Monday, December 26, 2005

SLEU - suatu kemarahan...

Aku taip posting ni dua jam selepas kaki aku menyentuh kembali bumi UIA. Rasa penat daripada program SLEU tadi masih terasa. Entah kenapa, dalam bas aku susah betul nak lelap. Kalau lelap pun, entah berapa saat je. Aku tak tahu nak buat apa, aku usha je la pemandangan kat luar.

Aku rasa aku tak nak ceritakan satu persatu perkara yang aku lalui sepanjang berada kat Nur Lembah Pangsun. Oh ya… baik aku bagitahu terlebih dahulu. Aku join program SLEU started from Friday to Sunday. Jay yang dok promo kat aku dan dua member aku yang lain, aku pun set je la. Takkan selamanya aku nak penuhkan hujung minggu aku dengan balik rumah je. I need something different.

Secara rigkasnya, banyak benda yang aku dapat daripada program ni. Aku sebagai seorang yang dah melalui pengalaman program Charge Up! ni mengesyorkan korang semua untuk melaluinya sama. But first u have to complete Take Charge! first. Apa-apa hal korang boleh terus tanya kat pejabat SLEU kat sebelah Bank Muamalat. Staff kat situ akan menyambut korang dengam senyuman!

Satu perkara yang paling berbekas pada aku sepanjang program ni ialah apabila aku berkonflik dengan salah seorang komiti. Dia ni komiti, aku bahasakan sebagai minah je la, senang.

Kitorang ditugaskan untuk mengarang sajak dan berbincang bagaimana kami akan mempersembahkan sajak tersebut. Dalam kami sibuk berbincang, tiba-tiba minah tu datang nak amik copy, the only copy yang akan kitorang guna masa present nanti. Aku hangin la! Katanya untuk judge. Sebelum tu dia tak bagitau pun dia nak satu copy untuk judge. Tau-tau datang kat kitorang nak amik copy tuh. Aku bangkang, aku kata kenapa tak bagitau awal-awal? Dia jawab “u have to be creative”. It didn’t answer my question. We are creative, then why u take the copy?

Tak pernah sorang perempuan yang lebih kurang sebaya aku buat camtu kat aku, aku rasa tercabar! Mana boleh! Aku cuba gak tak lepaskan copy tu. Tapi memang dah rezeki dia kot, aku lepaskan. Aku hangin je…

Aku jarang hangin, tapi once aku hangin, bahase yang tak sedap memang terpacul dari mulut aku. To be honest, malam tu aku membahasakan minah tu sial dan babi. Ada sorang komiti dengar apa yang aku bahasakan, dan dia kata “relax zaki”… Beberapa minit selepas tu, hangin aku masih berbara, kat kepala aku tengah bayangkan macam-macam tentang minah tu. Tak payah la aku nyatakan satu-satu.

Aku TAK tahu, TAK NAK tahu, dan TAKKAN tahu apa tindakan susulan komiti yang dengar aku mencarut tu. Mungkin nama aku naik masa postmortem, mungkin juga hanya tindakan aku menjadi bualan or what ever. Pada aku, that’s me. Aku jarang sangat marah, dan aku tak suka marah. Aku jarang sangat membenci, dan aku tak suka membenci. But once aku marah, aku marah betul-betul marah. Once aku benci, sampai ke sudah aku benci!

Aku tak kata aku benci minah tu, tapi marah memang ya. Aku cuma menyatakan siapa aku dan itulah aku.

Apart from that, tindakan aku naik minyak tu sebenarnya menepati kehendak modul diorang. Memang diorang nak peserta naik darah, supaya lanjutan modul tu berjalan dengan lancar. Tapi, pada aku, marah aku tak menepati modul. Aku tak puas hati dengan minah tu, bukan dengan pasukan lawan. Hahaha… tapi minah tu sibuk provoke supaya kitorang bertekak dengan kumpulan lawan. Aku tak layan. Hei minah, I have problem with u, not with the other team!

Berbalik kepada soal modul, diorang nak menyatakan masalah plagiarism among students, tapi lastly yang ada masalah dengan aku adalah minah tu. Hahaha… yang peliknya, dia jeling kat aku masa aku pandang dia. Ait! Marah jugak ke?

Bayangkan kalau aku tak lepaskan kertas tu, agak-agak menjadi ke modul diorang? Kalau jadi pun, mesti panjang ceritanya. Hahaha...

Bukanlah aku nak kata aku ni hebat sangat, tak. Tapi aku hanya mempertahankan hak aku. Copy tu group aku yang punya, why suddenly she came to take that copy? Pastu bila aku tanya dia jawab dengan jawapan yang takde kena mengena dengan soalan. Kenapa tak bagitahu awal-awal nak copy untuk judge? Senang-senang minah tu dapat chop “keling” dengan aku. hahaha….

Sebenarnya kalau aku tak bagi pun, diorang dah ada pemenang sebab komiti dah tentukan keputusan. Well… modul beb! Tindakan meletakkan semua copy di dalam fail yang dilekat dengan sailor-tape yang kononnya untuk mengaburkan mata tak berjaya pada aku. Masa tu aku semakin sedar bahawa aku dan ahli kumpulan yang lain dah jatuh dalam modul diorang. That’s why aku tak layan sangat masa diorang terangkan tentang plagiarism.

Aku tak kata aku tak hormat dengan pembentangan modul tu. Lagipun aku tak buat apa-apa yang mengganggu “kelancaran” diorang membentangkan modul tu. Aku juga tak kata aku tak dengar langsung masa diorang present tentang plagiarism. Aku dah tahu bagaimana kejamnya tindakan menciplak kerja orang lain. Aku dah belajar semua tu masa amik EAP kat matrik. So, masa diorang brief tentang plagiarism, aku tadah je la telinga aku.

Lepas habis program, aku fikir balik. Aku nih masih marah dengan minah tu ke? Takkan selamanya aku nak marah dengan minah tu? Kalau aku marah dengan minah tu, aku dapat duit ke? Aku bahagia ke kalau aku terus simpan perasaan marah dengan minah tu? Jawapannya – TAK! So, kenapa aku nak terus marah? So I decided not to keep that anger anymore. So minah! Kosong-kosong ye? Cuma aku nak nasihatkan jangan rampas hak orang lain sesuka hati je. Tak kisah la dalam dunia reality mahupun ketika dalam modul. Hahaha…

Akhirnya, aku menghabiskan masa-masa aku dalam program SLEU ni dengan banyak input yang baru. Kalau ada program SLEU lagi, jangan lupa pangil aku lagi ye? Free of charge! tuh yang best nye dengan program SLEU ni! Hahaha…

Friday, December 23, 2005

tahniah SAMBEST atas kecemerlangan dalam PMR 2005

assalamualaikum semua...

aku sungguh berbangga dengam sekolah aku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 baru-baru ini. lebih membanggakan kali ni salah seorang pelajarnya merupakan antara top scorers di peringkat kebangsaan.

apa yang aku harapkan, mereka yang cemerlang PMR di sambest akan terus kekal di sana sehingga tamat SPM dan naikkan nama sambest dalam SPM pula. dalam banyak kes tahun-tahun sebelum ni, ramai yang keluar selepas habis PMR dan pergi ke sekolah yang dianggap "lebih baik" daripada sambest.

sebenarnya, apa yang menjadi ukuran sama ada baik atau tidak sekolah itu bergantung kepada pelajar-pelajarnya. jadi, mereka yang cemerlang PMR inilah yang akan mencemerlangkan sambest dalam SPM 2 tahun kemudiannya. amin...

ada gambar masuk kat surat khabar. nanti aku letak k?

aku tak boleh lama-lama ni, dah nak azan... semayang jumaat woi! pastu aku ade program ngan SLEU. nanti aku wat posting tentang program tu ok?

Thursday, December 22, 2005

terima kasey....

terima kasey for those who read my blog... have a nice day!!!!

