Monday, February 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest


Bagi yang sudah lama mengikuti blog ini, mungkin perasan bahawa aku tidak pernah menceritakan bagaimana detik mula aku mengenali tunang aku. Justeru, sebagai sesuatu yang eksklusif buat Dina Halim, yang menganjurkan pertandingan dalam blognya baru-baru ini, aku rasa sekurang-kurangnya aku mempunyai sebab dan motivasi yang lebih untuk menulis berkenaan hal kami berdua (dengan izin tunang juga).

Sejujurnya, dalam perkenalan kami, aku yang memulakan segala-galanya. Kami mula mengenali satu sama lain ketika di peringkat matrikulasi apabila kami menjadi rakan sekelas dalam kelas bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan, kami menjadi rakan sekelas untuk dua semester. Dalam semester pertama, aku dipilih sebagai ketua kelas dan pembantuku ialah kawan kepada tunangku sekarang. Dalam semester berikutnya, aku masih menjadi ketua kelas dan aku tanpa segan silu memilih dirinya pula untuk menjadi pembantuku setelah aku meminta kebenaran daripada pensyarah untuk berbuat demikian.

Sepanjang semester aku menjalankan tugas dan dibantu olehnya, aku dapati dia seorang yang boleh menyenangkan hatiku tatkala aku lihat wajahnya. Entah, aku pun tidak tahu bagaimana perasaan itu boleh timbul, tapi itulah yang aku rasakan.

Malah, sebenarnya seawal-awal aku mula melihatnya, hatiku sudah tertarik. Padaku, dia unik. Paling jelas, ketinggiannya. Aku tinggi, dia pun tinggi. Pada masa itu, aku rasa aku sudah menemukan pasangan yang sesuai untukku. Namun, tidak pula terfikir untuk serius dalam apa-apa hubungan melainkan rakan sekelas.

Dalam semester berikutnya, kami tidak lagi sekelas memandangkan kami tidak mengambil jurusan yang sama. Kami hanya disatukan dalam kelas bahasa Inggeris. Dalam kelas subjek teras lain, kami tidak ditempatkan dalam kelas yang sama.

Lalu timbul rasa kehilangan dalam hatiku. Pada saat itulah aku mula menghantar SMS yang berbaur motivasi dan hikmah. Niatku adalah supaya aku tidak terputus berhubung dengannya. Apa yang pasti, pada waktu itu, aku tidak pernah berterus terang dengannya bahawa aku sukakannya.

Masa berlalu. Apabila kami berada dalam semester akhir di pusat matrikulasi, aku mula berasa akan kehilangannya kerana aku perlu ke Kuantan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda walhal dia ke Gombak. Setelah panjang memikirkannya, aku mencapai kata putus – tukar jurusan! Aku menjadikan dirinya antara sebab untuk aku menukar jurusan akademikku selain hajatku sendiri yang tidak mahu dicampakkan jauh daripada keluarga apabila berada di Kuantan.

Itu adalah antara perkara yang jarang sekali aku beritakan kepada umum. Jadi buat kalian yang membaca, kalian bertuah kerana mengetahui hal ini sekarang.

Dipendekkan cerita, sepanjang belajar di peringkat ijazah sarjana muda, segala-galanya berjalan seperti biasa. Walaupun kami tidak mengambil jurusan yang sama, kami aktif dalam persatuan pelajar. Dia menjadi wakil pelajar perempuan dalam persatuan tersebut, manakala aku pula menjadi setiausaha.

