Minggu ni (21-27 Ogos) sudah menjanjikan kesibukan yang bukan calang-calang nampaknya. Latihan angklung untuk persembahan pada 26hb nanti. Persiapan untuk Graduation Night pada 28hb minggu depan. Dan sudah pasti kelas-kelas untuk dihadiri dan eksperimen-eksperimen yang menuntut submission of reports on and on. Hm~
Bukankah itu mengeluh? Haha~
Anyway, ekceli masa aku taip ni, baru je sampai dari Hotel Empress di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Here are some interesting facts (if I could say it so) through that experience in this third and fourth modules of Latihan Keusahawanan Siswa.
{Hotel Empress dari pandangan luar. First time tengok, bapak buruk hotel ni! Tapi itu hanya luaran saje. Bahagian dalam termasuk Ballroom, Seminar Room dan bilik hotel lawa macam hotel 3 bintang yang lain. Jadila... takleh nak demand banyak sangat, pasal kitorang tak bayar satu sen pun untuk menyertai program ni. Kementerian yang belanja sepenuhnya}
{Minum petang. Sampai sekarang aku tak reti camne nak lipat kulit popia jadi 3 segi camtu}
{Katil. Turut enterframe beg baru aku. Motif???}
{Makanan yang mewah. But it’s sucks when you are late for the meal! Merase la makan nasi ngan kuah + salad je}
{Sessi ceramah bermula}
{Air disediakan di setiap meja. Sangat bagus! Takkan ada masalah kehausan!}
{Gula-gula turut disediakan. Nak hilangkan ngantuk kaedahnya}
{Azri dan Rasid duduk bersama aku. After this I’ll never forget their name}
{Motif tidur secara berjemaah?}
{Bapak suka gile aku ngan Hj Ramli ni. Odah nak mampus! Asyik gelak je.}
{Makan lagi. First time makan bunga teratai. Rupanya teratai tu keras ye? Macam keropok}
{Peserta lain. Motif dak pompuan amik seat depan? Terus aku takleh concentrate bila dok belakang}
Secara ringkasnya, modul kali ni kurang best berbanding modul 2 dulu kat Temerloh di mana banyak permainan dan kuiz dijalankan. Kali ni banyak bercakap dan bercakap saje. Tambah pulak aku duduk belakang, lagi la... Nak pulak speaker tu memang takde sense of humour, mak aih... lentok aku dibuatnya.
Er... perlu ke aku bentangkan apa yang kitorang belajar dalam seminar kali ni?






















