Wednesday, December 21, 2005

pelajar UIA yang melampau

asalamualaikum semua...

kali ni aku terbaca satu blog seorang pelajar UIA yang agak melampau dalam memberikan komen tentang dirinya. blog dia ni dibina melalui template friendster, pastu friendster dia plak dia limitkan kepada kawan-kawan dia aje. tapi takpe, aku copy apa yang dia tulis kat blog dia. kat bawah.

dia ni senang kata lembut, lelaki lembut. sebutlah apa sahaja yang korang rasa boleh merubah pendirian dia tentang dirinya, it won't work. dia ni keras kepala, amat! baca sahajalah blog dia. tapi yang peliknya, masih ingat lagi kepada Allah dalam dia sibuk dengan dunianya yang jauh menyimpang! sibuk nak tukar jantina wutsoever... na'uzubillah...

blog dia:

Ya Allah, best nyer hari ni! Actually pukul 11.30am tadi, ader pembentangan Pharmacology ngan Br. Lokman, i punyer tajuk, Jabir Ibn Hayyan. Kelllassssssssii kapal. Anywayl, sepatutnyer sumer group bentang tadik, tetapi dengan kuasa allah, group-group lain terover over pulak membentang pembentangan diorang, dengan kepelbagaian warna-warni yang tak beberaper menarik, dan boleh lah enjoy. Wah, suke-suke hati aku jeh memberi komen penuh dengan raser dengki. So pembentangan kitorang dengan jayanyer berpindah ke minggu hadapan hari Selasa, pukul 8. Bolehla, pukul 8, sure ngantuk, tapi takper.

Semalam tido agak lewat, actually kalau boleh tak nak mengganggu my beauty sleep, memang tau, i kalau tido lewat sikit for sure mata bengkak, bukan setakat bengkak, tapi jugak hitam gegelung sekeliling mater, tidak ketinggalan jugak wajah yang nampak keletihan dan kelam kabut, merah-merah dan sungguh la tidak cun! Tapi dengan kuase make-up tebal, Datanglah! Haaa, muke terus berseri-seri macam baru lepas sapu cat. Yang menjadikan lebih opera cina nyer, muker yang putih cam mayat tu, berbeza pulak ngan leher yang kecoklat-coklatan cantik itu. Dasyat.

So, life macam biaser, by the way, i diet sekarang, actually, i tak gemuk pun, cumer sajer menge diet kan diri, nak lebih slim, tapi slack nyer, kalau i menguruskan badan, muker yang di attack nyer, jadik panjang semacam pulak, nampak cam kuda Cik Kiah! (kuda betina yang cun). Tapi kalau makan extra pulak kang, muker jugak diattack nyer, bulat cam labu tambah tembikai (labu dan tembikai yang sedap dimakan). Penin penin.

Actually tadi baru jeh bertengkar sedikit ngan budak kelas, tapi dier mintak maap, so, maafkanlah, my prinsip, orang mintak maap, tak patut kiter buat jual mahal, dier dah sanggup lowerkan ego dier, patutnyer kiter menerima dengan hati yang terbuka, after all, sifat pemaaf tu memang dituntut dalam Islam.

Life, tak der aper yang menarik pun, i am a little bit lonely actually. Sedih la. Malam karang ader jamuan rayer kat sini, i raser cam malas nak pegi, tapi, entah, tengoklah.

I bawak baju rayer. Warner pink lagi, kelllassssssi kapal. Baju i warner pink lembut (seswai la ngan tuan nyer, opppsss, puannyer), beserta kain songket warner merah, masalah kecilnyer baju pink i tu nipis sikit laa, nampak la payu dara. Tak per lah, pakai jerlah nampaknyer baju dua lapis, tapi tak cantik la, baju melayu pakai duer lapis....

Jamuan yang bosannyer tu, bermuler kul 6.45pm. Emmm, my fren yang sejantina sumenyer ader keje, actually, i pun ader keje gak, catering lagi, habislah makanan aku contiminate kan, muaha ha ha. Satay pun ader, best nyer!

Masalah besar: Keje Sr. Rubya aku, tak siap lagi. Habislah groupmate aku mengamuk tahap dewa lepas ni, takper, maintain cun. Banyak keje la nak buat, dan aku ngan ikhlas hatinyer nak jadik sukarelawati membuat power point bodoh tu. Tak per, maintain cun lagi. Penatnyer nak memaintain...

Speaking of my parent, diorang banyak kali call, tapi i busy. Entah lah, kalau boleh, i nak hilangkan 100% perasaan kasih sayang i pader family i. I nak detach and lepaskan diri i. Tapi pada maser yang samer i nak diorang sumer hidup bahagia, aman damai tanpa i, i pun harap yang my parent akan lebih menumpukan perhatian to my younger sister and my gangsterous brother, biar diorang yang jadi harapan keluarga...

I sedih, tapi i harus tabah. I cannot take it anymore, when ever my mom call, dier mesti cakap, dah berubah belum? Dah jadik keras belum? And sometimes banyak kali diorang desak, it is like dah jadi cam sometin' yang seolah-olah diorang ingat bende tu tak menyakitkan hati i mendengarnyer...

Diorang tak leh terima ker? Hakikat yang this is their son, yang macam daughter dah ni, seems like diorang sebenarnyer tak leh terimer i personally, my whole identity, my self, anak diorang...
Nak buat cam ner i tak leh komplen, kadang kadang sakit hati sangat kalau ader jugak kawan-kawan yang bute tuli tak nak paham my situation. Diorang ingat orang cam i ni just badut di tepi jalan, bahan jenaka, bahan yang boleh dipandang remeh, bahan yang memang tak kuat, lemah dan sebagainyer. Lembik. Powerless. Stupid. Salah pilih jalan.

Kepada korang yang berfikiran begitu, guess what, i dont give a damn! I live my life to the fullest and i accept my death with honour. I can be noble too. I can be even better then you. I can become whatever i want, what ever you can become. I will accomplished what you can or cannot accomplished. I will stay alive. I will never be broken down. I will survive!

You can say what you want. You can tear me apart. You can make fun of me infront of other people. You can spit on me. You can call me names. You can do whatever you want, but you will never win. You will never get to my soul, and you can't ever steal this love i had for my self. I will believe in me, love me, take care of me, and stand up whenever you push me down. Fight back whenever you overthrone me, and i will make sure i archive my dreams, my fantasy, my hope, and i will find my one true love, and i will live happily ever after.

I hope, i will become someone one day. I akan pursue my impian. I nak berjaya, lebih dari jantan-jantan bodoh yang tinggal di kejiranan rumah i, yang sentiasa mengejek i, yang memandang rendah akan kebolehan i, yang pernah ejek-ejek i, yang membuatkan i menangis, kecewa dan raser nak bunuh diri.

I akan kalahkan sume laki-laki yang bodoh, yang salu anggap i pelik, yang saluu kutuk i kat belakang. Dan yang paling penting, i akan tunjukkan yang i, berjaya.

Biler i imbas kembali kenangan hidup i, penuh dengan mimpi, mimpi yang sentiasa mengharapkan kebahagiaan. Mimpi yang i percaya akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti, mimpi yang boleh merubah segalanyer.

But, the dangerous part about dream is that you'll start believing that they will turn into reality. I started to think mine will too. But i have to snap back at the reality, i had to wake up and smell the coffe, i had to stand up and defend my dignity. I just had to wake up.

From now on, i nak percaya pader realiti. I nak try to accept realiti, i nak mimpi-mimpi baru i betul-betul tertunai menjadi realiti, so from now on, i akan berusaha...
Insyallah....

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang menjanjikan kebahagian, jalan yang kau redhai, jalan yang pasti ke kebahagian sejati, syurga Mu YA Allah...
Ampunkan lah dosa-dosa ku Ya Allah, sesungguhnyer aku tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim...

Bahagiakanlah kedua ibu-bapa ku seperti maner mereka tidak putus-putus membahagiakan aku sewaktu kecil dahulu, panjangkan lah dan berkatilah umur mereka Ya Allah, dan pastikan lah sentiasa mereka berada dibawah lembayung perlindungan Mu Ya Allah...
Lindungilah seluruh ahli kaum keluarga ku Ya Allah dari segala bala bencana dan kemalangan.

Aminnn....

Monday, December 19, 2005

Menyelamatkan kucing daripada diseksa

jangan takut... first paragraphs takde kena mengena pasal kucing
Semalam aku ada program dengan persatuan SCIENCESS which is the society for Kulliyyah of Science students. Mula-mula aku rasa nak buat posting tentang komen aku tentang program tu, tapi aku kenselkan sebab ada perkara yang lebih menyakitkan hati aku hari ni, Ahad.