Teringat pula saat namanya dicalonkan untuk dicadangkan memegang jawatan tersebut. Aku antara yang mengangkat tangan dan menambah jumlah pengundi. Ada yang ketawa sinis dengan tindakanku. Tapi aku tidak ambil pusing, sebab aku tahu dia akan belajar banyak perkara jika dia dapat memegang jawatan itu. Aku yakin dengan kebolehannya memimpin, dan aku juga mahu dia memperkemas dirinya dengan ilmu-limu kepimpinan dan kepemimpinan. Buktinya, ditakdirkan dia memenangi jawatan itu dan apabila habis penggal kami dalam persatuan tersebut, banyak perubahan dapat aku lihat pada dirinya. Dia kelihatan lebih matang dan bijak berkomunikasi dengan orang lain.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar sahaja kami hampir menamatkan program ijazah sarjana muda. Pada waktu itu, aku sendiri kabur sejauh mana hubungan aku dengannya. Memandangkan aku belum bersedia sepenuhnya dengan komitmen yang lebih lagi, aku diamkan sahaja hasrat hatiku untuk melangkah ke destinasi hidup yang seterusnya bersama dengannya.

Ditakdirkan aku mendapat pekerjaan yang baik selepas kami bergraduasi. Dalam majlis konvokesyen kami, itulah kali pertama ibu bapa kedua-dua belah pihak bertemu. Mungkin wujud keserasian dan rasa senang antara kedua-dua belah pihak ibu bapa kami lalu tidak lama selepas itu, kami membuat keputusan untuk ditunangkan.

Selepas bertunang, barulah kami betul-betul memahami erti cinta dan rindu. Oh, sukarnya mahu menyusun kata-kata. Selepas bertunang, seolah-olah lagu-lagu cinta yang dahulunya sekadar menjadi siulan tatkala di kamar mandi, menjadi lebih bermakna. Seolah-olah kami dibukakan mata dan hati untuk mengenal erti cinta. Malah, kami bersyukur kerana rasa itu wujud dalam hati tatkala sebelah kaki kami sudah mula mengorak langkah menuju gerbang perkahwinan. Sekarang hanya menunggu masa untuk sebelah kaki lagi mengatur jejak dan seterusnya berlari. Berlari ke destinasi bernama alam rumah tangga.

Perkenalan selama 6 tahun sejak dari pusat matrikulasi dan hubungan yang dibina sebelum ditunangkan tidak akan sesekali dapat menandingi apa yang kami lalui sekarang. Pertunangan yang sudah berlangsung hampir 3 bulan lepas membibitkan rasa cinta sebenar antara kami. Tiada lagi rasa segan untuk mengungkapkan rasa rindu kepada pihak yang satu lagi. Rasa itu lebih mekar apabila pihak di sana juga mempunyai rasa yang sama.

Namun begitu, kami akui jalan menuju ke gerbang perkahwinan bukanlah mudah. Ia bukanlah sesuatu yang boleh disudahkan dalam satu malam. Banyak persediaan perlu dilakukan. Namun, alah bisa tegal biasa. Mahu seribu daya. Kami sedang rancak membuat persiapan sebelum hari bahagia bertamu pada bulan Jun ini.

Pada dasarnya, kami tidak membayangkan tema majlis perkahwinan yang terlalu besar-besaran. Sejak kami ditunangkan, kami sudah bersetuju atas 3 prinsip. Salah satunya ialah, apa yang boleh dipermudah, permudahkanlah.

Jadi, kami membayangkan cukuplah sekadar kami memiliki sebuah pelamin di mana kami boleh mengambil gambar bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan untuk mengabadikan kenangan pada majlis perkahwinan kami. Ia tidak terikat kepada apa-apa tema majlis yang memeningkan. Takut tak terlayan pula. Tidak lupa juga, pakaian raja sehari yang hanya dipakai pada hari indah itu sahaja. Namun, segala-galanya masih dalam perancangan.

Apa yang pasti, kami belum ada perancangan untuk memasang pelamin pada majlis pernikahan kami, kerana dijadualkan kami akan dinikahkan lebih awal daripada majlis perkahwinan. Bila? Akan diumumkan apabila tiba masanya. Jadi, sekiranya kami memenangi pertandingan ini, pastinya ia akan menambahkan lagi seri dalam majlis pernikahan itu nanti. Siapa tahu, butik perkahwinan Dina Halim boleh menjadi pemudah cara kami dalam membuat persiapan majlis kami? Insya Allah. Amin...

