah kira murah la tu, kalau kat UIA.

7. Pingat patah! Kepala pingat untuk Naib Johan patah, kredit untuk Pengarah Kuiz yang berterus-terang dan sedia untuk menyediakan piala yang baru dan akan diposkan ke UIA. Kami sedang menunggu piala tersebut!

8. Singgah di KOMTAR. Dalam perjalanan pulang, kami meminta pemandu bas membawa kami singgah di KOMTAR untuk membeli belah. Maklumla... bukan selalu berjalan ke negeri orang, jadi nak jugak cari barang kenang-kenangan... aku beli dua pasang baju dan asam buah pala untuk mak cik-mak cik classmate aku.

9. Pemandu bas yang world. Biasanya orang ada masalah dengan pe'el pemandu bas yang cerewet, tapi kami bertuah sebab kedua-dua (aku tengah lalu terowong!!!!) pemandu bas ni ramah, mesreeeee (cam Bob AF2) dan world! Terima kasih pak cik!

10. Gear tak boleh masuk! Masa aku taip ni, tetiba bas ade masalah gear. Na'uzubillah... jauhi kami dari sebarang masalah...

11. Perkataan "sentap" menjadi perkataan paling popular sepanjang kami berada di sana. asalnya safwan yang mulakan sebab dia tersentap pasal masa dinner pada malam pertama di USM, nasi goreng yang dia order habis. dah tu tauke restaurant tu plak tak bagitahu, punye la dia menunggu... kesian... sentap! Fauzan pun dan pandai sebut perkataan tu... hehe...

12. Penyertaan aku dan Fauzan mewujudkan satu medium antara kami untuk lebih rapat. sebelum ni cuma kenal melalui blog je, tapi sekang aku dah kenal siapa mamat botak ala mawi (tapi dia tak minat sangat kat mawi) ni...

[apa yang aku fikirkan...]
[lain kali kalau ada pertandingan macam ni lagi, aku nak masuk la!]



Image hosting by Photobucket

odah...

Image hosting by Photobucket

mamat-mamat batak... haha...

Image hosting by Photobucket

jambatan penang, first time lalu kat sini.

Image hosting by Photobucket

singgah di komtar sebelum bertolak pulang ke UIA

Image hosting by Photobucket

on the way to penang, singgah di Hentian Tapah.

Image hosting by Photobucket

makan time! mee kari yang tak world!

Image hosting by Photobucket

senyum lebar...

Image hosting by Photobucket

makan, acara wajib! hehe...

Wednesday, March 01, 2006

Penting ke Makwe ni?

Entah kenapa hati ini seakan tersentap bila dua biji mata ini menyaksikan sepasang pasangan makan bersama-sama di café. Seakan kukenal yang bertudung itu, bertubuh tinggi mengalahkan lelaki (tapi aku tak kalah), berfesyen lain yang lain, dia dengan dirinya yang tersendiri. Siapa pula lelaki yang bersama dengannya? Tidak pernah pula aku tahu siapa gerangan lelaki itu.

Oh ya! Baru kukenal yang bertudung itu. Dialah yang pernah berada di suatu tempat dalam hatiku. Tempat yang tidak pernah terisi. Dia yang pertama mengisinya. Aku sendiri yang mengambil gerangannya, meletakkan dia, menyematkan kemas dalam hatiku. Namun tidak pula kutahu sama ada dia melakukan perkara yang sama dalam hatinya. Tidak pula kutahu dia menganggap, merasa apa yang aku rasa.

Untuk kepastian, kuketuk pintu hatinya. Kuhantar mesej SMS setiap hari, memberikan kata-kata hikmah, kata-kata nasihat yang kupetik dari mana-mana artikel. Apa yang aku rasa menarik, itulah yang kuhantar kepadanya. Ada juga kukarang falsafah kusendiri. Apa yang aku fikirkan benar, itulah yang curahkan dalam SMS ku.

Anehnya, lambat benar dia menyatakan rasanya. Tidak pernah dia menyatakan dengan jelas dan terang – suka atau tidak. Tapi dia tetap membalas. Walau tidak setiap mesej ku dibalas, namun jika dibalas, alangkah gembira rasanya!

Tak perlu aku ceritakan bagaimana aku bertemunya. Cukuplah sekadar kunyatakan apa yang berlaku selepas hati ini terpaut padanya.

Aku terus melayannya, tidak pernah kuterlepas menyampaikan mesej kepadanya setiap hari dan dia masih melayanku.