Siang tadi, aku bangun agak lambat sebab aku ngantuk sangat. Mana taknya, hari Ahad beb! Malam minggu enjoy la! Haha…

Sebenarnya aku isi malam aku dengan tengok VCD ngan roommates dan member odah aku. tak payah la aku bagitau apa yang aku tengok, tapi secara ringkasnya, cerita VCD tu banyak memberi pendedahan tentang dunia yang asing. Dunia yang pada diri aku dan member-member aku sangat asing, walaupun kitorang selalu agak berbicara tentang perkara tu. Selama kitorang hanya pandai berkata-kata tanpa menyaksikan, tapi sekarang, since kitorang dah tengok VCD tu, kitorang dah paham.

But, please don’t get me wrong. Tiada sebarang adegan yang terlalu melampau dalam VCD tu. I promise.

Petang hari Ahad, aku keluar dengan member aku ke Alpha Angle. Aku memang kena keluar sebab nak beli tali pinggang. Tali pinggang yang selama ini setia melilit pinggangku saban hari akhirnya dimamah usia (cewah bahse sastera!). Sedang aku syok membuang sisa dari badan, tiba-tiba kepala tercabut. Ops! Kepala apa? Hehe… kepala tali pinggang tu la… bukan kepala lain…

Maka melompatlah kepala belt tu ke dalam mangkuk tandas. Aku tanpa sebarang air mata di mata mengucapkan selamat berpisah kat kepala tu. Setelah sekian lama, akhirnya terpisah jua. Aku rasa ada la dalam dua tahun aku menuntut khidmat tali pinggang tu dan hanya tali pinggang itu sahaja! Ekor takkan hidup tanpa kepala, so aku dengan sedihnya menyemadikan ekor tali pinggang tu kat dalam tong sampah sementara kepalanya aku biarkan bersemadi dengan tenangnya kat dalam mangkuk tandas tadi… selamat tinggal tali pingang ku!

So, bertolaklah aku ke Alpha Angle dengan hati yang agak besy sebab hari minggu beb! Tak keluar tak bujang la! Haha…

Tapi, benda yang menjadi satu kebingungan bagi aku adalah sebelum aku bertolak keluar. Aku intai bilik yang ada kat tingkat bawah daripada floor aku. Aku nampak dalam bilik tu ada mamat tengah main dengan kucing. Yang felixnya, dia tutup kepala kucing tu dengan towel @ kain kecil. Tak ke felix tu? Aku dok perhati je. Tak puas hati, aku suruh member-member aku tengok sama. Pastu salah seorang member aku bagitau beberapa hari sebelum tu dia ada nampak kepala kucing tu diikat dengan palstik. Menyirap darah aku dengar mende nih!

Tapi aku sabar dulu. Takkan nak terus serang mamat tu kan? Macam-macam aku bermain dalam fikiran aku.

Merenung diri aku, aku nih memang tak boleh tengok kucing, lagi-lagi kalau kucing tu comel, bulu kembang, gemuk, rasa macam nak picit-picit je. Tapi geram-geram aku pun, tak de sampai nak menyeksa kucing macam mamat tu. So, bila aku nampak orang menyeksa kucing, hangin la aku!

Aku mewarisi sifat mak aku yang sayangkan kucing. Bapak aku pun suka kucing, tapi tak sehebat mak aku. Mak aku kalau geram dengan kucing (I mean geram sayang), dia akan picit hidung kucing tu. Adik beradik mak aku pun macam tu, so aku conclude benda ni dah macam inherited! Haha…

Tapi, tak macam mamat tu. Geram dia pada kucing membuatkan darah aku menyirap. Cuba fikir, normal ke manusia yang menyeksa binatang? Menutup kepala kucing dengan towel, dah pasti susah kucing tu nak bernafas!

Berbalik kepada aku keluar beli tali pinggang, hati aku masih tak puas hati dengan mamat. Rasa macam nak report kat office mahallah je!

Malamnya, aku macam dah lupa pasal kucing tu sebab aku rasa excited pasal bilik aku dah boleh connect wireless! Hooray! So, aku main je la internet, download sana download sini.

Bila malam dah makin matang, mata aku pun makin berat, walaupun jarm pendek jam aku menunjuk angka sepuluh, mata aku memang tak boleh tahan. So, aku decide tidur la. Rancangan asal nak tengok The Apprentice. Minat betul aku dengan rancangan tu. Tapi, since computer tu boleh record, so aku minta roommates aku rakamkan le.

Aku matikan lampu bilik, meratakan tubuh di perbaringan, sambil kepala cuba dikosongkan. Tapi entah mengapa, tiba-tiba emosi aku disentuh apabila kembali teringat kat kucing tadi. Tak boleh jadi! Aku mesti tengok balik kucing tu!

Adrenalin aku meningkat. Rasa berapi je hati ni bila nampak kucing tu masih diseksa mamat tu. Aku masuk bilik, minta tolong Awi jadi assistant aku. Awi, aku suruh tengokkan mamat melalui tingkap, sementara aku pi bilik mamat tu, nak sound dia dan bebaskan kucing tu.

Before that, aku nak pastikan mamat tu memang tengah tutup kepala kucing tu. Memang! Dengan plastic! Aku ngan Awi usha lagi, pastu mamat tu buka plastic tu, so aku rasa ok la, dia dah buka plastic tu.

But it didn’t stop there. Dia tutup pula kepala kucing tu dengan towel, siap dengan GETAH lagi! Tak boleh jadi! Confirm la tak bernafas kucing tu!

Aku tak fakir-fikir lagi dah. Aku melangkah ke bilik mamat tu, dengan hati yang tak berbelah bagi, aku berani. Apa nak jadi, jadilah. Aku tahu, aku berada di pihak yang benar. Aku tak nak nanti kat akhirat kucing tu menuntut haknya untuk dibela, sebab aku dah nampak ia diseksa.

Bismillah… hati aku berbisik, Allah berada di samping aku, untuk menyelamatkan haiwan yang sangat dicintai Abu Hurairah. Aku ketuk sekali, no respon. Aku tak bagi salam pun, muslim ke orang yang menyeksa haiwan? Lagipun, aku tak nampak lagi muka mamat tu walaupun aku intai dah dekat 10 kali!

Aku ketuk untuk kali keduanya. Tak de respon gak. Aku tunggu kejap. Rasa nak blah ada gak, tapi aku ketuk for the third time. Aku tunggu. Tak de respon. Huh! Penakut! Aku blah dari situ.

Aku naik, jumpa Awi. Awi bagi isyarat ‘Wait”. Aku pun senyap je. Then, suddenly, aku nampak mamat tu matikan lampu bilik dia. Tak boleh jadi! Aku turun ke level dia, aku pandang ke arah tingkap bilik dia. He was there next to the window!

Aku terus pandang muka dia. He looks like Malay guy, so aku Tanya “Melayu ke?”. Dia angguk, menjawab “ye”. Awi masih kat atas, perhatikan aku sound mamat tu. Tak pasti pulak Awi nampak atau tak muka mamat tu.

“Kenapa ko seksa kucing tu?”

Dia tak paham.

“Kenapa ko seksa kucing tu?”

Dia masih tak paham.

“Kenapa ko seksa kucing tu?” aku cakap pada kadar volume yang kuat tapi pada kadar kelajuan yang kurang.

“Mana ada” dia tak mengaku.

“Siang tadi aku nampak ko tutup kepala kucing tu, malam ni pun ko buat lagi, kenapa?”

Dia senyap. Speechless.

“Lepaskan!” kali ni aku betul-betul naik suara. Dia tanpa sebarang kata-kata bertindak mengeluarkan kucing tu, tunduk dengan arahan aku.

Aku pergi ke pintu bilik mamat tu, kucing dah dikeluarkan. Tapi kucing tu nak masuk balik ke dalam bilik tu. Mamat tu buka sikit je pintu bilik dia, cukup-cukup untuk keluarkan kucing tu. Aku tarik kucing tu. Aku tak nak mengeruhkan keadaan, aku tak cakap apa-apa lagi dengan mamat tu.

Aku bawa kucing tu balik ke bilik aku. Nasib baik dinner aku tadi tak habis, ada la sikit lagi daging lauk nasi goreng aku tadi aku tak jamah. Muak! Aku halakan hidung kucing tu kat daging tu, ia cium. Tapi mungkin sebab tak selera, ia tak makan.

Aku paksa ia makan. Tak nak gak. Tak pe la. Mungkin pengalaman ngerinya menyebabkannya fobia. Aku tak boleh nak paksa lagi.