Berkenaan warna tema majlis, alhamdulillah kami sudah mencapai kata putus. Pada majlis pernikahan, kami memilih warna putih krim. Pada majlis di sebelah pihak perempuan, warna oren keemasan manakala di sebelah pihak lelaki pula, merah hitam. Sila ambil perhatian ya kawan-kawan. Hehe...

Gambar kami selepas ditunangkan :)

Aku yang kekurangan tulang rusukku...

...dan dia yang akan melengkapkan jumlahnya. :)

Akhir kata, untuk menjawab soalan asas kepada pertandingan, Mengapa 'SI DIA' Pilihan Hati Saya? Hanya ini jawapanku:
Kerana bersamanya, aku bahagia.

Tuesday, February 09, 2010

Gemok Lepas Kahwin


Aku baru bertunang, dah macam-macam orang kata pasal pasca perkahwinan. Paling tak boleh blah, statement yang akan aku tepis dengan doa nauzubillah:
Lepas kahwin, gemok la ko kang~
Ceh! Tak supportive langsung!

Aku terfikir, semestinya ke lelaki yang sudah kahwin akan jadi gemuk? Seramai mana yang betul-betul jadi gemuk, ataupun sekurang-kurangnya jadi lebih berisi berbanding sebelum kahwin, dan seramai mana pula yang kekal dari segi fizikal?

Dan, yang makin kurus selepas kahwin? Ok, aku nak minta tips dan petua.

Persoalan yang paling penting, apakah punca yang menyebabkan hal ini berlaku? Ok, itu macam ayat dalam artikel surat khabar.

Aku rasa la kan, punca-punca di bawah mungkin antara yang menyebabkan hal yang demikian boleh berlaku.
  1. Apabila si suami sendiri berkata, "Aku dah laku. Tak payah jaga badan dah."
  2. Apabila si isteri berkata, "Sayang terima abang seadanya."
  3. Apabila si isteri menambah, "Takpe kalau Abang gemuk, Sayang tak risau Abang curang, sebab Abang dah tak laku bila gemok."
  4. Apabila pulang ke rumah, isteri sudah sediakan makanan. Tak makan, kang sentap. Tak makan, kang retak rumah tangga. Elok pulak dapat isteri yang memang pandai memasak. Oh tidak!
  5. Apabila pulang ke rumah ibu bapa sendiri, nak tak nak kena makan bersama isteri dan mak bapak. Kalau isteri je makan sorang-sorang dengan mak bapak kita, maunya dia tak segan? Mesti dia nak si suami makan sekali kan?
  6. Apabila pulang ke rumah mertua pula, berani la ko kalau nak tolak pelawaan mak bapak mertua bila masa makan. Maunya kena cop menantu antisocial.
  7. Apabila bersenam malam dengan isteri, diorang ingat itu dah cukup. Tak payah dah nak jogging, sit-up, dan buat latihan kardio segala.
Entah. Aku tulis ni pun dari perspektif orang yang baru bertunang. Aku berspekulasi je banyak kat atas tu. Entah betul, entah tidak.

Theoretically, maybe aku boleh bayangkan. Practically, tunggu je la masanya.

Aku tulis ni bukan apa tau. Nanti kalau betul la aku pun jadi gemok selepas kahwin, korang ada la point nak bagi kat aku:
Ko pandai je tulis kat blog, tapi tengok la ko sekarang. Gemok gak.

Lepas tu aku down.
Lepas down, aku off nasi 3 bulan semula (pastu kena maki hamun dengan, bukan sahaja mak abah aku, tapi mungkin mak ayah mertua. Isteri? Diam-diam. I nak kurus untuk siapa kalau bukan U jugak?) :P
Lepas tu kurus balik.
Kot.

Hidup umpama roda kata orang. Tapi kita sendiri lah yang kawal pusingan roda tu kan? Bukannya orang lain. Kita kawal, baru kemudian kita serahkan kepada Yang Di Atas untuk menentukan. Berusaha dulu, baru bertawakkal.