Tiba-tiba, tanpa sebarang masalah, kuterima mesej darinya. Dia katakan dia sudah berpunya, dia katakan aku lewat dua minggu selepas ada yang lain yang mengetuk pintu hatinya. Masalahnya, tempoh masa aku mula menghantar mesej hingga mesej sedihnya sampai bukanlah dalam masa 2 minggu. Lebih 4 bulan aku rasa. Bila pula yang dia maksudkan “dua minggu” itu? Tidak pula kutanya.

Tapi apa nak buat. Aku mahupun dia, tidak dan belum pernah mengisytiharkan apa-apa tentang “hubungan” yang aku idamkan. Nampaknya memang bukan rezeki aku. Lantas, aku menerima tolakannya dengan hati terbuka. Tipu jika katakan aku tidak kecewa, tapi sedih sehingga sistem perparitan di mata ku gagal dikawal memang tiada.

Lalu kuteruskan kehidupan hari-hariku seperti biasa, Cuma bezanya kreditku tidak lagi kusedekahkan kepada Maxis, menyampaikan mesej kepada dia yang tak tentu lagi menerima aku. Masaku juga lebih kuluangkan kepada diriku sahaja, tiada lagi kukongsi sebahagian masaku memikirkan tentangnya.

Dua minggu kemudian, aku dikejutkan dengan kehadiran mesejnya, menyatakan dia rasa seolah-olah kehilangan sesuatu sesudah ketiadaan mesej-mesej dariku. Barulah kutahu selama ini dia menghargai mesej dariku hinggakan dia rasa kehilangan apabila aku berhenti menghantar kepadanya.

Namun aku pelik, jika benar dia sudah ada yang punya, mengapa mesti dia mengharapkan mesej dariku lagi? Tak cukupkah jika hanya berhubungan dengan si dia yang sudah sedia ada di hatinya? Tidak pula kutanya.

Lalu kuanggap dia masih mahukan mesej-mesejku, dia mahukan aku. Kuhantar mesej-mesej yang aku sendiri ambil iktibar, bukan hanya membabi buta kuhantar tanpa tujuan, tanpa mengambil pengajaran.

Beberapa lama selanjutnya, aku seakan-akan hanyut dalam dunia yang aku ciptakan sendiri. Aku membayangkan hatiku ada padanya, hatinya ada padaku, sudah pasti! Kami sudah isytiharkan suka sama suka. Ku bincangkan tentang diriku, dia bukakan maklumat tentang dirinya. Maka makin rapatlah kami melalui mesej-mesej yang kusampaikan. Ironinya, teramatlah jarang kuhubunginya menggunakan suaraku.

Kutahu, aku ada kelemahan dalam berkata-kata. Aku tak bisu, aku tak gagap, Cuma aku tidak boleh mengawal kelajuan bila berkata-kata. Teman-teman rapat kadang kala tidak dapat menangkap apa yang kuhujahkan, terpaksa aku ulang kembali, tetapi masih laju! Kadang kala juga, aku berkata-kata terlalu laju hinggakan tak sempat kutapis apa yang patut dan tidak patut dilafazkan. Na’uzubillah…

Oleh itu, kuambil jalan melalui taipan SMS untuk menyampaikan isi fikiran dan hatiku. Dia tetap melayan.

Jujurnya, dia bukanlah seorang perempuan yang sempurna. Well… every human is! So do I. Kawan-kawan kerap menyatakan rasa mereka tentang dia, terutama fesyen peliknya. Aku diamkan sahaja. Pada aku, biarlah dia dengan fesyennya.

Walaupun dulu pernah aku azamkan untuk mencari perempuan bertudung labuh, tapi aku terpaksa akur. Dia tidak begitu, tapi dengan dialah aku terpikat. Bukan sahaja tidak labuh, malah tidak pakai anak tudung. Maka jika memakai tudung putih, nampaklah warna hitam rambutnya samar-samar di sebalik tudunyanya itu. Pernah juga kutegur, tapi tiada perubahan. Stoking tangan? Jauh sekali.

Sepanjang berhubung, tidak pernah kami keluar bersama berdua. Ada juga dia mengajak menonton wayang, tapi aku seakan-akan tidak mahu. Aku sendiri tak tahu kenapa, maka bermacam-macam alasan kukatakan.

Hingga tiba satu masa dia mengajakku keluar ke KLCC. Pada mulanya kuenggan, tapi akhirnya aku menerima pelawaannya. Dia keluar bersama seorang rakan baiknya, aku hanya sekadar mengikut. Tapi memang dah lama aku tak turun KLCC pun! Mungkin sebab itu aku terima ajakannya.

Sepanjang kami keluar, tidak banyak yang kami borakkan. Dia seolah-olah hilang kata-kata untuk memulakan perbualan. Aku cuba juga untuk memulakan perbualan, tapi sepuluh patah kutanya, hanya sepatah dijawab. Beberapa kali hanya dengan bahasa tubuh – geleng, angguk, senyum, ketawa. Apa masalah dia sebenarnya? Aku rasa dia masih segan denganku, maklum lah, pertama kali keluar bersama.