Lepas tu, aku hantar kucing tu ke café dengan harapan kat situ ia akan mendapat makanan dan dijauhkan daripada mamat tu. Masa aku melangkah pergi dari kucing tu, ia mengiau, seakan-akan menangis. Aku menoleh, ia berjalan ke arah aku. biar betul kucing ni!

Aku tenung je kucing tu. Aku melangkah lagi, ia ikut beserta tangisan. Aku pandang balik. Kemudian kucing tu membelokkan langkah ke tempat lain, tapi masih lagi dengan ngiauan penuh simpati. Aku tak boleh tahan… tapi aku gagahkan langkah meninggalkan kucing tu.

Maka tamatlah cerita menyelamatkan kucing daripada diseksa. Aku tak nak tengok muka mamat tu lagi, kalau tak rasa benci akan membuak-buak dalam hati aku. There’s no reason for a mentally healthy man to do such thing on cat!

Terima kasih Awi sebab tolong aku…

Malam tu, rasa ngantuk aku hilang. Aku sempat la tengok The Apprentice. Aku ceritakan semuanya kat roommates dan member aku yang lain masa tengok rancangan tu. Berani kerana benar!

Thursday, December 15, 2005

Mawi & Dadah - Komen kepada Comment

Buat pertama kalinya aku mendapat komen melalui blog aku. Aku dah agak dah kalau aku post pasal mawi, mesti ada yang membaca dan memberi komen. Anyway, I appreciate those who drop by my blog and give comment.

Namanya pun comment, so seiapa pun berhak untuk mengatakan apa sahaja. So, aku sebagai writer @ blogger blog ni juga berhak untuk berkata tentang apa sahaja comment yang dihantar kepada aku.

Ia menjadi lumrah kepada orang yang penakut untuk tidak menyerlahkan identity diri, di mana dalam comment yang aku terima, the sender was named “Anonymous”. Berikut adalah apa yang si Anonymous komen kepada aku:

U tahu tak sekarang semua wartawan dah lari dari mawi kalau ada pun semua ceriyta nagetive dia... ada cerita kata dia ambil dadah..masa kat sure heboh pun wahid kata bila tengok mawi teringat dia kat kawannya yassin sbb katanya karekternya sama.. --Posted by Anonymous to apa yang aku fikirkan... at 12/13/2005 06:06:15 AM

Dalam hal ini, aku memandang si Anonymous sebagai seorang yang sempit fikiran. Dia berada di dalam dunianya sendiri yang kurang menyukai mawi. Ataupun, mungkin dia pernah meminati mawi, tapi atas sebab tertentu, minat bertukar benci.

Anonymous mengaitkan mawi dengan dadah dan Yasin Senario. Pada aku, orang yang memilih mawi sebagai duta anti dadah adalah orang yang professional, tak macam Anonymous. Di samping menggunakan popularity mawi, latar belakang mawi yang pernah ada hubungan dengan penagih dadah sememangnya membantu kempen tersebut. Sekurang-kurangnya, mawi tidak bercakap kosong dalam ceramah anti dadahnya sebelum ini.

Sudah pasti, sebelum mawi dilantik menjadi duta antidadah, pihak professional tersebut sudah sedia menyelidik latar belakang mawi secara mendalam. Mereka bukanlah opportunist yang buta. Mereka opportunist yang celik, yang ingin membantu rakyat Malaysia khususnya belia supaya menjauhkan diri dari dadah.

Berbalik kepada si Anonymous, aku mengatakan dia sempit fikiran kerana tidak melihat perkara ini secara meluas. Mungkin kerana kebencian yang meluap-luap dalam dirinya menyebabkan dia memfitnah mawi sebegitu.

Berkata tentang wartawan, mungkin Anonymous juga wartawan. That’s why dia membuat kenyataan wartawan lari dari mawi. Dalam hal ini, aku hanya mampu untuk tersenyum sinis kerana perkara wartawan lari dari mawi ini seolah-olah menunjukkan Anonymous tidak berpijak di bumi nyata.

Pergi sahaja ke mana-mana kedai yang menjual majalah. Kedai mana yang tidak menjual majalah mahupun manga yang tidak ada gambar mawi? Siapa yang terlibat mengambil gambar dan kemudian menemuramah (sebagaimana kerja wartawan) kalau bukan wartawan dan krew-krew penerbitan majalah atau manga tu? Bagaimana pula si Anonymous boleh mengatakan wartawan lari dari mawi? Come on la Anonymous, be realistic!

Kemudian, si Anonymous mengatakan baru-baru ini dalam Melodi, wahid Senario mengatakan tengok muka mawi membuatkannya teringat kepada Yasin Senario. Coincidently, aku memang menonton Melodi ahad lepas. Tak tahu pula mawi akan muncul ditemuramah untuk mempromosikan Mamee, mungkin memang nasib aku hari tu baik.

Jadi, Anonymous tidak boleh menipu aku kerana aku sendiri menonton Melodi last week. Apa yang aku ingat, Wahid tak kata apa-apa berkenaan dadah dan Yasin, tapi dengan mudah si Anonymous mengatakan “masa kat sure heboh pun wahid kata bila tengok mawi teringat dia kat kawannya yassin sbb katanya karekternya sama” kemudian mengaitkan mawi dan dadah. It’s nonsense! Begitu singkat fikiran si Anonymous.

Berbalik kepada soal wartawan, aku agak kurang senang dengan seorang yang mengaku dirinya ‘wartawan’ yang pernah tergedik-gedik bergambar dengan mawi. Aku takut orang salah anggap dengan mawi je. Dia tu sukar sikit untuk dikenal pasti identity jantinanya. Serius! Bukan aku seorang sahaja yang keliru. Pernah sekali tu muka dia muncul kat Melodi, masa kes peletakan jawatan AJK mawifc. Lepas habis Melodi, aku buka channel @15 dan kemudian ada chatters yang bertanya berbunyi lebih kurang “yang rambut panjang komen pasal mawifc tu laki ke perempuan?”. Jelas di sini, memang identitinya agak sukar dicam pada beberapa kali pandang pertama.

Dulu, masa rapat dengan mawi, bukan main sanjung lagi. Tapi bila mawi dah tak layan, bukan main lagi dia kata mawi itu ini. Tak payah la aku nak kata apa ‘itu ini’ tu, tapi kalaupun tak puas hati dengan mawi, tak payah mengganggu majlis mawi. Masa lain banyak lagi! Lagipun mawi dah minta maaf dalam mesyuarat yang dihadiri AJK mawifc, pihak maestro dan mawi sendiri tak lama sebelum majlis pelancaran album tu.

Isu peletakan jawatan AJK tertinggi mawifc baru-baru ni ketika mawi sedang melancarkan album di PWTC, aku anggap sebagai satu perangai, fi’il, tabiat yang sangat tak beretika. Menggunakan kesempatan ramai wartawan ketika majlis pelancaran album mawi sangat tidak boleh diterima. Nampak sangat mereka tu terdesak.

Aku nak tegaskan kat sini, aku tak mengatakan si Anonymous adalah si wartawan tu. Tapi kalau betul, apa salahnya? Haha… aku cuma membalas kenyataan yang dikeluarkan melalui comment yang aku terima dan meluahkan rasa tak puas hati dengan wartawan tu. Betul la kata bos Maestro, ada individu tertentu yang menumpang popularity mawi. Hm… ciow!

Wednesday, December 14, 2005

My Attire

Kali ni aku nak cerita pasal pakaian aku kat UIA. Kod pakaian kat UIA sebenarnya simple sahaja bagi lelaki. As long as you wear t-shirt with collar or shirt, with trousers other than jeans, and sandal or shoes, that’s OK.

Tapi aku nih jenis nak sangat menyemat! Mat smart la katakan. Aku tak kisah orang nak kata apa selagi aku tak menyusahkan hidup diorang. Kalau apa-apa yang aku buat menyebabkan orang susah, aku akan pertimbangkan untuk tidak meneruskan ‘apa-apa’ tu.

Dalam hal attire ni, aku suka berpakaian macam ala-ala lecturer ataupun ala-ala mamat office. Bezanya aku tak pakai neck tie je. Kalau aku pakai necktie, mesti orang yang tak kenal aku akan kata “tu lecturer muda tu!” Haha…

aku yang skema

Bayangkan aku pakai baju kemeja siap tucked-in dalam seluar slack warna hitam, macam tu la pakaian aku, boleh dikatakan setiap hari aku pergi kelas. Aku post pasal attire aku ni sebab semalam je 3 orang tegur cara aku berpakaian, tapi menggunakan term yang berlainan. Semalam aku pakai baju kemeja berwarna biru cyan dan seluar slack hitam.