Ini tak,
Takpe la. Aku dah kahwin. Normal la tu badan naik.

Tapi, ada jugak yang fikir ke depan lagi sedikit, dan berkata,
Takpe la. Biar gemuk asal sihat.

Eh hello. Nak kena aku bersyarah ke? Tajuknya Kegemukan Meningkatkan Risiko Berpenyakit.

Pasal tu aku betul-betul nak jaga kesihatan. Sebab aku sayang tunang aku. Aku nak bahagia selama mungkin dengan dia, dan anak-anak insya Allah.

Lepas tu aku tanya diri sendiri: Zaki bila last time bersenam?

*Tampar pipi sendiri*

Another Article in Newspaper


My second article entitled Menyokong kempen perlu ikut cara Islam was out in Utusan Malaysia on 5 February 2010. That makes the third time my articles were selected to be posted in local mainstream newspaper since I started working and it was another achievement in my career with Yayasan Ilmuwan.

Basically, the article was all about my concern on the matter related to Facebook and the Bra Color. You can say it's the translated version of the blog entry with some additional points.

May it be beneficial for the readers.

Tuesday, January 26, 2010

3 Achievements in a Week


My second week of the year was not very much enjoyable. I fought with some psychological disturbances which degraded and limited my career performance.

However, the third week was a blast. I got 3 personal achievements in a week. Thanks Allah!

#1 Third time on IKIM.fm

At first I was thinking of discussing topic concerning sugar and diseases related to it. With the increment of price of the high demand product in the market announced by the Government, I thought it would be great to share some knowledge on taking the development in a positive way i.e. by controlling (with that I mean by reducing) the amount of sugar intake in our foods.

However, with the more recent development on Facebook and Bra Color, I changed my mind and discussed the matter with the listeners. In the slot, I discussed the need to be careful and wise when it comes to promoting and involving in any types of campaign. In the slot also, I suggested a better way of promoting breast cancer awareness campaign which is through radio and telling directly to the public the danger of the disease.

#2 Being a Speaker

It was nice to come to the Center for Foundation Studies (CFS, formerly known as Matriculation Center) of IIUM, Petaling Jaya after about 4 years leaving the center. But this time I came as a speaker for a programme. The programme was held by the alumni of ex-students from Kulliyyah of Science and the Pre-Sciences Students' Society, PRESSS.

In the session, I was with other graduates from the faculty to explain to the students who take Biomedical Science about possible careers they may be interested to jump into when they have graduated from the degree course. In my session, I discussed a topic entitled "Finding the Bridge" and explained to them their roles to be the communicator between the Ulama and the scientists in the future.


#3 Article in Weekend Newspaper

It was awesome to see my article in the newspaper. I wrote and sent the article few days after I landed from UK. Alhamdulillah, it was chosen to be posted in the Kembara section of Berita Minggu of 24 January 2010.

Thanks to Berita Minggu for choosing my article. It is also available online.

Sunday, January 17, 2010

La Tuzigh Qulubana


Salah satu perkara yang aku pernah bincangkan dengan tunang ketika kami membuat keputusan untuk ditunangkan ialah sama ada pilihan yang kami adalah yang terbaik buat kami berdua.

Ada aku bertanya kepadanya: Pernah tak dia terfikir sama ada aku adalah yang terbaik untuknya. Pernah atau tak pula, ada suara-suara yang menggoyahkan pilihan hatinya?

Bagi diri aku sendiri, bohong aku katakan jika sebelum ini tidak pernah terlintas dalam fikiran akan persoalan-persoalan seperti itu.

Namun dalam perbincangan kami, akhirnya kami bersetuju untuk tidak melayan ataupun mengendahkan hasutan yang boleh menggoyahkan pilihan hati kami. Tidak kira hasutan tersebut datang dalam bentuk bisikan syaitan ke dalam hati, mahupun bisikan seorang yang bernama manusia.

