Salah satu perkara yang aku pernah bincangkan dengan tunang ketika kami membuat keputusan untuk ditunangkan ialah sama ada pilihan yang kami adalah yang terbaik buat kami berdua.
Ada aku bertanya kepadanya: Pernah tak dia terfikir sama ada aku adalah yang terbaik untuknya. Pernah atau tak pula, ada suara-suara yang menggoyahkan pilihan hatinya?
Bagi diri aku sendiri, bohong aku katakan jika sebelum ini tidak pernah terlintas dalam fikiran akan persoalan-persoalan seperti itu.
Namun dalam perbincangan kami, akhirnya kami bersetuju untuk tidak melayan ataupun mengendahkan hasutan yang boleh menggoyahkan pilihan hati kami. Tidak kira hasutan tersebut datang dalam bentuk bisikan syaitan ke dalam hati, mahupun bisikan seorang yang bernama manusia.
Ketika itu, kami belum bertunang. Ada aku nasihatkannya, dan juga aku nasihat diriku sendiri, apabila sudah bertunang nanti, fokuskan kepada persiapan perkahwinan. Ia bukan lagi masa untuk kembali berfikir: betul ke tak ni?
Ini kerana kedua-dua pihak keluarga sudah bersetuju agar anak-anak mereka disatukan dalam satu ikatan bernama perkahwinan. Jika apa-apa berlaku yang disebabkan hasutan yang menggoyahkan pendirian hati, bukankah banyak pihak yang akan kecewa? Ia bukan lagi melibatkan dua hati, malah banyak hati lain yang akan berduka sekiranya.... (ok aku tak berani nak sambung ayat ni. Takut jadi doa). Na'uzubillah...
Jadi, kerapkanlah berdoa:
Allahumma la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana....
Ila akh... selain berusaha untuk menjaga hati semua pihak agar tidak ada yang terguris dengan tindakan kita.
Ia bukan lagi berkenaan dua hati sahaja. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati.
3 comments:
like it when u said...'Ada aku nasihatkannya, dan juga aku nasihat diriku sendiri, apabila sudah bertunang nanti, fokuskan kepada persiapan perkahwinan. Ia bukan lagi masa untuk kembali berfikir: betul ke tak ni?'...
kalau tak fokus kepada bertunang..lain pulak jadinyer nanti...huhu...kalau ada sale brg cosmetic...i bg tau yer...benda wajib tu hantaran perempuan...lalalalala~~~~
tawakkal saja pada ALLAH s.w.t..
DIA penentu segala..saya doakan yg terbaik buat senpai!!!-aliya-
lama sudah tidak melawat blog ni..huhu..
moga Allah permudahkan segala urusan...
amin..
doa byk2 ok..
Post a Comment