Orang yang pertama menegur aku adalah Fiza. Jangan pula salah sangka sebab Fiza ni bukan perempuan, tapi lelaki. Semua nama adik beradik dia bermula dengan nama Fiza. Nama penuh dia Fiza Hanif. Dia ni jenis orang yang fashionable. Semalam dia kata aku nampak educated. Bayangkan kalau orang yang fashionable macam fiza tegur aku dengan perkataan ‘educated’, mahu taknya kembang lubang hidung aku? haha… terima kasih fiza! Lepas dia kata macam tu, aku cool je la, aku balas balik kata aku memang educated pun! Kalau tak, takkan aku belajar kat U kan?

fiza yang odah

Pastu pula, on the way aku balik ke bilik, sekali terjumpa la aku dengan kembar nama aku, si Zaaky. Kat belakang dia aku panggil za~a~kai untuk membezakan nama aku dengan nama dia. Aku kenal mamat ni masa kat matrik sebab dia jadi assistant aku dalam organisasi hisbah. Siapa yang tak tahu hisbah tu apa, hisbah adalah beberapa bilik hostel diletakkan di bawah seorang fellow. Tu la hisbah. Cerita sikit tentang hisbah, aku bertuah sebab dulu masa kat matrik fellow aku adalah staff tertinggi bahagian disiplin kat matrik tu, Bro. Syamsul. So, apa-apa hal berkaitan disiplin dak UIA dapat la aku korek sedikit sebanyak. Haha…

Berbalik kepada cerita si Zaaky tu, dia kata aku macam nak pergi office! I took that as a compliment sebab memang gaya aku macam orang opis (as I said earlier). Since ni first time aku jumpa dia kat kampus Gombak, sempat la berborak dengan mamat ni. Si Zaaky ni pulak jenis orang memang pandai berborak, so lama juga la aku berborak dengan dia.

Bila aku sampai bilik pulak, aku dapat mesej dari Mary. Perlu ke aku cerita siapa Mary ni? Maybe later la… but she is simply nice but crazy girl! Mary… u rox babeh! Haha… Dia hantar mesej kat aku kata aku nampak innocent. I took that as compliment as well. At least, takde la dia kata aku nampak macam pengganas! Haha… Boleh pula dia Tanya sejak bila aku pakai cermin mata.


ini ke mary?

Sebenarnya, dari matrik lagi aku dah pakai spek, tapi masa kat kelas je la. Power spek aku tak besar, tapi kalau nak nampak lecturer tulis kat whiteboard dengan sejelas-jelasnya, aku prefer pakai spek. Tinggi aku pulak lebih kurang 178 cm, so biasanya aku terpaksa duduk dekat baris-baris belakang la. Aku kesiankan minah-minah classmate aku. Kesian diorang kalau aku duduk depan. Habis memanjang leher diorang dah macam bangau dah! That’s why aku kena pakai spek dalam kelas. Kat luar kelas biasanya aku akan simpan spek tu pasal tak berapa selesa berjalan di luar dengan memakai spek.

Entah macam mana pulak, semalam aku macam dah tersuai iklim dengan spek kat mata aku tu, so aku tak simpan dan kemudian Mary nampak, may be for the first time for her la. That’s why she asked since when I wear spectacles.

Bayangkan dengan gaya mamat skema, baju tucked-in, seluar slack hitam pakai spek pula tu, mana taknya si Mary kata aku nampak innocent? Cara dia hantar mesej bagi aku amat strategik. Kat bawah ni aku salin balik mesej dia and my reply:

Mary: Sejak bila u dgn die nie? I tatau apa2 pun..

Aku: Sape?

Mary: Ala yg stat huruf k tu..

Aku: Sape? Biar btul mary…

Mary: K-kaca mata.. Hehe.. Spec baru ek?

Aku: o… Dh lame la… Cuma pakai ble kt kelas je. Tp kalu rase selesa, I’l wear where ever I go. Mule pakai dolu kt matrik lg… ingatkan makwe mane la…

Mary: Hehe. Hmm, I rasa u cam better la pki spec camtu. Nampak cam innocent gitu.

Aku: Tadi fiza said dat I look educated. Pastu jumpe mamat junior (baru masuk sem ni) plak kate gaye cam nk pi opis. Hm… terpakse tulis kat blog pasni… (here I do)

Mary: Bleh la.mmg btul pun kate dieorg tu. U pki spec dak baik baru le seswai. Klu pki spec jenis dak terlebey baik cam I punya nampak xnatural. I think that ur spec suit u:)

Dan seterusnya kitorang berbalas SMS tentang spek frameless dan kemudian dia kata nak tido dengan sinchan (sinchan?). hehe… rahsia…

All in all, aku selesa dengan apa sahaja pakaian yang aku pakai, selama aku sedar aku tak dedahkan aurat (lelaki tak le susah sangat jaga aurat pun kan?) dan aku masih lagi menuruti kod pakaian pelajar UIA. Sesape yang rasa nak derma duit kat sekuriti, langgar la kod tu. Nanti yang keluar duit pun korang, bukan aku! haha… jangan pula kata aku tak tegur ok? Bukan susah sangat pun. Actually, bagi aku, kalau aku pakai pakaian yang melanggar peraturan ni, aku takkan rasa selesa sebab aku akan memikirkan tentang ‘derma’ setiap kali nampak sekuriti. Well… dalam skema aku pun, aku masih tak pakai matrik card! Kira takut kantoi jugak la! Ciow!

Car Got Clamped!!!

Nampaknya terpaksa aku tangguhkan dulu posting tentang komen aku terhadap album mawi sebab ada benda yang lebih penting nak aku ceritakan kat sini.

But before that, masa aku taip posting ni, aku tengah dengar lagu rap yang aku download dari internet atau lebih spesifik lagi melalui link yang disediakan dalam mawifc.com. Lagu-lagu ini dikatakan dari singapura yang mana liriknya sangat lucah dn tak senonoh (ada ke patut cakap pasal susah nak berak?). Ada lagu yang bercakap tentang minah bertudung yang mana dalam liriknya menggunakan perkataan seperti bodoh, pan*at, etc. There are some parts yang aku setuju dengan lirik lagu rap ni. Namun begitu, apa yang membuatkannya salah adalah cara mereka menyampaikan mesej mereka. Ok, stop about that.

Apa yang aku nak katakan dalam posting ni banyak faedah dan panduan especially for UIA students. It’s about parking the vehicles.

Apa yang sangat membuatkan aku bengang baru-baru ni ialah kereta aku kena clamp! For the first time in my life my car got clamped. Actually it’s not really my car but aku lebih mudah membahasakan kereta tu ‘kereta aku’. Boleh? The car belongs to my mother. Thanks mom!

Entah kenapa pula aku tergerak hati nak parking kat kawasan yang tak sepatutnya. Sebelum ini aku pernah kena warning dengan pak guard sebab kawasan parking Kulliyyah of Engineering adalah khas untuk staff. Hari isnin sampai rabu hari tu aku parking kat Cultural Acitiviti Centre (CAC) Hall which has a lot of public parking. Pagi tu pun dengan senang hati aku meletakkan kereta aku kat situ, Kulliyyah of Engineering.

Before that, Safwan kata jalan kaki je la pergi kelas tapi aku menolak sebab konon nak tumpangkan zubir ke kedai jahit lepas habis kelas. So, aku decided to drive to class la. So Safwan, Asmawi, Zubir tumpang sekali naik kereta pergi kelas. Siapa yang tak kenal lagi nama-nama yang aku sebutkan tuh, mereka adalah roommates aku. Don’t be surprised that Asmawi is one of them. It’s not that Asmawi Ani, tapi Asmawi Dali. Hehe…

Lepas habis kelas lab, aku diberitahu oleh Anas (my classmate) yang jalan sama-sama dengan aku dan yang lain, telling me that pak guard tengah buat spot check parking. So aku nampak la pak guard tu pandang kereta aku macam dia nak makan kereta tu. Tapi aku tak la mengaku tu kereta aku, kang tak pasal-pasal nombor matrik aku diambil then kena summon. Ada juga kereta lain yang kena summon, so aku curi-curi baca apa yang ditulis dalam surat summon tu. Kalau pak guard tak tahu apa nombor matrik kita, macam mana dia nak bagi summon kan? Haha… strategi…

Since pak guard tak tau nombor matrik aku, so aku assume aku boleh lari daripada summon. Well… dalam surat summon tu cuma tulis kesalahan dan nombor plat kenderaan je. Apa-apa hal dia tak boleh nak tahu nombor matrik aku la! So aku biarkan je surat summon yang diselit kat wiper kereta aku tu pasal ada kelas lagi lepas tu. Aku pun jalan depan pak guard tu dengan muka tak bersalah.