Ketika itu, kami belum bertunang. Ada aku nasihatkannya, dan juga aku nasihat diriku sendiri, apabila sudah bertunang nanti, fokuskan kepada persiapan perkahwinan. Ia bukan lagi masa untuk kembali berfikir: betul ke tak ni?

Ini kerana kedua-dua pihak keluarga sudah bersetuju agar anak-anak mereka disatukan dalam satu ikatan bernama perkahwinan. Jika apa-apa berlaku yang disebabkan hasutan yang menggoyahkan pendirian hati, bukankah banyak pihak yang akan kecewa? Ia bukan lagi melibatkan dua hati, malah banyak hati lain yang akan berduka sekiranya.... (ok aku tak berani nak sambung ayat ni. Takut jadi doa). Na'uzubillah...

Jadi, kerapkanlah berdoa:

Allahumma la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana....

Ila akh... selain berusaha untuk menjaga hati semua pihak agar tidak ada yang terguris dengan tindakan kita.

Ia bukan lagi berkenaan dua hati sahaja. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati.

Saturday, January 16, 2010

Toward the Gateway


As time goes by, the destination is getting closer and closer.

Alhamdulillah we've found the best dates for the big day. So here I announce;

6 June 2010 will be the wedding ceremony for my currently fiancée's part held in Muar, Johor

and 13 June 2010 will be for my family's part held in Banting, Selangor.

Insha Allah when the time comes, we'll ask friends and families to give their addresses so that we can send the invitation letter right to your house.

Note the dates in your planner! ^_^

Thursday, January 14, 2010

Trip to UK


I know it's quite late to write about this but it's good for my record anyway.

I flew to UK last month from 26 December until 2 January this year. About 10 days spent there, I went to few places like London, Glasgow and Edinburgh.

The experience when I was there cannot be described with any adjective! Woa~

I have to thank my boss for bringing me there to accompany him to accomplish few things including meeting the indescribably nice Cunningham family in Glasgow and friendly Hakimi with Kak Ita's family.

Few facts about the trip:
  1. My initial plan was not to spend a lot there except for things for my wedding (hantaran perkahwinan), but I failed to obey it. That was where I noticed I had shopaholic syndrome. Hehe...
  2. I brought one bag-pack to go there but then came back with one traveler bag and holdall besides the bag-pack. Hehe...
  3. I exchanged messages with my fiancee through Facebook and it was free of charge (except the weekly RM1 charge). But at least I don't have to pay about RM1.50 just to say few words with her.
  4. For friends in Facebook, they might noticed that I always update my status when I was there. Mostly the updates were about foods. Haha... Most commonly I got comments that sounded "pegi UK, makan gak makanan Malaysia". But hey, it was not all about me la.
  5. Teh tarik Tukdin... Pergh... I leave this to my boss to describe more since he was so in love with the creamily unforgettable taste.
  6. It was not hard to find Malaysians especially in London.
  7. Few famous people I found there: Azhar Sulaiman, Ziela Jalil and the CEO of TNB. I still remember how my boss's face looked when he was so curious at the time we first saw the CEO and his family at Tukdin.
  8. I was surprised with my body's ability to adapt with the different climate between Malaysia and UK. I thought I was going to get fever there, but alhamdulillah I didn't.
  9. I have new definition of the joy and fun of traveling in my life dictionary after the trip.
  10. Finally I touched SNOW!!!

Sunday, January 10, 2010

Facebook and Bra Color

So, what is your bra color today?

That sounds provocative right? But face it, we can ask that after what has happened recently.

It started last week when suddenly I felt really strange when some (or was it most of them?) of my female friends in Facebook updated their status with a word, naming a color. Not only that, the comments following the status were also able to build up more curiosity, especially among the guys.

It was where I had the idea to do some brief research from the Google with a keyword that sounds "Why women put color names in their Facebook status" from which I knew it was in conjunction with a campaign regarding breast cancer. Ok, fine I had no problem to support the campaign but I did have problem with how things worked: revealing what is not supposed to be revealed.