Kami pulang dengan selamat. Namun, dia tidak turun di kolejnya. Kutanya kenapa turun di sini, katanya mahu makan malam. Aku hanya mengiyakan sahaja. Maka berpisah kami untuk pertemuan pertama kali itu.

Malam semakin larut. Sedangku membelek buku yang setebal buku lali, tiba-tiba aku menerima mesej darinya. Dia katakan dia makan malam bersama kawan lelakinya, siap makan semangkuk. Apa kejadahnya ni?!

Siapa aku baginya? Kenapa mesti memberitahuku terang-terang, bahawa dia curang? Seorang yang setia tidak akan menduakan orang yang disayangi. Adakah ini menunjukkan dia tidak setia?

Kutanya kepadanya, kenapa buat begitu? Dia kata dia berkawan rapat dengan lelaki itu. Kecewa di hatiku tak bisa digambarkan dengan kata-kata. Kekecewaan ku bertambah berat apabila dia menghantar mesej mengatakan “kita berkawan dulu lah” yang sememangnya tidak boleh kuterima. Aku tidak mengiyakan “cadangannya” itu. Aku anggap apa yang kuterima hanya mainan.

Hari-hari kuteruskan seperti biasa. Pergi kelas, balik kelas, baca buku, dan menghantar mesej kepadanya apabila otak sudah tepu, tapi kali ini tidak dibalasnya. Aku masih lagi gagah mengatakan tiada apa-apa yang berlaku beberapa hari lepas.

Hinggalah suatu hari dia dengan jelas mengatakan dia tidak mahu meneruskan hubungan. Betul la… aku tidak bermimpi, aku sudah tidak gagah terbang di awangan, memang dia tak mahukanku lagi. Dipendekkan cerita, aku melepaskannya selepas kuhujani dengan persoalan-persoalan yang selama ini tersirat di hati. Tidak semua dijawabnya. Apa yang paling kuingat dan tidak dapat kuterima dengan mudah – “entah, tiba-tiba perasaan itu hilang”… itu yang dia nyatakan. Selepas itu, that’s it! We break!

Mungkin salah aku, tidak menjadi seperti lelaki yang dia inginkan. Mungkin juga salah dia, tidak menyatakan lelaki apa yang dia inginkan.

Mungkin salah aku sebab terlalu ikutkan hati. Tidak tahu hala tuju sebenar hubungan. Pernah juga aku terfikir, penting ke nak berhubung-hubung ni?

Mungkin salah aku juga kerana banyak menyimpan dari meluahkan. Banyak persoalan kupendam dalam hati sedangkan ia perlu untuk aku terus survive dalam perhubungan.

Mungkin salah aku sebab terlalu terikut-ikut dengan apa yang kulihat. Sana-sini ada sahaja yang sudah berpasangan, aku cuba menjadi seperti mereka. Cuba membuktikan aku juga lelaki seperti mereka, mahukan pasangan. Namun sekarang aku terfikir, penting ke pembuktian ni? Apa yang nak dibuktikan sebenarnya? Kelelakian?

Tidak semestinya hanya dengan berpasangan sudah membuktikan seseorang itu lelaki ataupun perempuan yang normal. Segalanya tidak akan terbukti selagi tiada ikatan yang sah untuk menjalankan hubungan yang sah dan melahirkan zuriat. Itu pasti! Ini pandangan aku dari satu sudut. Banyak lagi sudut untuk mengukur sejauh mana lelakinya seseorang lelaki itu.

Bukankah berpasangan ini, lebih-lebih lagi jika hanya berdua, mendekatkan diri dengan zina? Ya, itu aku belajar di sekolah dulu. Mendekati zina itu sahaja sudah salah, apatah lagi berzina! Astaghfirullaah… Aku rasa bersalah pula keluar dengannya dulu.

Berbalik kepada apa yang kulihat sekejap tadi, biarlah dia dengan dunianya yang baru, dengan pasangannya yang baru (walaupun tak cukup tinggi!). mungkin lelaki seperti itu yang dicarinya. Biarlah dia… biarlah aku dengan hidup aku bersama-sama rakan-rakan odah aku. Aku bahagia bersama mereka. Mereka banyak menggembirakan aku sebab kitorang sekepala! Dan apa yang aku pasti, aku masih lagi mencari dia yang satu, the one meant for me, destined to live together. Apa yang pasti juga, aku masih lagi teguh dengan pendirian aku untuk berteman pada 2010 jika Allah izikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...