So, dua tiga jam berikutnya aku buat macam takde apa-apa yang berlaku la. But then when I checked my phone, ada mesej daripada Asmawi telling that my car got clamped! God! Apa nak buat ni?! Memula aku gelabah la juga, tapi bila fikir dua kali, buat apa nak gelabah sangat. Kalau kena clamp semua tayar pun, lambat laun nanti dia buka juga. Takkan la guard kejam sangat sampai tak nak buka clamp tu! Haha… Tapi terpaksa la melakukan beberapa prosedur yang semua orang tak nak terlibat – bayar summon! Argh!

Aku sembahyang Zuhur macam tak tenang je sebab fikirkan pasal kereta kena clamp. Masa on the way jalan ke kelas (aku lalu parking lot tu) aku tak nak tengok lagi camne rupa clamping tu pasal aku tak nak ia mengganggu otak aku masa kat kelas nanti.

Lepas habis kelas, aku pergi la ke kereta aku dengan langkahan yang berat. Nak tak nak kena juga la hadapi. Summon pun summon la… aku dah pasrah masa tu. Apa nak jadi, jadi la… bila sampai kat kereta, memang sah kena clamp dengan surat summon warna putih masih terselit. But then Safwan told me that there’s one more letter, red-coloured one tapi takde, tak terselit pun. Rupa-rupanya terbang ditiup angin. Nasib baik jumpa.

Aku baca la surat merah tu. Ada nombor telefon, so aku call la nombor telefon tu. Pastu tanya apa nak buat dengan orang yang angkat telefon tu, aku faham la apa yang kena buat. Dia suruh aku pergi ke Bahagian Traffik, Guard Post kat main entrance UIA. Kena settle kat sana. Dengan pertolongan Ishahir yang menumpangkan aku naik motor dia, aku pun dapat menjimatkan tenaga daripada lemak-lemak aku daripada berjalan ke Guard Post yang jauh tu. Hehe… terima kasih Ishahir!

Kat guard post, aku terus menapak ke Pejabat Traffik. Macam-macam bermain kat otak aku, rasa nak membohong pun ada gak, kalau-kalau officer tu Tanya aku macam-macam.

Aku masuk dalam office dengan hati yang tenang, tak nak gelabah sangat. Kang tak pasal-pasal guard tu tak paham apa yang aku cakap (those who close to me understand why). Aku tunjukkan surat summon yang putih dan warning letter warna merah kat officer tu, paham la dia apa hajat aku jumpa dia. Dia jemput aku duduk.

Kemudian, dia suruh aku isi borang summon. Lepas tu aku nampak dia key in my matric number dalam computer depan dia. Pastu dia Tanya aku tinggal kat kolej mana, aku jawab la kat Farouk. May be dia nak check rekod aku sama ada result kena block ke, tak bayar summon ke, etc tapi aku sangat bersih daripada semua tu. Ni la first experience aku kena summon. Dah tak bersih dah =(!

Sambil dia tengok rekod aku, aku terangkan la kenapa aku bawa kereta tu and so on. Well… since this is first week of this second semester, aku hari tu balik drive kereta sendiri. Aku tak nak susahkan sesiapa hantarkan aku balik UIA. Lagipun, mak aku dah sudi nak pinjamkan kereta tu, so aku pun ok je la.

Berbalik kepada officer tu tadi, kemudian dia terangkan kenapa aku kena summon. Dia kata aku takde sticker kat kereta aku, dan takde sebarang tanda yang menunjukkan siapa yang empunya kereta tu. Sebab kalau visitor dari luar datang bawa kereta, mereka akan diberikan sehelai kertas tertulis ‘VISITOR’ and it has to be displayed on the dashboard. So, kalau pak guard buat spot check, so they know kereta tu sama ada staff atau pun visitor. Dalam kes aku, I have neither one so my car cannot be recognized. In order to avoid any burglary case, so guard will take action to clamp the car. That’s why my car got clamped.

Aku boleh mengelak daripada kena clamp kalau aku parking kat kawasan public parking such as at CAC and parking along the side of the road. Tapi, bukan nasib aku hari tu, pak guard buat spot check masa aku parking kat kawasan staff parking. Nasib badan…

I give credit to the officer who talked to me very wisely and I salute him very much. Masa aku bercakap dengan dia, dia jawab dengan baik dan terangkan satu demi satu. Sebelum aku masuk office tu, dah terbayang dalam otak aku macam-macam muka pak guard yang horror! Hehe… tak la semua, ada gak yang hensem cam aku! Hehe… lepas ni, sesiapa yang nak deal dengan guard yang rongak kat gigi kacip bahagian tengah, jangan takut. Baik orangnya tu! I learn a lot from this experience. Tak sempat pulak aku nak jeling kat nama dia.

Lepas habis terangkan hujah masing-masing (actually not really like debate, but more like discussion) aku merayu (dengan cara professional la) supaya dia cancel kan saman tu since this is my first time got summon. Kalau tak, RM50.00 memang dah confirm. So, lepas bincang, dia kata dia kurangkan summon kepada RM10.00. aku pun rasa ok la, daripada aku panjang-panjangkan cerita. Sepuluh ringgit hangus, pasrah je la. Pastu aku dapat resit. Er… boleh claim tak? Hehe…

Lepas tu, aku kena jalan kaki ke parking kereta tadi. Jauh gak le. Habis lemak aku! Hehe… in the mean time tu, ada pak guard lain yang akan buka clamp kat kereta aku tu. Sampai kat kereta, clamp dah takde, so tamat la cerita tentang kereta kena clamp.

Nasihat aku, 3 benda:

1. Park your vehicles especially car
- park at public car park e.g. CAC or along the roadside.
- if you are in rush while you don’t have the sticker, put anything on the dashboard that can tell you are student of IIUM.

2. Surat saman.
- kalau korang nampak masa pak guard tu tengah tulis saman kat kereta korang, terus tegur pak guard tuh. Terangkan bahawa tu kereta korang so that takde la kereta korang kena clamp, tapi saman tetap kena. At least kurang sikit kerja korang nanti. Tak payah ulang alik jalan kaki!
- kalau nampak ada surat saman kat kereta korang, terus ambil. Jangan tangguh walaupun baru dapat surat putih. Nanti kena clamp!

3. Jumpa officer
- be calm! That’s very important. Jangan gelabah sangat. Lagipun, officer yang in charge tu baik (yang rongak tu la).
- kalau saman traffic, terus je appeal kat officer tu. Kalau ada orang kata kena jumpa Fellow, that one is for parking at Mahallah. Saman parking sekitar academic building, appeal kat officer je.
- pandai-pandai mengayat pak guard tu. Yang penting, jangan tipu! Officer tu bukannya baru kerja dua tiga hari. He has a lot experience handling students. Kalau korang tipu gak, then officer dapat trace or detect, you are done! One more summon for cheating!

Tuesday, December 13, 2005

Sure Heboh & Pengantin...

Kat selangor baru-baru ini ada cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Since harinya jatuh pada hari Ahad, so the next day, Monday, diumumkan sebagai cuti umum. So aku gunakan la cuti tu untuk balik ke rumah. Lagipun, aku memang kena balik sebab nak pulangkan kereta mak aku yang aku pinjam hari tu.

Hari Sabtu hari tu, I supposed to go for blood donation untuk replace jumlah bekalan darah yang telah digunakan oleh anak buah Aziz. Kesian, anak buahnya ada penyakit leukemia. Aku pun takde masalah untuk derma darah ni sebab so far I’ve donated twice. Dah lama tak derma darah, last time it was at matric campus Petaling Jaya.