Please, don't think that guys are stupid for they wouldn't know how to investigate. We breath the same air, we live on the same planet and we use the same internet connection. Most importantly, we are friends in the Facebook.

So, when such a thing was posted in the Facebook status, I couldn't help but to disagree with it. Let alone you named your bra color, but did it help much in the campaign? Why didn't just preach what was important related to the campaign rather than begging for curiosity in Facebook? How far and how effective naming your bra color would increase the awareness among people? Would you rather sacrifice your dignity for the sake of the campaign?

What was more pathetic was that most of my Facebook friends were Muslim. But some were not even sensitive with what should not be discussed, or revealed openly. Did you even think what other people, especially the guys, would think and imagine if they know your bra color?

Put aside whether or not you actually tell your true bra color, but the fact that you support the campaign in that way, is to me unacceptable. As we are Muslim, we have our own way to do things, while this name-your-bra-color-in-your-Facebook-status thing, to me, wasn't an Islamic one.

Remember; end does not always and necessarily justify the mean.

Most pathetic of all, you just post your bra color without knowing what it was meant for.

Related link:

Saturday, January 09, 2010

Pasca Ijazah Sarjana Muda: Mahu ke Mana?

Sudah ramai dalam kalangan junior di UIA yang bertanyakan kepada saya tips-tips pasca ijazah sarjana muda. Ada yang bertanyakan peluang-peluang kerja, menyambung ke peringkat ijazah dan tak kurang juga yang bertanyakan sekiranya tempat kerja saya sekarang membuka peluang kerja kepada mereka pula.

Ada juga yang bertanya perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum kaki mereka melangkah keluar daripada universiti kerana kurang jelas dengan apa yang akan mereka lalui selepas itu.

Ada juga yang saya perhatikan meluahkan kegusaran mereka mengenai masa depan mereka dalam status di Facebook.

Mari saya kongsikan pengalaman saya ketika saya belajar dahulu iaitu ketika saya berada dalam keadaan yang sama seperti mereka sekarang.

Saya mula betul-betul serius memikirkan hal kerjaya dan hidup selepas bergraduasi semasa berada dalam tahun keempat pengajian. Pada masa itu, antara yang saya fikirkan ialah:
  1. Menyambung belajar di UIA di bawah pembiayaan skim fellowship.
  2. Bekerja di universiti mahupun kolej yang menawarkan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang sains bioperubatan.
Berkenaan menyambung belajar di UIA, pada masa itu saya dimaklumkan bahawa UIA tidak membuka skim fellowship lagi kerana ketiadaan peruntukan. Namun selepas mendapatkan nasihat daripada Ketua Jabatan di Jabatan Sains Bioperubatan, Kulliyyah Sains, saya mengisi juga borang fellowship. Itu menunjukkan kesungguhan saya walaupun berita yang saya dengar memberikan prospek yang kabur kepada saya.

Dalam masa yang sama, saya ada juga menyelak dada akhbar dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang kerja lain dan tak kurang juga mendapatkan tajaan pelajaran daripada organisasi-organisasi lain. Saya tidak tertumpu kepada satu-satu peluang sahaja dan sentiasa memburu peluang yang ada. Saya juga tidak terlalu mengharapkan tajaan fellowship UIA sahaja.

Selain itu, saya semakin kuat membina hubungan dengan orang-orang yang sudah berkerjaya. Saya ada menghantar emel kepada beberapa orang dan salah seorang daripada mereka ialah bos saya di Yayasan Ilmuwan sekarang. Antara isi kandungan emel tersebut, saya bertanya mengenai perjalanan kerjaya mereka dan syukur, mereka membalas dengan panjang lebar dan memberangsangkan.

Apa yang penting, membina jaringan (networking) dan hubungan sosial yang luas betul-betul membantu dan meluaskan peluang, malah memberikan lebih banyak pilihan kepada saya untuk menentukan masa depan saya.