Tapi, aku tak jadi derma darah sebab kata Aziz anak buahnya dah pindah ke hospital lain. Aku malas nak Tanya kenapa dengan perpindahan tu derma darah tak jadi? So, hari Sabtu tu aku sambung tidur la lepas sembahyang subuh…

Dalam pukul 10.30 pagi, Safwan kejutkan aku. dia kata nak balik tak? Aku sikit punya syok tidur sampai tak ingat nak balik! Haha… maklumla… tido kan best?! Lepas tu aku terus la mandi. Mata pun dah kenyang tidur.

Suddenly, safwan got a call from fiza. Dia ajak pergi ke Karnival Sure Heboh kat Shah Alam. Aku set aje, sebab memang aku akan lalu situ. Why not aku singgah kejap? Lagipun ini first time carnival ini dibuat kat Shah Alam. Sebelum ini, kalau area Selangor dan KL, Stadium Bukit Jalil menjadi tapak singgahan terakhir carnival ni. Jadi, sambil menyelum, minum le sikit air kolam tu…

Since ini first time aku drive sendiri ke Stadium Shah Alam, so sesat jalan memang tak boleh nak dielakkan. Hehe… walaupun fiza kata dia agak mahir jalan kat Shah Alam, kitorang still sesat. But at last, kitorang dapat gak catch up jalan ke sana. Bila nak sampai kat stadium, sesak! Traffic jam! Males betul! Nasib baik aku pandai cengelat. Dapat gak masuk kawasan parking tanpa berbaris. Tapi cengelat aku bukannya potong barisan, tapi menggunakan alternative jalan lain. Tak ke bijak tu?

Parking kena bayar RM2.00. Pastu kena jalan about 1 km ke arah tapak carnival. Jauh gak la. Tapi aku tak kisah sangat pasal walking is a light exercise. Lagipun aku pakai baju warna hitam, kalau berpeluh pun tak la nampak sangat.

Secara ringkasnya, aku seronok bila kat Karnival tu. Macam-macam ada! Boleh katakan setiap rancangan terbitan TV3 ada booth masing-masing. Apa yang aku perhatikan, mana-mana booth yang ada artis, mesti ramai orang. Takpun, kalau ada ‘hadiah’ percuma, mesti ramai orang beratur.

Tak payah la aku sebut satu-satu artis yang aku jumpa. Ramai gile! Tapi yang paling berbekas kat hati aku ialah bila aku berjumpa dengan Shiela Rusly sebab mulut dia tak tahan! Dia menjadi artis jemputan untuk booth Nona (if I’m not mistaken).

Depan booth yang ada Shiela Rusly, ada demonstrasi 999. Aku memandang demonstarsi tersebut sebagai sesuatu yang very informative sebab orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang taktik orang yang melakukan jenayah seperti ragut. Aku nampka juga ada patung yang diikit seolah-olah orang yang menunggu untuk disebat. Ini juga baik untuk orang ramai mendapat kesedaran untuk tidak melakukan jenayah.

Kitorang balik lebih kurang pukul 3.30 petang lepas solat Zuhur. Aku hantar Fiza kat stesyen komuter Klang. Pastu aku hantar safwan ke rumah dia kat Sijangkang.

Esoknya, hari Ahad, aku tak rasa nak buat apa-apa. Rasa macam nak duduk kat rumah, tengok TV dan tengok TV sepanjang masa. Pastu mak aku suruh pulak au hantar pengantin, gantikan dia dan abah. Sepatutnya mak dan abah yang pergi hantar pengantin tu, tapi sebab abah takde, so mak pun tak jadi pergi. Abah diundang karaoke kat satu majlis perkhwinan yang lain.

Keluarga pengantin lelaki tu agak rapat ngan keluarga aku. Arwah bapak pengantin tu adalah adik kepada nenek aku. actually, aku tak tahu pun dia bersanding hari Ahad lepas. Tapi, alang-alang aku dah balik, daripada duduk kat rumah je, baik aku join hantar pengantin! Bukannya jauh sangat. Kampong sebelah je.

Itu kali pertama dalam hidup aku ikut hantar pengantin drive sendiri, pastu berarak sama-sama dengan paluan kompang menuju ke arah rumah pengantin perempuan. Rasa syok pulak. Dah lama rasanya tak dengar bunyi kompang sekuat tu.

Tetiba, mak long (kakak pengantin lelaki) minta aku jadi cameraman tak beratuliah. Aku pun belasah je la! Lepas bersanding, pengantin makan beradap. Aku pun tumpang sekaki! Sedap wo…! Well, aku jadi cameraman, ini le balasannya! Hahaha…

All in all, banyak benda yang aku tak expect berlaku dalam cuti baru-baru ni. Semua benda besy2… simply, hidup kat kampong sangat menyeronokkan!

Thursday, December 08, 2005

kenapa aku minat mawi....?



Mawi? Kenapa baru sekarang baru aku nak cakap pasal mawi? Sedangkan mawi tu dah nak jadi jutawan dah. Simply bcoz aku baru bukak blog! Haha… tapi sebenarnye aku dah mula suka kat mawi masa mula-mula mukanya keluar di Astro Ria. Nak pulak dia minat nasyid, siap pernah jadi wakil sekolah tilawah dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan Islam, terus aku minat kat dia.
Jangan pula ada yang kata aku post pasal mawi ni sebab nak tarik pembaca blog aku ni. Tak! Aku just nak kongsi apa yang aku rasakan segalanya tentang mawi dan bagaimana mamat ni boleh menarik minat aku.

click to go to mawifc.com

Ramai yang kata mawi ni ada aura yang tersendiri. Perkara ini aku tak boleh nafikan. Entah kenapa senang betul orang nak jatuh minat kat dia. Tak kira pangkat usia. Tak payah la aku nak describe bagaimana meluasnya pengaruh mawi daripada gelanggang kedai kopi tepi jalan hingga gelanggang parlimen. Umum sudah sedia mengetahui perkara ini.
Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah apa yang aku nampak dalam diri mawi. There are many things I share in common with him (walaupun pada hakikatnya mawi tak kenal aku pun! Jumpa pun tak pernah). Dia asal dari kampong (atau lebih tepat lagi Felda Taib Andak), and so do I. Dia minat nasyid, so do I. Dia pernah jadi wakil sekolah dalam tilawah, so did I (masa sekolah rendah la). Tapi itu tak bermakna atas sebab-sebab tu sahaja aku terus jatuh minat kat dia. Banyak lagi sebab lain yang aku sendiri seolah-olah susah nak nyatakan satu-persatu.
Masa awal musim Akademi Fantasia 3 dulu, aku bernasib baik sebab belum mula masuk main campus kat gombak ni. Aku cuti 3 bulan so I have a lot of time at home yang sendiri tak tahu nak isi dengan apa selain daripada tengok TV lebih-lebih lagi pada waktu malam. Maklum la, nak keluar rumah tak boleh sangat pasal kena temankan nenek aku yang kurang sihat fizikalnya tu. Jadi, TV sahajalah yang menjadi teman aku pada waktu malam.
Nak dijadikan cerita, masa aku cuti tu la mulanya musim AF3. Sebelum mawi nyanyi dalam konsert prelude lagi aku dah tetapkan aku nak sokong mawi kalau dia dapat masuk AF3. Tup tup, masa konsert prelude dia nyanyi lagu Intifada, one of my favourite nasyid song (well… adik beradik KRU jarang sangat mengecewakan aku). Malangnya dia tersingkir dalam konsert tu.
Aku agak tak setuju dengan keputusan konsert prelude tu sebab ada la beberapa pelajar yang layak masuk yang aku rasakan kurang berbakat daripada mawi. Tapi apa nak buat, bukan rezeki mawi malam tu. Fortunately, minggu petama konsert AF3 mawi dimasukkan semula. Tak payah la aku nak terangkan lebih detail lagi sebab semua orang tahu tentang sejarah kemasukan mawi ke dalam AF3.
Started from there, bermulalah pembelajaran mawi dalam akademi yang mana aku jarang sangat tertinggal daripada menonton diari. Pengacaranya pun best! Aznil never disappoint me! That’s a fact. You rox Aznil!
And until now, mawi, whether we like or not, has established his name in entertainment industry and dia telah mencatatkan satu sejarah. Mana ada sebelum ni seseorang selebriti dilantik menjadi duta produk sampai tujuh produk? So far la… but mawi has it all. Aku harap mawi dapat menjadi duta produk yang baik dan dapat melanjutkan kontraknya sampai bila-bila. Kalau boeh la. So, pihak maestro harus memainkan tanggungjawabnya dalam membimbing mawi coz he needs to learn many things and he needs to catch up all those things very quickly. Satu perkara yang harus diingat, ia bukannya mudah! Kalau aku la berada di tempat mawi, tak tahu la apa yang akan aku buat. Menyorok kot? Haha… well mawi, you have a very crucial and responsible and so far you’ve done well! Very well!
Selain tu, mawi sebagai satu ikon remaja (sebagaimana sebahagian akhbar kata) datang tepat pada masanya. Menggunakan mawi untuk kempen anti dadah aku rasakan sesuatu yang jujur kerana mawi sendiri mempunyai pengalaman yang sangat bernilai untuk dikongsi dengan umum. Ahli keluarga sendiri terjebak dengan dadah, pernah diajak untuk mencuba dadah, semua benda ini pernah berlaku dalam hidup mawi dan ia adalah satu pengalaman yang cukup perit bagi mawi. Dadah jika disalahgunakan sememangnya akan mendatangkan kesan yang buruk.
Well… aku sendiri adalah pelajar aliran sains so aku tahu juga la sedikit sebanyak tentang dadah aka drug. Even cigarettes I considered drug. It’s even worst coz cigarettes have no benefit at all. Benefit pun, jika ada, hanya dinikmati oleh orang yang menjual rokok dan orang yang mendapat cukai daripada rokok. Sesuatu yang harus difikirkan! I’ll talk about smoking later in my other posting insya allah.
Berbalik kepada main topic tentang mawi, aku berharap sokongan peminat terhadap mawi akan berterusan selagi mawi berada di landasan yang betul (sebagaimana aku baca kat dalam laman web rasmi mawifc). Janganlah berlaku lagi kes peletakan jawatan dalam AJK mawifc lebih-lebih lagi dengan mencari publisiti murahan ketika mawi sedang buat show. Kes sebelum ini bagi aku sangat memalukan. Siapa yang malu? Orang yang konon-kononnya mahu menyokong perjuangan seni mawi sedangkan hakikatnya bukan menyokong, tapi mengongkong.
Next posting I’ll talk about mawi’s debut album. Secara ringkas, aku sukakan album ini. Composer yang terlibat memberikan mawi lagu-lagu dalam album tersebut telah melakukan kerja yang superb! Alhamdulilah…. See ya! Wassalam…

Wednesday, December 07, 2005

Laksa Shack @ Alpha Angle & Yong Tau Fu

Ini hari ketiga aku dalam sem kedua ni. Rase cam excited pulak nak mulakan sem baru sebab dok kat rumah je pun bosan. Well… aku nih dah macam addicted dengan buku, atau bahan bacaan yang lain. Kalau tak membaca sehari, macam aku tak makan! Haha… Itulah realitinye…
Tadi aku, safwan, syuk, mawi dan zubir pegi Alpha Angle. Ni kali pertama aku pegi ke sini. Safwan kate nak beli mouse untuk computer die. Pelik kan? Computer ade, tapi mouse takde. Actually port mouse computer die rosak, tu yang die nak beli tu… pastu kene rrr sambung kat USB port kat keyboard. Yeah! Kat keyboard.
Mase kat Alpha Angle, baru lah aku tau kat mane tempatnye. Naik je Putra, berhenti dekat Wangsa Maju. Pastu kena jalan sikit la. Dulu Mary ade bagitau die selalu pegi Jaya Jusco (JJ) dekat Alpha Angle ni, tapi aku tak pasti plak kat mane. Mase kat UIA takde air, die pegi sembahyang kat situ la.
Sape mary? Maybe aku akan cite lebih ttg die dalam posting yang lain. It takes time to describe about her.
Aku nak share ttg ape yang aku makan kat situ. Pastu semayang maghrib, kitorang decided nak makan kat McD, tapi on the way ke McD tu, nampak la restaurant Laksa Shack. Pastu aku ajak la diorang ke situ. Zubir memula tak setuju, tapi pas cucuk2 sket, terpakse die mengalah. Ye la… die sorang je tak nak makan kat Shak. Yang lain ok je. Haha… minority kena la ikut majority kan?
Aku sebenarnye dah lame nak makan laksa Singapore, tapi kat Shack ni takde plak laksa tuh. Aku tengok satu rancangan berbentuk majalah kat 8TV ttg laksa Singapore, terus aku rase kempunan nak rase. Sampai sekarang tak termakbul lagi kempunan aku. Hm…
Aku order Laksa Johor (dekat ngan Singapore, tapi rasenye same ke?) dan ABC Mamak, Safwan dan Asmawi order laksa Bali, Zubir dan Syuk order laksa Sarawak. Diorang yang lain taknak order minuman sebab mahal kate diorang.
Meh aku bagi komen kat setiap menu yang kitorang order:
1. Laksa Johor
Antara bahan-bahan dalam menu ini ialah mee kuning (macam mee spaghetti), taugeh, timun diricih halus, kacang panjang diricih halus. Kuahnye pulak rasenye sangat berat kepada rase ikan, tapi sedap. Satu pujian, sebab takde rase hanyir langsung! Sedap! Kuah yang pekat, pastu ade plk sedikit sambal belacan dicampur, the mixture is very nice! Makan banyak pun tak cepat muak. Tapi, kalau kat kedai mak aku, laksa macam ni lebih dekat rupenye dan rasenye dengan mee kari.
Aku bagi 4.8/5 untuk laksa Johor.

2. Laksa Sarawak
Antara bahan-bahan dalam menu ni tauhu, sambal, ayam dua ketul, fish cake, telur dadar diricih halus. Kuahnye rasenye macam ade rase telur pindang. Aku tak pasti plak rempahnye same atau tak dengan bahan-bahan untuk buat telur pindang yang kene rebus sampai dua tiga hari tu! Haha… rasanye boleh tahan, tapi bak kata Zubir, muak! Mungkin sebab die tak biase makan telur pindang kot? Haha… aku pun tak pernah makan telur pindang. Sedap ke?
Aku bagi 4/5 untuk laksa Sarawak.

3. Laksa Bali
Antara bahan-bahan yang ada dalam menu ni yang aku nampak ade ayam, cabai, timun, taugeh. Kat kuahnye ade mende hitam floating. I dun know what the hell was that, tapi rasenye daun kari digoreng kot? Banyak plak tuh! Tapi sedap! Aku suke rase kuahnye sebab it’s very distinctive. Rasenye lain dari kuah laksa yang lain.
Aku bagi 4.5/5 untuk laksa Bali.

4. ABC Mamak
Manis dan lemak! Itulah first impression aku bile mane lidah aku bertemu dengan jus ABC ni. Sedap memang sedap, tapi kalau minum banyak sangat cepat rase mual sebab rase santan tu very dominant, tambah pulak rase manis gula merah. Selain bahan-bahan tu, ade jugak kacang merah, cendol dan bahan-bahan lain untuk buat ABC the same like what we can find from mamak’s stall. Aku bagi 4.5/5 untuk ABC Mamak.

Pastu, mase on the way balik ke stesyen Putra, Zubir nampak ade stall Yong Tau Fu. Die pun ajak la singgah sekejap, kot kot ade rase nak beli (walaupun sebenarnye laksa tadi belum hadam lagi!). aku pun tumpang sekaki le… mengincak sket kat zubir dan safwan. Hehe… bahan-bahan yang dicicah dalam Yong Tau Fu tu tak payah la aku komen pasal rasenye lebih kurang same je. Yang tak besy nye, rase kuah Yong Tau Fu tuh aku macam kurang puas hati pulak. Tak macam kuah yang pernah aku rase. Aku pernah merase kuah Yong Tau Fu yang lebih sedap daripada apa yang aku incakkan daripada zubir dan safwan. Rasenye lebih macam kuah kacang sate. Tenggelam terus rase taucu. Makcik tu takde modal ke nak beli taucu? Bercakap pasal modal plak, makcik tu takde modal ke nak bukak kedai sendiri? Pasal betul-betul sebelah stall die, ade signboard melarang sbarang stall dibuka di siar kaki tu. Aku memula tak perasan signboard tu pasal kawasannye agak suram, hanya diterangi lampu tiang. Asmawi yang odah kat aku.
Ape-apepun, aku bagi 3.5/5 untuk Yong Tau Fu makcik illegal. Hehe…

Ok la. Setakat ni dulu posting kali ni. Next posting aku nak cerita pasal mawi dan album mawi. See ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...