Justeru, sepanjang setahun dalam tahun akhir pengajian, selain sibuk dengan hal-hal akademik, persatuan dan projek tahun akhir (FYP), saya luangkan juga masa untuk menentukan arah hidup saya.

Alhamdulillah, tidak lama selepas kaki meninggalkan bumi Kuantan, saya mendapat dua peluang/pilihan yang besar iaitu tawaran fellowship dan kerjaya di Yayasan Ilmuwan.

Ia telah meletakkan saya dalam situasi sukar dan akhirnya saya telah membuat pilihan untuk bekerja di Yayasan Ilmuwan sehingga sekarang.

Itu kisah saya. Kita tak mungkin melalui pengalaman yang sama, tetapi saya yakin dilema yang dilalui kebanyakan pelajar tahun akhir sekarang sangat getir. Saya sudah melalui masa itu di mana segalanya nampak kabur dan membuatkan kita keliru. Bukankah begitu?

Di sini saya gariskan beberapa perkara yang perlu ditimbang tara:
  1. Tentukan kecenderungan sebenar anda: bekerja ataupun masih ada keinginan untuk terus belajar?
  2. Dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) anda sekarang, adakah besar kemungkinan anda boleh diterima untuk menyambung belajar di peringkat sarjana? Biasanya, jika di bawah 3.0, sukar untuk anda memohon mana-mana tajaan dan tempat pengajian.
  3. Anda mungkin bukan jenis yang cemerlang dari segi akademik (book smart), tetapi anda cemerlang dalam bekerja (street smart). Jika begitu, seelok-eloknya anda lebih memilih untuk bekerja terlebih dahulu.
Setelah itu, barulah anda mulakan langkah seterusnya iaitu mencari peluang-peluang belajar ataupun kerjaya yang anda minat. Walaupun anda mungkin lebih cenderung untuk menyambung belajar, ia tidak bermakna anda langsung tidak perlu membuka peluang untuk berkerjaya. Biarkan pilihan sentiasa terbuka (Bos saya selalu kata: Keep your options open). Jangan terlalu taksub dengan satu-satu pilihan sahaja. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Seperti dalam kes saya, walaupun saya sudah nekad untuk menyambung belajar, namun disebabkan faktor-faktor birokrasi, apa yang saya rencanakan tidak menjadi. Mujur saya beroleh peluang lain hasil daripada jaringan sosial yang saya wujudkan semasa belajar dahulu, lalu saya diterima bekerja di Yayasan Ilmuwan.

Selain itu, saya suka untuk mencadangkan supaya anda tidak malu untuk bertanya pengalaman dan pendapat daripada senior-senior anda. Bagi yang sudah bertanya kepada saya, saya jadikan entri ini sebagai jawapan umum kepada persoalan mereka.

Bagi yang pernah bertanya kepada saya, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda dan selamat berjaya dan moga beroleh petunjuk dalam menentukan hala tuju hidup anda selepas ini.

Friday, January 08, 2010

Dusta


Ko tahu pasal kes dia?

Erk? Apakah?

Bohong. Berlakon. Tak tahu konon.

Ape kes ni~

Lama kot dia buat macam tu. Takkan la ko tak tahu. Ko ni pakat-pakat berdusta dengan dia ke apa ni?

Ok. Macam ni la. Aku tak nak burukkan lagi keadaan. Yang penting, dia dah sedar kesilapannya.

Aku sangat benci dengan pendusta dan orang yang berkomplot dengan pendusta. Dah la!

Mari belajar sesuatu. Cuma kawan-kawan di Facebook yang boleh membacanya. Mahu dijemput? Tinggalkan mesej di Facebook aku ya. Aku perlu jernihkan suasana, dan paling penting namaku perlu dibersihkan.

Jangan menghukum jika belum tentu siapa benar dan siapa silap.

Dan, jika ada yang buat silap, siapakah kita untuk menghukum? Berilah peluang sesama manusia. Kerana kita sendiri tak tahu, bila pula masa kita akan berada di bawah dalam roda kehidupan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...